Monday, 10 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 29

Telco Akan Mula Menyekat Public DNS?

0

Dengar cerita yang tak menggembirakan hari ini. Harapnya ini tidak benar. Jika benar, susahlah kita nak sekat iklan dan pautan malware pada telefon pintar. Terutama sekali bagi yang menggunakan penapis DNS.

Masih lagi menunggu pengesahan ataupun pelaksanaan langkah ini. Sekiranya langkah ini dilaksanakan, mereka yang menggunakan Public DNS seperti Google, Cloudflare dan Adguard pasti akan mengalami masalah sambungan internet.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

HONOR Magic6 Pro Dihantar Ke Angkasa Untuk Menguji Ketahanan Bateri

0

KUALA LUMPUR, 7 Februari 2024 – HONOR Malaysia telah memuat naik surat kedua kepada Samsung di Facebook semalam, mengusik telefon pintar jenama Korea Selatan itu dengan ucapan ‘cas semula diri anda tetapi jangan terlalu kerap’. Surat dari Siri HONOR Magic6 ini dikongsi menjelang pelancaran flagship baharu tersebut di Kongres Mudah Alih (MWC) 2024 yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada 25 Februari ini.

Siri HONOR Magic6 didatangi dengan beberapa teknologi canggih dan antara ciri baharu hebat peranti ini adalah inovasi bateri karbon silikon yang turut digunakan dalam kenderaan elektrik Tesla. HONOR Magic6 Pro hadir dengan bateri karbon silikon generasi kedua 5600mAh, kapasiti yang cukup besar untuk bertahan sepanjang hari selain menyokong pengecasan pantas 88W. Malah, bateri ini mampu menahan persekitaran suhu yang rendah. Buat masa ini, HONOR Magic6 Pro satu-satunya telefon pintar flagship dari jenama aliran utama di pasaran dengan kapasiti bateri melebihi 5500mAh.

Ujian bateri melampau di suhu -20°C – Cip Dipertingkat Kuasa HONOR E1

Bateri karbon silikon generasi kedua ini disertakan dengan cipset baharu Cip Dipertingkat Kuasa HONOR E1 untuk mengoptimumkan kecekapan pengecasan dan memastikan bateri bertahan lama walaupun dalam keadaan cuaca melampau termasuk suhu serendah -20 °C.

 Gambar: HONOR

Bagi menjamin keselamatan dan ketahanan bateri, HONOR telah menjalankan beberapa siri ujian menyeluruh terhadap bateri karbon silikon generasi kedua tersebut. Salah satu ujian adalah melepaskan HONOR Magic6 Pro ke angkasa untuk menguji keupayaan bateri menahan pelbagai keadaan iklim. Ujian tersebut telah dirakam dan dimuatnaik di saluran YouTube HONOR. Video berjudul ‘Discover the Galaxy by Magic’ itu memaparkan HONOR Magic6 Pro yang dicas penuh terbang tinggi di atmosfera sebelum memasuki ke angkasa.  Selepas tiga jam terdedah dengan suhu melampau di altitud tinggi, peranti itu berjaya kembali ke bumi dan baki bateri masih banyak iaitu 86%.

Gambar: PhoneBuff

Penggiat YouTube terkenal PhoneBuff turut menjalankan ujian bateri ekstrem terhadap HONOR Magic6 Pro dengan menyimpan peranti tersebut di dalam sebuah peti sejuk beku pada suhu -20 °C. Selepas 13 jam main balik video, prestasi peranti itu masih kukuh dan ini membuktikan bateri karbon silikon generasi kedua mampu menahan suhu yang sangat rendah berbanding jenis ion litium biasa.

Bateri karbon silikon generasi kedua yang dibangunkan HONOR telah menerima pensijilan ternama dari UKCA, CE, GB Standards, CNAS dan UN38.3, sekaligus memenuhi piawaian industri yang ketat.

HONOR Magic6 Pro menyokong pengecasan pantas 80W, naik taraf daripada generasi sebelumnya yang menggunakan 66W. Pengecasan sangat pantas ini menjimatkan masa pengguna tanpa perlu menunggu lama untuk bateri peranti mereka penuh.

