Buletin Jejes : RileksCrew Dan DragonForce Didakwa Makan Tak Ajak
Agak panas juga dua tiga hari ini dengan serangan dan deface laman web dengan domain ‘.my’ daripada pasukan pemain Mobile Legend handalan dari seberang.
Tidak ketinggalan juga, laman web rasmi Angkatan Tentera Malaysia juga turut menerima serangan yang sama. Tiada sebarang kebocoran maklumat dilaporkan dan serangan hanya sekadar mengacau halaman utama laman sesawang sahaja, bukan database yang dibina asing.
Menerima berita ini, beberapa kumpulan gitar rancak Malaysia, seperti RileksCrew dan DragonForce telah berbincang untuk mengadakan jamuan makan malam bersama majlis cabutan bertuah. Diselitkan juga pada minit akhir perbincangan, aktiviti reunion sekolah dengan tema #OpsGanyang.
Setakat ini, soalan “nak makan mana?” masih lagi belum mencapai kata putus. Bersama kami lagi untuk kemaskini yang seterusnya.