Utama Blog Laman 337

Cipta Kalkulator Mudah Dari Notepad

0

Salam semua.. Setelah beberapa hari Mr.Hac tak kemaskini entri, malam ni Mr.Hac tulis entri yang ringkas aje la.. Cukup untuk ‘segarkan’ mata yang mengantuk tu. Ye tak?
Lagipun selepas wujudnya Forum Hacker Malaysia, Mr.Hac semakin yakin ilmu seperti ini akan terus menjadi minat baru buat anak-anak Malaysia, Melayu khususnya. Jadi anda mempunyai lebih banyak rujukan sekiranya Mr.Hac tidak kemaskini entri sekalipun. Ok?

Cipta Kalkulator Mudah Dari Notepad

Idea ni datang masa sedang cuba mencongak di Netbook Mr.Hac ni. Memang ada kalkulator dari Windows tapi Mr.Hac tak mahu gunakannya. Tak cantik. Hehe.. Jom kita cuba buat sendiri!

Salin dan tampal (copy and paste) kod berikut ke dalam Notepad:

@echo off
title Nama Kalkulator
color 1f
:top
echo —————————————
echo Ayat Yang Anda Suka
echo —————————————
echo.
set /p udefine=
set /a udefine=%udefine%
echo.
echo = %udefine%
echo —————————————
pause
cls
echo Previous Answer: %udefine%
goto top
pause
exit

SIMPAN ia sebagai .bat, tukarkan ekstensi .txt kepada .bat (contoh: kalkulator.bat)
Apabila anda klik, hasilnya akan jadi seperti ini (contoh):

Selamat mencuba. Jumpa lagi. Assalamualaikum.

SUMBER/RUJUKAN: Instructables

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Google Memberi Amaran Jutaan Komputer Dijangkiti Virus

0

Google telah mula mengeluarkan amaran kepada pengguna Windows terdapat bentuk tertentu malware tempatan yang dikesan melalui aliran trafik rangkaian.

Kod berniat jahat tersebut bergerak melalui laman web yang mempromosikan ‘penipuan’, termasuk program-program sekuriti palsu. Mereka yang dijangkiti dengan virus itu akan diberi amaran dengan satu mesej muncul di bahagian atas carian yang dijalankan melalui Google. Firma carian itu menganggarkan bahawa lebih daripada dua juta orang telah terkena jangkitan.

Trafik Yang Dicuri : Google menemui sejumlah besar mesin yang dijangkiti ketika melakukan penyelenggaraan rutin ke atas pusat data. Ketika penyelenggaraan, pelayan Google akan ditutup (offline) dan ini bermakna trafik carian bagi kelompok mesin itu akan berkurangan.Bagaimanapun, Damian Menscher menulis di blog rasmi Google, mematikan satu kelompok tidak menghentikan semua trafik.

Siasatan mendedahkan bahawa trafik yang dihasilkan oleh virus mungkin dari satu juta komputer yang menjalankan Windows. Setakat ini, kata Google, mereka telah memberi amaran kepada beratus-ratus ribu pengguna dan menjangka akan memberitahu lebih ramai lagi.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Hacker Malaysia : Forum Pembelajaran Hacking Terbaru

0

Assalamualaikum semua. Setelah munculnya forum SILENT HACKERS, sekarang muncul pula sebuah lagi forum KHUSUS untuk para pemula mempelajari tips dan teknik-teknik menggodam (hacking) iaitu HACKER MALAYSIA!

Klik untuk paparan lebih besar

Forum ini mula dibuka secara rasmi pada 26 Jun 2011 (Tengok gambar tu. Mr.Hac sedang temuramah pengasasnya). Forum Hacker Malaysia diasaskan oleh individu yang menggelarkan dirinya sebagai UncleSHARK. Katanya, beliau mula tergerak hati untuk membuka Forum Hacker Malaysia selepas peristiwa serangan Anonymous Hackers. Beliau juga hanya tahu mengenai Forum Silent Hackers Malaysia (SH) selepas ada ahli forum yang bercerita mengenainya, bererti UncleSHARK bukanlah ‘serpihan’ ahli dari SH (hehe..propa ni). Bila ditanya harapannya untuk forum, beliau berharap agar kesemua ahlinya akan mengetahui erti sebenar ‘godam’ dan keselamatan IT, serta sesiapa sahaja yang pandai dalam bidang ini tidak menyalahgunakan ilmu yang diberikan.

Mahu daftar sebagai ahli? sila klik pada butang di bawah:

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Laman Sosial Anonymous, AnonPlus Digodam (Defaced)

0

Kumpulan penggodam Anonymous yang menyaksikan penangkapan ahli-ahli mereka pada Selasa lalu, menghadapi satu lagi tekanan dan tamparan hebat, apabila laman sosial mereka iaitu AnonPlus digodam dan diubah tampilannya (defaced).

Kumpulan itu telah mengumumkan awal minggu ini bahawa mereka baru memulakan AnonPlus selepas akaun ‘Your Anon News‘ telah ditolak oleh rangkaian sosial baru Google, Google +, kerana melanggar piawaian laman.

Tidak banyak post yang telah dibuat. Tetapi pautan Web AnonPlus kini dihalakan (redirect) ke AnonSource Technologies, yang mana antara isi kandungannya mempermainkan logo serta slogan Anonymous.

Dengan penangkapan 16 orang dari beberapa buah negeri, serta penangkapan oleh Perkhidmatan Polis Metropolitan UK dan Agensi Polis Negara Belanda, boleh dikatakan para penggodam Anonymous berada di bawah tekanan. Berikut adalah apa yang dikatakan oleh salah seorang ahlinya kepada mereka yang mengubah tampilan tersebut:

You seriously think hacking one little site will stop a movement for free speech ? HOW DARE YOU challenge us by saying “How dare you rise against to the World” are you f—–g serious we are rising up against oppression!

Now before i go I want my loyal readers to know that “anon+” is still being made , it will be hosted for all to see very soon and i am sorry that there is so much ignorance still in our ranks. Once “anon+” is done we will be able to educate those who don’t understand the fight or that they are replacing one oppressive regime for another. Thank you and you will see more of me very soon. I hope real anonymous members see how dumb it was to take down a site only calling for freedom of speech and hope for the world.

Sekutu Anonymous, LulzSec, mengubah tampilan laman web akhbar Rupert Murdoch, The Sun, dan Anonymous mengatakan mereka bertanggungjawab untuk serangan Penafian Perkhidmatan (DoS) yang menyebabkan kegagalan laman-laman berita Murdoch, termasuk The Times dan Sunday Times. Murdoch’s News International terbabit dalam skandal penggodaman telefon yang telah menggegarkan Britain.

Anonymous meraih populariti atas serangan Penafian Perkhidmatan ke atas Visa dan MasterCard akhir tahun lepas. Serangan tersebut merupakan satu bentuk balas dendam kerana syarikat-syarikat itu menghentikan sumbangan dalam talian semasa kontroversi WikiLeaks, menyekat sumbangan kepada Bradley Manning.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu Crack, Patch, Serial, Keygen?

0

Terdapat 4 cara untuk ‘mengubahsuai’ sesuatu fail dan menggunakannya dalam versi penuh (Full Version). Cara ini menjadikan sesuatu program yang kita gunakan itu tidak lagi disekat penggunaannya atas sebab versi percubaan sudah tamat dan sebagainya. Tujuan ia dibuat adalah untuk mengelakkan daripada program tersebut disalin semula dan diedarkan secara tidak sah. Namun apa jua dalam internet adalah tidak mustahil dilakukan dan ia boleh dilepasi (bypass) dengan 4 cara/tools iaitu:

  • Crack
  • Patch
  • Serial
  • Keygen

Penerangan:

Crack : Crack ialah fail dari program, yang istilah mudah fahamnya – ‘pre-hacked’ oleh para Crackers yang mahir. Biasanya crack merupakan fail .exe dari sesuatu program tetapi dalam versi yang telah diubahsuai. Ia juga boleh jadi fail DLL atau fail utama dari program (contohnya registry) yang digunakan untuk ‘mendaftarkan dirinya’ sendiri atau memeriksa status perisian secara atas talian. Fail yang telah diubahsuai (Cracked) biasanya tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Kelemahan untuk fail versi ini ialah ia boleh menjadi besar kerana ia merupakan versi ubahsuai sahaja dari versi yang asal. Apabila seseorang pengguna mengemaskini perisian, ia akan menyalin kembali (overwrite) fail crack tersebut dan ia akan kembali kepada keadaan asal. Perkara ini selalu berlaku untuk perisian IDM (sekadar contoh).

Patch: Patch lebih baik dari Crack. Ianya bersaiz lebih kecil dan biasanya mempunyai maklumat mengenai kegunaanya. Ia adalah satu program yang berasingan digunakan untuk perisian yang telah siap dipasang untuk membuat fail itu menjadi Crack (.exe, DLL). Dengan Patch, anda boleh membuat fail CRACK. Apabila anda klik pada fail Patch, kebiasaanya anda akan dapat melihat ‘nama kumpulan’ yang mengeluarkannya, Cracker yang telah membuatnya, maklumat tentang fail pada perisian yang akan di-crack dan lain-lain lagi.

Serial: Kebanyakan orang sudah tahu apa itu ‘serial’ @ ‘serial number’ dan bagaimana untuk menggunakannya (dalam bahasa melayunya ‘nombor siri’). Lazimnya serial yang disediakan akan mendaftarkan program perisian dengan nama Cracker program tersebut atau laman web yang mengedarkannya. Adakalanya serial boleh digunakan dengan mana-mana maklumat (seperti nama anda), dan adakalanya ia telahpun ditetapkan (nama, e-mel, syarikat). Kelemahan terbesar kepada serial adalah istilah yang dipanggil ‘blacklisting’. (Google ‘what is serial blacklisting’ jika anda tidak tahu makna istilah ini)

Keygen: Keygen adalah singkatan bagi ‘Key Generator’. Keygen adalah penyelesaian terbaik kepada kaedah membuat crack pada perisian. Keygen membolehkan anda untuk menjana data pendaftaran yang betul untuk program menggunakan mana-mana maklumat anda seperti (nama, e-mel, syarikat) tanpa mengubah apa-apapun dalam program (sama dengan serial, tetapi selalunya hanya untuk anda). Ada masanya keygen akan menjana satu serial bagi anda untuk digunakan, dan ada masa yang lain ia mungkin menjana fail lesen yang perlu diimport ke dalam program. Keygen mempunyai pelbagai kegunaan lain. Untuk perisian yang memerlukan pengaktifan, seringkali keygen akan membolehkan anda untuk menggunakan kaedah ‘Phone Activation’.

P/S: Banyak program yang memerlukan pengaktifan membolehkan anda berbuat demikian melalui Internet atau melalui telefon. Keygen hanya meniru apa yang dilakukan oleh orang di syarikat perisian untuk anda.

Sila ambil perhatian bahawa berkemungkinan setiap fail yang anda muat turun dari internet (Crack, Patch, Keygen) kerapkali mengandungi virus yang terdiri dari Trojan (biasanya keylogger) tetapi mungkin juga ia merupakan False Positive Alarm dari antivirus. Oleh itu sekiranya anda tidak pasti dengan apa yang telah anda muat turun, buat backup terlebih dahulu, dan kalau takut, jangan gunakannya, tambahan lagi sekiranya sekuriti komputer anda lemah! (antivirus tidak dikemaskini, atau tiada antivirus langsung kecuali anda ‘Advance User’). Jika anda mahu menggunakannya juga, sila gunakan Sandboxie bersama.

SUMBER : Torrent Invites

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Download Official Windows 7 ISO Direct Download Links

0

Download Official Windows 7 ISO Direct Download Links – Official 32-bit & 64-bit

Mr.Hac dengan pantas menaip entri ini setelah membaca khabar angin mengenai Windows 8 yang bakal keluar awal tahun depan..ya..khabar angin tersebut sudah lama tetapi pautan (links) yang Mr.Hac dapat ini baru je terjumpa (pautan ini juga dah lama!)

Sebelum Windows 7 menjadi sistem operasi yang dilupakan setelah munculnya Windows 8, lebih baik Mr.Hac sebarkan dulu pautan-pautan ini.

P/S: Boleh ke Windows 7 dilupakan sedangkan hampir kesemua pejabat kerajaan masih menggunakan Windows XP yang sudah sedekad lamanya! Tambahan pula bukan semua orang tahu menggunakan Windows 7!

