Utama Blog Laman 340

Glary Utilities Pro 2.34.0.1190 Portable

0

Anda mahu meningkatkan prestasi PC tetapi tidak tahu caranya?
Mungkin sebelum ini anda pernah mencuba perisian Registry Booster, atau Uniblue Powersuite yang lebih lengkap, tetapi nampak seperti tidak berkesan?
Mari cuba satu perisian yang lebih menarik, terbaik dan mudah digunakan, semua dalam satu iaitu Glary Utilities Pro 2.34.0.1190..

Mr.Hac sudah mencubanya dan ternyata banyak perubahan dapat dilihat pada komputer yang Mr.Hac gunakan..sambungan internet lebih lancar, prestasi komputer juga lebih memberangsangkan..anda boleh melihat maklumat produk di sini -> Glary Utilities

Anda boleh memuat turun versi penuh Glary Utilities Pro 2.34.0.1190 Portable
di sini -> GUP.2.34.0.1190 Portable

Silakan mencubanya dan berikan ulasan anda!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Lajukan Internet : Namebench + DNS Jumper

0

Entri hari ini sangat ringkas..sangat mudah..
Anda boleh merujuk mengenai DNS dan Namebench di blog-blog berikut:

-> JomPHP – Layari internet lebih pantas dengan Google Public DNS

-> JomPHP – Menukar DNS yang lebih baik dan laju di komputer anda

-> Devil-404 – Download Namebench “Mempercepat Koneksi Internet Modem”

Mr.Hac menggunakan Namebench untuk mencari DNS yang terbaik dan paling pantas untuk PC, dan kemudian apabila DNS yang terbaik dijumpai, Mr.Hac gunakan pula DNS Jumper untuk ‘apply’ DNS tersebut..mudah bukan?

Anda boleh memuat turun Namebench di sini -> Namebench

Untuk DNS Jumper pula di sini -> DNS Jumper

Buat masa ini, mungkin Mr.Hac tidak dapat menjawab soalan-soalan anda di sini, dan juga permasalahan anda yang anda hantar melalui e-mel kerana Mr.Hac sedang membuat beberapa aplikasi/perisian untuk menjadi versi mudah alih (portable) <- minat baru Mr.Hac ni

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

ProXPN Portable Download

0

ProXPN Portable : Download (Portabled by Mr.Hac)

Mungkin ini antara artikel/entri terakhir mengenai VPN/Proxy/SSH Tunneling atau dalam kata mudah, entri mengenai melepasi sekatan internet (bypass internet restriction)..entri ini merupakan konklusi dari entri-entri sebelumnya dan entri seperti ini hanya akan ditulis sekiranya terdapat permintaan..dengan entri ‘penutup’ ini, anda boleh dianggap sudah mahir mengenai hal kaedah melepasi sekatan internet dan sudah boleh mencari ilmu sendiri dengan hanya menjadikan blog ini sebagai rujukan..

Mungkin juga anda sedia maklum ProXPN tidak menyokong pengguna yang mendaftar dari luar US..sedikit tips, sila gunakan terlebih dahulu perisian/kaedah lain supaya alamat IP anda ‘datangnya’ dari US dan anda pasti akan dapat mendaftar di ProXPN dengan mudah..

Sila daftar akaun percuma anda di sini -> ProXPN

Muat turun perisian ProXPN Portable di sini -> ProXPN Portabled by Mr.Hac

Sekiranya ia tidak berfungsi, sila gunakan versi ini -> ProXPN Portable

Perisian ini telah dijadikan dalam versi mudah alih (portable) oleh Mr.Hac sendiri..
jika terdapat sebarang ralat, anda boleh menggunakan versi installer dari laman pembangunnya..buat masa ini, ProXPN boleh dikatakan VPN percuma yang berbaloi untuk anda cuba..selain itu, VPN percuma lain yang sedang Mr.Hac lakukan ‘test drive’ ialah Mullvad (server dari Netherlands)..