Dalam perkembangan lain, strim langsung pelancaran global Siri HONOR Magic6 dan Magic V2 RSR boleh disaksikan di laman web HONOR pada 25 Febuari, jam 9 malam.

Strim langsung pelancaran global Siri HONOR Magic6 dan Magic V2 RSR: https://www.hihonor.com/my/events/honor-mwc/

Video YouTube Ujian Bateri HONOR Magic6 Pro:  https://www.youtube.com/watch?v=aPK7YNVTet0

Video YouTube PhoneBuff, Ujian Bateri Ekstrem HONOR Magic6 Pro: https://www.youtube.com/watch?v=F1kLEGyo3X0

Tanda pagar untuk siaran media sosial: #DiscoverTheMagic #HONORMagic6 #HONORMWC2024 #MWC24

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

PRISM+ Umumkan Pelancaran Kedai Terbesar Di AEON Mall Tebrau City

0

Johor Bahru, 31 Januari 2024 – PRISM+, jenama elektronik pengguna yang terkenal, teruja untuk mengumumkan pembukaan besar cawangan ketujuhnya di Malaysia, di Aeon Mall Tebrau City. Sebagai sebahagian daripada pelancarannya, jenama itu akan menawarkan tawaran kedai eksklusif kepada 50 pelanggan pertamanya, dengan diskaun besar-besaran bernilai sehingga RM500 untuk TV dan monitornya. Kedai baharu itu adalah yang kedua di Johor Bahru, dan akan dibuka kepada orang ramai pada 3 Februari 2024, jam 10 pagi.

Terletak di unit tingkat satu F67&68, Aeon Mall Tebrau City, cawangan baharu itu mempunyai keluasan 1,326 kaki persegi yang mengagumkan, menjadikannya kedai runcit PRISM+ terbesar di Malaysia. Acara pelancaran menjanjikan hari yang menarik yang dipenuhi dengan diskaun dan promosi eksklusif untuk pelanggan.

Untuk menandakan peristiwa itu, PRISM+ menawarkan tawaran hebat kepada 50 pelanggan pertama yang mengunjungi cawangan Aeon Mall Tebrau City pada hari pembukaannya. Promosi istimewa termasuk diskaun yang besar untuk produk popular, menunjukkan komitmen jenama untuk menyediakan elektronik berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan:

  • PRISM+ Q55QE-A 55” 4K Google TV pada harga RM1,499 sahaja
  • PRISM+ Q65QE 65” 4K Android TV pada harga RM2,099 sahaja
  • X340 PRO 100Hz 34” Pemantau Produktiviti Melengkung Ultrawide pada harga hanya RM1,149
  • X490 49” Ultrawide Curved Gaming Monitor pada harga hanya RM2,499
  • X270 180Hz 27” Curved Gaming Monitor pada harga RM599 sahaja

Acara pelancaran besar pada 3 Februari 2024 menjanjikan sambutan untuk pengembangan dan komitmen berterusan PRISM+ untuk menyampaikan elektronik termaju kepada pengguna di Johor. Dengan cawangannya yang bergaya dan luas di Aeon Mall Tebrau City, PRISM+ bertujuan untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah untuk pelanggannya.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran kedai terbesar kami di Aeon Mall Tebrau City. Ini menandakan peristiwa penting bagi PRISM+ sambil kami berusaha ke arah memenuhi keperluan penonton Malaysia kami dengan lebih baik pada masa membeli-belah runcit luar talian kembali ke hadapan.” kata Eric Kam, Pengarah Negara PRISM+ Malaysia.

Aeon Mall Tebrau City: A Runcit Syurga di Johor Bahru

Terletak di bandar Johor Bahru yang meriah, Aeon Mall Tebrau City berdiri sebagai destinasi membeli-belah utama yang menggabungkan dengan lancar peruncitan bertaraf dunia dengan pelbagai pilihan hiburan dan tempat makan. Pusat beli-belah ini terletak dalam jarak 15 hingga 25 minit pemanduan yang singkat dari Pusat Bandar Johor Bahru. Merentasi kawasan yang luas, pusat beli-belah ini telah menjadi mercu tanda ikonik di rantau ini, menarik penduduk tempatan dan pelawat dengan tawaran yang luar biasa.

Sertai PRISM+ pada 3 Februari 2024, jam 10 pagi, untuk menyaksikan pembukaan besar cawangan Aeon Mall Tebrau City dan memanfaatkan promosi eksklusif bagi elektronik berkualiti tinggi.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara Mudah Untuk Lajukan Windows Anda

0

Software Wajib Ada Untuk Lajukan Windows Anda: Percuma, Ringan dan Lengkap

Antara software ataupun tools yang lengkap, ringan, PERCUMA dan selalu dikemaskini. Inilah dia, Hellzerg’s Optimizer untuk Windows. Boleh digunakan untuk Windows 10 dan Windows 11 (dan juga Windows 7?). Ia membolehkan anda menghentikan kemaskini Windows automatik, mematikan fungsi Telemetry yang memberatkan Windows OS anda, membuang iklan dan banyak lagi fungsi-fungsi lain yang membolehkan anda mematikan atau menukar fungsi-fungsi Windows tambahan yang anda tidak mahu.

Terdapat juga pilihan untuk menukar perincian kosmetik Windows seperti kedudukan butang Start, mengembalikan antaramuka File Explorer pada Windows 11 kepada antaramuka File Explorer WIndows 10 serta banyak lagi. Di tab yang lain, ada disediakan senarai perisian-perisian yang berguna lain seperti pilihan pelayar web dan codec untuk pemain video.

Hellzerg Optimizer pada Windows 11.

Jika anda baru format atau memasang OS baru pada komputer anda, perisian ini sangat membantu. Anda hanya perlu menggunakan satu alat sahaja untuk menyelesaikan tugasan ‘melengkapkan’ sistem operasi komputer anda berbanding memuat turun segala perisian penting ini dalam laman web mereka yang berasingan.

Boleh cuba sendiri perisian ini di laman rasmi perisian ini di GitHub:

https://github.com/hellzerg/optimizer

Views: 16

Iklan Newspaper Inline

Sekat Iklan di Telefon Dengan Private DNS

0

Cara Sekat Iklan, Malware, AdWare dan Phishing Pada Android Dengan Mudah Tanpa Root dan PC

Boleh guna cara ni untuk sekat iklan dan popup di telefon Android masing-masing. Balik kampung nanti boleh tolong buatkan pada telefon mak ayah. Telefon warga senior selalu penuh dengan popup sebab tekan link macam-macam. Boleh guna Private DNS.

Caranya:

  1. Tekan Setting
  2. Pergi ke Connection & Sharing
  3. Cari pilihan Private DNS
  4. Tetapan asal telefon adalah Auto. Pilih pilihan Private dan masukkan alamat DNS pilihan anda.
  5. Saya gunakan “dns.adguard.com”. Tekan save.
  6. Bila nama DNS sudah keluar dan tiada amaran, anda sudah selesai menukar DNS telefon anda.
  7. Jika keluar amaran “Can’t connect” atau intetnet tidak berfungsi, boleh cuba hidupkan Airplane Mode dan matikan semula.
  8. Jika masih tak ada internet, boleh cuba restart telefon anda.
  9. Jika internet dan line masih tak berfungsi, berkemungkinan besar DNS tersebut telah disekat telco atau penyedia internet anda.
  10. Boleh cuba DNS yang lain pula.

Ada banyak pilihan server DNS untuk digunakan. Ada yang fokus privasi, ada yang fokus perlindungan, ada yang mengawal kandungan dewasa. Boleh cari senarai DNS sekiranya anda ingin mencuba DNS lain.

Views: 42

Iklan Newspaper Inline

Audiobox 2GO-RDO 20: Radio dan Speaker Bluetooth Dalam Satu Untuk ‘Outdoor’

0

Terkejut juga saya masa guna radio/speaker mudah alih dari Audiobox ni.

