A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Saya telah memperkenalkan SmartAdBlock beberapa hari lepas. Ia adalah penyekat iklan terbaik yang pernah saya gunakan. Tidak perlu buat apa-apa tetapan, hanya pasang dan terus gunakan ia.

Tetapi ada sesetengah orang masih ingin kekal dengan uBlock Origin. Sebelum ini saya pernah menulis mengenai Nano Adblocker dan Nano Defender bagi melangkau pengesan adblock (anti adblocker). Sekarang saya akan menulis pula bagaimana caranya untuk mendapatkan fungsi yang sama tanpa memasang Nano Adblock dengan mengintegrasikan Nano Defender kepada uBlock Origin.

Apa yang anda perlukan ialah:

1. Pasang dahulu Nano Defender:

Nano Defender Chrome

Nano Defender Firefox

2. uBlock Origin dah pasang bukan? Kalau sudah, bagus. Sekarang aktifkan terlebih dahulu Adblock Warning Removal List. Klik di sini untuk mengaktifkannya: Removal List.

3. Sekarang, anda perlu masukkan senarai penapis integrasi Nano Defender. Caranya ialah dengan mengklik pada pautan ini: Nano Defender Integration.

4. Seterusnya, bukan bahagian tetapan uBlock Origin.

4a) Tandakan pada kotak ‘I am an advanced user’.

4b) Klik pada butang berbentuk gear yang akan muncul setelah anda klik pada kotak tersebut.

4c) Cari ‘userResourcesLocation’ dan gantikan ‘unset’ kepada:

https://gitcdn.xyz/repo/NanoAdblocker/NanoFilters/master/NanoFilters/NanoResources.txt

4d) Kemudian klik pada ‘Apply changes’.

5. Seterusnya, masukkan Nano filters. Klik di sini: Nano filters.

6. Akhir sekali, Nano filters – Whitelist. Klik di sini: Nano filters – Whitelist.