Cara Melajukan Firefox

Cara Melajukan Firefox

Mungkin bagi sesetengah ‘advance user’, bila baca tajuk entri ni rasa macam ‘klise’ sangat..
“Weh..dah takde entri lain ke ko nak tulis? Lajukan Firefox?”
Ya..Tujuan Mr.Hac tulis ni bukan nak bagi korang-korang yang so called ‘advance user’ ni baca..tidak sesekali.. Tujuan Mr.Hac tulis entri ini adalah untuk para pemula memahami dengan mudah tips-tips yang dapat membantu mereka ketika diperlukan tanpa perlu merujuk kepada Pakcik Google lagi. Tambahan pula anda boleh bookmark entri ini kerana setiap kali (sekiranya) selepas anda format komputer/laptop/netbook anda dan kembali memasang (install) pelayar web Mozilla Firefox, anda boleh terus mula meringankan, melajukan, dan ‘mengemaskan’ tetapan Firefox menjadi lebih baik.

Ini adalah tempat rujukan Mr.Hac, jadi jika ada yang tidak lengkap, anda sendiri boleh terus membuat rujukan sendiri di sini -> How To Speed Up Firefox?
P/S: Entri ini akan sentiasa dikemaskini supaya anda semua berpuas hati dengannya.

Tips: Kesemua tips di bawah memerlukan untuk anda menaip ‘about:config’ pada bar alamat (address bar), dan kemudian tekan Enter. Akan keluar satu laman amaran, klik pada “I’ll be carefull, I promise! 
Anda boleh terus bermain dengan ‘bahasa pengaturcaraan’ untuk membuat modifikasi terhadap pelayar Firefox anda! Memang wujud pertikaian terhadap cara ini, kerana ada yang mengatakan “Everythings made default for a reason!”. Namun bukankan itu tujuan anda belajar, supaya dapat memperbaiki bahagian-bahagian yang ‘lompang’ untuk menjadi lebih baik?

Mengurangkan Penggunaan RAM oleh ciri cache Firefox

1. Setelah anda menaip ‘about:config’, tekan Enter, salin dan tampal
(copy and paste) kod entri ini -> browser.sessionhistory.max_total_viewer
2. Tetapkan nilainya kepada ‘0’.
3. Jika ia tiada, anda boleh klik kanan pada mana-mana ruang kosong, pilih New -> Integer -> salin dan tampal kod di atas -> tetapkan nilai kepada 0

Melajukan Loading Page Laman Yang Dilawati

1. Salin dan tampal kod entri tetapan berikut:
network.http.pipelining  -> ubah tetapan kepada true
network.http.proxy.pipelining -> ubah tetapan kepada true
network.http.pipelining.maxrequests -> ubah tetapan kepada 10-30.

2. Klik kanan pada mana-mana ruang kosong, pilih New -> Integer -> masukkan entri nglayout.initialpaint.delay” (tanpa pembuka dan penutup kata) dan masukkan nilainya kepada ‘0’

3. Klik kanan dan pilih New -> Boolean -> masukkan entri network.dns.disableIPv6 dan masukkan nilainya kepada true

4.  Klik kanan dan pilih New -> Boolean -> masukkan entri plugin.expose_full_path dan masukkan nilainya kepada true

5. Klik kanan dan pilih New -> Integer -> masukkan entri content.notify.backoffcount dan masukkan nilainya kepada 5

6. Klik kanan dan pilih New -> Integer -> masukkan entri ui.submenuDelay dan masukkan nilainya
kepada 0

Mengurangkan Penggunaan RAM Kepada 10MB Apabila Firefox Di-Minimize   

Tips ini dapat membantu PC anda dengan mengurangkan penggunaan RAM kepada 10MB apabila Firefox di-minimize.

1. Klik kanan dan pilih New -> Boolean -> masukkan entri config.trim_on_minimize dan masukkan nilainya kepada true

Sekarang anda hanya perlu restart Firefox dan rasakan perubahannya. Terdapat banyak lagi kod entri yang berada dalam pelbagai blog. Ini merupakan sebahagian kecil darinya. Jika anda rajin, anda boleh membuat eksplorasi sendiri terhadap tetapan Firefox seperti di atas. Sekian dahulu buat masa ini.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img