Audiobox 2GO-RDO 20 adalah sebuah speaker bluetooth dengan fungsi radio dan pengecasan solar. Sesuai untuk dibawa ke perkhemahan atau hiking. Secara jujurnya, saya tak jangka fungsi radio pada speaker ini akan berfungsi dengan baik. Yelah, kalau speaker bluetooth letak fungsi radio, biasanya hanya sekadar hiasan dan kuasa tarik siaran memang lemah. Speaker bluetooth SonicGear sendiri pun tidak terkecuali.

Sebab itulah lama juga saya peram produk ni sebelum review. Hari ni saya bawa keluar sebab rancangnya nanti nak bawa satu speaker untuk aktiviti luar. Pandang pertama, sangat baik!

Antena Radio Yang Kuat!

Yang paling best bagi saya, ialah kuasa menarik siaran radionya. Walau di tempat saya ini siaran radio agak lemah, tapi dengan 2GO-RDO 20 ini, banyak siaran dapat dicapai. Dengan hanya satu butang, ia akan mencari kesemua siaran terlebih dahulu dan simpan dalam memori. Kemudian, anda boleh memilih antara stesen radio. Kekurangan di sini ialah tiada penunjuk stesen radio dan tombol analog untuk menala frekuensi radio.

Fungsi Bluetooth

Fungsi bluetooth juga cemerlang, senang dipadankan dengan telefon tanpa sebarang masalah. Bunyi dihasilkan dari dua unit pemacu pembesar suara. Ia juga dilengkapi mikrofon untuk menjawab panggilan.

Lampu Kecemasan Pun Ada!

Fungsi lain yang ada adalah sebiji mentol LED yang boleh digunakan sebagai lampu suluh. Ia tidak akan boleh digunakan untuk menyuluh jalan di dalam gelap, tapi berfungsi baik jika anda sekadar ingin mencari barang di dalam beg atau dalam khemah yang gelap.

Mikro SD dan… Mikro USB

Anda juga boleh memainkan lagu dari USB dan kad mikro SD. Sekali lagi, SonicGear memilih untuk menggunakan mikro USB sebagai lubang pengecas. Bummer.

Rumusan

Kesimpulannya, sebuah speaker bluetooth dan radio yang sangat sesuai dibawa bersama ketika aktiviti sukan lasak dan aktiviti luar. Ia boleh dicas dengan tenaga solar, menyokong bluetooth untuk memainkan lagu dari telefon anda, menyokong USB dan kad memori serta memiliki kuasa tarikan frekuensi radio yang kuat. Saiznya yang kecil, rekaan yang minimalistik dengan berat yang ringan sangat memudahkan.

Sokong syarikat tempatan, beli di Shopee Mall rasmi SonicGear Malaysia.

2GO-RDO 20:

Shopee (RM49)

Views: 22

Iklan Newspaper Inline

realme C67 : NFC,Snapdragon,kamera 108MP,daripada RM799

0

realme C67 tersedia NFC, Juara dikuasakan-Snapdragon dengan kamera 108MP, Me                    

  • realme C67 membawakan dua ciri termaju dalam segmen: cipset Snapdragon 685 dan kamera 108MP dengan Zum Dalam-sensor 3x untuk pengalaman multimedia yang lebih tinggi
  • Ia menjadi peneraju dalam menyingkirkan bingkai plastik skrin, menawarkan kenipisan yang mengagumkan pada 7.59mm
  • realme C67 berharga RM799, tersedia mulai 6 Januari 2024 dan seterusnya

Sebagai cipset paling berkuasa dalam segmen peringkat permulaan, platform Snapdragon 685 pada realme C67 memberikan produktiviti dan pengalaman fotografi yang dipertingkatkan. Permainan mudah alih berkembang pesat dengan prestasi CPU Kryo dan GPU Adreno yang dipertingkatkan serta penggalak FPS dioptimumkan, menawarkan paparan grafik lebih pantas untuk permainan yang mengasyikkan dan lebih lancar. Selain itu, cipset 6nm boleh mempercepatkan masa pelancaran dan kecekapan aplikasi dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah. realme C67 ialah telefon pintar pertama dalam siri realme C yang menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon.