Perisian lain yang bakal Mr.Hac jadikan versi portable ialah web browser Comodo Dragon, Google Chrome, Firefox, dan juga perisian VPN yang lain..sememangnya sudah ada Firefox versi portable untuk dimuat turun tetapi ini ialah versi Mr.Hac sendiri! jadi gunakan versi sendiri, lebih puas hati..

Sekian sahaja buat masa ini..terima kasih kerana kekal melawat dan membaca..
jumpa lagi pada tutorial yang akan datang!

UPDATE: proXPN 2.4.7 Portable (Portabled by Mr.Hac) -> proXPN 2.4.7 Portable

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara Membuat Tetapan VPN Pada Windows 7 / Vista

0

Dah baca cara membuat tetapan VPN pada Windows XP? kalau belum boleh pergi baca sekarang di -> Cara Membuat Tetapan VPN Pada Windows XP..

Disebabkan Mr.Hac ada program pada petang ini di Hotel Grand Season Kuala Lumpur, jadi Mr.Hac tak sempat nak tulis panjang-panjang..Mr.Hac hanye mampu bagi Video dari Youtube je..

Berikut adalah cara membuat tetapan VPN pada I-Phone (kalau ada yang tak lengkap, maaf la..video ni pun cedok dari Youtube..)

P/S: Kalau ada yang tak faham jangan segan silu untuk bertanya..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Membuat Tetapan VPN Pada Windows XP

0

Tutorial berikut adalah merupakan cara membuat tetapan VPN pada PC anda tanpa menggunakan installer atau apa yang kita panggil sebagai client..perlu diingatkan tidak semua tempat (environment) sesuai dengan cara ini..ia hanya sesuai untuk mereka yang menggunakan sambungan internet dengan kekangan yang kurang (restriction) seperti Streamix, P1-Wimax, Broadband dan lain-lain yang mana firewall dari syarikat-syarikat seperti itu membenarkan kebanyakan port boleh digunakan..jom sama-sama kita ikuti tutorial cara membuat tetapan VPN pada Windows XP..

Cara Membuat Tetapan VPN:

1. Klik Start – Settings – Contol Panel – Network Connections (atau anda boleh klik pada ikon pintas di system tray)

2. Teruskan dengan klik pada Create a new connection dan ikut kesemua panduan dalam gambar dibawah:

3. Di sini masukkan nama VPN yang anda gunakan..contohnya RaptorVPN

4. Masukkan alamat IP yang telah diberikan kepada anda dan klik Finish.

5. Masukkan Usename dan Password anda dan tunggu sehingga sambungan menjadi stabil.

Ok..selepas ini nantikan tutorial membuat tetapan VPN pada Windows 7/Vista..

Kesemua gambar ini telah diambil dari vpnsurfing.com..(malas nak buat screenshot sendiri)

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Video Tokoh Pegawai Syariah 2011

0

Haha..memang takde kena mengena dengan hacking! takde kena mengena dengan bypass internet restriction, tapi disebabkan video ni la Mr.Hac tak dapat nak tumpukan perhatian kepada blog dan tak dapat nak kemaskini post untuk blog dengan baik dan konsisten..huh!

Video Tokoh Pegawai Syariah ni Mr.Hac baru buat pagi tadi sebab bahan-bahan (content) untuk buat isi kandungan video tu baru je Mr.Hac dapat semalam! what the?!
itu pun hanya 14 keping gambar je..aduh..so..kalau video ni nampak ‘semacam’ dan tak memuaskan hati, jangan tanya kenapa..ahaha..jom tengok sama-sama hasilnya..

Ntah hapa-hapa la hasilnya kan..aduhai..kerana kau lah (video), blog ni terabai sekejap..isk..maaf la semua!

P/S: Esok pun Mr.Hac ada komitmen kerja..kepada semua pembaca tetap, keep on visiting guys! thank you so much! yeah!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Menggunakan Raptor VPN Bersama OpenVPNPortable

0

RaptorVPN sememangnya pilihan terbaik kerana kelajuan bandwidth yang ditawarkan bersama dengan harganya yang sangat menarik, iaitu kosong Ringgit (percuma lah!)..

Nak menggunakannya bersama dengan OpenVPNPortable sangat mudah! (thanks to encik Admin pemantau blog ini, bro juaratempur a.k.a JT)..anda tidak perlu memasangnya (install) sebaliknya terus gabungkan bersama dengan perisian OpenVPNPortable yang mudah alih (portable)..

Cara Menggunakan RaptorVPN Bersama OpenVPNPortable:

1. Muat turun perisian OpenVPNPortable di sini -> OpenVPNPortable

2. Muat turun installer RaptorVPN (Log masuk ke akaun RaptorVPN anda, pergi ke bahagian Downloads)

3. Buka installer RaptorVPN dengan menggunakan perisian Winrar (Rujuk gambar)


Ekstrak fail ini di dekstop anda


Salin kedua-dua fail ini

4. Salin (copy) fail yang ditunjukkan dalam gambar dan tampal (paste) dalam direktori OpenVPNPortable -> data -> config

5. Set-kan tetapan browser kepada ‘No proxy’ atau ‘Auto-detect proxy settings for this network’ (Mozilla Firefox)

6. Sebelum itu anda perlu menambahkan code auth-nocache di dalam fail config yang ekstensi-nya ialah ovpn (raptorvpn-TCP-443-config.ovpn)
cari fail ini dalam OpenVPNPortable -> data -> config dan buka dengan Notepad
Tujuannya supaya setiap sesi anda tidak menyimpan apa-apa kata laluan..
lihat contoh pada gambar di bawah:


7. Klik pada fail exe OpenVPNPortable dan klik ‘Connect’ (klik kanan dahulu pada ikon OpenVPNPortable yang berada di system tray kemudian baru klik Connect)..

8. Masukkan nama pengguna (username) anda iaitu e-mail yang anda gunakan untuk mendaftar dengan RaptorVPN dan masukkan kata laluan (password) yang dihantar ke e-mail anda..ambil perhatian, sila masukkan kata laluan servis, bukan kata laluan akaun RaptorVPN anda..dua kata laluan ini berbeza..
(Rujuk gambar)

9. Tunggu sehingga sambungan VPN berjaya..

10. Cuba buka browser anda..sekiranya anda boleh melayari internet tanpa sebarang masalah, anda boleh periksa alamat IP anda di sini -> What Is My IP Address?

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

My Hackers Are Here Page Rank 3

0

Tadi masa jalan-jalan dalam blog Pendekar, terjumpa entri beliau tentang Page Rank (PR)..masa tu baru teringat nak periksa PR blog ni, dan apa yang mengejutkan, My Hackers Are Here sekarang dah PR3..wow..satu lagi perkara yang agak mengejutkan selepas dapat tahu blog ni kena block dengan Websense (kelakar abeh!)..apa yang mengejutkan ialah blog ini terus melompat daripada PR0 kepada PR3..hmm..aneh..haha..apa pun syukur..pencapaian ini sangat memuaskan..terima kasih kepada semua..

Jangan tanya macam mana nak naikkan Page Rank untuk blog atau website dekat Hac, sebab Hac sendiri pun tak tahu menahu cara kerja Google Page Rank..terlalu banyak sangat perbahasan mengenainya sehingga kredibiliti setiap pendapat boleh dipertikaikan..penting atau tidak Page Rank kepada blog? jawapan Mr.Hac, NTAH..TAK TAHU..ahaha!
sesiapa yang suka tengok benda ni, penting la kot..Alexa rank juga kadang-kadang dianggap penting sama, kerana ada pendapat mengatakan pengiklan sukakan blog yang rendah rank Alexa-nya, dan trafik ribu-ribu sehari..ye ke Mr.Hac? ye ke?
jawapan Mr.Hac, NTAH! TAK TAHU LAH! keh keh keh..(gelak berahsia..ceh..)
sesiapa yang buat duit dengan blog, ranking Alexa yang rendah mungkin penting buat mereka (buat masa ni Hac tak buat duit lagi dengan blog)..
bagi Hac, dua-duanya sama, tak penting pun..kenapa? sebab yang penting ANDA SEMUA yang setiap hari datang ke blog ini tanpa jemu, setiap post penuh dengan komen dan pertanyaan ANDA SEMUA (walaupun kadang-kadang Hac jawab sambil lalu je, maaf semua!)
kalau Page Rank ada 10, rank Alexa kemain rendahnya, tapi blog sunyi sepi, tak guna juga kan? terima kasih untuk ANDA SEMUA, PARA PEMBACA dan followers khususnya!
Blog ini baru 6 bulan bertapak dalam Google, dari PR0 melonjak ke PR3 adalah satu pencapaian yang sangat memuaskan!

Antara kawan-kawan Mr.Hac yang dapat PR3 ialah abgteror, Belalang Perisik Bawah Tanah, dan juga Ammboi..tak lupa juga bro Aried dan bro mj..tahniah buat bro Faisal Abdullah kerana dah peroleh PR4..
yeah..you rocks bro..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Aik..Blog Aku Pun Kena Block Jugak Dengan Websense??

0

Hahaha..laugh all you want but its true..cis..nak tergelak pun ada..selalunya Mr.Hac tak pernah buka browser tanpa membuat sambungan SSH atau VPN, atau Proxy (Ultrasurf)..tapi tadi sengaja buat macam tu sebab nak cuba buat internet speedtest..
bila nak buka balik blog ni, keluar la macam screenshot kat bawah ni:

Haha..marah tu takde..tapi terasa bangga pulak..ye lah..Websense ni perisian penapis internet (Internet Filtering Software) atau firewall yang terkenal di seantero dunia..bila blog My Hackers Are Here termasuk dalam senarai URL yang disekat, terasa macam..wow..hahaha..

Kategori Proxy Avoidance:

Sites that provide information about how to bypass proxy server features or to gain access to URLs in any way that bypasses the proxy server.

Nak tahu lebih lanjut boleh baca di sini -> Websense URL Categories

OMG..OMG..my blog is in the list now..hahaha!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

RaptorVPN : VPN Percuma Tanpa Had Bandwidth!

0

RaptorVPN : VPN percuma tanpa had bandwidth, yang paling boleh dipercayai!
sesetengah servis boleh diragui ketelusan dan kredibilitinya..
akan tetapi RaptorVPN adalah pilihan nombor 1 Mr.Hac selepas Hostizzle! sebab apa?
kerana ia tidak menetapkan had bandwidth, tiada iklan, berasaskan OpenVPN, tiada waktu putus dari sambungan dan yang paling penting sekali ia percuma!

Anda boleh memilih untuk membuat sambungan VPN kepada server RaptorVPN melalui dua cara iaitu clientless (tanpa menggunakan perisian) dan juga dengan menggunakan client (perisian OpenVPN)..

Tutorial membuat sambungan VPN tanpa menggunakan client akan dibuat kemudian kerana ia merangkumi sistem operasi XP dan Windows 7/Vista..sementara cara membuat sambungan dengan menggunakan installer pula sama sahaja dengan tutorial Mr.Hac sebelum ini..tak banyak beza..cuma ia bukan versi mudah alih (portable) sebaliknya perlu dipasang (install)..

Di bawah ini ialah gambar alamat IP yang telah bertukar setelah Mr.Hac menggunakan sambungan RaptorVPN:

Jangan tunggu lebih lama..cubalah RaptorVPN sekarang dan mulalah melayari laman web dengan lebih selamat!

Kelebihan RaptorVPN:

Tiada had bandwidth (unlimited), tiada waktu putus dari sambungan, tiada bayaran (percuma la tu!), tiada iklan, menggunakan OpenVPN yang terbukti dipercayai oleh seantero dunia..

Kekurangan RaptorVPN:

Kata laluan servis (service password) yang tidak boleh ditukar..setakat ini itu sahaja kekurangan yang dapat Mr.Hac lihat..yang lain? terbaik la!

Klik —> RaptorVPN

Views: 1

Iklan Newspaper Inline