Windows 7 Professional x64 (64-bit)

English: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65805/X15-65805.iso

Windows 7 Professional x86 (32-bit)

English: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65804/X15-65804.iso

Windows 7 Home Premium x64 (64-bit)

English: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65733/X15-65733.iso

Windows 7 Home Premium x86 (32-bit)

English: http://msft-dnl.digitalrivercontent.net/msvista/pub/X15-65732/X15-65732.iso

Mr.Hac cuma dapat senaraikan sampai sini sahaja..
untuk melihat senarai yang lebih lengkap, anda boleh rujuk sini -> My Digital Life

Anda perlu tahu bahawa pautan ini datang dari sumber pelayan berkelajuan tinggi..Jadi jangan risau mengenai saiznya..Pasti akan cepat siap dimuat turun, melainkan kelajuan internet anda sememangnya perlahan..(itu ubatnya kena cari tempat yang laju atau kena langgan servis yang laju la..heh!)

 Sedikit Tips:

Anda boleh jadikan ISO yang telah dimuat turun (mana-mana ISO) sebagai All-In-One ISO dengan menggunakan -> eicfg_removal_utility.zip

Sebelum anda patch ISO yang anda pilih, buatlah backup terlebih dahulu sebagai langkah berhati-hati..gunakan eicfg removal utility untuk ‘membuang’ fail ‘ei.cfg‘ dan dengan ini ISO anda akan berformat All-In-One..

Untuk merakam (burn) ISO kepada USB, gunakan Bootable USB yang telah dikompilasikan ini
(klik pada butang di bawah):

1. Mempunyai 3 pilihan dengan 3 folder
2. 1 untuk Win 7, 1 untuk Vista/XP, dan 1 untuk XP sahaja

Anda boleh crack Windows 7 ini dengan menggunakan -> Open 7 Activator

Nak lagi best? Gunakan OEM Branding ini untuk membuat ia kelihatan asli -> OEM Branding

Enjoy guys!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Penggodam Menyebar Khabar Angin Kematian Ketua Taliban

0

Taliban telah menjadi mangsa penyebaran berita palsu yang mengatakan khabar angin bahawa pemimpin mereka, Mullah Omar telah meninggal dunia berikutan serangan jantung.

Mesej teks palsu kelihatan disebarkan dari telefon yang digunakan oleh jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dan Qari Yousuf telah digunakan untuk menyebarkan khabar angin itu.

Mesej tersebut:

Spiritual Leader Mullah Mohammad Omar Mujahid has died. May Allah bless his soul.

Mujahid menafikan khabar angin itu dalam satu temu bual dengan Reuters: “Ini adalah kerja-kerja perisikan Amerika, dan kami akan membalas dendam terhadap pembekal rangkaian telefon” katanya, sambil menambah bahawa laman web Taliban telah disekat sejak 14 Julai.

SMS yang dihantar akibat telefon bimbit digodam (Spoofed Text Message) tidak bergantung kepada kerjasama dengan pembekal perkhidmatan rangkaian telefon tetapi adakah Mujahid akan peduli untuk mendengar hal ini? Sementara itu, Mullah Mohammed Omar telah bersembunyi sejak Oktober 2001 apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat meletakkan ganjaran USD 10 Juta (RM31 Juta) ke atas penangkapannya.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Remaja Dituduh Atas Serangan Anonymous dan LulzSec

0

Seorang budak lelaki berusia 16 tahun ditangkap di London semalam di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer yang disyaki terlibat dalam serangan siber oleh kedua-dua kumpulan Anonymous dan LulzSec.

Beliau telah ditangkap di selatan London dan masih dalam tahanan di pusat balai polis London.

Gambar Hiasan

Unit pakar jenayah siber Scotland Yard bertindak dalam kerjasama dengan FBI, menahan 16 orang semalam.

Kesemua kecuali dua suspek rakyat Amerika telah didakwa kerana terlibat dalam serangan Penafian Perkhidmatan (Denial-of-Service attack) di laman web PayPal pada awal Disember, yang dilancarkan oleh Anonymous selepas firma pembayaran dalam talian menggantung akaun Wikileaks yang digunakan untuk mengutip derma dari orang awam.

14, termasuk 11 lelaki dan dua wanita berusia antara 20 dan 42 tahun, ditahan di Alabama, Arizona, California, Colorado, District of Columbia, Florida, Massachusetts, Nevada, New Mexico dan Ohio.

Anonymous, yang menggelar diri mereka sebagai Hacktivist, melihat penggantungan itu sebagai satu serangan ke atas kebebasan internet dan PayPal disasarkan sebagai sebahagian daripada ‘Operasi pembalasan dendam Assange’ (Operation Avenge Assange). Mereka menggunakan perisian yang dipanggil Low Orbit Ion Cannon dan ‘mengebom’ laman web dengan trafik yang luar biasa dalam usaha untuk mengatasi pelayan (server) dan memaksa ia offline.

Tangkapan FBI adalah yang pertama di Amerika Syarikat sejak siasatan antarabangsa Anonymous dilancarkan pada tahun lepas. Siasatan telah diperluaskan kepada LulzSec, kumpulan politik yang lebih kecil dan kurang menyerlah; merupakan pecahan daripada Anonymous pada sejak April memulakan serangan siber besar-besaran dua bulan ke atas organisasi termasuk CIA dan SOCA.

Gambar Hiasan

Lebih daripada 60 orang yang didakwa dikaitkan dengan salah satu atau kedua-dua kumpulan ini kini telah ditahan di seluruh dunia, termasuk lapan di Britain. Scotland Yard’s Police Central e-Crime Unit sebelum ini menahan lima individu pada bulan Januari, satu pada bulan April dan satu pada bulan Jun.

Dengan 14 tangkapan Anonymous pada hari ini, agen-agen persekutuan AS menahan seorang lelaki atas penglibatan serangan LulzSec di laman web keselamatan yang dikaitkan dengan FBI. Scott Matthew Arciszewski, 21, dituduh menggodam ke dalam laman web Tampa Bay InfraGard pada 21 Jun.

Beliau didakwa memuat naik tiga fail, mengiklankan pencerobohan di Twitter dan mengarahkan/menghalakan pelawat ke laman web yang berasingan mengandungi arahan tentang bagaimana untuk mengeksploitasi laman web Tampa InfraGard.

Pada masa yang LulzSec mengeluarkan kenyataan mendakwa ia dilakukan untuk mendedahkan penyelewengan oleh elemen industri keselamatan. Difahamkan bahawa Scotland Yard juga akan bercakap kepada remaja berusia 16 tahun yang ditangkap di London mengenai serangan ke atas InfraGard.

Pada akhir bulan Jun, selepas penangkapan anggota lain di Britain, LulzSec mengumumkan bahawa ia akan dibubar. Kumpulan ini walau bagaimanapun muncul kembali minggu ini, menuntut ‘kredit’ untuk menggodam laman web akhbar The Sun dan menerbitkan berita palsu mendakwa Rupert Murdoch telah mati.

Suspek Amerika Syarikat terakhir, Lance Moore yang berusia 21 tahun, dituduh atas kesalahan mencuri maklumat sulit mengenai pelan rangkaian mudah alih 4G dari syarikat gergasi telekomunikasi AT & T dan menyerahkan ia kepada Anonymous.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

FBI Menahan Ahli Kumpulan Anonymous Atas Serangan DDoS

0

FBI nampaknya telah memeriksa beberapa rumah di seluruh negara sebagai sebahagian daripada langkah penyiasatan yang lebih meluas ke atas kumpulan penggodam Anonymous dan menahan beberapa ahli-ahli yang disyaki.

Menurut The Wall Street Journal, FBI mencari individu remaja awal 20-an. Fox News melaporkan bahawa 30 hingga 40 waran geledah telah dikeluarkan dengan penahanan 16 orang di negeri termasuk Florida, New Jersey dan California. Jurucakap pejabat FBI San Francisco mengesahkan bahawa tindakan penguatkuasaan undang-undang sedang berjalan.

Pegawai-pegawai kerajaan memberitahu CBS News bahawa FBI telah melakukan lebih daripada satu dozen tangkapan sebagai sebahagian daripada penyiasatan ke atas rangkaian Anonymous.

