BolehVPN Review : Kenapa Akhirnya Saya Memilih BolehVPN Sebagai Servis VPN Nombor Satu

Sedikit ‘latar belakang’ tentang saya: saya telah pun banyak menguji cuba pelbagai servis VPN, dari yang murah hingga yang mahal, dari yang berteknologi ‘biasa-biasa’ hinggalah kepada yang mengekod dan mencipta sendiri protokol rangkaian.

Namun, kini hanya ada satu sahaja servis VPN yang telah saya nobatkan sebagai nombor 1 (bagi saya) iaitu BolehVPN.

Kenapa?

Mari saya ceritakan dari mula bagaimana ‘perkenalan’ antara ‘kami’ bermula hinggalah kepada saat saya menaip artikel ini, pandangan saya terhadapnya tidak berubah. BolehVPN memang terbaik. Saya bermula dengan servis VPN percuma, hinggalah belajar serba sedikit mengenai VPN dan kemudian beralih kepada servis berbayar kerana isu privasi dan sebagainya lagi.

Iklan Google

Dari MyTunnel VPN (R.I.P), VyprVPN, CyberGhost VPN, TheLan VPN, SoftEther VPN, Sunlight VPN, dan pelbagai lagi servis sama ada dari dalam atau luar negara, dari murah ataupun mahal, hampir ‘kesemuanya’ saya sudah cuba dan merasa teknologi mereka.

Kalau ditanya mengapa, saya memilih BolehVPN kerana sebab-sebab yang super duper konkrit. Mari saya senaraikan antara sebabnya:

1. Harga, berbanding pesaing, boleh dikatakan lebih mahal. Contohnya TheLan VPN bermula dari RM15-20. FinchVPN pula lebih kurang RM20+. Tetapi BolehVPN mengenakan caj sebanyak 9.99USD bersamaan dengan RM44.41 setelah ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dan ditambah dengan cukai. Oh ya, BolehVPN juga menyediakan kemudahan untuk membayar melalui PayPal. Lihat pada gambar di bawah.

Walaupun yuran/bayaran bulanannya lebih mahal dari pesaing tempatan, namun anda perlu tahu ianya amatlah berbaloi sekali. BolehVPN bukan servis dari ‘budak-budak’ yang baru berkenalan dengan VPN. Ia ditawarkan oleh kumpulan profesional yang mengetahui selok-belok VPN dengan mendalam. Baca ciri seterusnya untuk mengetahui kenapa harga yang ditawarkan menepati ciri yang diberikan.

2. Paparan antaramuka pengguna aplikasi/perisian BolehVPN versi Windows juga kelihatan sangat moden. Anda boleh lihat pada gambar pertama di atas dan juga gambar keduanya di bawah ini.

Tak lupa juga, tetapan yang disediakan amat banyak untuk para ‘tweakers’ mengendalikannya. Terdapat satu tetapan khas untuk melindungi dari kebocoran DNS.

Ujian kebocoran DNS yang dijalankan juga menunjukkan tiada sebarang kebocoran yang berlaku.

Iklan Google

3. Protokol berbeza untuk penggunaan yang berbeza. Anda boleh tonton dahulu video di bawah untuk cuba memahami perbezaan antara protokol-protokol yang ditawarkan. Saya? Saya sentiasa memilih xCloak Routing.

Iklan Google

4. Servis selepas jualan yang mantap. Sebaik sahaja saya memfailkan tiket sokongan, tidak beberapa lama selepas itu saya menerima e-mel yang mengatakan bahawa ‘masalah’ saya telah pun diselesaikan. Staf BolehVPN memang BolehDiharap! (Ok harapnya ‘pun’ itu ‘kena’).

5. Kebolehpercayaan/keboleh-harapan (reliability). Ya, pada saya kelajuan bukanlah segala-galanya. Kerana apa guna ada ‘kelajuan’ tetapi sambungan sentiasa terputus? Atau apa guna ada sambungan, tetapi ‘kelajuan’ pula tiada? Dengan BolehVPN, saya memperoleh kedua-duanya. Minta maaf FinchVPN, anda telah mengecewakan saya dengan isu ‘server degradation’ yang telah berulang berbulan lamanya. Akibat dari ini, sambungan kerap terputus dan kelajuan juga berkurangan dengan ketara sekali.

Akhir kata, saya amat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh BolehVPN. Ya, bayaran bulanannya tidak semurah VPN lain, namun ciri dan servis selepas jualan yang ditawarkan adalah amat baik dan profesional sekali.

Servis yang murah tidak semestinya tidak baik, manakala mahal tidak semestinya itu yang paling bagus, dan BolehVPN berada di tengah-tengah antara keduanya, tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal. Servis dari VyprVPN boleh dikatakan antara yang termahal pernah saya gunakan (lebih kurang RM80+ sebulan) namun peraturan yang dikenakan agak ketat hingga apabila menerima amaran DMCA lebih dari 3 kali, akaun akan dibatalkan buat selama-lamanya.

Iklan Google

Apa guna ada servis VPN tetapi tidak boleh memuat turun kandungan torrent? Tiada guna walau satu sen pun. BolehVPN juga dapat digunakan pada pelbagai sistem operasi, dan ini adalah ciri yang utama perlu diambil perhatian. Jika hanya terdapat versi untuk Windows sahaja, maka pembangun tersebut mungkin belum cukup staf atau belum cukup ‘serius’.

Baiklah, jika anda berminat untuk mencuba, sila daftar dengan menggunakan butang di bawah. Klik pada ‘SKIP AD‘. Oh ya, BolehVPN ada menawarkan akaun percubaan selama 1 hari (percuma) yang anda boleh minta melalui pautan ini ya. Juga ada akaun percubaan selama 7 hari (RM10).

Contoh butiran akaun percubaan

         Register BolehVPN
Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img