Utama Blog Laman 342

Top 5 Perisian VPN Percuma

0

Jika sebelum ini Mr.Hac menulis senarai 10 VPN percuma, entry ini ialah entry kemaskini dari senarai tersebut..ye lah..dah ada yang kata senarai tu dah lapuk, outdated..Mr.Hac ok je..bak kata Syamsul Yusof, seluar jeans dah lama duk ada tapi sampai sekarang orang pakai..eh..ape aku melalut ni..ok..jom terjah senarai VPN percuma!

Senarai Perisian dan SERVIS VPN Percuma:

1. ProXPN

2. SecurityKiss

3. Hotspot Shield

4. ExpatShield

5. Loki VPN

Ok..cukuplah 5 dahulu..sebenarnya terdapat banyak lagi servis/perisian VPN sama ada percuma mahupun berbayar..tetapi bagi Mr.Hac ada banyak-banyak kalau dapat tahu 5 yang terbaik, itu dah cukup kan? kalau ditanya pada Mr.Hac mana satu yang jadi favorite, dah tentu ProXPN..percuma, cuma kepantasan itu terletak pada pandangan anda sendiri..bagi Mr.Hac, cukup dah la tu..SecurityKiss dan ExpatShield juga tidak ketinggalan..apa pula pilihan anda?

Sila cuba terlebih dahulu dan berikan pendapat anda..jika semua servis VPN di atas tidak memenuhi kriteria yang anda harapkan, sila maklumkan melalui komen..Hac pasti akan mencari sumber yang lebih baik..

Jom tengok video tentang ProXPN di bawah dan anda nilaikan:


Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Firefox 5 Final Release Download

0

Aduh..letih rasanya bila kita mengikuti ‘peperangan’ antara pelayar-pelayar web utama dunia..satu demi satu versi dikeluarkan sehingga tak pasti versi mana satu hendak dicuba dahulu..Firefox 5, yang dikatakan akan dikeluarkan akhir bulan ini (21 Jun), telah dikeluarkan lebih awal walaupun belum rasmi dari laman pembangunnya..anda boleh mendapatkan Firefox versi 5 pada pautan FTP (akan Mr.Hac berikan nanti)..

Dengar ura-ura juga, Firefox versi 6 dan Firefox versi 7 akan dikeluarkan dalam tahun ini juga..waaahhh..bagi peminat Firefox, tentu ini berita yang sangat menggembirakan..Hac dah mencuba versi 7 (Nightly), ternyata lebih smooth dan steady..walaupun ada sesetengah orang yang telah mencuba Firefox 7 Nightly mengatakan ia kerap crash dan belum stabil, tetapi bagi Hac ia cukup memuaskan hati..cuma bab kelajuan, Lunascape kekal pelayar web terpantas yang pernah Hac gunakan..walaupun ia hanya menggunakan enjin gecko (Firefox) versi 3.6.17, ia lebih pantas dari Firefox versi 7 Nightly!

Oh..maaf la..ini entry untuk Firefox..lupa pula..ok..tak banyak yang boleh Hac katakan mengenai Firefox versi 5 ini..cuma ada beberapa Add-on penting seperti Add-on untuk integrate Firefox dengan IDM tak compatible..namun ia boleh dilaporkan kepada pihak Firefox melalui butang ‘Feedback’ yang disediakan, atau gunakan Add-on Compatibility Reporter, atau nak lebih senang, gunakan sahaja versi 4 yang sudah stabil..(koh koh koh)..

Anda boleh cuba Firefox versi 5 dengan memuat turunnya di sini:

Klik —> Firefox 5 Beta 7

Alternatif —> Firefox Beta 7

P/S: Terpaksa bagi versi beta 7 sebab versi yang diletakkan dalam direktori FTP Firefox di dapat di muat turun..

Kalu nak cuba nasib boleh aje..Hac bagi direct link, amacam?

Firefox 5 for Windows

Firefox 5 for Mac

Firefox 5 for Linux

Atau boleh cuba pada pautan di bawah ni:

Firefox 5 for Windows

Firefox 5 for Mac

Firefox 5 for Linux

Bagaimana pula dengan anda? Pelayar web apa yang anda gunakan sekarang?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Menggunakan Hotspot Shield (Lepasi Sekatan Internet)

0

Assalamualaikum semua..sebelum ini Mr.Hac pernah menulis tentang Hotspot Shield..namun entry itu rasanya macam ‘tak best’..ye lah..masa tu blog baru buka..domain pun tak pakai lagi..gaya penulisan masih belum ‘jumpa’ lagi dengan identiti sendiri..tulis pun malas-malas je..

Cara Menggunakan Hotspot Shield:

1. Set-kan pelayar web mana yang anda mahu gunakan sebagai default browser..

2. Muat turun Hotspot Shield di sini : Hotspot Shield

3. Selepas itu anda perlu memasangnya pada PC dan jalankan program Hotspot Shield..jika anda menggunakan Internet Explorer, maka anda akan dapat melihat seperti gambar di bawah:

4. Setelah itu, anda sudah dapat melayari kesemua laman web tanpa sekatan lagi! jika anda sudah selesai melayari internet dan ingin menutupnya, anda klik icon Hotspot Shield pada dulang sistem (system tray), dan klik pada ‘Disconnect’..

5. Selesai!

Kekurangan Hotspot Shield yang paling ketara ialah iklan..namun ia boleh diatasi dengan Add On Ad-Block atau boleh juga gunakan cara di bawah:

1. Pasang Add On Greasemonkey

2. Kemudian pergi ke Tools —> Greasemonkey —> New User Script

3. Masukkan maklumat Name, Namespace, Description, dan tambahkan ‘*’ (ini akan membuatkan skrip digunapakai di semua laman yang dibuka)

4. Selepas anda klik ok, anda akan diminta untuk memilih teks editor untuk digunakan bagi mengedit kod..anda pilih Notepad..

5. Masukkan kod berikut:

nodes = document.evaluate(“//div”, document, null,
XPathResult.UNORDERED_NODE_SNAPSHOT_TYPE, null);

for (var i = 0; i < nodes.snapshotLength; i++) { thisLink = nodes.snapshotItem(i); if(thisLink.className.indexOf(‘AF’) == 0) thisLink.parentNode.removeChild(thisLink); } var css = “html {margin-top:0px !important;}”; if (typeof GM_addStyle != “undefined”) { GM_addStyle(css); } else if (typeof addStyle != “undefined”) { addStyle(css); } else { var heads = document.getElementsByTagName(“head”); if (heads.length > 0) {
var node = document.createElement(“style”);
node.type = “text/css”;
node.innerHTML = css;
heads[0].appendChild(node);
}
}

6. Simpan fail tersebut.

7. Selesai!

Selain dari iklan, terdapat satu lagi kelemahan Hotspot Shield yang tidak dapat diatasi iaitu had kuota penggunaan bandwidth hanya 3GB sahaja sebulan..namun, ia mencukupi untuk pengguna biasa..apapun, ia adalah alternatif terbaik untuk Ultrasurf..tambahan pula ia menggunakan kaedah VPN dan bukan proksi..

Apa pula yang anda gunakan untuk melepasi FIREWALL?

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

FoxyProxy : Add On Firefox Untuk Melepasi Firewall

0

Assalamualaikum..dah banyak yang kita belajar tentang cara untuk melepasi firewall, supaya dapat melayari laman-laman yang disekat..Hac ingin sesiapa yang disekat oleh firewall yang hebat seperti websense, sonic wall, dan barracuda tolong beritahu tips yang mana berkesan untuk mereka..kerana sekian banyak tips, Hac masih tak pasti mana satu yang betul-betul berkesan..

Tips hari ini mudah sahaja..anda cuma perlu menggunakan Add On Firefox (bagi mereka yang menggunakan pelayar web lain, tips ini tidak dapat digunakan) yang dinamakan sebagai FoxyProxy..ia adalah Add On yang memudahkan anda untuk melayari laman web yang disekat dengan menggunakan proksi (proxy)..

Cara Menggunakan FoxyProxy:

1. Muat turun Add On FoxyProxy di sini : FoxyProxy

2. Selepas memasangnya pada Firefox dan restart kembali Firefox anda, anda boleh melihat Add On lebih mudah dengan menggunakan fungsi ‘Add On Bar’..anda perlu klik pada ‘Add-on Bar’ untuk menghidupkan fungsinya..

3. Setelah itu, anda klik pada lambang FoxyProxy —> Add New Proxy —> Proxy Details

4. Sila masukkan proksi pada ruangan yang disediakan..

5. Nak lebih mudah faham? tonton video di bawah:

Atau anda boleh juga merujuk cara menggunakan FoxyProxy di sini: FoxyProxy

Silalah mencuba dan berikan komen anda mengenai cara ini..Mr.Hac tujukan entry ini khas kepada mereka yang masih gagal melepasi sekatan firewall biarpun telah menggunakan kesemua tips yang Mr.Hac tulis..semoga berjaya!

P/S: terdapat juga berbagai Add-On dengan fungsi yang serupa..anda boleh mencarinya di laman Add-ons for Firefox dan gunakan kata kunci ‘proxy’..

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Review : Web Browser Comodo Dragon

0

Assalamualaikum semua..mungkin bagi yang membaca tajuk, jika mereka merupakan followers blog ini dari dahulu, pasti sudah tahu yang Mr.Hac amat sukakan web browser dan sering mengkaji mengenainya..kalau boleh memang nak cipta satu web browser jenama sendiri, made in Malaysia..tapi buat masa ni belum lagi kot..oleh itu hari ini Mr.Hac nak kongsi dengan anda semua satu lagi web browser yang menarik untuk dicuba iaitu Comodo Dragon..

Comodo Dragon ialah sebuah pelayar web berasaskan Chromium..cuma Comodo Dragon memberikan kepada anda ciri-ciri keselamatan ketika melayari laman web dengan lebih baik..
jom kita baca ulasan dari seorang blogger :

Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, aku ada sedikit kisah yang hendak dikongsikan. Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku nak guna Comodo Dragon berbanding Google Chrome ni.

Kepada korang yang tak tahu lagi, Google Chrome ni adalah stalker aka spyware. Apa yang korang buat, surfing ke mana-mana, Google tahu sebab Google Chrome akan menghantar data ke server Google. Perbandingan antara Google Chrome dengan Comodo Dragon akan aku tunjukkan kat bawah.

Dalam Google Chrome, korang akan dapat user ID, agar Google senang la nak track apa yang korang buat. Dan Google Chrome juga ada RLZ identifier. Jangan tanya aku apa itu, tapi korang boleh usha lagi detail pasal benda alah ni dekat wiki Google Chrome.

Dari segi kepantasan, Chrome dan Comodo ni tak jauh bezanya. Yang aku nak highlight-kan kat sini adalah Google Chrome ni ibarat legal spyware la.

Korang juga jangan risau, Comodo Dragon juga support plugin Google Chrome. Kalau boleh pasang dekat Chrome, kenapa tidak di Comodo? Keh keh keh. Aku dah cuba.

Kalau korang nak download Comodo Dragon, boleh ke laman rasmi Comodo. Dari tadi aku cakap pasal Comodo, tapi aku tak cakap pun pasal siapa Comodo ni kan? Kalau korang nak tahu, Comodo ni adalah kompeni yang buat antivirus, firewall dan lain-lain yang berkaitan dengan sekuriti la.

Sumber

Apa yang Mr.Hac suka dengan browser Comodo Dragon?
Mr.Hac suka tentang ciri-ciri keselamatannya..jauh lebih baik dari Google Chrome yang mengutip data penggunanya dan mengesan apa yang kita lakukan ketika dalam talian..yang lebih penting, Comodo Dragon dicipta/dibuat oleh pembangun antivirus+internet security..jadi tentang tahap keselamatannya boleh dipercayai..

Mr.Hac boleh jamin antara Comodo Dragon dengan SRWare Iron memang terdapat perbezaan..dan perbezaan ketara ialah dari segi kelajuan, di mana Comodo Dragon lebih laju lagi dan lebih smooth..pembukaan tab masih menggunakan kaedah bersambungan, sama seperti browser yang lain kecuali Lunascape yang membuka tab dengan susunan strata (bertingkat-tingkat), jadi bukaan tab Lunascape lebih bagus kerana ia mudah diselenggarakan..namun bukaan tab Comodo Dragon juga bagus kerana ia jauh lebih smooth berbanding Chrome dan SRWare Iron (Azrael, peminat SRWare Iron, jangan marah! heheh)..

