Friday, 7 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 351

FileTram : Kaedah Pantas Pencarian Fail!

0

Salam..Entry hari ini mengupas serba sedikit tentang kaedah pantas pencarian fail yang disimpan di Rapidshare, Megaupload, Hotfile, Letibit, Ziddu, 4shared, dan lain-lain web hoting simpanan fail yang Hac anggarkan lebih kurang 50 kesemuanya..

Jadi bagaimana kaedah pencarian fail yang lebih mudah tanpa perlu TERTIPU dengan laman web yang KONONNYA menyediakan fail yang ingin anda muat turun, tetapi sebenarnya hanya ingin mengaut keuntungan dengan meminta anda untuk melanggan pakej kelajuan muat turun yang disediakan..ya..ada caranya..

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Anda semua boleh menggunakan FileTram : Enjin carian untuk fail yang disimpan di web hosting penyimpanan fail seperti Rapidshare, Hotfile dan lain-lain..anda hanya perlu memasukkan kata kunci atau nama fail yang ingin anda cari, dan FileTram akan menyenaraikan kesemua fail-fail yang telah disimpan di lebih 50 buah web hosting penyimpanan fail..

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Triknya di sini, anda tidak perlu mendaftar di FileTram untuk mendapatkan bandwidth maksimum seperti yang dijanjikan..cukup sekadar highlightkan URL tempat fail itu disimpan (seperti yang ditunjukkan dalam gambar diatas) dan copy serta paste URL itu di bar carian web browser anda, dan tekan enter..sekiranya web hosting tersebut meminta kata laluan, anda hanya perlu copy URL laman web asal yang ditulis sebagai Source dan paste pada bar carian web browser anda..sangat mudah dan pantas!

Jadi untuk mencuba menggunakan kemudahan yang dah lama Hac rahsiakan ini, sila klik pada pautan di sebelah —> FileTram


Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Soalan-Soalan Lazim Mengenai Ultrasurf

0

Salam..mari kita semua mengkaji dan memahami sedikit sebanyak mengenai perisian Ultrasurf tentang bagaimana cara ia berfungsi dan soalan-soalan lazim yang sering terkait dengan Ultrasurf..

buat masa ini, Ultrasurf sudahpun memasuki versi 10.08..masih tiada sebarang perubahan pada antaramukanya..port untuk Ultrasurf juga masih kekal 9666..
Entry ini Hac olah sedikit dari laman pembangun Ultrasurf dengan gaya dan bahasa Hac sendiri..jadi silakan membacanya, semoga anda semua faham tentang perisian ini..

Soalan-Soalan Lazim Mengenai Ultrasurf:

Mengenai Keselamatan:

1. Adakah selamat menggunakan Ultrasurf untuk melayari laman-laman web? bolehkah perisian pihak ketiga memantau laman web yang sedang dilayari?
Jawapan: UltraReach (laman pembangun Ultrasurf) menggunakan teknologi paling maju dalam kaedah enkripsi (perlindungan data)..kesemuanya terlindung dengan teknologi ini dan tiada pihak ketiga yang dapat memantau laman apa yang sedang dilayari..hak peribadi adalah prioriti utama Ultrasurf dicipta dan dibangunkan..

2. Jika saya melakukan Ultrasurf di dalam forum atau melawati laman web, bolehkah forum atau laman web itu mengetahui IP saya?
Jawapan: Tidak sama sekali..Ultrasurf menggunakan teknologi proxy termaju..tiada laman web yang dapat mengesan IP asal anda..

3. Adakah sebarang web history yang tersimpan di dalam PC saya?
Jawapan: Tidak..selepas anda selesai menggunakan Ultrasurf, ia akan memadam kesemua rekod laman yang pernah anda lawati.

4. Adakah Ultrasurf ini sejenis virus atau trojan?
Jawapan: Tidak sama sekali..Ultrasurf memberikan kepada pengguna teknologi termaju dan paling baru untuk melepasi sekatan dan halangan firewall dengan cara yang selamat..ia merupakan salah satu dari jenis perisian anti-censorship yang paling dikenali pada waktu ini, bukan virus mahupun trojan..beberapa syarikat perisian anti-virus mengklasifikasikan Ultrasurf sebagai virus atau trojan kerana ia mampu melepasi sekatan firewall dan websense..ini adalah satu kesalahan dan klasifikasi yang tidak betul..pihak UltraReach dalam proses untuk menyelesaikan masalah ini dengan syarikat-syarikat pembangun anti-virus melalui saluran teknik dan saluran undang-undang..ianya adalah misi kami untuk melindungi hak privasi pengguna ketika melayari internet..

