Bismillahirrahmanirrahim..
Pernahkah anda ingin memasuki forum tetapi anda hanya mahu membaca info tanpa mahu mendaftar? Ya. Ada sedikit cara yang mudah dan ringkas untuk melakukannya iaitu dengan menukar tetapan ‘User Agent‘ yang lalai (default) kepada ‘User Agent‘ yang tidak perlukan sebarang pendaftaran seperti Google Bot. Jadi jika melawati mana-mana forum, anda boleh terus memasukinya tanpa perlu mendaftar kerana forum itu sudah ‘dikaburi’ dengan User Agent yang anda gunakan.
Rujuk di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa itu User Agent.
Cara Melakukannya:
1. Salin kod di bawah ke dalam notepad dan simpan sebagai useragent.reg
Windows Registry Editor Version 5.00
[HKEY_LOCAL_MACHINESOFTWAREMicrosoftWindowsCurrentVersionInternet Settings5.0User Agent]@=”Googlebot/2.1″”Compatible”=”+http://www.googlebot.com/bot.html”
Untuk menukar kembali kepada tetapan asal, salin kod di bawah ke dalam notepad dan simpan sebagai defuseragent.reg
Windows Registry Editor Version 5.00
[HKEY_LOCAL_MACHINESOFTWAREMicrosoftWindowsCurrentVersionInternet Settings5.0User Agent]@=”Mozilla/5.0 (compatible; MSIE 6.0; Windows NT 5.1)”
Cara menggunakannya? Anda hanya perlu klik (double click) pada useragent.reg sekiranya anda ingin melayari forum-forum yang memerlukan pendaftaran tersebut dan apabila sudah selesai, klik (double click) pada defuseragent.reg
Kalau tak faham dan tak pandai nak buat, anda boleh muat turun fail registry yang telah
Mr.Hac buatkan -> User Agent Registry Hack
Kepada mereka yang menggunakan pelayar Firefox, anda boleh gunakan Addon User Agent Switcher untuk melakukannya dengan lebih mudah.
Klik -> Firefox User Agent Switcher
Nota: Ada sesetengah forum yang tidak berkesan. Jangan salahkan Mr.Hac pulak.