Thursday, 6 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 6

WINUX: ‘Windows 11’ Untuk Pemula Linux – Hidupkan Semula PC Lama Dengan WINUX

0

Ramai agaknya yang nak mencuba Linux tapi tak habis-habis dimomokkan dengan susahlah, tak support games lah, tak banyak apps lah — pada hal yang cakap tu pun bukannya pernah pakai. Dia sejenis netizen yang bila orang nak bercakap tentang sesuatu, dia pun nak bercakap jugak.

Microsoft akan menamatkan sokongan untuk Windows 10 pada 14 Oktober 2025. Bagi pengguna yang tidak dapat menaik taraf ke Windows 11, ada satu alternatif menarik iaitu WINUX, distro Linux berinspirasikan Windows yang menawarkan pengalaman mirip Windows 10 dan Windows 11 tanpa kerenah birokrasi Microsoft.

WINUX, dibangunkan oleh Linuxfx, adalah sistem operasi Linux yang meniru rupa dan rasa Windows 10/11 — daripada menu Mula hingga ikon desktop.

Ciri menarik Winux. Ia:

  • Ringan: Tiada keperluan perkakasan ketat, hanya memerlukan CPU dwi-teras 64-bit dan 2GB RAM (4GB disyorkan).
  • Mesra Peranti Lama: Berfungsi lancar pada PC lama, membolehkan pengguna mengekalkan aliran kerja dan permainan sedia ada.
  • Kemas Kini Terbaru: Versi terkini menambah kelajuan, tema baharu ‘Redsand’ untuk gaya Windows 10/11, kernel 6.14.0-29 dengan sokongan perkakasan lama dan moden, serta asas Ubuntu 24.04.3 LTS yang menerima kemas kini percuma sehingga lima tahun.

Dengan sumbangan (donation), pengguna boleh membuka ciri premium seperti:

  • Integrasi OneDrive dengan antara muka grafik.
  • Sokongan Active Directory asli.
  • Alat AI yang dipertingkatkan.

Muat turun di: https://winuxos.org/

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Tiny11builder – Ciptakan ISO Windows 11 Tanpa Bloatware

0

Ramai dah tahu EOL Windows 10 bulan depan je. Selepas tarikh itu, tiada lagi sokongan dari Microsoft untuk sebarang kemas kini sistem operasi dan kemas kini keselamatan – melainkan anda bayar untuk Extended Security Updates (ESU).

Biasalah, Microsoft bukan charity. Nak lebih, bayar la.

Untuk menggunakan Windows 11, anda memerlukan peranti dengan perkakasan khusus. Lebih terkini, lebih baik.

Windows 11 dikatakan berprestasi tinggi, melebihi Windows 10 sebanyak 2.3x (wow?).

Tetapi bloatwares yang hadir bersamanya memang tak boleh mintak ampun. Punya banyak, mengalahkan telefon pintar dari Xiaomi banyaknya bloatwares tersebut.

Ehh.

Di sini tiny11builder — satu skrip dibangunkan oleh NTDEV, dibuat khusus untuk membuang semua bloatware dalam ISO Windows 11.

Sedikit sebanyak walaupun tidak dapat menyebabkan prestasi PC — terutamanya PC kerajaan yang kebanyakannya masih menggunakan HDD, meningkat naik seakan menggunakan processor dan SSD yang mahal, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangi ‘beban’ yang tidak diperlukan terutamanya oleh pengguna akhir.

Pergh. Bukan main panjang ayat abam karang semata-mata nak bahan performance PC kerajaan di tahun 2025 yang begitu damai tetapi sudah menghampiri penghujungnya ini.

I’ve kept it real. Have you?

Kalau berminat nak bereksperimen dan gunakan terus Windows 11 tanpa bloatware, boleh muat turun di sini:

https://github.com/ntdevlabs/tiny11builder

Rasa susah nak buat? Pakai Windows sudah sekian lama sejak kecil tapi masih tak reti nak gunakan CMD atau PowerShell?

Tak apa. Nanti abam up artikel tentang alternatif lain, sementara menanti Windows 10 menghampiri batu nisannya.

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Menangkap “Hantu Scroll” di WhatsApp Web

0

Solusi :

1) Install TamperMonkey kat browser korang
2) Create satu script dalam Tampermonkey tu, copy dari link bawah ni
–> https://pastebin.com/MwbYBWqy

Kalau takut min hejes pc korang boleh lah rajin-rajin godek-godek Gemini ai dengan Tampermonkey tu

Permulaan Cerita

Pagi tadi, min tengah sembang santai dengan geng OMG Hackers dalam WhatsApp group. Topik pun macam-macam, kejap pasal laptop, kejap pasal phone baru seperti OnePlus 15 dan Oppo Find X9 yang dah lepas 3C certification.

Tiba-tiba, bila min guna WhatsApp Web di Chrome, scroll jadi pelik. Mula-mula min ingat salah Chrome. Arya Putra sempat bahan min, katanya dia guna Edge (engine sama) tapi tak ada masalah. Amir OMGH pula cadangkan cuba:

  • Tutup buka balik WhatsApp Web
  • Atau install versi desktop dari Microsoft Store

Katanya dia pernah terbaca di Reddit, bug ni wujud sejak 3 tahun lepas. Lama gila umur bug ni.


Eksperimen Browser

Min cuba Firefox, tapi masalah sama juga. Scroll kejap ok, kejap tersekat-sekat macam flow sangkut bila taip sambil reply mesej.
Anehnya, Arya cakap kat dia semua ok, tapi bila min wasap dia direct, terus kat dia pun jadi rosak. Macam kena sumpahan pula!

Masa tu min yakin masalah bukan dari browser sebab website lain ok je. Jadi fokus min beralih kepada WhatsApp Web itu sendiri.


Minta Bantuan AI (Gemini)

Min tanya Gemini untuk buat skrip checklist troubleshoot. Dia bagi 3 skrip JavaScript untuk test dalam Dev Console Chrome.

Skrip 1: Check “Penjaga Pintu”

const chatPanel = document.querySelector('div[data-testid="conversation-panel-messages"]');
console.log(getEventListeners(chatPanel));
  • Tujuan: nak tengok kalau ada event listeners block scroll.
  • Hasil: kosong. Tiada event pelik.

Skrip 2: Pasang “CCTV”

window.addEventListener('wheel', function(event) {
  console.log('Is "preventDefault()" being called?:', event.defaultPrevented);
}, true);
  • Tujuan: kesan siapa tahan scroll.
  • Hasil: console asyik keluar true → confirm ada skrip tahan scroll dengan preventDefault().

Skrip 3: Cari Dalang Sebenar

const originalPreventDefault = Event.prototype.preventDefault;
Event.prototype.preventDefault = function() {
  if (this.type === 'wheel') {
    console.warn('"preventDefault()" was called…');
    console.trace();
  }
  originalPreventDefault.call(this);
};
  • Tujuan: trace siapa panggil preventDefault().
  • Hasil: Console tunjuk function bernama a.maybePreventScroll dalam file WhatsApp Web JS.
  • Konklusi: punca masalah memang datang dari WhatsApp Web sendiri.

Solusi: Tampermonkey “Penghalau Hantu”

Bila dah tahu punca, min minta Gemini buat userscript ringkas untuk override perangai WhatsApp tu.
Min apply patch tu melalui Tampermonkey → hasilnya scroll kembali normal.


Refleksi

Bila semua ni selesai, min rasa betul-betul lega. Rasa puas bila dapat tahu masalah yang ganggu tu bukan berpunca daripada browser atau PC sendiri, tapi datang daripada kod WhatsApp Web itu sendiri. Dalam masa yang sama, pengalaman ni bagi satu rasa menarik sebab walaupun min bukan seorang programmer, dengan bantuan AI macam Gemini, min boleh faham apa yang berlaku dan cari jalan untuk betulkan balik. Macam ada kuasa tambahan bila kita tahu cara untuk melawan balik bug yang selama ni buat kita sakit hati.

