Data UniKL Dijual?: Individu Dakwa Miliki 1TB Data UniKL Di Forum

Individu Dakwa Miliki Data Sebesar 1TB Daripada UniKL Termasuklah Maklumat Perbankan?

Baru sahaja semalam kami melaporkan mengenai sistem UniKL yang digodam, hari ini kami temui pula iklan mengenai data UniKL untuk dijual di forum. Iklan tersebut telah dimuat naik ke dalam forum pada 22 Februari yang lalu. Dalam iklan yang sama, individu ini mendakwa memiliki maklumat bank dan banyak lagi data daripada UniKL.

Iklan yang mendakwa memiliki data sebesar 1TB daripada UniKL.

Semakan ringkas mendapati iklan tersebut telah dimuat naik oleh pengguna baru forum berkenaan dan hantaran iklan tersebut adalah satu-satunya hantaran yang pernah dibuat olehnya di forum berkenaan. Akaun individu berkenaan juga baru sahaja dibuat pada bulan Februari tahun ini di laman berkenaan.

 

Februari 2021.

Setakat ini, masih tiada balasan lain atau mana-mana pengguna forum berkenaan yang kelihatan berminat dengan hantaran dan data yang didakwa dijual individu berkenaan. Semalam kami telah melaporkan mengenai satu hantaran di laman Facebook seorang individu yang mendakwa telah berjaya menggodam sistem data UniKL dan memiliki pelbagai data dan akses penting UniKL.

Hantaran di laman Facebook mengenai sistem UniKL yang berjaya digodam.
Hantaran di laman Facebook mengenai sistem UniKL yang berjaya digodam.

Tidak dapat disahkan sama ada individu di laman Facebook dan juga laman forum jualan data tersebut adalah individu yang sama ataupun tidak. Sehigga ke tarikh hari ini, masih tiada maklumbalas daripada UniKL di atas kedua-dua dakwaaan kecurian dan penjualan data ini. Diharapkan agar pihak berwajib dapat menyiasat dakwaan ini kerana ia melibatkan data penting dan keselamatan privasi.

Iklan Google

Kami juga menggesa mana-mana pemegang data sensitif agar sentiasa memastikan keselamatan data yang disimpan. Perbuatan sambil lewa dan lepas tangan terhadap keselamatan siber adalah perkara yang tidak dapat dimaafkan pada era kemodenan ini. Keselamatan data adalah keperluan asas, bukan lagi kemewahan.

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img