Utama Blog Laman 2

Dari Filem ke Piksel Pintar: Perjalanan Menarik Sejarah Kamera Telefon Bimbit

0

Anak-anak zaman sekarang tak akan pernah tahu ‘perjalanan susah-senang’ tahun 80an untuk mendapatkan beberapa keping gambar. Gambar perlu ‘dicuci’ terlebih dahulu sebelum dapat dilihat. Kalau tak nak ‘rugi’, cuci habis segulung ‘Kodak’ hingga dijadikan album fizikal.

Namun, tahukah anda bahawa sejarah kamera yang ada pada telefon pintar kita bermula lebih awal lagi daripada itu? Sejak bilik gelap digunakan untuk menangkap imej kaku, dunia fotografi telah menyaksikan lonjakan teknologi yang menakjubkan.

Walau bagaimanapun, tiada inovasi yang mengubah cara kita merakam momen secepat dan sefundamental integrasi kamera ke dalam telefon bimbit. Evolusi ini, bermula dari idea yang kelihatan mustahil telah membawa kita kepada peranti berkuasa kecerdasan buatan di poket kita.

Intro: Era Filem dan Permulaan Digital (Sebelum Telefon)

Sebelum kamera muncul dalam telefon, fotografi dikuasai oleh filem. Eastman Kodak merevolusikan bidang ini pada tahun 1888 dengan memperkenalkan kamera ‘Kodak Number One’.

Pengguna hanya perlu menekan butang dan kemudian menghantar seluruh kamera tersebut kembali ke Kodak untuk proses pencucian filem dan pencetakan gambar. Ini menjadikan fotografi mudah diakses oleh orang ramai buat kali pertama.

Lonjakan terbesar ke arah era digital berlaku pada tahun 1975, apabila jurutera Kodak, Steve Sasson, mencipta kamera digital pegang tangan pertama di dunia.

Peranti seberat 3.6 kilogram ini merakam imej 0.01 megapiksel (100×100 piksel) ke pita kaset, satu proses yang mengambil masa 23 saat. Walaupun Kodak mempatenkan teknologi ini, mereka bimbang ia akan menjejaskan perniagaan filem mereka yang menguntungkan, lalu menyimpannya buat sementara waktu.

Kelahiran Kamera Telefon Pertama

Idea untuk menggabungkan kamera dengan peranti komunikasi muncul beberapa dekad kemudian.

Detik penting berlaku pada 11 Jun 1997, apabila usahawan dan pencipta Perancis, Philippe Kahn, berjaya merakam foto digital isterinya yang baru melahirkan anak perempuan dan menghantarnya serta-merta kepada 2,000 rakan dan keluarga.

Philippe Kahn

Kahn merancang sistem yang menggabungkan kamera digital, mikropengawal, dan telefon selular, sekali gus mencipta konsep ‘perkongsian gambar segera’. Kamera digital mula menggantikan filem. Dua teknologi sensor utama muncul: CCD (Charge-Coupled Device) dan CMOS (Complementary Metal-Oxide Semiconductor).

Pada mulanya, banyak kamera digital menggunakan sensor CCD. Walau bagaimanapun, saintis di Jet Propulsion Laboratory (JPL) NASA diketuai oleh Eric Fossum, membangunkan sensor CMOS yang lebih baik pada tahun 1993.

CCD menghasilkan kualiti imej tinggi tetapi mahal dan menggunakan tenaga yang besar. CMOS pula lebih murah, lebih jimat tenaga, dan mudah diintegrasikan dalam peranti mudah alih. Perkembangan CMOS membuka jalan untuk kamera dalam telefon, kerana saiznya kecil dan kosnya rendah.

Telefon berkamera yang dipasarkan secara massa pertama kali muncul di Jepun.

Kyocera VP-210 Visual Phone (1999) dan Sharp J-SH04 (2000) adalah antara perintis, membolehkan pengguna menghantar gambar melalui rangkaian selular, satu ciri yang dikenali sebagai ‘Sha-Mail’.