Yang buat min senyum sendiri, terfikir jugak mungkin dekat pihak Meta ada developer junior yang guna AI untuk tulis sebahagian kod WhatsApp Web, dan sebab tu lah bug pelik ni wujud. Ironi betul kalau memang macam tu.

Tapi dari sudut lain, inilah sebenarnya dunia teknologi sekarang. Kadang kita bukan sekadar pengguna, kita kena jadi “doktor” untuk software juga. Hari ni min berjaya “sembuhkan” WhatsApp Web dengan bantuan Tampermonkey. Esok lusa, mungkin ada pula bug lain yang menunggu giliran. Apa pun, pengalaman ni buat min lebih yakin bahawa dengan gabungan kesabaran, sedikit keberanian, dan teknologi yang betul, banyak masalah boleh diselesaikan.


Views: 9

Iklan Newspaper Inline

Jangan Beli Charger Telefon Sebelum Tahu Benda Ni!

0

Benda yang paling abam tak boleh nak tengok ialah bila melihat kawan-kawan, tambah yang rapat dengan kita ni, main beli je adapter (kepala charger tu) apatah lagi powerbank tanpa mengira pakai teknologi apa yang digunakan olehnya.

Biasanya dibeli sebab harga murah la. Adapter atau powerbank yang disahkan dan autentik selalunya berharga ‘premium’, manakala OEM atau ‘after market’ ni memang mampu milik.

TAPI..

Kapasiti memang sedap mata membaca. 60,000, kekadang 100,000mAh. Kemain besar. Heh. Tapi output? 5V/2.1A = 10.5W.

Mende korang?

Cuba fahamkan dulu, bahawa kebanyakan peranti yang korang miliki sekarang ada charging protocol tersendiri.

Banyak telefon guna protokol khas, sebagai contoh VOOC/SuperVOOC, FlashCharge, HyperCharge, SuperCharge, USB-PD, PPS, Quick Charge.

Kalau powerbank / charger tak sokong protokol yang sama, ia akan cas lambat walaupun mAh besar. Ngerti?

Rugi beli walaupun harga murah, tambah kapasiti bateri telefon sekarang dah mula mencecah kapasiti powerbank itu sendiri. 6000-7000mAh sudah menjadi norma sekarang ni.

Jadi, jika pengecasannya lambat, bayangkan saja nak penuhkan 6000-7000mAh. Berdarah bijik mata menunggu, silap-silap kuasa powerbank habis dulu, telefon masih belum selesai dicas.

Checklist sebelum beli adapter / powerbank:

  • Semak output (W) port, bukan cuma mAh.
  • Pastikan protokol pengecasan serasi dengan telefon (USB-PD/PPS untuk kebanyakan telefon a.k.a universal; yang mana jenama lain ada protokol tersendiri).
  • Guna kabel yang betul (untuk >60W perlukan USB-C 5A, E-marked).
  • Periksa output per port — total ≠ output tiap port.
  • Tukar mAh → Wh kalau nak bawa naik kapal terbang (≥100Wh ada sekatan).

Telefon korang sokong protokol apa? Berapa watt adapternya keluarkan? Kalau tak tahu, tanya.

Ambil tahu, jangan keliru.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Punca Sebenar Prestasi PC Anda ‘Tak Best’ Boleh Jadi Bukan Kerana Pemproses

0

Pernah terfikir tak, majoriti yang rajin gaming dekat sini lepas beli dedicated GPU pun masih lagi sibuk nak overclock dan buat bermacam jenis ‘tweaking’ supaya dapat prestasi gaming paling maksimum.

Tapi boleh saja yang bermasalah itu bukan permainan dibeli, apatah lagi CPU & GPU – tidak lain tidak bukan ianya adalah sistem operasi WINDOWS – terutamanya Windows 11.