Mengenai Tetapan:

5. Apa yang harus saya lakukan jika UltraSurf tidak boleh disambungkan ke internet?
Jawapan: Sila ikuti langkah-langkah berikut:
1) Semak sama ada PC anda boleh disambungkan ke internet.
2) Jika internet anda OK, sila disable firewall, dan perisian anti-virus. Restart UltraSurf.
3) Jika anda masih tidak dapat terhubung ke internet, itu mungkin kerana server kami terlalu sibuk. Sila cuba lagi nanti. Jika masalah ini sering berulang, sila hubungi kami dan berikan maklumat rangkaian persekitaran secara terperinci.

6. Mengapa UltraSurf adakalanya tidak menemukan server?
Jawapan: Jika ianya adalah masalah dari rangkaian anda, anda boleh mencubanya kemudian. Jika anda melihat antara muka pengguna UltraSurf memaparkan “network connection failure, check your network and proxy setting”, sila semak sambungan rangkaian atau tetapan proxy anda, dan juga tetapan firewall. Jika anda masih tidak dapat terhubung ke laman web kami, sila hantar platform terperinci dan maklumat rangkaian persekitaran.

7. Setelah memulakan UltraSurf, web browser IE tidak dapat terbuka secara automatik.
Jawapan: Anda boleh membuka web browser IE secara manual. Anda mungkin telah mematikan pilihan ‘start auto IE’. Anda boleh mengaktifkannya dengan mengklik Advance Setting pada antara muka UltraSurf. Sila lihat bahagian UltraSurf –> User’s Guide –> Advance Setting (Sila klik ‘Help’ untuk membuka User’s Guide’)

8. Apa yang boleh saya lakukan jika kelajuan lebih lambat dari biasanya?
Jawapan: Sila klik retry pada UltraSurf, kemudian cuba langkah-langkah berikut:
1) Pilih pelayan proxy (proxy server) yang berbeza
2) Semak sama ada anda sudah menetapkan proxy anda sendiri
3) Semak tatarajah “Advance Setting” -> “Proxy Setting”, dan sila lihat User’s Guide –> Advance Setting.

9. Jika mengaktifkan pakej firewall ZoneAlarm, apabila memulakan UltraSurf, ZoneAlarm mengeluarkan sebuah tetingkap yang memaparkan “UltraSurf MFC Application is trying to access the web.”
A: Cukup sekadar klik “Allow”.

10. Saya menggunakan pelayan proxy saya sendiri dan tidak boleh disambungkan ke internet, kenapa?
Jawapan: Mungkin proxy anda tidak sah. Sila semak kembali proxy anda. Ramai pengguna proxy mencari melalui saluran mereka sendiri dan beberapa proxy sudahpun tidak sah lagi untuk digunakan. Salah satu teknologi yang memberi sumbangan besar dari UltraReach adalah untuk menyambung semua sumber daya proxy server yang stabil di seluruh dunia, untuk memberikan sejumlah besar sumber daya yang stabil dari pelayan proxy. Pengguna pada masa kini dapat melayari internet secara bebas dengan langkah mudah.

11. Beberapa syarikat menyekat port 9666, yang digunakan oleh UltraSurf, bagaimana cara untuk melepasi sekatan itu?
Jawapan: 9666 adalah port tempatan. Kami akan menambah pilihan untuk membolehkan pengguna menetapkan port.

Mengenai Kepenggunaan:

12. Ultrasurf mengeluarkan satu tetingkap kecil dan menyuruh saya untuk mengemaskini..apa yang perlu dilakukan?
Jawapan: Ini adalah ciri UltraSurf’s Auto-Upgrade. Versi baru disimpan ke lokasi yang sama secara automatik dengan versi yang lama.

13. Mengapa laman utama (Homepage) UltraSurf’s mempunyai bar carian Google?
Jawapan: UltraSurf dapat menyembunyikan IP pengguna dan setiap sambungan internet dienkrip oleh Ultrasurf. Apabila pengguna melakukan carian Google di bawah perlindungan UltraSurf, mereka mendapat privasi dan keselamatan.

14. Jika UltraSurf sedang berfungsi dan PC saya shutdown secara tiba-tiba, adakah itu akan memberikan kesan kepada web browser saya?
Jawapan: Ya. Tapi itu boleh dipulihkan dengan mudah. Jika web browser anda tidak dapat disambungkan ke internet, restart UltraSurf dan exit secara normal. ia akan dapat berfungsi secara normal..

15. Beberapa gambar tidak dapat dipaparkan semasa penggunaan UltraSurf.
Jawapan: Mungkin kerana rangkaian sedang sibuk dan UltraSurf tidak boleh mendapatkan gambar dari pelayan. Anda boleh refresh web browser anda atau cuba untuk membersihkan cache web browser tersebut. Contohnya, jika anda menggunakan IE, klik Tools-> Internet Option-> Delete Files. UltraSurf automatik membersihkan cache jika anda menamatkannya (exit) secara normal.

Ingin Hac tegaskan disini bahawa Ultrasurf menggunakan teknik tunnelling yang termaju..ia akan meng-enkrip data dan sambungan internet anda daripada ‘dibaca’ oleh websense..namun jika sambungan internet anda agak LAMBAT sedikit dari biasa, anda KENA BERSABAR..Ultrasurf sudah banyak membantu dalam melayari laman web yang telah disekat oleh WEBSENSE..jadi jika anda tidak sukakannya, CARI KAEDAH LAIN..JANGAN BISING..bersyukur la ada perisian macam ni..

p/s: ayat last ni aku tujukan dekat orang yang menyalahkan Ultrasurf apabila sambungan internet mereka agak lambat setelah menggunakan Ultrasurf..kadang-kadang memang agak lambat tapi pada kebanyakan masa sambungan internet tetap laju seperti biasa..Hac sendiri selalu melakukan ujian kelajuan internet dengan memuat turun movie yang bersaiz besar..tiada masalah! cuma perlu setting pada IDM sahaja supaya protokol proxynya sama dengan Ultrasurf..jadi SEDAR DIRI sebelum menyalahkan perisian ULTRASURF ni..kalau benda ni takde, kau pun tak dapat nak bukak Youtube, Facebook, Nuffnang dekat pejabat kan??

Maaf..ayat agak tak formal sebab emosi sikit..

Anda boleh memuat turun e-book mengenai Ultrasurf
di sini (cara untuk block Ultrasurf) —> Ultrasurf-User’s Guide Of Blocking

dan juga di sini (Panduan Penggunaan) —> Ultrasurf6 – User’s Guide

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Ping Device : Laman Untuk Ping Blog Anda

6

Salam untuk semua The Hykerz dan para pembaca blog Mr.Hac..oh..maaf..sekarang, nama followers blog Hac adalah The Aryan Nation..nama tu nampak lebih matang berbanding sebelumnya..
Orait..untuk hari ni Hac nak berkongsi tentang satu laman untuk kita semua membuat Ping untuk blog kita tanpa ada sekatan iklan ataupun captcha..

Klik Di Sini —> Ping Device

Berikut adalah senarai enjin carian dimana ping tersebut akan dihantar:

Weblogs.com, Blo.gs, Technorati, Feed Burner, Syndic8, NewsGator, My Yahoo!, PubSub.com, Blogdigger, BlogRolling, BlogStreet, Moreover, Weblogalot, Icerocket, News Is Free, Topic Exchange, Google Blog Search ,Spinn3r, Bloglines, AideRSS, SkyGrid, Bitacoras, Collecta, Audio.Weblogs, RubHub, GeoURL, A2B GeoLocation, BlogShares.

Pssssttss…korang boleh nampak kat screenshot tu yang Hac memang dah tak pakai web browser lain..
Lunascape memang terbaik! Kat situ boleh nampak Lunascape memang cantik selepas ditukar skin-nya!
kalau korang perhatikan betul-betul, korang akan nampak garisan berwarna cyan/biru laut..itulah dia Sandboxie! sangat berguna untuk mengelakkan PC korang daripada terkena serangan malware..yeah..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Iron : Web Browser Alternatif Kepada Google Chrome!

8

Salam..sejak dua menjak ni Hac asyik menumpukan perhatian kepada web browser..apabila Hac dah mula tergilakan Lunascape, Hac terjumpa pula dengan web browser Iron ni..nak download? tunggu review dulu..baca sampai habis ya!

Paparan antaramukanya adalah sama dengan Google Chrome..akan tetapi boleh dikatakan Iron lebih mesra pengguna..hendak tahu mengapa Hac mengatakan begitu? lihat sini –> Chrome vs Iron

Dapat dilihat disitu banyak kekurangan Google Chrome telah berjaya di atasi oleh Iron contohnya Adblocker di mana Iron sudahpun mempunyai Adblocker terbina dalaman (Built-in Adblocker, sama seperti MAXTHON)..anda semua dapat melihat sendiri, Hac sudah mencuba web browser ini, dan bagi Hac Google Chrome perlukan lebih masa untuk mencapai ‘kematangan’..

Bukan Hac tak sukakan Google Chrome, tetapi Hac tidak gemarkan beberapa masalah yang dialami ketika menggunakannya..dalam mencari kesempurnaan, sememangnya kita tidak akan dapat berjumpa dengan sesuatu yang betul-betul memuaskan hati..jika Google Chrome berjaya mengatasi masalah ini, soal web browser ‘gantian’ mungkin tidak akan wujud..tetapi apalah salahnya jika kita hendak mencuba sesuatu yang baru kan!

Web Browser Iron ni bagi Hac, yang seronoknya, adalah kerana ia mempunyai versi mudah alih (portable), yang mana ianya adalah satu-satunya ciri yang tidak ada pada Google Chrome..sekiranya ada sekalipun, ianya merupakan versi yang telah dilakukan modifikasi..

Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba Web Browser Iron ini,
silakan memuat turunnya di sini —> Iron Full Installer

Jika anda mahukan versi mudah alih (portable), anda boleh memuat turunnya disini —> Iron Portable

Oh ya! dan semestinya ia dapat berintegrasi dengan Internet Download Manager!
selamat mencuba!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Proxy Checker : Untuk Digunakan Bersama Dengan Proxy Finder

8

Salam..beberapa hari lepas Hac ada berikan Proxy Finder..
ikutkan hati nak beri terus sekali dengan Proxy Checker, tapi masa tu Hac agak sibuk..jadi sesuai sangat la malam ni Hac nak postkan benda ni..rasa terbeban pula simpan lama-lama..heheh..

Anda semua boleh memuat turun Proxy Checker di sini —> Proxy Checker

Rasanya tak perlu la Hac terangkan panjang-panjang..sebab perisian ni sangat mudah digunakan..ianya digunakan untuk memeriksa sama ada sesuatu proxy itu masih ‘hidup’ ataupun tidak..sekiranya ada apa-apa kemusykilan, komen di bawah ataupun sila gunakan borang ‘Hubungi Admin’ di atas ya!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Proxy Finder Enterprise Edition 2.5 Portable : Download

8

Salam..sebelum ni Hac pernah membuat entry mengenai sebuah perisian yang dinamakan sebagai i-visit v1.2..

Hari ini Hac nak memberikan kepada anda semua sebuah lagi perisian yang dapat digabungkan fungsinya bersama dengan perisian i-visit v1.2 iaitu perisian Proxy Finder Enterprise Edition 2.5..perisian ini telah dibuat secara mudah alih (portable) jadi anda hanya perlu terus menggunakannya sahaja tanpa perlu memasangnya lagi (no installation needed)..

Ia adalah perisian ringkas yang dapat mencari ‘fresh proxy’ yang berkualiti..
jadi setiap kali anda inginkan proxy baru untuk digunakan bersama dengan perisian i-visit, maka anda hanya perlu membuka perisian Proxy Finder ini, tidak perlu lagi meminta dengan Hac..heheh..Proxy Finder Enterprise Edition 2.5 Portable ini Hac akan berikan sekali dengan perisian Proxy Checker, sejenis perisian untuk memeriksa sama ada proxy itu masih ‘valid’ atau tidak..namun entry mengenai perisian Proxy Checker akan menyusul kemudian..

Anda boleh memuat turunnya di sini —> Proxy Finder Enterprise Edition 2.5 Portable

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Perpetual Traffic Formula : Why Google is Broken and SEO is KING?

24

Salam..Perpetual Traffic Formula : Why Google is Broken and SEO is King??
inilah dia tajuk yang ingin Hac persembahkan kali ni..dah lama Hac hold artikel/entry ni sebab Hac nak kena kaji dulu Perpetual Traffic Formula ni baru boleh present kat orang lain kan..

Dalam Perpetual Traffic Formula Report yang Hac dah compiled-kan, Hac akan berikan kepada anda semua beberapa video, e-book dan perisian Cherry Picker yang akan mengajar anda semua tentang kaedah Seach Engine Optimization (SEO) melalui teknik Perpetual Traffic yang mana teknik ini telah diasaskan oleh Ryan Deiss..

Di dalam video-video, dan laporan melalui e-book tersebut, anda semua akan belajar tentang:

1. Kenapa Google versi terbaru ini lebih mudah di ‘godam’ dengan sedikit teknik (Perpetual Traffic Formula), dan juga menggunakan tools dari Google sendiri untuk ‘mengalahkan’ Google!

2. Apa maksudnya mengalahkan Google? ianya adalah kaedah untuk ‘memaksa’ Google ‘menghantar’ 1000 trafik sehari = 24/7..secara percuma..

3. Mendapat tempat teratas dalam google, dengan kata kunci yang sesuai, semuanya PERCUMA..

4. Mempelajari CRACK algorithm oleh Google yang terlalu besar ‘kesalahannya’ sehingga ia sukar untuk diperbaiki oleh Google pada masa ini..kesalahan itulah yang dimanipulasikan oleh pakar SEO diluar sana..

5. Mendapatkan dan menaikkan page rank BLOG atau WEBSITE anda.

6. Mempelajari kaedah penggunaan perisian Cherry Picker.

7. Mempelajari kaedah penggunaan Authority Codes.

8. Mempelajari 3 ranking utama yang akan digunakan dalam formula ini untuk mendapatkan kedudukan teratas pada senarai carian Google.

9. Kesemua teknik ini dipersembahkan kepada anda dengan PERCUMA! itu yang paling penting!

p/s: walaupun ada beberapa bahagian yang dikatakan perlu dibayar, tetapi versi percuma ini sudah cukup untuk mengajar kita apa itu Perpetual Traffic Formula.

9. Anda boleh muat turun Perpetual Traffic Formula Report
di sini —> Perpetual Traffic Formula

susah payah Hac upload fail ni, kasik komen yang memberangsangkan
semangat sikit eh kawan-kawan..jangan tau nak kritik aje..
kaji dulu benda ni..ok..
kalau Hac tak share, korang pun tak tau ape benda Perpetual Traffic Formula ni kan?
sekian sahaja buat masa ni..
salam hormat dari Hac..

(Pesanan Penaja : Terdapat ralat pada ejaan nama Ryan Deiss dalam ‘Read Me 1st’ yang telah dieja sebagai Ryen Deiss..harap maklum..)

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kaspersky Daily Keys

12

Salam..kepada semua pengguna Kaspersky, anda semua usah gusar lagi tentang lesennya kerana hac telah menjumpai sebuah blog yang menyediakan lesen Kaspersky percuma untuk dimuat turun oleh penggunanya..

Klik Di sini —> Kaspersky Daily Keys

Perisian antivirus Kaspersky akan menyekat laman in daripada dibuka kerana ia menyediakan lesen secara percuma..jadi anda perlu menghilangkan sekatan itu terlebih dahulu pada setting Kaspersky..selamat mencuba!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Cara Untuk Menghantar E-Mel Palsu

12

Salam..laman berikut merupakan sebuah laman yang menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk menghantar e-mail palsu..ia boleh menghantar e-mail kepada mana-mana hosting e-mail dan tidak dikesan sebagai spam..

Klik di sini —> Fake Mailer

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

UM Player vs K-Lite Codec Pack

34

Salam..yeah! Hac kembali lagi dengan entry yang lebih hangat daripada selalu..heheheh.. (dah ala-ala hot.fm pulak!)

Ok..berbalik kepada tajuk entry Hac, Hac nak kongsi dengan anda semua satu media player yang gempak..UM Player : Universal Multimedia Player..

UM Player ni memang gempak..ia mempunyai begitu banyak sekali codec terbina dalaman yang setanding dengan K-Lite Codec Pack..ia dapat memainkan pelbagai jenis video dan audio..disamping fungsi sampingannya yang jauh lebih baik daripada K-lite Codec Pack..

Untuk melihat fungsi-fungsi dan apa yang ditampilkan oleh UM Player ini, sila ke sini —> UM Player Features

Ia menyokong pemasangan pada Windows, Linux, dan juga Ubuntu..untuk versi Mac akan dirilis tidak lama lagi..saiznya setelah dipasang hanya 70.64MB sahaja..ia adalah perisian percuma dan anda boleh membuat modifikasi terhadap kodnya (open source project)..anda boleh mencari video yang ada di Youtube dan Shoutcast serta boleh merekodkannya..disamping itu, anda boleh membuat screenshot pada video yang sedang dimainkan ketika itu..

Ia jauh lebih ‘ringan’ dari K-Lite Codec Pack yang telah dipasangkan pada peranti Windows 7 dengan processor Atom (Netbook aje)..pemain ini boleh dikatakan lebih pantas dan lebih banyak kegunaannya..

Jangan tunggu lebih lama..cuba UM Player sekarang dan berikan ulasan anda di bawah!

untuk memuat turun perisian ini, sila klik di sini —> UM Player

Views: 0

Iklan Newspaper Inline