Untuk beberapa bulan, Anonymous telah memecah masuk pengkalan data beberapa syarikat dan organisasi kerajaan, termasuk Agensi Perisikan Pusat dan firma bioteknologi Monsanto, dalam kes ini mendedahkan beratus-ratus muka surat dokumen yang didakwa amalan perniagaan yang tidak beretika.

Selain itu mereka juga memecah masuk data firma perunding Booz Allen Hamilton dan membuang maklumat log masuk untuk 90000 tentera dan kakitangan kerajaan, termasuk Amerika Syarikat CENTCOM, SOCOM, Marine Corps, Air Force facilities, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (Department of Homeland Security), Jabatan Negeri dan kontraktor sektor swasta.

Sebagai tindak balas kepada serangan mereka, Senator John McCain, R-ARIZ, meminta penubuhan jawatankuasa kecil baru yang memberi tumpuan kepada memeriksa pelanggaran data terhadap agensi-agensi persekutuan dan kontraktor, dengan matlamat ke arah memberitahu dan melaksanakan pelbagai draf undang-undang keselamatan siber.

Juga pada bulan Julai, Jabatan Pertahanan (US) dengan rasminya melancarkan strategi untuk beroperasi di ruang siber, merangkumi pelbagai langkah-langkah pertahanan yang direka untuk melindungi sistem dan infrastruktur Jabatan Pertahanan mereka dari penyerang.

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Cara Crack IDM

0

Entri ini ditulis susulan dari entri Mr.Hac yang lepas iaitu Internet Download Manager 6.07 Build 5. Memandangkan golongan yang membaca blog ini bukan semuanya terdiri dari advance user, maka Mr.Hac tulis entri ini..terpulang kepada pemikiran masing-masing, terangnya blog ini sememangnya sesuai untuk golongan pemula..bak kata rakan Mr.Hac, devil-404, untuk para master silalah lewat aja sih..

Ok..jangan buang masa..mari kita mulakan..

Cara Crack IDM:

1. Kita akan memerlukan patch (beserta keygen) untuk melakukannya. dalam tutorial ini Mr.Hac menggunakan SND (Search n Destroy) IDM Key Patch..bagi yang belum muat turun, anda boleh dapatkannya pada pautan di bawah:

SND IDM Key Patch beserta installer IDM (6.07 Build 5)

SND IDM Key Patch sahaja

2. Sila pasang (install) IDM pada komputer anda. Jika anda sudah memasangnya, klik pada SND IDM Key Patch. Rujuk gambar di bawah:

3. Anda perlu exit IDM dari system tray, dan pastikan juga ia tidak berjalan dengan memeriksanya pada Task Manager.

4. Kemudian, klik pada ‘Patch Server Check‘ di SND IDM Key Patch..

5. Gunakan Nombor Siri (Serial Number) yang dijana untuk mendaftarkan IDM. Rujuk pada gambar di bawah:

6. Klik OK.

7. Selesai. IDM anda sudah versi penuh (Full Version)!

8. Jika sebelum ini anda pernah memasang IDM, anda hanya perlu klik pada ‘Patch Server Check‘. Jika ini tidak berkesan, klik pada ‘Clear previous registration data‘ -> ‘Patch Server Check‘ -> daftarkan IDM dengan Serial Number yang telah dijana oleh keygen.

9. Cuba buka IDM yang ditutup tadi. jika IDM anda tidak mengeluarkan amaran seperti salah satu gambar di bawah, maka anda sudah berjaya.

Cara Crack IDM (II)

1. Ada juga cracker yang membuat Patch dan Keygen secara berasingan. Jika anda mempunyai Patch dan Keygen seperti ini, maka tutorial ini adalah berguna untuk anda.

2. Muat turun IDM Patch and Keygen terlebih dahulu.

3. Ikuti tutorial mengikut video di bawah.

Kepada mereka yang menggunakan Windows 7/Vista,
anda boleh gunakan tool yang ringkas ini -> Internet Download Manager Patcher/Cracker For Lifetime Use!

Atau anda juga boleh crack IDM secara manual:
-> Kaedah Untuk Hack dan Crack Internet Download Manager Secara Manual

Views: 13

Iklan Newspaper Inline