Sebelum kemunculan Steam Deck dan SteamOS, Linux sering dianggap tidak sesuai untuk permainan. Namun sejak Proton diperkenalkan pada 2018 dan semakin matang menjelang pelancaran Steam Deck pada 2022, prestasi permainan di Linux melonjak naik.

Contohnya, dalam ujian XDA menggunakan Lenovo Legion Go S yang menyokong SteamOS dan Windows, permainan Horizon: Zero Dawn Remastered mencatat purata 19–20FPS di Windows, tetapi mencapai 35FPS di SteamOS — peningkatan sebanyak 75% walaupun menggunakan perkakasan yang sama.

Permainan lain seperti Cyberpunk 2077, Shadow of the Tomb Raider, dan Guardians of the Galaxy juga menunjukkan prestasi lebih baik di SteamOS, sama ada menggunakan bateri atau sambungan kuasa.

Ujian menunjukkan bahawa Windows mengalami penurunan prestasi lebih ketara apabila tidak disambungkan ke kuasa AC berbanding SteamOS. Walaupun ada pengecualian seperti Shadow of the Tomb Raider, permainan seperti Cyberpunk 2077 menunjukkan SteamOS mengekalkan prestasi lebih stabil.

Laporan dari TechSpot, Ars Technica, dan Tom’s Hardware turut menyokong dapatan ini.

Walaupun sokongan pemacu perkakasan di Linux kadangkala lambat, kernel Linux kini lebih responsif terhadap perubahan. OEM seperti Framework dan Lenovo mula menawarkan sistem seperti Bazzite dan SteamOS sebagai pilihan lalai untuk pengalaman permainan yang dioptimumkan.

Anda boleh cuba ubah suai Windows menggunakan sistem seperti Atlas OS untuk kurangkan ciri invasif dan tingkatkan prestasi. Namun, hasil ujian menunjukkan peningkatan prestasi tidak begitu ketara, dan mungkin perlu korbankan banyak ciri Windows yang biasa digunakan.

Masalah utama Linux untuk permainan kompetitif ialah sokongan anti-cheat. Perisian seperti Easy Anti-Cheat dan Vanguard tidak menyokong Linux, menjadikan permainan seperti Fortnite dan Apex Legends tidak boleh dimainkan. Ini mungkin menjadi penghalang besar bagi sesetengah pengguna.

Berpindah ke Linux bukan untuk semua orang. Ya, abam akui perkara itu. Tetapi jika anda sanggup berbelanja untuk prestasi maksimum, beralih ke Linux mungkin lebih berbaloi.

Dengan Proton, mod permainan Steam, dan sistem Linux yang lebih ringan, pengalaman permainan kini lebih lancar, bahkan kadangkala melebihi Windows.

Duk tunggu apa lagi? Mulalah belajar Linux dari sekarang.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Jangan Bayar Untuk Install WPS – Ia Percuma!

0

WPS Adalah Percuma!!!

Suit perisian pejabat WPS ni dah lama. Tapi masih ada yang tertipu hingga ‘servis’ memasang perisian ini saja dikenakan bayaran sebanyak RM80.

Weh.. serius la?

Tengok dalam gambar di bawah, ada berapa banyak anak panah abam bubuh situ. Kalau tak nampak jugak sila pakai cermin mata atau buat pembedahan lasik – tak pun tampal sticker jimat minyak dekat dahi.

Melainkan anda melanggan pakej Pro atau AI, ianya percuma sahaja. Kalau nak langgan plan berbayar pun masih tidak terlalu mahal berbanding Microsoft punya, tinggal lagi kalau tidak biasa menggunakan perisian ini, anda akan terasa sedikit janggal. Itu sahaja.

Sebelum ni pun banyak dah abam tulis pasal perisian pejabat alternatif yang lain, seperti OpenOffice, OnlyOffice, LibreOffice, dan sebagainya lagi.

Ambil tahu, jangan tertipu.

