Thursday, 4 December 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 3

Pihak Berkuasa Malaysia Masih Lagi Pandang Remeh Jenayah Stalking

0

Jiran serang orang tua secara verbal, menghendap, panjat pagar rumah orang, baling mercun. Bila buat laporan polis, polis kata bukan jenayah? Apa benda ni?

Sumber:

View on Threads

Sebab itulah kami cakap Malaysia ni undang-undang dan penguatkuasaan ke laut. Pesalah dimanjakan, mangsa pula tertekan. Tak kan nak tunggu mangsa dirog0l, ditikàm, rumah dibakar baru “layak” buat laporan polis?

Kalau di negara lain, menghendap itu pun dah jadi kesalahan serius. Ini bukan kali pertama kes sebegini berlaku di Malaysia.

Menurut kajian di Amerika Syarikat, terdapat perkaitan ketara di antara jenayah mengendap (stalking) dan jenayah lain seperti rog0l dan bunvh. Kurang daripada separuh mangsa membuat laporan polis. 3 daripada 4 mangsa menghendap kenal penghendap.

Di Malaysia, kes jenayah mengendap yang paling tular adalah kes Acacia Diana yang menderita dihendap, diikuti secara fizikal dan digital selama 8 tahun lamanya! Sama juga kesnya. Bila dibuat laporan, polis kata tak ada sentuhan fizikal, tak ada jenayah.

Mangsa diikuti sehingga ke depan pagar rumah, dalam kapal terbang, di bilik hotel dan hingga ke luar negara! Hanya pada tahun 2023 barulah menghendap dimasukkan sebagai jenayah di bawah Seksyen 507A Akta 574. Tapi itu pun masih belum selesai sepenuhnya. Mangsa menderita anxiety dan tekanan perasaan yang teruk.

Tapi, macam biasalah. Setiap undang-undang baru, tak semua penguatkuasa cakna. Lesen memandu dan cukai jalan digital pun tak habis bergaduh lagi ada yang kena saman sebab pegawai penguatkuasa tak reti semak dalam peranti mereka sendiri.

Sepatutnya, jenayah dicegah, bukan dihukum saja. Kalau dah nampak faktor risiko, kena cegah daripada awal. Bukan tunggu nasi dah basi. Macam menggalakkan mangsa buat provokasi sampai jadi mangsa fizikal pula untuk buat laporan polis. Macam ini pun ada.

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu eKYC? Kenali Proses Pengesahan Identiti Secara Digital

0

Mari kenali proses dan terma paling penting dalam dunia pendigitalan identiti kini

“eKYC” adalah singkatan untuk “electronic Know Your Customer“. (Kenali Pelanggan Anda secara elektronik).

Ia merujuk kepada proses pengesahan identiti pelanggan secara digital/elektronik tanpa perlu hadir secara fizikal ke kaunter atau pejabat.

Konsep asas eKYC:

  • “KYC” ialah prosedur piawai dalam sektor kewangan, telekomunikasi, insurans, dan perkhidmatan digital untuk mengenali, mengesahkan, dan merekod maklumat pelanggan.
  • “e” menunjukkan proses ini dijalankan melalui teknologi digital seperti aplikasi mudah alih, laman web, atau sistem automasi.

Komponen utama eKYC:

  1. Pengenalan dokumen – imbasan kad pengenalan, pasport, atau lesen memandu menggunakan kamera telefon/komputer.
  2. Biometrik – pengecaman wajah, cap jari, atau suara untuk pastikan pengguna ialah individu sebenar.
  3. Liveness detection – sistem membezakan antara wajah hidup dengan gambar/video palsu.
  4. Verifikasi data – semakan dengan pangkalan data rasmi (contohnya JPN, CCRIS, atau sistem kawal selia).

Kelebihan eKYC:

  • Cepat (proses boleh selesai dalam beberapa minit).
  • Mudah (hanya guna telefon atau komputer).
  • Selamat (kurang risiko pemalsuan berbanding cara manual).
  • Jimat kos operasi bagi syarikat.

Contoh penggunaan di Malaysia adalah dalam proses pembukaan akaun bank digital (MAE, CIMB Octo, TNG eWallet), pendaftaran telco prabayar, insurans online, malah juga untuk perkhidmatan kerajaan digital. Kad pengenalan digital Malaysia, MyDigitalID juga menggunakan proses eKYC untuk mengesahkan maklumat individu.

Namun begitu, eKYC juga tetap hadir dengan cabaran dan risikonya sendiri di samping aspek kemudahan akses yang diberikan.

Risiko & Cabaran eKYC

  1. Kebocoran Data Peribadi
    • Semua maklumat sensitif (IC, pasport, wajah, biometrik) disimpan dalam sistem digital.
    • Jika sistem digodam atau data tidak dilindungi dengan baik → boleh berlaku kebocoran dan dijual di pasaran gelap.
  2. Penipuan Identiti (Identity Theft)
    • Penjenayah mungkin guna dokumen palsu berkualiti tinggi atau wajah tiruan (deepfake) untuk melepasi sistem eKYC.
    • Jika kawalan keselamatan lemah, akaun boleh dibuka atas nama orang lain tanpa pengetahuan pemilik asal.
  3. Kesilapan Algoritma (False Positive / False Negative)
    • Sistem AI mungkin salah mengenal pasti pelanggan.
    • Contoh: wajah kembar, pencahayaan buruk, atau pengguna yang wajahnya berubah (misalnya selepas pembedahan) → gagal verifikasi walaupun sah.
  4. Kebimbangan Privasi
    • Ada pengguna risau maklumat biometrik (wajah, cap jari, suara) disimpan terlalu lama atau disalah guna.
    • Isu ini memerlukan undang-undang dan garis panduan ketat.
  5. Keterbatasan Infrastruktur
    • Di kawasan luar bandar dengan internet lemah, eKYC sukar dilakukan.
    • Tidak semua orang ada telefon pintar dengan kamera berkualiti tinggi.
  6. Kos Implementasi Tinggi
    • Bagi syarikat, teknologi eKYC yang lengkap (AI, enkripsi, integrasi dengan pangkalan data kerajaan) memerlukan pelaburan besar.

Langkah Mengurangkan Risiko:

  • Guna enkripsi data tahap tinggi.
  • Amalkan multi-factor authentication (MFA), bukan hanya biometrik.
  • Audit berkala oleh pihak ketiga.
  • Pematuhan dengan undang-undang (contoh: Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 di Malaysia).
  • Pendidikan pengguna tentang cara kenal pasti penipuan.

eKYC kini adalah proses pengesahan identiti untuk urusan yang memerlukan dokumen pengenalan diri. Jika dulu, kita perlu ke kaunter perkhidmatan untuk membuat urusan, kini tidak wajib lagi. Hanya dengan telefon pintar, urusan boleh dilakukan terus dari rumah hanya dengan menggunakan talian internet.

PADU juga menggunakan proses eKYC

Views: 315

Iklan Newspaper Inline

Kenapa Kejahilan Sentiasa Menang?

1

Bila kami beri cadangan proses penebusan subsidi bahan api menerusi aplikasi Setel, inilah antara komen sumbang yang kami terima. Bukan sahaja kepada kami, malah kepada rakan-rakan media teknologi yang lain juga. Pasti ada komen membangkang yang penuh keyakinan.

Bagi mereka, komen mereka sajalah yang paling benar, misterius, tahu apa yang orang lain tak tahu dan penyelamat dunia. Dalam fantasi mereka, merekalah James Bond, Ejen Ali, BoboiBoy, Agent 47 dan Men In Black. Tahu apa yang orang lain tak tahu. Bergerak dalam bayang-bayang. Kaya pengetahuan bertaraf ‘yang tahu je tahu’.

Orang sebegini sangat ramai dan menjadi kanser dalam masyarakat. Mereka membiak dalam kumpulan tertutup. Sekali keluar ke masyarakat umum, menjangkiti ramai orang dengan cepat.

Manusia lain yang miskin pencapaian akan mudah dijangkiti. Mereka tiada apa yang boleh dibanggakan dalam hidup mereka. Jadi bila boleh memberi komen tahap “YTJT”, sudah cukup membuatkan mereka rasa seperti hero. Bila ditanya, jawapan popular sudah semestinya “belajar lebih lagi”. Kononnya mereklah yang paling berilmu dan berada di makam tertinggi.

Mereka ini akan mudah berada dalam kultus masing-masing dengan pemikiran berkelompok. Mudah saja untuk cam mereka. Sesama mereka akan mempunyai fikiran dan idea yang sama.

Malah, mereka akan menyokong sesama sendiri. Pemikiran mereka tidak unik, hanya mengulang saja sebarang buah fikiran dan idea ketua kultus mereka. Sebab itulah mereka sangat ampuh dibuat sebagai bidak gerakan politik, ajaran sesat dan sindiket penipuan. Apa yang ketua mereka kata, mereka juga kata. Persis kakak tua.

Bila kita bercakap pasal Setel, aplikasi, IoT, AI, superapps, eKYC, My Digital ID dan banyak lagi teknologi rangkaian bersama pendigitalan data. Boleh-boleh mereka tanya “Dah tu mykad nak cucuk kat HP ke?”. Saya pun tak tahulah nak jawab ke menangis.

Jauh lagi perjalanan bangsa kita kalau macam ni…

Views: 30

Iklan Newspaper Inline

Berita Baik, BHPetrol Juga Bakal Mengimplementasikan Subsidi BUDI ke Sistem Mereka: Tak Perlu Beratur!

0

Kiriman pembaca ini mengesahkan yang BHPetrol, sebuah syarikat minyak milik LTAT di bawah Boustead Holdings Berhad juga akan mengambil langkah memudahkan tuntutan subsidi bahan api tanpa perlu beratur di kaunter.

LTAT adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang memiliki sepenuhnya Boustead Holdings Berhad. Jadi, BHPetrol juga merupakan syarikat tempatan Malaysia.

Dengan BHPetrol, anda cuma perlu tap MyKad di terminal pam untuk mengesahkan identiti, dan gunakan kad untuk bayar. Ada langkah tambahan sedikit berbanding PETRONAS yang hanya menggunakan aplikasi Setel, tapi setidaknya anda tidak perlu beratur di kaunter.

Pastikan MyKad anda tidak rosak, dan lesen memandu anda tidak tamat tempoh untuk menikmati subsidi bahan api BUDI MADANI.

Views: 46

Iklan Newspaper Inline

Daftar Setel Sekarang Untuk Persediaan Subsidi Bahan Api

0

Saya telah mendapat makluman dari beberapa sumber yang mengatakan PETRONAS sebenarnya sudah bersedia dengan integrasi sistem mereka dalam platform Setel untuk penebusan subsidi bahan api tanpa perlu beratur ke kaunter. Untuk pengguna Setel, cuma perlu pilih jumlah dan jenis bahan api yang ingin dibeli lalu pilih nombor pam yang anda ingin guna. Penebusan akan dibuat secara automatik dalam Setel. Jadi, tak perlu susah payah beratur

Buat yang tidak tahu, Setel adalah aplikasi untuk pengisian bahan api di PETRONAS yang dibina oleh anak tempatan. Dengan kestabilan dan kualitinya yang tinggi, ia telah berevolusi menjadi sebuah e-Dompet yang menyokong DuitNow di bawah seliaan BNM.

Ia juga menggunakan sistem pengesahan eKYC untuk pautan dengan MyKad dan pengesahan identiti. Boleh pautkan kad debit anda juga untuk pembayaran terus secara potongan debit.

Antara kelebihan aplikasi Setel:

  1. Isi minyak secara layan diri, terus dari telefon pintar anda. Tanpa perlu beratur di kaunter.
  2. Pengumpulan mata ganjaran MyMesra dan kelebihan 3X mata ganjaran jika pembelian dibuat melalui Setel. Mata ganjaran boleh ditukar menjadi wang tunai dalam e-Dompet atau baucer. Saya biasanya guna untuk tebus petrol semula.
  3. Pembayaran tanpa tunai melalui QR dan DuitNow.
  4. Pembayaran parking di lokasi dan pasaraya terpilih.
  5. Tak pandai guna? Jangan risau, dalam Setel sudah ada banyak video ringkas dan mudah untuk mengajar anda di mana nak tekan dan cara gunakan Setel di telefon anda.
  6. Dan yang paling penting sekali, kemungkinan besar untuk penebusan subsidi BUDI secara automatik tanpa perlu beratur untuk tap MyKad di mesin EDC.

Telefon anda tak mahal? Jangan risau, Setel ada juga menyediakan versi aplikasi yang lebih mesra telefon bajet, iaitu Setel Lite. Khas untuk pembelian minyak di pam PETRONAS saja.

Jadi, buat mereka yang masih lagi belum mendaftar dengan aplikasi Setel, daftarlah segera. Jika anda menggunakan petrol dan diesel jenama lain selama ini, beralihlah ke PETRONAS. Lebih mudah, lebih pantas, lebih lokal.

Untuk masa terhad, anda akan menerima RM5 kredit sekiranya mendaftar dengan kod rujukan. Anda boleh gunakan kod rujukan saya untuk dapatkan RM5 bila mendaftar.

Kod untuk kredit RM5: 5vps4

Setel boleh dipasang untuk Android dan juga Apple.

Boleh juga gunakan link ini untuk menebus RM5 percuma anda: https://www.setel.com/ref/5vps4

Daftar Setel anda segera di sini:

https://www.setel.com/ref/5vps4

https://www.setel.com/ref/5vps4

https://www.setel.com/ref/5vps4

Views: 31

Iklan Newspaper Inline

Kemaskini Terbaru Windows 10 Sebabkan Dongle Wifi+BT COMFAST tak Berfungsi

0

COMFAST CF-727B ni saya guna lama dah. Bestnya dia, ada 2 fungsi. Untuk Wifi 2.4G dan 5G, dan juga Bluetooth 4.2 sekaligus.

Tapi semalam saya tersalah tekan Windows 10 update. Maka tamatlah riwayat USB dongle ini. Dah tak boleh pakai. Cuba install semula driver yang dalam CD dia pun tak jadi apa juga.

Dah dekat 4 tahun guna, tak ada masalah. Tiba-tiba hari ni gatal tangan pergi update Windows 10 22H2. Terus tak jadi. Nak rollback driver pun, dah tak ada driver dia dalam Device Manager.

Update Windows ni kadang-kadang makin menjahanamkan, bukan menyenangkan. Tak pasal-pasal kena simpan dalam kotak semula dongle saya yang ini. Nasib baiklah kotak dan CD asal masih ada. Nampak gaya kena beli lain lah dongle Wifi+BT.

Sekian.

Views: 16

Iklan Newspaper Inline

Kerja Gila: Vape Pakai Buang Diubah Jadi Server Internet!

0

Bayangkan sebuah vape pakai buang yang biasanya kita jumpa di kedai serbaneka. Nampak macam barang sekali guna sahaja, sedut sampai habis kemudian dibuang. Tetapi rupa-rupanya dalam vape moden ini ada teknologi yang jauh lebih canggih daripada apa yang kita sangka.

Seorang jurutera elektronik bernama Aaron Christophel, yang terkenal dalam komuniti penggodam perkakasan kerana suka mengubahsuai peranti murah, telah mengorek isi dalam beberapa vape sekali guna. Hasilnya amat mengejutkan. Bukan sahaja ada bateri boleh dicas semula dengan port USB-C, malah di dalamnya tersimpan sebuah cip mikro pengawal buatan PUYA. Untuk yang tidak biasa dengan nama ini, PUYA pernah digelar sebagai pengeluar mikro controller paling murah di dunia oleh penulis teknikal terkenal, Jay Carlson.

Cip kecil ini menggunakan seni bina ARM Cortex-M0+, iaitu teknologi asas yang sama digunakan dalam berjuta-juta peranti IoT dan elektronik moden seluruh dunia. Walaupun spesifikasinya nampak kecil, hanya 24kB storan flash dan 3kB RAM, Aaron berjaya membuktikan ia cukup berkuasa untuk menjalankan sesuatu yang biasanya dilakukan komputer sebenar: sebuah pelayan web.

Prosesnya tak mudah. Pada percubaan awal, halaman web mengambil masa lebih 20 saat untuk dimuatkan, dengan sambungan tidak stabil. Tetapi selepas beliau menulis semula sebahagian kod, mengoptimumkan cara data dihantar, dan menggunakan hampir semua ruang RAM yang ada, prestasi cip kecil ini meningkat mendadak. Kini, sebuah halaman penuh boleh dimuatkan dalam hanya 160 milisaat, dengan sambungan stabil tanpa kehilangan paket data.

Inilah dia vape pakai buang yang telah diubah menjadi web server.

Menariknya, cip yang biasanya tersembunyi dalam vape ini mempunyai port debug yang didokumentasikan dengan baik, memudahkan Aaron menyambungkan alatan pembangunan dan bereksperimen. Beliau turut menambah fungsi tambahan seperti API JSON yang boleh memaparkan jumlah permintaan yang diterima oleh pelayan web.

Hakikat bahawa sebuah alat murah, direka untuk dibuang selepas digunakan, boleh bertukar menjadi sebuah pelayan web yang berfungsi menunjukkan betapa canggihnya teknologi elektronik moden. Apa yang lebih menarik, semua ini dicapai menggunakan cip yang dikategorikan sebagai murah dan pakai buang.

Kalau vape sekali guna pun boleh dijadikan pelayan web, bayangkan apa lagi cip-cip kecil ini mampu lakukan bila jatuh ke tangan orang yang kreatif. Mungkin selepas ini kita akan lihat lebih banyak peranti harian yang disalah guna untuk projek unik dan luar biasa.

Views: 31

Iklan Newspaper Inline

Patch Baru Revanced Baiki Masalah YT Music tak Berfungsi

0

Revanced dah ada patch baru semalam. YT Music dah boleh guna dengan Revanced Manager. Buat peminat inotia00 dan RVX Manager, berita buruk buat anda kerana sudah lebih sebulan tiada sebarang kemaskini. Pengguna YT Music inotia00 perlu beralih kepada versi Revanced sementara menunggu inotia00 rajin buat kemaskini baru.

Siapa yang gunakan RVX Manager atau patch RVX dari inotia00 bolehlah “sendal” dulu keinginan dengan patch dari Revanced. Kalau inotia00 rajin, ada lah update nanti tu. Baru kita tukar semula.

Sebelum lupa. Ya, ini untuk Android saja. Haha.

Views: 21

Iklan Newspaper Inline

Tular di Media Sosial Mesin Terminal Pengesahan Subsidi Petrol yang Baru

0

Kita dah masuk zaman AI, tak kanlah nak beratur lagi macam zaman 90an?

Tak dipastikan kesahihannya, tapi dalam video yang lain dengan mesin yang sama, individu dalam video beberapa kali menyebut ia adalah sistem pengesahan untuk BUDI. Pada siapa yang sudah lupa, BUDI adalah skim bantuan subsidi bagi bahan api kenderaan.

Video: https://www.facebook.com/61577344192525/videos/1478616716785502

Jika benar maklumat tular ini? Amatlah memalukan sekali. Dalam pada kita sibuk menggembar-gemburkan kemajuan kita dalam IoT dan AI, kita kembali ke tahun 90an di mana kita semua perlu beratur di kaunter untuk membeli petrol dan diesel.

Macam yang pernah kami cadangkan lama dulu. Syarikat petroleum negara, angsa emas kerajaan, PETRONAS sudahpun memiliki sistem pembayaran petrol terbaik di dunia setakat ini dengan aplikasi Setel. Setel bukan sahaja cepat dan mudah, malah berfungsi sebagai e-dompet di bawah seliaan BNM. Yakni, setiap akaun sudahpun dilengkapi ciri pengesahan kad pengenalan dan eKYC.

Setel, aplikasi Petronas bertaraf SuperApps. Kita boleh tahu di mana bahan api dibeli, stesen mana, jumlah bahan api dibeli, masa dibeli, jenis bahan api yang dibeli. Malahan, pam nombor berapa kita beli pun boleh diketahui dari sistem Setel! Mudah kerja kerajaan!

Jadi, mengapa perlu ke kaunter lagi? Tidakkah semuanya sudah boleh diimplementasikan secara terus dengan Setel? PETRONAS itu pun bukan orang lain, ‘provider’ utama kerajaan juga. Apalah salahnya jika PETRONAS dapat sedikit kelebihan?

Kerajaan dan rakyat sudah banyak mengambil hasil daripada PETRONAS. Ketika pandemik, PETRONAS antara tabung kecemasan kerajaan untuk menggerakkan semula ekonomi dalam negara. Dalam keadaan PETRONAS yang getir sekarang dilanda kerugian, bila lagi masa untuk kita membalas budi?

Ada ramai juga yang marah dengan cadangan kami dulu. Kononnya ia langkah yang menghapuskan persaingan.

Mungkin dia lupa atau tak ambil tahu perkembangan dunia luar. Di Indonesia, PERTAMINA diberi hak ekslusif menjual Ron92 yang jadi pilihan rakyat marhaen. Di Arab Saudi, Aramco jadi pengelola tunggal untuk semua aktiviti upstream. Di Arab Saudi dan Bulgaria, hanya syarikat petrol milik kerajaan yang dibenarkan menjual petrol dengan harga subsidi. Di China, Rusia dan Iran, stesen minyak kerajaan boleh menjual petrol mereka dengan harga lebih murah dari pesaing asing dalam pasaran terbuka kerana layanan istimewa pelepasan cukai dan bantuan kewangan kerajaan.

Di Malaysia, kita terlalu baik hati. Syarikat kita nak tembusi pasaran asing punyalah payah. Tapi syarikat asing boleh masuk ke Malaysia mudah-mudah. Apalah salahnya kalau orang ingin tebus subsidi BUDI di syarikat petrol asing kena beratus di kaunter, tapi kalau di PETRONAS boleh Setel saja?

Bukannya kita menafikan dan membuang terus subsidi di syarikat petrol asing. Tapi mereka tidak layak mendapat layanan istimewa. Kalaupun mereka ada aplikasi petrol sendiri, mereka tidak layak diberi akses kepada API dan sistem BUDI kerajaan. Dengan kawalan undang-undang keselamatan data kerajaan Malaysia yang lemah, tak payahlah buat tambah masalah dan sakit kepala. Nanti bocor lagi data BUDI, semua menggelupur salahkan orang itu dan ini.

Aplikasi e-Dompet milik tempatan lain seperti TnG e-Wallet pun apa kurangnya? Sudah berdaftar dengan BNM dan dilengkapi ciri eKYC untuk pengesahan pengenalan diri dan MyKad.

Cadangan kami di OMGH mudah. Di syarikat petrol asing, kalau nak tebus subsidi kena beratur di kaunter untuk tap MyKad di mesin. Kalau di PETRONAS, guna Setel saja. Mudah kan? Tak kan tak boleh buat? Ingat, PETRONAS yang tanggung separuh perbelanjaan tahunan kerajaan tau? Bukan Shell, bukan Petron, bukan Caltex, bukan BuraqOil.

PETRONAS, angsa emas negara yang perlu dijaga dan dipertahankan…

Syarikat petrol lain yang layak pun saya fikir mungkin Smart Stream yang sebahagiannya dimiliki oleh koperasi FELDA. Tapi Smart Stream setahu saya tak ada aplikasi mereka sendiri.

Jika dulu kerajaan boleh salurkan kredit e-tunai RM30 kepada warganegara dengan menggunakan mekanisme pengesahan e-dompet dan eKYC, saya tak nampak perkara yang sama tidak boleh dilaksanakan juga dengan kredit subsidi minyak. Bukankah insentif e-tunai RM30 dulu pun kerajaan boleh tetapkan had lokasi dan barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit e-tunai?

Dulu pun kerajaan dah pernah buat kan… Agihan kredit terus ke e-Dompet masing-masing. Hanya perlu buat pengesahan eKYC dan MyKad saja. Sekarang kan dah ada MyDigitalId? Sepatutnya jadi lebih senang.

p/s: apa jadi dengan PADU? Bila lagi nak guna MyID? Tak kanlah dah susah payah buat pendigitalan, nak kena beratur macam zaman pen dan kertas lagi?

Views: 24

Iklan Newspaper Inline

Cara Baiki Masalah Jam Tak Boleh Sync di Windows

0

Masalah ini biasanya berlaku pada PC yang sudah kehabisan kuasa bateri CMOS. Jadi, jam pada motherboard sudah tidak berfungsi. Menyebabkan jam dan kalendar tidak berjalan. Simptom ini dapat dikesan apabila Windows tidak mahu boot secara normal dan mengeluarkan amaran pada skrin boot menu. Simptom lain adalah di dalam Windows sendiri di mana anda dapat lihat masa dan tarikh Windows tidak sama seperti masa sebenar.

Ada 3 cara yang boleh digunakan. Jika tidak berjaya, cuba langkah lain:

1. Pergi ke Settings> Time & Language> Synchronize your clock> Sync Now

(Anda boleh juga Right Click pada jam anda di bucu bawah kanan dan pilih “Adjust date/time” untuk ke menu sama)

2. Buka Command Prompt sebagai Administrator, taip baris arahan “w32tm /resync” dan tekan Enter.

Jika masa sebenar terlalu jauh beza, anda mungkin menerima mesej “The computer did not resync because the required time change was too big”. Jangan risau, tengok langkah 3.

3. Buka Command Prompt sebagai Administrator, guna baris arahan “w32tm /resync /force”.

Jika berjaya, buat langkah 1 untuk mengembalikan fungsi jam internet secara automatik dengan server Windows.

Kalau semua langkah tidak berjaya, tukar sajalah bateri CMOS tu. Dan cuba langkah 3 semula.

Selamat mencuba, harap membantu.

Views: 14

Iklan Newspaper Inline