Terdapat beberapa ciri-ciri yang Mr.Hac suka, tapi tak ketinggalan juga yang Mr.Hac kurang selesa..contohnya, pelayar Firefox memudahkan kita untuk blogwalking kerana apa yang sudah ditulis ada tersimpan dan kita cuma perlu klik sahaja..tapi memandangkan Comodo Dragon mengambil teknologi dari Chrome, maka sifatnya sama sahaja..untuk blogwalking kita terpaksa menaip semula..yang tak perlu ditaip hanyalah nama dan URL blog..

Namun tak banyak kelemahan yang Mr.Hac boleh katakan mengenainya..mungkin itu sahajalah kelemahan yang ada..yang lain? superb! buat masa ini web browser yang telah dipasang pada PC Mr.Hac ialah Lunascape, SRWare Iron, Firefox 4 dan ex-browser Mr.Hac iaitu Chrome..dengan adanya Comodo Dragon serta SRWare Iron, Mr.Hac boleh ucapkan selamat tinggal kepada Chrome yang telah banyak mencuri privasi dari penggunanya!

Comodo Dragon Mr.Hac gunakan untuk percubaan, SRWare Iron juga begitu..selepas beberapa minggu, Mr.Hac akan pilih yang terbaik untuk kekal berada dalam PC..kih kih kih..
Namun Lunascape KEKAL sebagai browser default, Firefox sebagai bahan eksperimentasi minda kronik Mr.Hac, dan yang lain-lain hanya digunakan untuk tujuan kajian (kelajuan, privasi dan sebagainya)..

Apa yang buat Mr.Hac teruja dengan Comodo Dragon? selain ia dicipta oleh pembangun perisian antivirus+internet security, sila lihat screenshot di bawah:

Jika anda pilih untuk menggunakan tetapan DNS Comodo Dragon, maka tetapan DNS anda akan ditukar, kepada DNS Comodo Dragon yang lebih selamat..tidak lupa juga Comodo Dragon tidak pernah crash lagi (setakat ini) dan menggunakan memori yang sedikit berbanding Chrome dan SRWare Iron..
apa tunggu lagi? cubalah hari ini! (macam iklan sabun basuh pinggan pulak)

P/S: Screenshot di bawah merupakan amaran pertama dari Comodo Secure DNS yang Mr.Hac terima tadi:

Apa komen anda?
pelayar web apa yang anda gunakan sekarang?

Anda boleh muat turun pelayar Comodo Dragon di sini: Comodo Dragon Internet Browser

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

ESET Smart Security 5 Release Candidate

0

Dah beberapa hari Eset mengeluarkan versi terbaru perisian internet security nya iaitu ESET Smart Security 5 Release Candidate (RC)..seperti biasa, jika anda ingin memasangnya pada PC anda tetapi tiada lesen, sila dapatkan lesen anda dengan memuat turun dan memasang perisian TNOD..
anda boleh dapatkan TNOD di sini —> Eset Smart Security 4.2.71.2 Including Username and Password Finder

Mr.Hac dah cuba Eset Smart Security RC dan ternyata terdapat beberapa pembaharuan..kemaskini windows lebih mudah tanpa error..mungkin para pembangun perisian ini telah melakukan pembaikan terhadap ciri-ciri yang mengganggu proses kemaskini (update) perisian windows..yang pasti ESS 5 tak pernah menghampakan..ia tidak pernah membuat PC terasa BERAT, LEMBAB, atau PRESTASI/KELAJUAN RESPONS PC MENURUN, TIDAK PERNAH sama sekali! biarpun PC anda sedang di-scan, ia masih laju!
Mr.Hac beri 4.5 dari 5 bintang untuk ESS 5 RC!
selamat mencuba semua!

Anda boleh dapatkan perisian ESS 5 RC di sini —> ESET

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Low Orbit Ion Cannon – Kaedah Serangan Anonymous Hackers

0

Low Orbit Ion Cannon (LOIC) ialah aplikasi yang dibangunkan/direka untuk digunakan secara beramai-ramai oleh beribu-ribu pengguna tanpa nama (Anonymous), untuk melancarkan serangan Distributed Denial-of-Service (DDoS)..

Ia membenarkan ANDA untuk menyertainya biarpun anda TIADA sebarang ilmu atau tidak tahu langsung kaedah untuk menggodam..anda hanya perlu muat turun LOIC, masukkan URL atau IP laman yang hendak diserang, dan…kapowww!

Jahanam laman web tu..Mr.Hac ingin berpesan di sini, sekiranya anda kekurangan sumber pengetahuan mengenai teknik menggodam dan baru mula mengenal ilmu ini, DISARANKAN supaya anda TIDAK sesekali percaya kepada mana-mana video di internet contohnya di Youtube yang menayangkan tutorial mengenai cara melancarkan serangan LOIC beserta dengan pautan muat turun perisian LOIC, JANGAN SESEKALI ANDA MUAT TURUN perisian di situ..ia berkemungkinan telah dijangkiti dengan beberapa code untuk mencuri data pada komputer anda..awas!

Laman web berikut boleh digunakan sebagai rujukan anda untuk lebih mengetahui mengenai LOIC:

1. Wikipedia

2. Gizmodo

3. Ohinternet

4. Partyvan

5. Falkvinge

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Mesej Kepada Para Penggodam Dragon Force

0

Salam..rasanya semua hackers dari team Dragon Force (DF) dah tahu benda ni..saje je Mr.Hac nak post sebab pembaca yang lain belum tentu tahu kan?

Ok..jom tengok video di bawah:

hello dragon force
congratulation of your imbecile work and portfolio
you have deemed and proved yourself as malicious-worthyness like the Malaysian government.
Amphibious, Duplicitus, Hypocrite & cheap show-off
You are merely a shame to professionals hackers and other discipline
your unethical practice as a hacker is typical and expected for a malaysian noob.

born in darkness sworn to justice

– the voice –

Dari apa yang Hac dah lihat, video tersebut dibuat dengan ringkas, cukup untuk menyatakan apa yang ingin disampaikan oleh pembuat video..suara juga mungkin dijana dengan menggunakan perisian..sama seperti video ‘Operation Malaysia’ dari Anonymous Hackers..tak pasti apa sebenarnya motif video ini dibuat, tetapi yang jelas ada pihak (berkemungkinan hackers juga) yag tidak puas hati dengan perbuatan DF Team..orang Malaysia (mungkin)? apa yang Mr.Hac harapkan, agar JANGAN ada permusuhan antara kita sesama rakyat Malaysia..biar kerajaan tidak mendengar suara rakyat (contoh), jangan kita sesama kita nak bertelagah..

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Tips Memilih Servis VPN Yang Sesuai Dengan Anda

0

Tips memilih servis VPN yang tepat dan sesuai dengan kehendak pengguna ini dibuat berdasarkan kepada situasi serta kehendak isu semasa..VPN bagi sesetengah orang mungkin merupakan tool yang paling sesuai dan paling tepat dalam menyelesaikan masalah ketika berada dalam talian contohnya melindungi IP dan data daripada penggodam serta melepas sekatan terhadap laman-laman web tertentu..

Terdapat senarai yang begitu banyak sekali tentang penyedia servis VPN dan anda perlu tahu apa yang terbaik dalam pasaran semasa..pelbagai kehendak serta perlbagai tujuan yang berbeza untuk setiap orang apabila ditanya mengapa memilih servis VPN..bagi yang tidak tahu lagi apa itu VPN, Mr.Hac akan menulis tentang VPN pada entry yang lain..
antara sebab mengapa orang membeli servis VPN ialah:

– Sesetengah orang menggunakan VPN untuk melepasi berbagai jenis firewall dan sekatan terhadap internet.

– Ada juga yang menggunakannya untuk melepasi sekatan TV online di negara luar yang hanya membenarkan IP dari rakyat tempatan sahaja melayari dan stream video pada laman web mereka seperti Hulu.com..(setakat ini Mr.Hac hanya menggunakan Ultrasruf dan ternyata berjaya menonton video di Hulu.com..)

– Sesetengah yang lain pula mahukan privasi dan menggunakan VPN sebagai langkah keselamatan untuk melindungi sambungan internet mereka dan menyembunyikan IP yang asal..

Berikut merupakan sedikit panduan kepada anda dalam memilih servis VPN yang paling sesuai dengan kehendak anda:

1. Sila periksa terlebih dahulu lokasi pelayan yang disediakan (server location)..kerana anda mungkin memerlukan kebenaran menggunakannya di tempat yang berbeza.

2. Periksa kelajuan servis VPN tersebut..google kan ada? cari sahaja feedback dari pengguna yang sedia ada di blog-blog yang ada menulis tentangnya..

3. Kaji kaedah tetapan VPN yang anda mahu beli..ia sepatutnya tidak terlalu sukar atau terlalu panjang untuk golongan pemula sekalipun.

4. Periksa kebolehpercayaan perkhidmatan yang pastinya mencerminkan kestabilan sambungan dalam jangka masa panjang. Mendapatkan kelajuan tinggi, mudah untuk memasang VPN adalah tidak berguna sehingga ia dipercayai cukup untuk bekerjabagi tempoh masa yang lama!

5. Periksa had jalur lebar, iaitu trafik yang ditawarkan. Secara umumnya kebiasaan yang ditawarkan adalah 5-20 GB sebulan tetapi anda boleh mempunyai jalur lebar tanpa had dalam beberapa servis VPN premium jika anda suka.

6. Periksa sokongan teknikal dan kualiti perkhidmatan selepas jualan yang diberikan oleh pembekal VPN.

7. Pilih VPN yang mempunyai tahap koeselamatan protokol VPN yang tinggi seperti OpenVPN dan SSTP, yang menyediakan anda dengan enkripsi paling selamat dan maju.

Semoga tips-tips yang Mr.Hac nyatakan di atas dapat membantu anda..sampai kita berjumpa lagi dalam entry yang akan datang..salam hormat dari Hac!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Senarai Anonymous Web Browser

0

Berikut Mr.Hac senaraikan Anonymous Web Browser yang dapat membantu anda melayari internet secara anonymous dengan menyembunyikan IP asal anda dan dan mengenkrip sambungan internet supaya tidak dapat dibaca pergerakan internet anda..
(tiada kaitan dengan Anonymous Hackers)

Senarai Anonymous Web Browser:

Dalam pakej TOR terdapat Tor Browser yang boleh dimuat turun..antara yang terbaik kerana projek ini masih lagi diteruskan dan diselenggara..biarpun kelajuan internet anda agak perlahan, namun TOR merupakan perisian terbaik untuk dicuba..

Usejump

Sememangnya dicipta untuk melepasi sekatan internet..mempunyai ‘button’ on dan off untuk melayari internet secara anonymous..namun apabila anda menekan ‘On’, kelajuan tersangatlah lambat..ia bukan pilihan Mr.Hac..(TOR masih boleh diberi maaf)

XB @ Xerobank Browser

Juga boleh dicuba..dahulunya dikenali dengan nama Torpark..cuma jika anda ingin kelajuan yang lebih, anda perlu membeli pakej mereka..errr..cuba yang percuma dulu baru bagi komen ok?

Opera TOR

Merupakan pilihan Mr.Hac namun malangnya ia kelihatan seperti tidak lagi diselenggara..aduhai..kenapa projek seperti ini perlu berakhir? hmm..bagaimanapun Opera TOR versi 3.5 masih lagi terbaik dan jika anda pandai bermain dengan tetapan pelayar Opera, ia pasti menyeronokkan..Mr.Hac sarankan anda ‘On’ Java Script dan juga Java supaya paparan laman web menjadi sempurna..

Bagaimana pula dengan anda? apakah perisian yang anda gunakan untuk kekal selamat dalam talian? juga untuk melepasi sekatan internet? berikan pendapat anda dan kongsikan dengan semua..Mr.Hac harap semoga entry kali ini bermanfaat untuk anda dalam memahami apa itu anonymous web browsing/surfing..sila rujuk entry-entry lama untuk mengetahui beberapa perisian yang berguna untuk tujuan tersebut..

Views: 3

Iklan Newspaper Inline