Bertemu lagi kita kali ini dengan satu tutorial untuk pemasangan sistem operasi Arch Linux. Tutorial ini adalah versi kemas kini dari tutorial sebelumnya di sini.
Dalam Linux setiap satu benda adalah fail. Jadi kalau tahu apa fungsi setiap satu fail dan di mana letak duduknya maka untuk memasang Arch Linux tidak akan menjadi masalah.
Bila kita muka belajar memasang, dari situ akan pandai buat partition, nak buat dual boot, pasang persekitaran meja, dan lain-lain.
Basic to learn Linux is to know the system files.
1. Ok, kita teruskan kepada pemasangannya. Dalam tutorial ini saya akan gunakan VirtualBox. Bila dah selesai muatkan ISO ke dalam tetapan, maka apabila kita klik pada Start, paparan ini akan muncul.
2. Klik Enter untuk memasuki persekitaran sistem (pastikan anda klik Enter pada versi yang sepadan dengan peranti anda. x86_64 adalah untuk 64-bit). Anda akan disambut paparan seperti berikut. Ya, kalau anda belum tahu lagi, pemasangan Arch Linux adalah sepenuhnya menggunakan baris perintah. Tiada paparan antaramuka yang akan membantu anda seperti Ubuntu atau Linux Mint.
3. Pertama sekali, periksa terlebih dahulu sambungan internet anda. Disarankan untuk anda menggunakan sambungan berwayar (seperti Streamix, Unifi, Maxis Fibre).
Gunakan perintah ping -c 3 google.com
4. Sekarang kita perlu tetapkan cakera. Taipkan cfdisk dan klik Enter pada gpt.
5. Dari sini, klik New untuk menentukan dan mengubah saiz partisi.
6. Anda boleh lihat dari tetapan saya, 10GB saya peruntukkan untuk Linux filesystem dan 1GB pula untuk swap. Halakan ke Write dan klik Enter.
7. Taipkan yes, klik Enter. Seterusnya halakan ke Quit dan klik Enter.
8. Kemudian, kita perlu konfigurasikan/format partisi itu tadi. Mulakan dengan perintah berikut:
mkfs.xfs /dev/sda1 <<< Ini merujuk kepada partisi Linux filesystem (rujuk kepada gambar di atas tadi ya)
Saya format ia kepada xfs berbanding ext4 seperti tutorial sebelum ini, kerana ianya lebih bagus, laju, dan ohsem. Heheh.
mkswap /dev/sda2 <<< Ini untuk buat partisi swap pada Linux swap
9. Ikut kesemua perintah berikut dan fahamkan tujuannya.
mount /dev/sda1 /mnt <<< Bertujuan untuk mount partisi ini kepada /mnt
mkdir /mnt/boot <<< Bertujuan untuk cipta direktori ‘boot’
mkdir /mnt/home <<< Bertujuan untuk cipta direktori ‘home’
mount /dev/sda1 /mnt/boot <<< mount partisi sda1 kepada direktori /mnt/boot
mount /dev/sda1 /mnt/home <<< mount partisi sda1 kepada direktori /mnt/home
swapon /dev/sda2 <<< hidupkan Swap untuk partisi sda2 jika anda mahu ia dibaca oleh genfstab.
cd /mnt <<< halakan sistem kepada direktori /mnt
10. Gunakan pacstrap untuk pasangkan base group. Saya galakkan anda pasang sekali base-devel. Pemasangan memang akan mengambil sedikit masa, bergantung juga kepada kelajuan internet anda.
pacstrap /mnt base base-devel
11. Janakan fstab.
genfstab -p /mnt >> /mnt/etc/fstab
Semak semula fstab tersebut dengan:
nano /mnt/etc/fstab
Berikut adalah contoh apa yang akan dipaparkan. Anda perlu pastikan hanya / ditandakan dengan nombor 1. Ini adalah untuk mengelakkan ralat ‘welcome to emergency mode’, atau senang cerita kalau salah tanda, sistem operasi tidak dapat boot.
#
# /etc/fstab: static file system information
#
<file system> <dir> <type> <options> <dump> <pass>
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda1 / xfs rw,relatime,data=ordered 0 1
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda1 /home xfs rw,relatime,data=ordered 0 2
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda1 /boot xfs rw,relatime,data=ordered 0 3
# UUID=9afd2190-c06b-41fa-ae28-40107579524e
/dev/sda2 none swap defaults 0 0
12. Masuk ke dalam persekitaran chroot.
arch-chroot /mnt
Tetapkan nama host:
echo omghackers > /etc/hostname
(Contoh nama host yang saya gunakan adalah omghackers)
Tetapkan zon masa (untuk jam):
ln -sf /usr/share/zoneinfo/Asia/Kuala_Lumpur /etc/localtime
Uncomment (buangkan tanda #) pada mana-mana locales yang anda mahu (untuk bahasa).
nano /etc/locale.gen
Kalau mahukan Bahasa Inggeris, buangkan tanda # pada dua baris berikut:
en_US.UTF-8 UTF-8
en_US ISO-8859-1
Janakan locales itu tadi dengan baris perintah:
locale-gen
13. Hidupkan internet.
systemctl enable dhcpcd@eth0.service
ATAU
systemctl enable dhcpcd
14. Kemudian buat kernel hook dengan perintah ini:
mkinitcpio -p linux
15. Tetapkan kata laluan untuk akaun root:
passwd
Tambah nama pengguna dan juga kata laluannya:
useradd -m -g users -s /bin/bash arya <— Gantikan ‘arya’ dengan nama pengguna pilihan anda.
passwd arya <<< Tetapkan kata laluan untuk pengguna.
Perlu diingatkan, sewaktu anda menaip kata laluan, ianya memang tidak akan kelihatan, bahkan asterisk sekalipun.
16. Pasangkan bootloader pilihan anda. Saya memilih untuk kekal menggunakan GRUB.
pacman -S grub
grub-install /dev/sda <— kalau ada masalah pemasangan, contohnya pemasangan dalam VirtualBox, gunakan perintah –force :
grub-install –force /dev/sda
grub-mkconfig -o /boot/grub/grub.cfg
17. Setelah siap semua, keluar dari persekitaran chroot dengan:
exit
Atau tekan kekunci Ctrl+D.
Kalau anda mahu, anda boleh unmount kesemua partisi itu tadi dengan:
umount -R /mnt
Dan setelah itu:
reboot
Anda akan disambut dengan GRUB! Yes! Tapi sebelum itu jangan lupa remove terlebih dahulu live CD/DVD (ISO) yang ditetapkan sebelum pemasangan (kalau guna VirtualBox).
18. Tapi buat masa ini kita perlu pasangkan sudo (kalau belum pasang lagi), jadi log masuk menggunakan akaun root anda dahulu. kemudian:
pacman -S sudo
Sunting visudo. Sila uncomment pada %wheel ALL=(ALL) ALL untuk membenarkan pengguna biasa menjalankan perintah sudo
EDITOR=nano visudo
Nak mudah tambahkan nama pengguna anda di bawah baris root ALL=(ALL) ALL.
Contohnya:
root ALL=(ALL) ALL
arya ALL=(ALL) ALL
Simpan fail tersebut dengan menggunakan kombinasi Ctrl + O + Enter, dan Ctrl + X untuk keluar dari nano.
Kalau anda malas nak taip kata laluan setiap kali anda gunakan perintah sudo, letakkan nama pengguna di bawah # %wheel ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL seperti ini:
%wheel ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL
arya ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL
(Langkah nombor 18 ini adalah optional)
19. Pastikan internet ada ya. Kalau in case tiada, gunakan:
systemctl enable dhcpd
20. Pasangkan semua keperluan sistem operasi.
pacman -S xorg xorg-server xorg-xinit xterm
Kalau anda memasang ia dalam VirtualBox:
pacman -S virtualbox-guest-utils
SIAP!
Sekarang tibalah masa untuk kita pasangkan KDE Plasma.
Saya memilih untuk pasangkan KDE minimal, jadi baris perintah berikut digunakan:
pacman -S plasma-desktop
20. Boleh juga pasangkan aplikasi lain yang diperlukan, contohnya:
pacman -S konsole dolphin firefox kate
Kemudian, cipta satu fail yang akan digunakan untuk masuk ke persekitaran meja KDE Plasma:
echo “exec startkde” > ~/.xinitrc
21. Reboot. Setelah itu, anda boleh mulakan/masuk persekitaran meja KDE Plasma dengan perintah:
startx
AKHIRNYA SEMPURNA.
Baiklah. Diharap anda berpuas hati dengan tutorial ini. Selamat mencuba dan selamat berjaya!