Muat turun: https://www.wps.com/download/

Muat turun: https://www.wps.com/download/

Muat turun: https://www.wps.com/download/

3 kali abam ulang, kalau tak nampak jugak, ahlil nujum negara cakap pendek umor.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Penunggang Tragedi – AI dan Monetization Jadi Alat Rakus!

0

Dapat 600-900 USD sebulan dari Meta dengan tunggang hashtag Zara dan buat content sampah AI!

Salah seorang dari rakan kami hubungi saya selepas posting AI Zara. Dia juga bersetuju dengan isu penunggang tragedi dan mangsa dengan AI. Mereka ini bukannya nak keadilan dan nak sebarkan kesedaran sangat pun. Tapi kejar monetization, duit dan trafik semata-mata.

Ada yang siap bangga tayang Meta payout tapi kemudiannya delete semula lepas dikecam. Rakan saya ini mahir dalam SEO dan monetization jadi mudah saja untuk membuat semakan di akaun-akaun media sosial yang terlibat dari segi metrik dan anggaran pendapatan.

Guna AI untuk buat content tragedi dan “menyawakan” orang yang telah meninggal dunia hanyalah perbuatan jijik dan keji. Banyak fantasi dan rekaan semata-mata. Hanya sekadar menimbulkan fitnah dan cerita palsu.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Dapat 600-900 USD sebulan dari…

0

Dapat 600-900 USD sebulan dari Meta dengan tunggang hashtag Zara dan buat content sampah AI!

Salah seorang dari rakan kami hubungi saya selepas posting AI Zara. Dia juga bersetuju dengan isu penunggang tragedi dan mangsa dengan AI. Mereka ini bukannya nak keadilan dan nak sebarkan kesedaran sangat pun. Tapi kejar monetization, duit dan trafik semata-mata.

Ada yang siap bangga tayang Meta payout tapi kemudiannya delete semula lepas dikecam. Rakan saya ini mahir dalam SEO dan monetization jadi mudah saja untuk membuat semakan di akaun-akaun media sosial yang terlibat dari segi metrik dan anggaran pendapatan.

Guna AI untuk buat content tragedi dan “menyawakan” orang yang telah meninggal dunia hanyalah perbuatan jijik dan keji. Banyak fantasi dan rekaan semata-mata. Hanya sekadar menimbulkan fitnah dan cerita palsu.

#CelikIT #KeselamatanData #DataPeribadi #EtikaAI #GunaDenganHemah

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Copilot Di Windows 11

0

Kalau anda masih buat semua kerja sendiri di Windows 11.. anda dah ketinggalan.

Sekarang ada Copilot – pembantu AI yang boleh meringkaskan artikel, tulis posting, jawab soalan, dan beri panduan terus dari desktop atau Microsoft Edge.

Tak perlu buka banyak tab, tak perlu pening fikir ayat, tak perlu buang masa cari info. Klik ikon Copilot di Taskbar atau Microsoft Edge, taip atau cakap, dan siap.

Ya, anda boleh bercakap dengan Copilot bagai bercakap dengan manusia. Well.. ‘macam’ la, bukan 100% sama. Tapi seronok, terutama buat mereka yang single dan takda kawan nak ajak borak.

Ehh.

Cara Guna Copilot di Windows 11:

1. Pastikan Windows 11 anda versi 23H2 atau lebih baharu.
2. Klik ikon Copilot di Taskbar (sebelah ikon Search).
3. Taip soalan atau arahan… siap!
Tip: Tekan Win + C untuk buka Copilot dengan pantas.

Cara Guna Copilot di Microsoft Edge:

1. Buka Microsoft Edge.
2. Klik ikon Copilot di penjuru kanan atas.
3. Minta dia ringkaskan laman web, cari info tambahan, atau tulis teks untuk anda.

Copilot dengan ciri Voice:

Di Windows 11, Microsoft Edge, atau aplikasi mudah alih Copilot, anda boleh aktifkan mod suara untuk berinteraksi secara lisan. Anda bercakap, Copilot membalas dengan suara. Ia bukan Copilot versi berbeza, tapi mod interaksi dalam Copilot yang membolehkan perbualan dua hala tanpa perlu menaip.

Bagaimana ia berfungsi?

• Di PC (Windows 11): Buka Copilot, klik ikon mikrofon di dalam tetingkap chat untuk mula bercakap.
• Di telefon (iOS/Android): Tekan butang mikrofon di sudut kanan bawah skrin Copilot.
• Anda boleh tanya soalan, minta penjelasan, atau beri arahan dan Copilot akan jawab secara lisan.
• Dalam tetapan, anda boleh pilih suara dan kelajuan percakapan.

Bezanya dengan Copilot biasa:

• Copilot biasa → anda taip, dia balas dengan teks.
• Copilot dengan Voice → anda bercakap, dia balas dengan suara (tapi anda masih boleh gabungkan dengan teks).

Tahukah anda, ada juga ‘Copilot Vision’?

Bayangkan kalau komputer anda boleh melihat apa yang anda lihat di skrin, faham konteksnya, dan terus bantu anda, itulah Copilot Vision.

Dengan Copilot Vision, anda boleh:

• Baca & faham kandungan bersama – Copilot boleh meringkaskan artikel, menjelaskan istilah, atau memberi cadangan berdasarkan laman web atau dokumen yang anda buka.
• Bantu beli-belah – Semak produk di laman web dan cadangkan pilihan yang sesuai dengan keperluan anda.
• Belajar & bermain – Contohnya, belajar cara main permainan baru sambil Copilot memberi panduan langkah demi langkah.
• Dapatkan idea & panduan masa nyata – Sama ada menulis, mengedit, atau merancang projek, Copilot boleh beri cadangan terus berdasarkan apa yang ada di skrin.

Cara Menggunakannya di Windows 11:

1. Pastikan anda ada kemas kini Copilot terkini.
2. Klik ikon cermin mata 👓 dalam Copilot.
3. Pilih sama ada nak kongsi seluruh desktop atau tetingkap tertentu.
4. Copilot akan terus memberi panduan atau jawapan berdasarkan apa yang anda tunjukkan.

Cara Menggunakannya di Microsoft Edge:

1. Buka Edge dan klik ikon Copilot.
2. Aktifkan Copilot Vision.
3. Layari laman web, dan Copilot akan membantu menganalisis atau meringkaskan kandungan yang anda lihat.

‘Masalah’ dengan orang kita ni bila buka Copilot tak habis-habis prompt dia duk jana gambar, walhal ‘kuasa’ atau kepintaran yang ada pada Copilot tu dah cukup overkill jika sekadar hendak main janaan gambar semata.

Apa pun, heheh. Selamat mencuba.

Hasta la vista.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Jangan Leka Bila ‘Tap’ Kad!

0

Ramai antara kita suka guna pembayaran tanpa sentuh (contactless) kerana cepat dan mudah — cuma sentuh kad atau telefon, dan siap. Tapi di sebalik kemudahan ini, ada sebab kenapa setiap transaksi ada had maksimum.

Had ini bukan sekadar peraturan bank. Ia adalah lapisan keselamatan. Bila jumlah belian melebihi had, sistem akan minta kita masukkan PIN. Inilah peluang untuk kita berhenti sekejap, semak jumlah, dan pastikan tiada caj tersalah atau cubaan penipuan.

Kesilapan paling biasa? Tak periksa jumlah yang dipaparkan. Dalam suasana sibuk atau tergesa-gesa, kita mudah terlepas pandang. Sekali tersilap, mungkin kita bayar lebih daripada sepatutnya dan baru sedar selepas terlambat.

Jadi, walaupun teknologi memudahkan hidup, kita tetap perlu peka dan bertanggungjawab. Ambil masa beberapa saat untuk semak skrin sebelum tekan ‘OK’ atau masukkan PIN. Langkah kecil ini boleh selamatkan wang dan elakkan masalah besar.

Ingat: Keselamatan kewangan bermula dengan kita sendiri.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline