Chrome dan Firefox telah membuang satu extension/addon dari stor setelah menerima laporan yang mengatakan bahawa ia merekodkan sejarah pelayaran web pengguna.
Extension atau addon tersebut ialah Stylish.
Stylish selalu digunakan untuk mengubah bagaimana rupa atau paparan sesebuah laman sesawang. Sebagai contoh, anda boleh jadikan laman Facebook berpaparan gelap, berbanding putih dan ‘cerah’ seperti kebiasaannya.
Kajian terperinci oleh Robert Heaton, seorang jurutera perisian, menunjukkan bahawa Stylish menghantar rekod pelayaran web pengguna kepada sebuah syarikat analitik yang bernama SimilarWeb.
Apa yang menjadi isu ialah data yang dihantar bukan data yang dienkrip, sebaliknya setiap data tersebut boleh dihala kembali kepada satu-satu pengguna khusus.
Bagi setiap pengguna Stylish yang memasang ia pada Firefox, anda perlu nyahpasang secara manual, manakala jika anda menggunakan ia pada Chrome, ia akan terpadam secara automatik.
Jika anda masih berminat hendak menggunakan extension yang mempunyai fungsi serupa dengan Stylish, anda boleh pasang Stylus.
Stylus untuk Chrome: Stylus – Chrome Web Store
Stylus untuk Firefox: Stylus – Add-ons for Firefox