Kyocera VP-210
Sharp J-SH04

Memasuki 2010-an, saiz sensor dan keupayaan optik meningkat. Telefon seperti iPhone 4, Galaxy S5, dan Huawei P20 Pro memperkenalkan sistem multi-kamera iaitu telefoto, ultralebar, dan makro untuk meniru fungsi kamera DSLR.

Sensor seperti Sony IMX586 dan Samsung ISOCELL GN2 membawa kualiti imej yang setanding kamera profesional, dengan keupayaan ISO tinggi dan pengurangan hingar (noise) yang baik.

Era Fotografi Komputasi

Pada pertengahan 2010-an, persaingan dalam perkakasan kamera telefon pintar menjadi sengit, dengan tumpuan beralih daripada sekadar resolusi megapiksel kepada perisian dan pemprosesan imej.

Inilah permulaan era fotografi komputasi.

Fotografi komputasi menggunakan algoritma perisian dan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kualiti imej secara drastik, mengatasi batasan fizikal sensor kecil pada telefon.

Teknik-teknik utama termasuk:

Penggabungan Imej (Image Stacking):

Mengambil berbilang foto dengan pantas dan menggabungkannya untuk mencipta satu imej dengan julat dinamik (HDR) dan perincian yang lebih baik.

Image Stacking

Mod Malam (Night Mode):

Menggunakan pendedahan yang panjang dan AI untuk mencerahkan gambar dalam keadaan cahaya malap tanpa memerlukan tripod.

Night Mode

Kesan Bokeh Potret:

Menggunakan algoritma untuk mensimulasikan kedalaman medan yang cetek (latar belakang kabur) seperti yang dihasilkan oleh kamera DSLR profesional.

Bokeh

Hari ini, kamera telefon pintar bukan sahaja menangkap cahaya, tetapi mentafsir dan memprosesnya menggunakan kuasa komputasi yang luar biasa, membolehkan sesiapa sahaja menghasilkan foto berkualiti studio dengan hanya satu sentuhan butang.

Perjalanan dari filem yang perlu dicuci ke pemprosesan AI di poket kita benar-benar satu evolusi teknologi yang menakjubkan. Sekarang keupayaan perkakasan pada peranti digabungkan bersama AI.

Evolusi kamera kini menuju ke arah penglihatan mesin (machine vision). Dengan bantuan cip seperti Qualcomm Spectra ISP dan MediaTek Imagiq, telefon mampu mengenali objek, membaca teks, dan mengukur jarak dalam masa nyata.

Fotografi tidak lagi sekadar untuk manusia melihat, tetapi juga untuk mesin memahami dunia di sekeliling.

Akan datang, mungkin filem-filem akan dirakam sepenuhnya menggunakan kamera yang lebih mobil? Apa pun, buat para penggemar fotografi kini anda boleh lebih menghargai teknologi canggih lagi moden yang berada di tangan.

Perjalanan teknologi kamera menunjukkan satu perkara: manusia sentiasa mencari cara untuk merakam dan memahami realiti dengan lebih sempurna.

Views: 22

Iklan Newspaper Inline

Luka Melecur Akibat Disimbah Kopi Panas?

0

Kopi yang panas di kafe, dibru segar oleh barista biasanya bersuhu di antara 70°C-90°C. Jika terkena kulit, boleh menyebabkan luka melecur tahap 2 atau tahap 3. Tahap ketiga adalah luka melecur yang paling teruk sehingga sampai ke bawah kulit. Isi dan tendon boleh “masak” kerana suhu yang panas dan meresap ke bawah kulit.

Mangsa dengan kecederaan terbakar atau melecur memerlukan penjagaan rapi dan perlu berehat secukupnya. Pergerakan berlebihan dan rehat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan luka kulit semakin teruk, koyak, terbuka, dan sel-sel tidak dapat sembuh dengan sempurna.

