Disney Kata Anda Tak Boleh Saman Mereka Jika Anda Ada Akaun Disney+

Jeffrey J. Piccolo telah membuat tuntutan undang-undang ke atas Disney setelah isterinya, Dr. Kanokporn Tangsuan, meninggal dunia selepas menjamu selera di restoran Disney World.

Disney dalam kenyataan balas terhadap tuntutan ini bagaimanapun berkata, Jeffrey J. Piccolo tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap Disney kerana beliau pernah mendaftar untuk akaun percubaan percuma langganan Disney+. Menurut wakil Disney, apabila seseorang mendaftar untuk akaun Disney+, ia bermakna setiap individu tersebut telah bersetuju dengan terma dan syarat Disney bahawasanya mereka tidak akan membuat sebarang tuntutan dengan Disney melainkan tuntutan kecil. Sekiranya ada tuntutan lain, maka ia termaktub di bawah tuntutan dengan individu terlibat dan bukan dengan pihak Disney.

Walt Disney World di Orlando, Florida

Tambah peguam Disney lagi, persetujuan terma dan syarat kali kedua juga telah berlaku apabila individu tersebut membeli tiket ke Disney World di atas talian melalui laman web rasmi mereka. Yang mana, mereka akan diberikan kotak semak dengan pautan URL ke dokumen terma dan syarat mereka. Dalam terma dan syarat tiket Disney World itu juga menggariskan isi yang sama di mana pembeli bersetuju untuk tidak membuat apa-apa tuntutan ke atas Disney. Pengguna tidak boleh meneruskan pembelian melainkan mereka memilih untuk “Setuju” di kotak semak pembelian tiket berkenaan.

Jeffrey J. Piccolo dalam aduan asalnya menyatakan beliau dan isteri telah mengunjungi restoran di Raglan Road Irish Pub and Restaurant di resort yang berada di Orlando, Florida, pada 5 Oktober lalu. Pasangan suami isteri berkenaan telah berkali-kali bertanya sama ada restoran tersebut boleh mematuhi kekangan diet mereka. Pelayan restoran tersebut juga telah berkali-kali meyakinkan pasangan ini yang restoran boleh menuruti permintaan dan keperluan diet mereka. Bagaimana pun, Tangsuan akhirnya mendapat reaksi alergik setelah menjamu selera di restoran berkenaan dan kemudiannya meninggal dunia di hospital tempatan.

Mendiang Dr. Kanokporn Tangsuan

Peguam Jeffery J. Piccolo juga telah membuat kenyataan balas dengan mengatakan tidak ada bahagian dalam terma pengguna Disney+ yang menyatakan anak guamnya bersetuju untuk tidak membuat tuntutan ke atas sebarang kecederaan di sebarang premis Disney. Dalam kes anak guamnya, kecederaan ini seterusnya telah meragut nyawa isterinya.

Iklan Google

Tambahnya lagi, anak guamnya hanya membuat akaun percubaan Disney+ pada Playstation miliknya dan tidak meneruskan langganan setelah tempoh percubaan tamat. Oleh itu, sebarang terma dan syarat Disney+ tidak terpakai ke atas anak guamnya.

Setakat ini, tiada lagi kenyataan balas oleh peguam Disney.

 

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img