Yuan Digital Sebagai Matawang Baru China?
China seperti biasa memang lebih terkedepan dalam penggunaan wang digital.
Dalam perkembangan terbaru, negara itu sedang melakukan ujian mata wang digital ke tahap baru dengan memberikan lebih daripada 10 juta yuan (RM6.2 juta) dalam sebuah loteri.
Ya, wang digital diberikan dalam bentuk loteri.
Tidak seperti mata wang crypto ‘konvensional’, dalam hal ini sebuah bank pusat mengawal yuan digital iaitu People’s Bank of China.
People’s Bank of China memberikan 50,000 warganegara terpilih secara rawak – ‘paket merah’ (angpau) bernilai 200 yuan (RM125), untuk dibelanjakan di beberapa ribu peruncit khas di daerah Luohu, Shenzhen.
Ini bukan sahaja dibuat untuk menguji teknologi yang terlibat, tetapi meningkatkan belanja pengguna setelah terjadinya pandemik COVID-19.
Pemenang akan diminta untuk memuat turun aplikasi Renminbi untuk menerima wang digital. Selepas itu, mereka dilaporkan dapat membeli barang dari farmasi tempatan, pasar raya dan juga Walmart.
Sumber dari: Reuters.