Pengguna realme C67 boleh dengan mudah mengubah detik berharga menjadi kenangan yang bernilai untuk dikongsi, terima kasih kepada kamera utama 108MP yang disokong Qualcomm. Keupayaan pengimejan peneraju segmen realme C67 diperkuatkan lagi dengan Zum Dalam-sensor 3x, yang membolehkan pengguna merakam foto yang menakjubkan dengan mengekalkan butiran sangat mendalam tanpa menjejaskan kualiti. Ini adalah kali pertama realme menawarkan Zum Dalam-sensor 3x dalam segmen harga ini. Sementara itu, realme C67 turut menyokong 3x Mod Potret, Mod Malam dan Penapis Fotografi Jalanan baharu untuk pengalaman fotografi yang serba boleh. 

 

Dihasilkan untuk Juara: Membawa Produktiviti ke Tahap Seterusya 

Dibina dengan kualiti Juara, realme C67 membawakan pengalaman mudah alih seperti Juara dengan Mini Capsule 2.0, NFC 360°, perlindungan IP54 dan Pembesar Suara Dwi Stereo. 

Mini Capsule yang disukai ramai menerima naik taraf dalam bentuk Mini Capsule 2.0, di mana pengguna boleh menikmati tiga ciri menarik baharu: Muzik, Cuaca dan Acara. Daripada beroperasi dalam aplikasi penstriman, pengguna kini boleh mengawal lagu dengan mudah – sama ada untuk menjeda, menyambung semula atau seterusnya – dengan mengetik dan meleret Mini Capsule. Sementara itu, Cuaca memberitahu pengguna tentang maklumat cuaca, manakala Acara akan memberitahu mereka tentang acara dan tugas yang akan datang. 

Selain itu, ciri NFC lebih maju yang dinaik taraf dengan ketara meningkatkan kadar kejayaan sentuhan kad, memudahkan interaksi harian pengguna. Buat pertama kali dalam sejarah siri C, realme C67 hadir dengan perlindungan IP54 yang menghalang pencerobohan air daripada terpercik ke semua arah. Telefon bimbit seperti Juara juga telah menjalani lebih 320 ujian ketat untuk memastikan ketahanannya. 

Mengenai reka bentuk, realme C67 bersaiz 6.72-inci mengambil langkah untuk menyingkirkan bingkai skrin plastik, yang merupakan ciri yang biasanya dilihat dalam peranti perdana disebabkan oleh kerumitan struktur. Penanggalan bingkai menjadikan skrin telefon dan bezel dipasang lebih ketat, meminimumkan hitam di tepi telefon dan membolehkan keupayaan kalis air dan kalis habuk yang lebih baik. 

Badan ultra nipis berukuran 7.59mm, paling nipis dalam segmennya, realme C67 tersedia dalam dua pilihan warna: Sunny Oasis dan Black Rock. Ia dihiasi kesan cahaya tiga dimensi yang dibuat dengan proses salutan kecerunan tiga warna. Tekstur yang cerah, dinamik dan cincin lensa berkilauan menyerupai oasis yang ditaburi cahaya matahari, memberikan rasa bertenaga dan harapan yang positif.

Realme C67 menawarkan RAM yang boleh dikembangkan sehingga 16GB RAM, dan storan besar sehingga 256GB, membolehkan pengguna menyimpan lebih daripada 57,000 gambar. Pengecasan Pantas SUPERVOOC 33W di realme C67 boleh mengisi bateri berkapasiti 5,000mAh daripada 0% kepada 50% dalam masa 26 minit. 

Sila dapatkan ketersediaan dan promosi realme C67 di bawah:

ProdukVarianRRPPlatform JualanGanjaran Eksklusif
realme C678GB + 128GB; Sunny Oasis, Black RockRM799Kedai Jenama realme; pengedar sah; kedai rasmi di TikTok, Shopee, dan LazadaJualan Pertama: 6 Jan hingga 20 Jan 2024

Hadiah dengan Pembelian (Offline): Fon telinga wayarles Techlife P-16 Memory Neckband bernilai RM 69 

Hadiah dengan Pembelian (Online): Lanjutan Waranti 1-tahun, Fon telinga wayarles Techlife P-16 Memory Neckband, Power Bank 10,000mah; bernilai hingga RM148

*Kesediaan Terhad

8GB + 256GB; Sunny Oasis, Black RockRM899

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Make It Real – Slogan Terbaru Dari realme Bermula Tahun 2024

0

Kuala Lumpur, Malaysia, 4 Januari 2023 – realme, jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, menyambut tahun baharu dengan realme C67, telefon pintar peringkat permulaan baharu yang menampilkan platform Snapdragon 685, kamera utama 108MP, NFC 360° dan perlindungan IP54. Dengan harga RM799, realme C67 kini boleh dibeli di seluruh negara. Ini juga merupakan telefon pintar realme pertama berikutan latihan penjenamaan semula jenama itu yang menukar slogannya kepada ‘Make it real‘.

Untuk lima tahun akan datang, realme menyasarkan untuk menjadi jenama teknologi yang membolehkan pengguna muda di seluruh dunia menikmati pengalaman teknologi yang melebihi jangkaan. Dalam usaha untuk merealisasikan matlamatnya, jenama itu akan meningkatkan lagi produk, kemajuan teknologi dan kekuatan jenamanya. Strategi baharu itu melahirkan ‘Make it real‘, slogan baharu yang mengekalkan semangat Dare to Leap realme sambil memfokuskan lebih kepada membawa manfaat ketara kepada kehidupan pengguna muda. realme akan kekal dengan hasrat asalnya untuk menjadi jenama teknologi yang lebih memahami pengguna muda sambil memenuhi usaha dan nilai emosi mereka. Cita-cita itu akan bermula dengan realme C67.

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Skandal Keselamatan Daihatsu: Toyota Panggil Semula Jutaan Kereta Seluruh Dunia

0

Macam biasa, “Pasaran Asia Tenggara tidak terlibat”. Perodua yang dulunya terpaling Jepun dan DNA Daihatsu ketika pemasaran, kini menafikan kaitan dengan Daihatsu dan dibenarkan teruskan operasi seperti biasa. Begitu murah nyawa rakyat negara ini di mata pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan kita semua. Bincang punya bincang, apa tindakan pun tak dikenakan kepada Perodua. Jangan kata panggilan semula, pemeriksaan percuma pun tak dapat.

Sumber: The Ajerul Facebook

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

HONOR Bakal Lancar Telefon Paling Nipis dan Ringan di Malaysia

0

KUALA LUMPUR, 27 Disember 2023 – HONOR Malaysia menyambut 2024 dengan memperkenalkan telefon pintar flagship perintis baharu yang menggabungkan rekaan rapi, inovasi dan teknologi termaju. Kedatangan peranti flagship tersebut telah diumumkan di Facebook rasmi HONOR Malaysia, hari ini dan adalah telefon pintar paling nipis dan ringan setakat ini.

Pilihan Terbaik Era Baru HONOR

Peranti ini mengagumkan kerana memasuki era milimeter dan muncul sebagai Pilihan Terbaik Era Baru. Ia mencerminkan komitmen berterusan HONOR dalam melangkau sempadan inovasi bagi memastikan pengguna mendapat pengalaman generasi mendatang sebenar yang mengetengahkan peranti terbaik dalam teknologi telefon pintar pada masa kini.

Nantikan pengumuman rasmi pada 3 Januari 2024 dengan mengikuti perkembangan HONOR di laman web dan Facebook rasmi HONOR Malaysia. Bersedia menyaksikan sebuah peranti yang bukan sahaja mencerminkan dedikasi jenama ini terhadap inovasi, tetapi turut menawarkan teknologi tiada tandingan dan serba boleh bagi pengguna yang mencari telefon pintar terbaik.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline