Saturday, 8 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 336

Penggodam Menyebar Khabar Angin Kematian Ketua Taliban

0

Taliban telah menjadi mangsa penyebaran berita palsu yang mengatakan khabar angin bahawa pemimpin mereka, Mullah Omar telah meninggal dunia berikutan serangan jantung.

Mesej teks palsu kelihatan disebarkan dari telefon yang digunakan oleh jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dan Qari Yousuf telah digunakan untuk menyebarkan khabar angin itu.

Mesej tersebut:

Spiritual Leader Mullah Mohammad Omar Mujahid has died. May Allah bless his soul.

Mujahid menafikan khabar angin itu dalam satu temu bual dengan Reuters: “Ini adalah kerja-kerja perisikan Amerika, dan kami akan membalas dendam terhadap pembekal rangkaian telefon” katanya, sambil menambah bahawa laman web Taliban telah disekat sejak 14 Julai.

SMS yang dihantar akibat telefon bimbit digodam (Spoofed Text Message) tidak bergantung kepada kerjasama dengan pembekal perkhidmatan rangkaian telefon tetapi adakah Mujahid akan peduli untuk mendengar hal ini? Sementara itu, Mullah Mohammed Omar telah bersembunyi sejak Oktober 2001 apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat meletakkan ganjaran USD 10 Juta (RM31 Juta) ke atas penangkapannya.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Remaja Dituduh Atas Serangan Anonymous dan LulzSec

0

Seorang budak lelaki berusia 16 tahun ditangkap di London semalam di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer yang disyaki terlibat dalam serangan siber oleh kedua-dua kumpulan Anonymous dan LulzSec.

Beliau telah ditangkap di selatan London dan masih dalam tahanan di pusat balai polis London.

Gambar Hiasan

Unit pakar jenayah siber Scotland Yard bertindak dalam kerjasama dengan FBI, menahan 16 orang semalam.

Kesemua kecuali dua suspek rakyat Amerika telah didakwa kerana terlibat dalam serangan Penafian Perkhidmatan (Denial-of-Service attack) di laman web PayPal pada awal Disember, yang dilancarkan oleh Anonymous selepas firma pembayaran dalam talian menggantung akaun Wikileaks yang digunakan untuk mengutip derma dari orang awam.

14, termasuk 11 lelaki dan dua wanita berusia antara 20 dan 42 tahun, ditahan di Alabama, Arizona, California, Colorado, District of Columbia, Florida, Massachusetts, Nevada, New Mexico dan Ohio.

Anonymous, yang menggelar diri mereka sebagai Hacktivist, melihat penggantungan itu sebagai satu serangan ke atas kebebasan internet dan PayPal disasarkan sebagai sebahagian daripada ‘Operasi pembalasan dendam Assange’ (Operation Avenge Assange). Mereka menggunakan perisian yang dipanggil Low Orbit Ion Cannon dan ‘mengebom’ laman web dengan trafik yang luar biasa dalam usaha untuk mengatasi pelayan (server) dan memaksa ia offline.

Tangkapan FBI adalah yang pertama di Amerika Syarikat sejak siasatan antarabangsa Anonymous dilancarkan pada tahun lepas. Siasatan telah diperluaskan kepada LulzSec, kumpulan politik yang lebih kecil dan kurang menyerlah; merupakan pecahan daripada Anonymous pada sejak April memulakan serangan siber besar-besaran dua bulan ke atas organisasi termasuk CIA dan SOCA.

Gambar Hiasan

Lebih daripada 60 orang yang didakwa dikaitkan dengan salah satu atau kedua-dua kumpulan ini kini telah ditahan di seluruh dunia, termasuk lapan di Britain. Scotland Yard’s Police Central e-Crime Unit sebelum ini menahan lima individu pada bulan Januari, satu pada bulan April dan satu pada bulan Jun.

Dengan 14 tangkapan Anonymous pada hari ini, agen-agen persekutuan AS menahan seorang lelaki atas penglibatan serangan LulzSec di laman web keselamatan yang dikaitkan dengan FBI. Scott Matthew Arciszewski, 21, dituduh menggodam ke dalam laman web Tampa Bay InfraGard pada 21 Jun.

Beliau didakwa memuat naik tiga fail, mengiklankan pencerobohan di Twitter dan mengarahkan/menghalakan pelawat ke laman web yang berasingan mengandungi arahan tentang bagaimana untuk mengeksploitasi laman web Tampa InfraGard.

Pada masa yang LulzSec mengeluarkan kenyataan mendakwa ia dilakukan untuk mendedahkan penyelewengan oleh elemen industri keselamatan. Difahamkan bahawa Scotland Yard juga akan bercakap kepada remaja berusia 16 tahun yang ditangkap di London mengenai serangan ke atas InfraGard.

Pada akhir bulan Jun, selepas penangkapan anggota lain di Britain, LulzSec mengumumkan bahawa ia akan dibubar. Kumpulan ini walau bagaimanapun muncul kembali minggu ini, menuntut ‘kredit’ untuk menggodam laman web akhbar The Sun dan menerbitkan berita palsu mendakwa Rupert Murdoch telah mati.

Suspek Amerika Syarikat terakhir, Lance Moore yang berusia 21 tahun, dituduh atas kesalahan mencuri maklumat sulit mengenai pelan rangkaian mudah alih 4G dari syarikat gergasi telekomunikasi AT & T dan menyerahkan ia kepada Anonymous.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

FBI Menahan Ahli Kumpulan Anonymous Atas Serangan DDoS

0

FBI nampaknya telah memeriksa beberapa rumah di seluruh negara sebagai sebahagian daripada langkah penyiasatan yang lebih meluas ke atas kumpulan penggodam Anonymous dan menahan beberapa ahli-ahli yang disyaki.

Menurut The Wall Street Journal, FBI mencari individu remaja awal 20-an. Fox News melaporkan bahawa 30 hingga 40 waran geledah telah dikeluarkan dengan penahanan 16 orang di negeri termasuk Florida, New Jersey dan California. Jurucakap pejabat FBI San Francisco mengesahkan bahawa tindakan penguatkuasaan undang-undang sedang berjalan.

Pegawai-pegawai kerajaan memberitahu CBS News bahawa FBI telah melakukan lebih daripada satu dozen tangkapan sebagai sebahagian daripada penyiasatan ke atas rangkaian Anonymous.

Untuk beberapa bulan, Anonymous telah memecah masuk pengkalan data beberapa syarikat dan organisasi kerajaan, termasuk Agensi Perisikan Pusat dan firma bioteknologi Monsanto, dalam kes ini mendedahkan beratus-ratus muka surat dokumen yang didakwa amalan perniagaan yang tidak beretika.

Selain itu mereka juga memecah masuk data firma perunding Booz Allen Hamilton dan membuang maklumat log masuk untuk 90000 tentera dan kakitangan kerajaan, termasuk Amerika Syarikat CENTCOM, SOCOM, Marine Corps, Air Force facilities, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (Department of Homeland Security), Jabatan Negeri dan kontraktor sektor swasta.

Sebagai tindak balas kepada serangan mereka, Senator John McCain, R-ARIZ, meminta penubuhan jawatankuasa kecil baru yang memberi tumpuan kepada memeriksa pelanggaran data terhadap agensi-agensi persekutuan dan kontraktor, dengan matlamat ke arah memberitahu dan melaksanakan pelbagai draf undang-undang keselamatan siber.

Juga pada bulan Julai, Jabatan Pertahanan (US) dengan rasminya melancarkan strategi untuk beroperasi di ruang siber, merangkumi pelbagai langkah-langkah pertahanan yang direka untuk melindungi sistem dan infrastruktur Jabatan Pertahanan mereka dari penyerang.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Crack IDM

0

Entri ini ditulis susulan dari entri Mr.Hac yang lepas iaitu Internet Download Manager 6.07 Build 5. Memandangkan golongan yang membaca blog ini bukan semuanya terdiri dari advance user, maka Mr.Hac tulis entri ini..terpulang kepada pemikiran masing-masing, terangnya blog ini sememangnya sesuai untuk golongan pemula..bak kata rakan Mr.Hac, devil-404, untuk para master silalah lewat aja sih..

Ok..jangan buang masa..mari kita mulakan..

Cara Crack IDM:

1. Kita akan memerlukan patch (beserta keygen) untuk melakukannya. dalam tutorial ini Mr.Hac menggunakan SND (Search n Destroy) IDM Key Patch..bagi yang belum muat turun, anda boleh dapatkannya pada pautan di bawah:

SND IDM Key Patch beserta installer IDM (6.07 Build 5)

SND IDM Key Patch sahaja

2. Sila pasang (install) IDM pada komputer anda. Jika anda sudah memasangnya, klik pada SND IDM Key Patch. Rujuk gambar di bawah:

3. Anda perlu exit IDM dari system tray, dan pastikan juga ia tidak berjalan dengan memeriksanya pada Task Manager.

4. Kemudian, klik pada ‘Patch Server Check‘ di SND IDM Key Patch..

5. Gunakan Nombor Siri (Serial Number) yang dijana untuk mendaftarkan IDM. Rujuk pada gambar di bawah:

6. Klik OK.

7. Selesai. IDM anda sudah versi penuh (Full Version)!

8. Jika sebelum ini anda pernah memasang IDM, anda hanya perlu klik pada ‘Patch Server Check‘. Jika ini tidak berkesan, klik pada ‘Clear previous registration data‘ -> ‘Patch Server Check‘ -> daftarkan IDM dengan Serial Number yang telah dijana oleh keygen.

9. Cuba buka IDM yang ditutup tadi. jika IDM anda tidak mengeluarkan amaran seperti salah satu gambar di bawah, maka anda sudah berjaya.

Cara Crack IDM (II)

1. Ada juga cracker yang membuat Patch dan Keygen secara berasingan. Jika anda mempunyai Patch dan Keygen seperti ini, maka tutorial ini adalah berguna untuk anda.

2. Muat turun IDM Patch and Keygen terlebih dahulu.

3. Ikuti tutorial mengikut video di bawah.

Kepada mereka yang menggunakan Windows 7/Vista,
anda boleh gunakan tool yang ringkas ini -> Internet Download Manager Patcher/Cracker For Lifetime Use!

Atau anda juga boleh crack IDM secara manual:
-> Kaedah Untuk Hack dan Crack Internet Download Manager Secara Manual

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Oshirix 2011 : Download

0

Oshirix2011 telah pun siap dan telah release. Masih lagi menggunakan Debian Squeeze sebagai asas. Namun tidak semua pembaharuan pada Debian Squeeze diguna-pakai oleh Oshirix2011. Contohnya, Oshirix2011 masih mengekalkan sysvinit berbanding insserv agar pengguna lama Debian tidak terkeliru. Oshirix2011 juga masih mengekalkan grub-gfxboot berbanding grub2.

Oshirix2011 kali ini bersaiz lebih besar iaitu sekitar 1.7G. Ini bermakna lebih banyak aplikasi yang dimuatkan.

Antara aplikasi baru yang diperkenalkan ialah:
1. Libreoffice menggantikan Openoffice
2. Wammu untuk pengguna handphone
3. Phctools bagi mereka yang ingin undervolting cpu kerana kernel oshirix datang dengan phc.
4. Gnome-Do
5. Guake bagi memudahkan pengguna terminal
6. Qtel. Atas permintaan pengguna hamradio.
7. Chromium web browser
8. Deluge
9. Sakis3g bagi mereka yang bermasalah atau mempunyai modem 3d yang tidak disokong oleh network-manager
10. Pulse-audio sebagai default

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari blog MASOKIS
(credits to you bro)

Anda boleh muat turun Oshirix2011 pada pautan di bawah (klik pada butang):

Torrent

Direct

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Oshirix & Garuda : OS Ciptaan Anak Tempatan Malaysia dan Indonesia!

0

Pernah dengar Oshirix? Ia tidak sepopular Windows 7, Mac OSX Snow Leopard, Ubuntu Linux, Fedora dan seumpamanya. Namun disebaliknya itu terdapat keistimewaan yang sukar dicabar kerana ia ciptaan anak tempatan menggunakan nama samaran Mambang dan ianya dibina from scratch!. Mambang
telah menerbitkan versi baru Oshirix iaitu Oshirix Squeeze dan screenshotnya boleh dilihat di bawah.

Oshirix Squeeze secara default menggunakan persekitaran desktop LXDE, yang super ringan dan pantas. Dalam sesi standby mode (tidak menggunakan apa-apa perisian), penggunaan memorinya adalah sekitar 70 MB dan ini merupakan penyelamat besar kepada komputer lama yang terkial-kial menggunakan OS Windows XP.

Bagaimana Untuk Dapatkan CD?

Komuniti Mambang menyediakan ISO livecd ini untuk dimuat turun oleh pengguna.

Para pengguna boleh burn Live CD/DVD ini ke dalam sekeping CD/DVD kosong dengan menggunakan software burn CD seperti Nero, ataupun cara paling senang dengan menggunakan Pendrive. Sila lawati laman web di bawah:

Klik -> Pendrive Linux

Anda boleh muat turun manual panduan mengenai Oshirix di sini -> Manual OshiriX

SUMBER : X-LAWS

Garuda OS

Garuda adalah sistem operasi (OS) berasaskan sumber terbuka (Open Source) yang dicipta oleh anak-anak tempatan dari Indonesia. Garuda amat mudah digunakan oleh mereka yang biasa dengan ‘persekitaran’ Windows.

Bersaiz 3.6 GB, ia menyokong penggunaan dokumen berformat SNI (Standar Nasional Indonesia). Aman dari gangguan virus, berstabiliti tinggi, dan mempunyai pelbagai program dengan pelbagai fungsi. Ianya sama seperti Oshirix, boleh didapatkan secara percuma dengan memuat turun pada pautan di bawah:

 Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi Garuda OS di sini -> GarudaONE
Anda mahu lihat 3D Desktop Environment dari Garuda OS? Tonton video di bawah.

Mengagumkan bukan? Oleh itu selamat maju jaya kepada semua anak-anak tempatan kita. semoga mereka semua berjaya mencipta sejarah baru dengan terhasilnya sistem operasi yang moden lagi futuristik dan aman dari ancaman, moga kalian membanggakan negara kita!

P/S: Komen peribadi dari Mr.Hac, kedua-duanya tampak seperti remix dari OS Linux yang sudah sedia ada seperti Debian Squeeze..ia merupakan olahan atau ubahsuai dari OS asal dan ia diakui sendiri oleh pembangunnya iaitu Oshiri..begitu juga dengan Garuda..satu lagi Linux-based OS, tapi Mr.Hac tak pasti OS mana, tampaknya menggunakan KDE desktop..namun ia diperkembangkan menjadi OS dengan identiti Indonesia..bagaimanapun, usaha mereka harus dihargai kerana bukan satu kerja yang senang untuk mengolah distro dan menjadikan ia berciri ‘tempatan’..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Hex Editing : Panduan Asas

0

Hex Editing : Satu panduan asas untuk menjadikan virus dan trojan (keylogger biasanya) yang anda cipta tidak terkesan oleh perisian antivirus!

Ia boleh digunakan untuk ‘menyorokkan’ atau ‘menyembunyikan’ virus dari perisian antivirus..kaedah ini merupakan alternatif kepada binder dan crypter awam yang seringkali gagal membuat keylogger anda Fully Undetectable (FUD)..semestinya ada lagi cara yang lain dan jika Mr.Hac punya cukup masa, cara itu juga akan di-post di sini..

Apa itu Hex Editing?

Dengan kata ringkasnya, Hex Editing ialah satu cara untuk menyembunyikan pelbagai program yang mengandungi kod virus dan trojan dari antivirus tertentu..kenapa ‘tertentu’? kerana terpulang kepada anda sebagai pengguna untuk menentukan antivirus manakah yang tidak akan dapat mengesan virus anda itu..Dalam kaedah ini bahagian kod yang dapat dikesan oleh antivirus dengan kemaskini terbaru akan dibuang atau diubahsuai supaya ia menjadi berbeza dengan definisi antivirus tersebut..

Bagaimana Kaedah Melakukan Hex Editing?

Melalui kaedah ini kod virus yang dapat dikesan oleh antivirus itu akan dibuang/diubahsuai dengan cara membahagikan virus/trojan kepada banyak bahagian. Selepas dibahagikan bahagian itu akan diimbas dengan antivirus untuk mencari lagi kod virus yang tersembunyi, yang masih dapat dikesan, atau dalam erti kata lain yang mudah, yang masih sama dengan definisi antivirus!

Proses ini akan diulang kembali sehingga kita dapat mencari kod virus yang tepat dan setelah itu kita akan menyunting bahagian yang dikesan dengan Hex Editor..kemudian apabila selesai, kita akan menggabungkannya kembali menjadi satu fail (exe)..

Untuk membuat Hex Editing, anda memerlukan File Splitter and Joiner dan juga Hex Editor..Mr.Hac sudahpun muat naik kedua-duanya dalam satu folder..

Anda boleh muat turun kedua-dua perisian tadi dengan klik pada butang di bawah:

Dengan menggunakan FFSJ, anda perlu menjadikan fail yang dikesan (infected) oleh antivirus kepada bahagian yang kecil dan kemudian imbas setiap bahagian dengan antivirus. Apabila menjumpai bahagian yang masih dapat dikesan oleh antivirus, sekali lagi jadikan ia kepada bahagian-bahagian yang kecil dalam satu folder baru, dan ulang proses ini sehingga anda menjumpai bahagian terkecil yang masih dikesan oleh antivirus. Anda perlu sunting (edit) bahagian atau bahagian-bahagian itu dengan menggunakan Hex Editor dan ubah nilai pada baris pertama kepada 0. Rujuk gambar di bawah..

Setelah itu imbas semula dengan antivirus dan sekiranya ia masih dikesan, ubah pula baris kedua, dan seterusnya sehingga antivirus anda mengatakan ianya ‘bersih’..habis sahaja langkah ini, bina semula kesemua bahagian tadi dengan menggunakan FFSJ, dengan menggabungkan kesemua bahagian-bahagian tadi, dari mula sehingga ke bahagian terkecil dalam folder yang anda cipta..imbas fail ini dengan antivirus anda dan semoga ia tidak dapat dikesan lagi! Selamat mencuba!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Internet Download Manager 6.07 Build 5 Full Crack

0

Internet Download Manager 6.07 Build 5 Full Crack (with Patch)

IDM kembali lagi dengan versi terbaharu, 6.07 Build 5..apa yang baru dalam versi ini? IDM telah menambah sokongan ke atas pelayar web Firefox 6..sebenarnya kalau anda menggunakan IDM versi 6.07 pun ia masih boleh digunakan hatta untuk pelayar web Firefox 8.0 alpha 1 Nightly sekalipun dengan syarat anda pasang Addon Compatibility Reporter terlebih dahulu..lihat screenshot di bawah yang menunjukkan IDM Mr.Hac sudahpun versi penuh dengan bantuan Patch yang berkesan..

Muat turun IDM 6.07 Build 5 di sini: (Klik pada butang di bawah)

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Smurf Attack

0

Smurf Attack : Satu lagi kaedah serangan Denial-of-Service dengan menjana trafik yang besar ka atas rangkaian sasaran.

Penyerang menggunakan satu program yang dipanggil sebagai Smurf menyebabkan bahagian yang diserang menjadi tidak beroperasi. Cara serangan ini mengambil kesempatan dari beberapa karakteristik (ciri-ciri atau sifat) Internet Protocol (IP) dan Internet Control Message Protocol (ICMP).

ICMP digunakan oleh nod rangkaian dan pentadbir untuk bertukar-tukar maklumat tentang keadaan rangkaian. ICMP boleh digunakan untuk ping nod yang lain untuk melihat jika ia beroperasi. Nod yang beroperasi akan membalas kembali mesej ‘echo’ sebagai tindak balas kepada mesej ping.

Untuk lebih mudah faham, sila tonton video di bawah.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Ping of Death : Cara Kerja

0

Apa itu Ping of Death? Ping of Death ialah satu bentuk serangan Denial-of-Service (DoS) yang melibatkan penghantaran Ping dalam bentuk berbahaya.

Biasanya Ping bersaiz 32 bait (bytes). Ping of Death digunakan untuk menghantar paket IP yang lebih besar daripada 65.536 bait yang dibenarkan oleh Protokol IP. Oleh itu dengan menghantar ping bersaiz seperti ini boleh menyebabkan crash kepada komputer sasaran.

Secara umumnya, kita tidak boleh menghantar paket bersaiz 65.536 bait. Tetapi melalui kaedah fragmentasi (pemecahan) kita boleh menghantarnya, kerana fragmentasi adalah salah satu ciri TCP / IP, ia membolehkan paket IP tunggal untuk dipecahkan kepada segmen yang lebih kecil. Jadi apabila kita menghantar paket yang lebih daripada 65.536 bait sistem operasi tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan ia akan ‘beku’, crash, atau reboot. Namun pada hari ini, semua sistem operasi yang baru dan sistem operasi lama dengan kemas kini yang sesuai tidak akan terjejas dengan isu ini.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline