Low Orbit Ion Cannon (LOIC) ialah aplikasi yang dibangunkan/direka untuk digunakan secara beramai-ramai oleh beribu-ribu pengguna tanpa nama (Anonymous), untuk melancarkan serangan Distributed Denial-of-Service (DDoS)..
Ia membenarkan ANDA untuk menyertainya biarpun anda TIADA sebarang ilmu atau tidak tahu langsung kaedah untuk menggodam..anda hanya perlu muat turun LOIC, masukkan URL atau IP laman yang hendak diserang, dan…kapowww!
Jahanam laman web tu..Mr.Hac ingin berpesan di sini, sekiranya anda kekurangan sumber pengetahuan mengenai teknik menggodam dan baru mula mengenal ilmu ini, DISARANKAN supaya anda TIDAK sesekali percaya kepada mana-mana video di internet contohnya di Youtube yang menayangkan tutorial mengenai cara melancarkan serangan LOIC beserta dengan pautan muat turun perisian LOIC, JANGAN SESEKALI ANDA MUAT TURUN perisian di situ..ia berkemungkinan telah dijangkiti dengan beberapa code untuk mencuri data pada komputer anda..awas!
Laman web berikut boleh digunakan sebagai rujukan anda untuk lebih mengetahui mengenai LOIC:
Salam..rasanya semua hackers dari team Dragon Force (DF) dah tahu benda ni..saje je Mr.Hac nak post sebab pembaca yang lain belum tentu tahu kan?
Ok..jom tengok video di bawah:
hello dragon force
congratulation of your imbecile work and portfolio
you have deemed and proved yourself as malicious-worthyness like the Malaysian government.
Amphibious, Duplicitus, Hypocrite & cheap show-off
You are merely a shame to professionals hackers and other discipline
your unethical practice as a hacker is typical and expected for a malaysian noob.
born in darkness sworn to justice
– the voice –
Dari apa yang Hac dah lihat, video tersebut dibuat dengan ringkas, cukup untuk menyatakan apa yang ingin disampaikan oleh pembuat video..suara juga mungkin dijana dengan menggunakan perisian..sama seperti video ‘Operation Malaysia’ dari Anonymous Hackers..tak pasti apa sebenarnya motif video ini dibuat, tetapi yang jelas ada pihak (berkemungkinan hackers juga) yag tidak puas hati dengan perbuatan DF Team..orang Malaysia (mungkin)? apa yang Mr.Hac harapkan, agar JANGAN ada permusuhan antara kita sesama rakyat Malaysia..biar kerajaan tidak mendengar suara rakyat (contoh), jangan kita sesama kita nak bertelagah..
Tips memilih servis VPN yang tepat dan sesuai dengan kehendak pengguna ini dibuat berdasarkan kepada situasi serta kehendak isu semasa..VPN bagi sesetengah orang mungkin merupakan tool yang paling sesuai dan paling tepat dalam menyelesaikan masalah ketika berada dalam talian contohnya melindungi IP dan data daripada penggodam serta melepas sekatan terhadap laman-laman web tertentu..
Terdapat senarai yang begitu banyak sekali tentang penyedia servis VPN dan anda perlu tahu apa yang terbaik dalam pasaran semasa..pelbagai kehendak serta perlbagai tujuan yang berbeza untuk setiap orang apabila ditanya mengapa memilih servis VPN..bagi yang tidak tahu lagi apa itu VPN, Mr.Hac akan menulis tentang VPN pada entry yang lain..
antara sebab mengapa orang membeli servis VPN ialah:
– Sesetengah orang menggunakan VPN untuk melepasi berbagai jenis firewall dan sekatan terhadap internet.
– Ada juga yang menggunakannya untuk melepasi sekatan TV online di negara luar yang hanya membenarkan IP dari rakyat tempatan sahaja melayari dan stream video pada laman web mereka seperti Hulu.com..(setakat ini Mr.Hac hanya menggunakan Ultrasruf dan ternyata berjaya menonton video di Hulu.com..)
– Sesetengah yang lain pula mahukan privasi dan menggunakan VPN sebagai langkah keselamatan untuk melindungi sambungan internet mereka dan menyembunyikan IP yang asal..
Berikut merupakan sedikit panduan kepada anda dalam memilih servis VPN yang paling sesuai dengan kehendak anda:
1. Sila periksa terlebih dahulu lokasi pelayan yang disediakan (server location)..kerana anda mungkin memerlukan kebenaran menggunakannya di tempat yang berbeza.
2. Periksa kelajuan servis VPN tersebut..google kan ada? cari sahaja feedback dari pengguna yang sedia ada di blog-blog yang ada menulis tentangnya..
3. Kaji kaedah tetapan VPN yang anda mahu beli..ia sepatutnya tidak terlalu sukar atau terlalu panjang untuk golongan pemula sekalipun.
4. Periksa kebolehpercayaan perkhidmatan yang pastinya mencerminkan kestabilan sambungan dalam jangka masa panjang. Mendapatkan kelajuan tinggi, mudah untuk memasang VPN adalah tidak berguna sehingga ia dipercayai cukup untuk bekerjabagi tempoh masa yang lama!
5. Periksa had jalur lebar, iaitu trafik yang ditawarkan. Secara umumnya kebiasaan yang ditawarkan adalah 5-20 GB sebulan tetapi anda boleh mempunyai jalur lebar tanpa had dalam beberapa servis VPN premium jika anda suka.
6. Periksa sokongan teknikal dan kualiti perkhidmatan selepas jualan yang diberikan oleh pembekal VPN.
7. Pilih VPN yang mempunyai tahap koeselamatan protokol VPN yang tinggi seperti OpenVPN dan SSTP, yang menyediakan anda dengan enkripsi paling selamat dan maju.
Semoga tips-tips yang Mr.Hac nyatakan di atas dapat membantu anda..sampai kita berjumpa lagi dalam entry yang akan datang..salam hormat dari Hac!
Dalam pakej TOR terdapat Tor Browser yang boleh dimuat turun..antara yang terbaik kerana projek ini masih lagi diteruskan dan diselenggara..biarpun kelajuan internet anda agak perlahan, namun TOR merupakan perisian terbaik untuk dicuba..
Sememangnya dicipta untuk melepasi sekatan internet..mempunyai ‘button’ on dan off untuk melayari internet secara anonymous..namun apabila anda menekan ‘On’, kelajuan tersangatlah lambat..ia bukan pilihan Mr.Hac..(TOR masih boleh diberi maaf)
Juga boleh dicuba..dahulunya dikenali dengan nama Torpark..cuma jika anda ingin kelajuan yang lebih, anda perlu membeli pakej mereka..errr..cuba yang percuma dulu baru bagi komen ok?
Merupakan pilihan Mr.Hac namun malangnya ia kelihatan seperti tidak lagi diselenggara..aduhai..kenapa projek seperti ini perlu berakhir? hmm..bagaimanapun Opera TOR versi 3.5 masih lagi terbaik dan jika anda pandai bermain dengan tetapan pelayar Opera, ia pasti menyeronokkan..Mr.Hac sarankan anda ‘On’ Java Script dan juga Java supaya paparan laman web menjadi sempurna..
Bagaimana pula dengan anda? apakah perisian yang anda gunakan untuk kekal selamat dalam talian? juga untuk melepasi sekatan internet? berikan pendapat anda dan kongsikan dengan semua..Mr.Hac harap semoga entry kali ini bermanfaat untuk anda dalam memahami apa itu anonymous web browsing/surfing..sila rujuk entry-entry lama untuk mengetahui beberapa perisian yang berguna untuk tujuan tersebut..
Berikut di senaraikan laman-laman web yang telah digodam oleh Anonymous Hackers:
Mr.Hac berharap kerajaan mengambil tindakan segera kerana langkah berjaga-jaga sudah tidak relevan lagi..(ye lah..dah kena hack, nak berjaga-jaga apa lagi kan?)..
Apa-apapun, janji telah dikota..biarpun laman malaysia.gov.my tidak ‘berusik’ nampaknya, tetapi berpuluh lagi laman web yang lain telah ‘dirampas’ dan diubah tampilannya (defaced)..semoga ini menjadi pengajaran kepada semua, kerana peristiwa ini membuktikan, biarpun telah diberi amaran, laman web kerajaan tetap berjaya digodam juga..bermakna tahap sekuriti setiap laman masih lemah..
Harap-harap, selepas kejadian ini, semua pakar-pakar siber mengambil pengajaran..
Telah banyak sebelum ini Mr.Hac post beberapa siri entry untuk kaedah melepasi sekatan terhadap laman web..jadi, jangan hairan sekiranya bulan Jun ini penuh dengan entry-entry seperti ini..Mr.Hac ingin mendedikasikan entry-entry akan datang kepada anda semua yang mahu melayari laman-laman web yang disekat, mahu melayari laman-laman web secara anonymous, dan mahukan kebebasan serta privasi..