Masa penyembuhan untuk melecur tahap 2 boleh mengambil masa di antara 1-3 minggu untuk sembuh. Manakala luka melecur tahap 3 memerlukan sekurang-kurangnya 3 minggu untuk sembuh bagi luka kecil. Luka bersaiz lebih besar boleh mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun untuk sembuh serta risiko kecacatan kekal jika luka di bahagian kritikal.

Untuk kes pekerja Zus disimbah kopi panas, Zus mendakwa pekerja tersebut telah diberikan cuti. Yang marah kenapa pekerja tersebut tak ada di kedai kenapa? Awak nak dia datang kerja dengan tangan melecur ke?

Tak payahlah nak jadi terpaling. Guna otak juga. Buat benda biarlah ada fakta dan ilmu. Barulah orang dengar apa kita kata.

Views: 18

Iklan Newspaper Inline

Netizen dan Rakyat Tempatan Jadi Barua, Anak Muda Kita Jadi Mangsa

0

Kenapa kejadian 1 berlaku? Sebab kejadian 2 dilayan macam kes besar. Semua media lapor dan semua netizen marahkan pekerja. Kononnya “customers are always right.”

Bila pekerja dibuang, semua gembira kononnya mereka dah buat satu jasa besar dalam dunia. Dah jadi pejuang. Sememangnya ramai orang akan gembira jika dapat buat orang menerima kesusahan di media sosial tanpa muka dan nama. Tanpa perlu dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan mereka.

Walhal, segala komen di media sosial dan laporan media tempatan diambil dan tular di China sana. Orang Malaysia ramai perasan kononnya merekalah jaguh media sosial. Mereka rasa suara mereka di media sosial besar dan kuat sampai boleh buatkan orang diberhentikan kerja.

Mereka tak tahu, orang China sana hidup mati semuanya menggunakan media sosial. Mereka sudah belajar dari kes 2, betapa rakyat Malaysia “memuja” pelanggan dari tanah besar. Salah sikit pun sampai masuk media arus perdana. Itulah persepsi mereka sekarang.

Takziah, petugas kaunter hadapan yang selalu berdepan dengan mereka ini.

Views: 17

Iklan Newspaper Inline

Hentikan Fitnah Terhadap Motosikal Tempatan!

0

Ini adalah motosikal keluaran tempatan yang pertama di Malaysia. MODENAS Kriss 110. Dilancarkan tahun 1996. Brek depan dan belakang pun pakai brek dram lagi. Memang motosikal yang jadi bahan kutukan dan ejekan masa tu. Rekabentuk pun tak menarik dan dikatakan guna “enjin reject”.

Rekabentuk memang hodohlah kalau nak dikatakan. Tahun yang sama, kita ada Honda EX5, Yamaha Y100, Yamah RXZ, Kawasaki KR150, dan Suzuki RG110 yang menampilkan rekabentuk yang jauh lebih menarik, nipis dan futuristik.

Apa pun, ia tetap menjadi pilihan pakcik-pakcik di kampung, penoreh getah, penanam padi, dan golongan berpendapatan rendah secara amnya kerana harganya yang terendah di pasaran. Lagipun, waktu itu, kempen sokong barangan tempatan dan produk bumiputera memang menebal. Sanggup lintas 2 stesen minyak semata-mata nak isi minyak di PETRONAS.

Hari ini, Kriss sudah menempuh pelbagai cabaran zaman dengan evolusi dari brek dram kepada brek cakera, peningkatan isipadu enjin dan beberapa model naik taraf seperti Kriss MR1, Kriss MR2 dan Kriss MR3.

Walaupun sudah melalui pelbagai zaman dan masih lagi kekal sebagai motosikal “termurah” di pasaran, penggunanya kini berkembang kepada golongan pekerja yang mahukan sebuah motosikal berharga rendah tapi boleh diharap dan juga golongan pelajar sekolah yang mahukan sebuah motosikal dari ibu apa mereka.

