Cara Memasang dan Menggunakan Fern WiFi Cracker Pada Ubuntu

Dalam tutorial kali ini Mr.Hac akan memberikan kepada anda kaedah atau cara pemasangan Fern WiFi Cracker pada Ubuntu. Ia perlu dipasang kerana ia bukanlah distro untuk menggodam seperti BackTrack 5. Senang faham tu kan? Hahah!

Benda yang diperlukan untuk pemasangan ialah:

1. Ubuntu-Linux (dah tentu la!) atau boleh juga gunakan Linux Mint (my current distro!)

2. python

3. python-qt4

4. macchanger

5. aircrack-ng

6. xterm

7. subversion

Dah ada Ubuntu atau Linux Mint? Ok bagus. Apa yang perlu anda lakukan ialah memasang satu demi satu perisian di atas melalui Ubuntu Software Center (USC) dan kalau Linux Mint anda boleh gunakan Software Manager (fungsinya sama macam USC). Caranya ialah dengan menaip pada kotak carian USC dan klik pada Install.

Pemasangan Fern:

1. Sila muat turun fail berikut Fern-Wifi-Cracker_1.2_all.deb

2. Dwiklik padanya dan USC akan muncul. Klik pada butang Install. Nanti akan keluar satu tetingkap amaran mengatakan tentang ‘Bad Quality’ (Lebih kurang la. Mr.Hac dah lupa). Abaikan dan klik pada ‘Ignore and Install’.

3. Kemudian setelah selesai pemasangan, jangan hairan jika butang Install tidak digantikan dengan ‘Remove’. Mr.Hac rasa ini ada kaitan dengan ‘Bad Quality’ itu tadi. Abaikan.

Anda boleh temui Fern WiFi Cracker pada Applications -> Other -> Fern WiFi Cracker. TETAPI!!
Anda tidak boleh terus klik di situ kerana ia memerlukan anda untuk menjalankannya sebagai Root. Bagi mereka yang belum tahu, Root bolehlah disamakan dengan Administrator pada sistem operasi Windows.

Jadi, sila buka Terminal, salin (Ctrl+c) dan tampal (Shift+Ctrl+v) pada Terminal baris perintah di bawah lalu klik Enter, dan masukkan kata laluan apabila diminta:

sudo python /usr/local/bin/Fern-Wifi-Cracker/execute.py

Paparan seperti di bawah akan muncul. Abaikan penyelarasan automatik resolusi skrin yang berlaku.

Oh..Sorry.. Ni gambar Terminal Mr.Hac. Saja nak tayang! Hehe!

Haa. Nampak kat atas tu? Tu la dia rupa Fern WiFi Cracker yang dipasang dalam Ubuntu.
Selamat mencuba ya! Chow sin chiiii!!

P/S: Kalau nak baca tutorial penggunaannya boleh baca dalam entri Mr.Hac yang terdahulu DI SINI.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img