Mr.Hac akan post-kan seberapa banyak kaedah yang Mr.Hac tahu, jumpa, atau yang telah Mr.Hac kaji dengan lebih mendalam..buat masa ini sekiranya anda ada apa-apa masalah, sila terus ajukan pertanyaan kepada Mr.Hac melalui ruangan komen atau ruangan Hubungi Admin..Hac akan cuba bantu sedaya upaya..buat mereka yang gagal mendaftarkan akaun di Shellmix.com untuk membuat SSH Tunneling supaya dapat melayari laman web yang disekat, anda boleh minta bantuan Hac..Hac akan tolong buatkan satu akaun untuk anda..amacam cuti panjang? best? eh…salah dialog..apsal dialog KL Gengster plak yang keluar ni..hmmm..amacam? puas hati tak? haaa..ok..jom sambung tengok apa yang Mr.Hac nak bagi kali ini..
Operator (Opera TOR) ialah sebuah pelayar web Opera versi mudah alih yang menggabungkan pelayar web Opera + TOR + Privoxy untuk membolehkan anda melayari internet secara anonymous dan melepasi sekatan dari firewall..
Kelebihan Operator @ Opera Tor:
1. Mudah digunakan..hanya perlu klik pada fail exe yang dinamakan ‘OperaTor’..
2. Berkesan mengubah IP dan membantu melayari laman web secara anonymous..lihat pada screenshot di bawah..
3. Berkesan melayari laman-laman web yang disekat..
4. Ia akan memadamkan jejak (History, cookies, cache) secara automatik apabila ditutup..(melainkan anda set semula tetapannya)
5. Menggunakan pelayar Opera yang dikenali kerana ketahanannya dari crash..
Kekurangan?? Mr.Hac tidak mahu beri tahu..anda kaji dan tentukan sendiri, dan berikan feedback anda pada ruangan komen di bawah!
Selamat mencuba!
Assalamualaikum semua..atas permintaan dari Admin Forum Silent Hackers (SH), Mr.Hac post entry ini untuk membuat sedikit pengumuman bahawa Forum Silent Hackers sudah kembali beroperasi dengan jayanya..sebelum ini forum ‘tenggelam’ dengan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan..forum tidak digodam atau diceroboh, cuma Mr.Hac difahamkan Admin mengalami masalah dengan server..pada waktu itu kesemua data yang berada di dalam database sudah tiada..jika anda pernah mendaftar di forum SH, anda perlu mendaftar semula supaya dapat memasuki forum dan dapat mula membuat post..
Pertama sekali, ketika masuk ke forum, anda akan berhadapan dengan ‘Firewall Check’ seperti gambar di bawah..apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada bahagian tengah-tengah paparan..
Kemudian, log masuk seperti biasa (setelah selesai mendaftar)..paparan seperti di bawah pula akan muncul (gambar di bawah hanya separuh paparan sahaja yang Mr.Hac ambil) :
Kalau ingin pelajari tips-tips mudah, anda boleh datang ke blog Mr.Hac ini..tetapi kalau inginkan tips dan teknik hacking yang lebih advance, Mr.Hac sarankan anda menimba ilmu dalam forum..di sana ramai yang jauh lebih hebat dan banyak ilmunya..tak rugi jika kita bermula dari bawah..Mr.Hac ucapkan selamat berforum kepada anda semua..semoga anda mendapat manfaat yang besar daripada kewujudan forum Silent Hackers Malaysia..
Anda boleh melayari laman forum pada pautan di bawah:
Penafian: Entry hari ini tiada kena mengena dengan fahaman politik..
Serabut..serius serabut hari ni..bukan pasal tak tahu nak post apa, tapi lebih kepada situasi kebebasan internet yang mula disekat sedikit demi sedikit..mula-mula dari pejabat kerajaan..ok lah..alasannya untuk meningkatkan produktiviti..baguslah tu..Mr.Hac pun setuju..kemudian bermula dengan sekatan terhadap 10 laman file sharing/hosting dari ISP Malaysia..apa cerita ni?? alasannya untuk mengelakkan piracy..aduhai..sungguh dangkal pemikiran kamu-kamu semua..baru hari ni belajar buka internet, dah menyalak sakan tentang piracy..dah menyalak sakan tentang itu dan ini..apa yang kamu tahu tentang internet?? apa yang kamu sedar tentang kebebasan berinternet?? tak sudah-sudah..kadang-kadang Mr.Hac hampir berputus asa dalam memperjuangkan kebebasan berinternet yang sepatutnya dimiliki oleh sekalian rakyat..sudah-sudah la tu..hentikan sekatan, atau kamu semua bakal mencipta musuh..siapa? RAKYAT yang mahukan PERUBAHAN..bayar yuran internet bagai nak rak jumlahnya, tapi tersekat di sana sini..
Ok lah..cukup lah tu..masing-masing dengan fahaman sendiri..jangan kusutkan fikiran..mari kita jadi pemerhati sahaja..malas dah Mr.Hac nak baca isu ini di merata-rata..naik muak dan meluat..cukup-cukup lah..kepada semua followers blog ini, iaitu The Hykerz a.k.a The Aryan Nation, ingin Mr.Hac berikan kepada anda semua dua buah e-book dalam bentuk pdf, yang kedua-duanya memberikan maklumat terperinci mengenai SSH Tunneling..jadi boleh lah anda semua kaji dengan lebih mendalam lagi bab ini ya..sila lihat maklumat mengenai e-book ini pada pautan yang Mr.Hac berikan dibawah..
Apakah Anonymous?.. SIAPAKAH ANONYMOUS HACKERS? dari segi kamus, Anonymous ialah Orang yang tidak di kenali atau tiada nama dan tiada identiti.. Lebih mudah tahu ialah Anonymous Ialah ORANG YANG TIDAK DIKENALI..Apakah Anonymous hackers?. Hacker?.. Cracker?.. atau pun pak cik sebelah rumah?.. sememangnya bukan.. Anonymous hackers bukan sebuah organisasi.. Bukan sebuah Kelab.. Bukan Sebuah badan bukan kerajaan.. Anonymous tiada ketua.. tiada guru.. tiada ideologi malah tiada apa-apa ideologi yang terikat..
Semua Ahli Anonymous tidak mempunyai pejabat atau sebagainya.. mereka adalah sekumpulan orang yang berkumpul di mana-mana sahaja.. di dalam bas.. kereta api malah di tepi jalan..tetapi tujuan yang sama iaitu hendak mencapai apa yang di inginkan dan mengubah dunia.. tiada siapa boleh cakap anda ialah ahli Anonymous atau anda masuk atau anda keluar..
Untuk berinteraksi bersama Anonymous.. Mudah.. mereka hanya menggunakan social network yang terkenal dan hanya perlu mancari keyword ‘anonymous’ atau ‘anonops’ atau yang berkaitan dengan aktiviti Anonymous..
Siapakah Anonymous?
Anonymous datang dari semua tempat.. mungkin Bos anda.. mungkin pekerja anda.. mungkin jiran sebelah malah mungkin anak anda malah boleh menjadi sesiapa sahaja… sama ada crackers..hackers..atau pak cik driver bawak lori malah blogger…Menyertai Anonymous tidak salah dari segi undang-undang.. malah jika anda melanggar undang-undang anda tetap tidak bersalah kerana anda ialah Anonymous..
Adakah Anonymous melakukan tindakan betul?
Dalam Anonymous..keputusan itu terletak pada diri sendiri..jika anda rasa ianya betul maka betullah ia..Anonymous tiada ketua dan tiada sesiapa yang membuat keputusan untuk anda..
Berapakah Ahli Anonymous?
We are more than you think. We are more than anybody thinks. We are many.
“Kami Adalah Lebih Dari Yang Anda Fikirkan,Kami Lebih Dari Semua Orang Fikir, Kami Ramai”
Terdapat juga beberapa spekulasi mengenai Anonymous di mana telah menggodam Play Station Network.. Tahukah kenapa Anonymous hack PSN?..
KERANA Anonymous mahu menghalang PSN dari mengambil untung dengan menyuruh pengguna untuk mengemaskini firmware baru dan jika tidak seseorang itu tidak dapat menggunakan PSN..Orang yang sudah mencipta jail break Play Station 3 sudah di tangkap dan Semua IP yang memasuki web untuk mendapatkan jailbreak tersebut sudah di ambil oleh pihak Sony untuk tindakan lanjut..Anonymous ada juga menghantar video bahawa akan mengganggu Sony lagi kerana menyalahkan orang lain yang memasuki web tersebut..Anonymous mengganggu SONY hanya untuk membantu pengguna, dan bukan nak menyakiti pengguna…
Setelah membaca ini..apakah anda rasa tentang Anonymous?
Anonymous ialah semua orang yang berasa mereka ialah Anonymous Hacker..
tidak kisah siapa atau di mana..
PETALING JAYA : Sekumpulan penggodam mengancam akan menyerang laman Malaysia.Gov.My..
Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Anonymous, mengatakan akan melancarkan serangan pada jam 7.30pm GMT hari Rabu (3.30am hari Khamis waktu tempatan) dan telah menamakan serangan ini sebagai ‘Operation Malaysia‘..
Mereka membuat post ancaman tersebut pada laman ini —> PTFWh
Setakat ini masih tidak dapat dipastikan sebab-sebab yang kukuh mengapa kumpulan Anonymous ini hendak menyerang portal kerajaan..misteri?
nantikan entry seterusnya!
Untuk membaca berita penuh, sila layari laman ini —> The Star
Kredit kepada Azrael kerana telah menyampaikan berita hangat ini!