Model Kriss tetap menjadi pilihan para petani dan mereka yang selalu ke kebun. Ramai di kalangan jiran dan rakan keluarga saya sendiri yang merupakan petani dan pekebun juga masih setia menggunakan Kriss mereka selama bertahun-tahun lamanya. Kriss menjadi pilihan kerana ketahanan enjinnya san kuasa kilasan yang tinggi untuk mendaki bukit. Badannya berat dan stabil, selesa dibawa.

Jadi, bila tengok budak-budak muda kata kononnya Kriss ini tak berkualiti, enjin lemau, body mudah hancur, plastik mengandungi mudah pecah ini hairan juga saya. Orang yang bawa motor ke kebun dan hutan pun elok lagi motor mereka. Awak yang pergi balik sekolah dan melepak di warung pula sampai hancur lebur motor.

Jujurlah. Kriss yang tak berkualiti, atau sendiri yang hancurkan sebab nak paksa mak ayah beli motor jenama lain?

Views: 24

Iklan Newspaper Inline

Makin Ramai Pelajar Biadap dengan Pensyarah Kerana AI; Salah Teknologi atau Cara Kita Berfikir?

0

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar bukan lagi perkara luar biasa. Ia telah menjadi alat harian sama seperti kalkulator, enjin carian atau buku rujukan digital.

Namun, kebelakangan ini semakin kerap juga kita melihat video dan cerita pelajar yang berdebat, meninggi suara bahkan memperlekeh pensyarah apabila disoal tentang tugasan yang disiapkan menggunakan AI. Ada yang mempertahankan jawapan AI sedangkan mereka sendiri tidak faham isi ditulis dalam tugasan yang dihantar.

Hakikatnya masalah ini bukan kerana AI itu wujud, tetapi kerana cara manusia menggunakannya. AI tidak pernah memaksa manusia menyalin jawapan bulat-bulat. AI tidak pernah menyuruh kita daripada berhenti berfikir.

Apa yang menjadikan tulisan itu kosong jiwa ialah apabila pelajar hanya menekan butang ‘generate’ dan menyalin semula tanpa faham lalu mendakwa itu hasil kerja mereka. Di sinilah bermulanya hilang adab apabila seseorang merasa cukup hanya dengan hasil segera tanpa usaha dari akal dan hati.

Pensyarah bukan menolak teknologi. Ramai daripada mereka turut menggunakan AI untuk menyemak tatabahasa, mencari rujukan atau merancang pengajaran. Apa yang mereka pertahankan ialah nilai ilmu itu sendiri.

Mereka mahu melihat cara pelajar berfikir dan bukan hanya hasil tulisan. Tulisan manusia ada ‘getar’ pengalaman, ada sedikit kesilapan yang jujur dan ada cara penyampaian yang datang dari hati. Ia punyai ‘roh tersendiri’.

Manakan sama penulisan kita dengan penulisan yang datang dari AI. ‘Hamburan’ dari jiwa dan susunan kosa kata bermakna dititip penuh teliti, bukan sekadar menyusun jargon aneh agar orang yang membaca terasa ‘wow’ dengan hasil akhir.

Tulisan AI boleh dilihat sebagai tersusun dan kemas tetapi sering kali ‘hambar’. Atas kerana itulah pensyarah boleh mengenal pasti perbezaannya walaupun sekilas pandang.

Dalam dunia hari ini, kita tidak boleh melarang penggunaan AI. Ia ada dalam telefon, komputer, kamera, malah dalam cermin mata serta aplikasi harian.

Tetapi kita masih boleh memilih bagaimana ia digunakan. Gunakan untuk memahami, bukan menggantikan pemahaman. Gunakan sebagai alat untuk membantu, bukan sebagai pengganti otak.

Apa gunanya karangan sempurna jika pemiliknya tidak mampu menjelaskan semula isi kandungan apabila ditanya di hadapan kelas? Betul tak?

Masalah menjadi lebih besar apabila pelajar merasakan mereka lebih pintar daripada pensyarah hanya kerana mereka tahu menggunakan teknologi. Di sinilah lahirnya sikap biadab apabila teknologi dijadikan alasan untuk mengabaikan adab.

Pensyarah bukan musuh kemajuan. Mereka hanya mahu melihat kejujuran dalam proses menuntut ilmu. Mereka tidak marah jika pelajar menggunakan AI tetapi kecewa apabila para pelajar tidak lagi mahu berfikir dan tidak menghargai usaha sendiri.

Isu ini bukan tentang menolak atau menerima AI. Ia tentang menjaga nilai ilmu dan maruah seorang pelajar. Dunia akan sentiasa berubah, teknologi akan semakin maju, tetapi adab dan pemikiran asli tetap menjadi asas seseorang manusia berilmu.

AI boleh menjawab, menulis dan merancang, tetapi ia tidak boleh menggantikan kejujuran, rasa hormat dan kemampuan manusia untuk berfikir secara tuntas.

Selagi kita sedar hakikat ini, AI akan kekal sebagai alat. Tetapi jika kita lupa, kitalah yang akan menjadi alatnya.

Yang sekali-sekala menulis,

Arya.

Views: 106

Iklan Newspaper Inline

Orang Melayu Pernah ‘Berperang’ Dengan Viking

0

Tahun 2017 dulu gempar dunia arkeologi apabila sebilah keris dijumpai di River Towy, Wales. Antara teori para pengkaji ketika itu adalah, keris tersebut telah dibuang ke dalam sungai berdekatan Pelabuhan Carmarthen setelah menyelesaikan satu ‘tugasan’. Teori lain mengatakan ia terjatuh dari kapal yang belayar dan berlabuh.

Pelabuhan Camarthen adalah pelaburan penting dan merupakan tapak bersejarah yang menyaksikan beberapa peperangan besar dan pertembungan dengan Viking.

Kalau ikut logik orang yang claim kapal purba yang dijumpai di Melaka berasal dari China kerana ada dijumpai mangkuk China, makanya adakah boleh kita kata orang Melayu adalah penduduk asal di Wales kerana ada keris dijumpai di dalam sungainya? Kiranya hebat orang Melayu dulu-dulu berperang dengan Viking sampai ke Wales untuk meluaskan empayar.

Sumber: The Independent UK

Views: 11

Iklan Newspaper Inline

Meter Kereta Guna Skrin Petak Adalah Meter Pondan!

0

Skrin digital adalah wabak pandemik yang melanda dunia otomotif. Menjadikan jurutera rekabentuk menjadi dungu, tidak imaginatif dan malas berusaha atas tekanan pengurusan bagi menjimatkan kos.

Meter dan sistem infotainment kereta yang guna skrin petak adalah satu ciptaan yang pondan, pemalas, miskin kreativiti dan lemah inovasi. Tak kiralah apa jenama dan berapa harga kereta tersebut.

Langsung tak ada rekaan tambahan, fairing, housing, ataupun aksesori tambahan. Infotainment tanpa butang kawalan merupakan satu faktor risiko kemalangan di jalanraya. Ia manifestasi perangai buruk dan kedekut pengeluar kereta untuk menjimatkan kos kenderaan tapi meletakkan harga premium. Terpacak hodoh di atas papan muka kereta seperti papan tanda di jalanraya.

Meter digital ala smartphone wujud kerana pengeluar dan pasukan rekabentuk sudah malas dan tidak mahir mereka paparan antaramuka meter yang kemas dan elegan dalam satu ruangan yang terhad. Jadi, mereka letak saja satu skrin petak dan suruh pengguna pilih sendiri paparan maklumat yang mereka mahu yang direka dengan sangat minimal dan tidak berkarakter.

“Nak cantik beli kereta mahal lah!”

Sebelum anda kata saya hanyalah pemuja kereta mahal, ANDA SALAH. Kerana meter pondan ini tidak hanya berada di kereta murah dan marhaen saja, malah kereta eksotik pun ada! Sebaliknya, meter digital yang dibina elegan dan cantik boleh pula ada dalam kereta marhaen dan malahan kereta yang banyak dibeli di kalangan rakyat biasa di Malaysia. Saya akan berikan anda beberapa contoh.

Tengok contoh pertama di bawah. Koenigsegg Gemera. Ya, kereta ekostik, kereta mahal. Tapi tetap menggunakan meter pondan. Meter macam pacak smartphone di stereng. Infotainment macam tampal tablet anak di dashboard. Nampak tak tumpah macam radio android kereta murah di Shopee. ‘Butang’ kawalan di stereng pun sama, guna skrin sentuh. Eloklah tu, masa bawa laju-laju, mata kena tengok dulu nak tekan di mana. Tahu-tahu dah sampai ke alam di sebalik mata.

Ini Koenigsegg Gemera. Apa dia ni? Macam pacak smartphone saja atas stereng! Skrin infotainment pulak macam tampal tablet anak atas dashboard. Nampak sama macam radio android kereta murah dalam Shopee.
Seriuslah! Melekat di stereng boleh pusing-pusing? Nak tahu yang lebih teruk? Ya butang kawalan ibu jari di kedua sisi stereng pun menggunakan skrin sentuh juga!

Contoh lain kereta mewah pondan adalah Mercedes-Benz EQB. Kereta elektrik. Meter hanyalah sepapan skrin panjang segi empat. Tanpa ada kemasan tambahan dan rekaan lain.

Mercedes-Benz EQB. Nampak macam cermin pandang belakang Mr DIY dah.
BMW 330i M Sport 2025. Cermin bilik air ke tu?

Kereta Mewah dengan Rekaan Yang Bagus

Ada juga kereta-kereta mewah yang mampu buat skrin digital dengan cantik dan masih mengekalkan fungsi serta ciri sentuhan fizikal yang menjamin keselamatan pemandu. Meter kluster diletakkan di dalam ruangan khas atau hud peneduh yang nampak benar-benar seperti meter. Skrin digital juga tidak segi empat petak semata-mata. Pemandu juga hanya perlu merasa tekstur, lekukan dan butang fizikal tanpa perlu mengalihkan pandangan daripada jalanraya ke stereng hanya semata-mata untuk mengubah suhu penghawa dingin, menukar siaran radio atau menguatkan lagu.

Lamborghini Urus. Cemerlang. Artistic, modern and functional.
Bugatti Tourbillon, ini baru meter. Tak perlu pacak skrin telefon untuk dapatkan meter yang kecil dan minimalis. Kawalan stereng menggunakan butang analog yang memuaskan deria sentuhan di jari.
Honda Civic Type R. Kejuruteraan Jepun tak mengecewakan. Skrin digital sepenuhnya tapi direkabentuk supaya nampak sporty dalam fairing yang kemas. Lampu indikator di kiri dan kanan skrin berikan perasaan analog.

Kereta Tempatan/Bajet Yang Mengecewakan…

Kita lihat pula di mana meter pondan digunakan pada kereta bajet yang memang jelas nampak digunakan untuk menjimatkan kos.

Proton Saga MC3. Meter dan skrin infotainment digabungkan menjadi satu. Macam papan cermin kedai cermin mata. Meter kluster tidak diletakkan dalam fairing. Ada ruang kosong besar di antara skrin meter dan infotainment. Mungkin boleh buat tampal stiker.
BYD Seagull 2024. Skrin petak. 1 smartphone, 1 tablet.
Nissan Sakura 2024.
Nissan Roox 2026. Panjanggg…

Kereta Tempatan/Bajet dengan Rekaan yang Bagus

Tapi tidak bermakna kereta tempatan semuanya tidak bagus. Ada juga beberapa contoh kenderaan tempatan yang menggunakan skrin digital tapi masih lagi direkabentuk dengan baik.

Proton S70. Walau skrin hanya petak segi empat saja, tapi diletakkan dalam hud/fairing. Skrin infotainment walaupun ada kawalan butang, kesemua butang bersaiz dan bebentuk sama. Ini satu masalah kerana anda tetap kena mengalihkan mata ke butang untung tahu butang apa yang ditekan. Pelaras suhu penghawa dingin sepatutnya menggunakan tombol bagi saya.
Perodua Alza baru. Meter pun sama diletakkan di dalam fairing. Skrin infotainment terletak cantik tidak terlalu terpacak di atas awan.
Perodua Axia 2025. Meter digital penuh. Sama kemas macam Alza baru. Terletak cantik dalam fairing/cowling. Tak menganggu pandangan ke depan.
DAIHATSU Tanto Mini 2019. Kei-car bajet. Skrin yang panjang pada meter tapi direkabentuk sedaging dengan papan pemuka kereta. Butang kawalan analog yang selamat dan mudah digunakan.

Seni dan Kejuruteraan Ruang

Seni meter kluster kereta hampir sama dengan seni rekaan jam tangan. Anda diberikan satu kanvas dengan saiz yang terhad tapi mesti memaparkan maklumat yang lengkap dalam permukaan yang kecil. Bagaimana anda menyusun komponen dan paparan maklumat tersebut jadi ukuran kehebatan dan tahap kehebatan kejuruteraannya.

G-SHOCK GWN-1000 GULFMASTER lengkap dengan 3 sensor dalam satu pakej kecil. Kompas, barometrik, altitud dan suhu. Boleh juga disambungkan ke telefon pintar. Satu seni kejuruteraan ruang, seni dan bahan yang unggul.
FATEH WATCHES The Legacy Series Navy Blue. Jam tangan mewah bertaraf global. Jenama dan rekaan asli dari Malaysia.

Meter pondan adalah satu pemandangan yang menyakitkan mata dalam dunia yang semakin ketandusan inovasi dan seni. Semua benda nampak sama. Rekabentuk dijana dari komputer dan AI yang mementingkan penjimatan kos dan bahan binaan. Maka tak hairanlah kenapa produk dari dua jenama berbeza boleh nampak hampir sama. Komputer tiada kemahiran berfikir yang unik.

Menggunakan meter pondan, ia umpama anda bawa kereta anda ke kedai membaiki kereta kerana meter anda rosak. Dan pomen memasang skrin LCD di atas stereng kerana anda mahukan alat ganti yang paling murah di pasaran.

“Asal keluar nombor sajalah tauke!”

Views: 1178

Iklan Newspaper Inline

Masuk ke Alam Seram dengan Bloodstream – Raja Baharu Penstriman Seram!

0

Kepada peminat filem seram, bersedialah untuk menjerit kegembiraan (dan mungkin juga ketakutan).

Sebuah platform penstriman baharu bernama Bloodstream kini dilancarkan, dan ia dicipta khusus untuk mereka yang benar-benar cintakan dunia seram.

Berbeza daripada platform lain yang mencampuradukkan genre, Bloodstream memberi fokus sepenuhnya pada seram — daripada klasik kultus dan filem pembunuh bersiri, hinggalah kepada thriller psikologi serta rakaman ala found-footage yang menegangkan.

Ia turut menawarkan tayangan eksklusif filem indie, filem klasik yang dipulihkan, serta kandungan original Bloodstream yang bakal hadir tidak lama lagi.

Dengan koleksi khas seperti Asian Horror Revival, Retro Gore Nights dan True Terror Docs, Bloodstream bukan sekadar sebuah platform penstriman, ia adalah pengalaman penuh yang meraikan setiap sisi genre seram. Antaramukanya juga berpenampilan moden dan gelap, sesuai untuk tontonan tengah malam.

Kalau anda antara yang sering rasa genre seram diabaikan di platform arus perdana, Bloodstream mungkin rumah sebenar untuk semua penggemar ngeri.

Views: 49

Iklan Newspaper Inline

PDFgear: Penyunting PDF Percuma Yang Wajib Dicuba di Windows

0

Bagi yang selalu bekerja dengan dokumen PDF, tentu tahu betapa pentingnya mempunyai aplikasi yang lengkap untuk membaca, menyunting, dan mengurus fail.

Ramai terbiasa dengan perisian berbayar, tapi sebenarnya ada pilihan percuma yang mampu memberi pengalaman hampir setanding iaitu PDFgear.

Apa itu PDFgear?

PDFgear ialah aplikasi PDF percuma untuk Windows yang menawarkan fungsi-fungsi penting seperti:

  • Membaca dan membuka fail PDF dengan pantas.
  • Menyunting teks terus dalam PDF tanpa perlu tukar format.
  • Menambah anotasi, highlight, dan komen untuk memudahkan kerja berkumpulan.
  • Menggabungkan atau memisahkan fail PDF mengikut keperluan.
  • Menukar format PDF kepada Word, Excel, PowerPoint dan sebaliknya.

Kelebihan PDFgear

  1. Percuma sepenuhnya** – tiada caj tersembunyi.
  2. Mesra pengguna – antara muka ringkas dan mudah difahami.
  3. Ringan dan laju – sesuai walaupun untuk komputer dengan spesifikasi sederhana.
  4. All-in-one – tidak perlu lagi pasang banyak aplikasi untuk kerja asas PDF.

Siapa yang sesuai guna?

  • Pelajar yang sering berurusan dengan nota dan tugasan PDF.
  • Pekerja pejabat yang perlu menyunting dokumen cepat dan efisien.
  • Usahawan kecil atau freelancer yang mahu jimat kos tanpa kompromi pada fungsi.

Dengan PDFgear, urusan dokumen jadi lebih mudah, cepat, dan jimat. Kalau anda selalu guna PDF, aplikasi ini memang berbaloi untuk dimuat turun dan dicuba.

Ia ada ‘AI Chat Bot’ juga tau. Abam belum try lagi benda ni. Tapi korang try la. Mana nak tau serasi dengan jiwa memasing.

*Korang Google sendirilah ye. Orang cakap kalau buh link dalam artikel, nanti Facebook ‘pendamkan’ post kita (reach kurang).

Entahnya. Tapi untuk elak daripada kurang, abam try dalam post ni untuk tidak letakkan link dulu.

Views: 104

Iklan Newspaper Inline

Microsoft Edge Berikan Anda VPN Percuma Tanpa Bayaran!

0

Tahukah anda, Microsoft Edge kini hadir dengan ciri Secure Network – sejenis perlindungan berasaskan VPN yang terbina terus dalam pelayar anda.

  • Percuma 5GB sebulan – hanya dengan log masuk menggunakan akaun Microsoft peribadi.
  • Lindungi data peribadi – sambungan internet anda disulitkan (encrypted), alamat IP dan lokasi sebenar anda disamarkan.
  • Aktif bila perlu – contohnya bila anda sambung ke Wi-Fi awam di kafe, lapangan terbang, atau hotel.
  • Privasi terjaga – pihak ketiga tidak dapat mengintip aktiviti anda.

Dengan Edge Secure Network, anda boleh membeli-belah, isi borang, atau sekadar melayari web dengan lebih tenang – tanpa risau data anda dicuri pihak yang tidak bertanggungjawab.

Untuk mengaktifkannya: buka Settings > Privacy, search, and services > Security dalam Edge, dan hidupkan Secure Network dalam tetapan (Use Microsoft Edge Secure Network).

Views: 101

Iklan Newspaper Inline