Utama Blog Laman 209

Perkhidmatan Memotong Lagu Secara Atas Talian Percuma

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ada ketika kita berkeinginan untuk memotong (cut) sesebuah lagu untuk dijadikan sebagai nada dering pemanggil pada telefon bimbit atau telefon pintar kita. Seiring dengan kemajuan teknologi yang dikecapi pada hari ini. Kita dibekalkan dengan pelbagai perkhidmatan yang dapat digunakan pada pelbagai peranti. Perkhidmatan seumpama ini hadir dalam pelbagai bentuk dan kaedah penggunaan. Dari mudah ke sukar dan daripada perkhidmatan percuma kepada berbayar dengan fungsi dan ciri-ciri tambahan.

Kali ini, saya akan kongsikan beberapa perkhidmatan atas talian yang dapat anda gunakan secara mudah dan percuma. Oleh sebab, perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan yang berasaskan atas talian, anda memerlukan sambungan internet bagi menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.

1. Online MP3 Cutter

Perkhidmatan mudah dan percuma yang memiliki antara muka ringkas ini perlu menjadi pilihan utama anda untuk memotong lagu secara atas talian. Hanya tiga langkah mudah yang perlu anda turuti, anda akan memperoleh hasil yang menakjubkan. Selain itu, anda dapat memotong lagu yang telah dimuat naik daripada beberapa perkhidmatan storan awan seperti Google Drive dan Dropbox selain daripada penggunaan secara terus melalui pelokasi sumber seragam (uniform resource locator – url).

2. MP3 Cutter



Masih mengekalkan antara muka yang mesra pengguna. Antara muka yang bercorak kebunga-bungaan menarik minat dan mengurangkan tekanan anda semasa menyunting sesebuah lagu. Selain itu, kemudahan ketika pengunaan yang diketengahkan oleh perkhidmatan di bawah jenama MP3 Cutter ini boleh menjadi penangkap mata liar anda. Segalanya dapat dilakukan dalam satu halaman sahaja. MP3 Cutter harus diberi perhatian umum oleh anda sebagai alternatif perkhidmatan memotong lagu secara atas talian yang percuma.

Assalamualaikum

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Root OnePlus One

0

Assalamualaikum semua. Ok, saya tau tutorial ini agak lambat, namun maaf kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan, tutorial ini lambat menjengah tatkala orang lain sudah mula sibuk ‘bermain’ dengan custom ROM pilihan masing-masing. Hehe.. Apapun hidup perlu diteruskan juga, jadi tutorial ini tetap ditulis untuk tujuan rujuan di masa akan datang. Tutorial ini saya ‘cedok’ dari video C4ETech di YouTube, cuma saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan anda.

Sedikit pesanan awal penaja, tutorial ini akan menyebabkan kesemua yang telah anda muat turun (app, apk, fail-fail) dipadam, jadi jika anda masih mahukan fail-fail yang anda rasakan penting, sila buat salinan sandaran (backup) terlebih dahulu.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah muat turun dahulu kesemua ‘tools’ yang kita perlukan dalam tutorial ini melalui pautan-pautan di bawah:

1. ADB USB Driver

koushikdutta.com/universal-adb-driver

2. Android SDK Slim

mega.co.nz/SDK-Slim

3. Custom Recovery (TWRP)

techerrata.com/browse/twrp2/bacon

4. SuperSU

download.chainfire.eu/supersu

Kaedah:

1. Pasang terlebih dahulu pemacu USB ADB. Ini adalah amat penting untuk memastikan sistem operasi anda dapat mengesan peranti serta dapat menggunakan ADB.

2. Kemudian, hidupkan USB Debugging melalui Developer options. Jika anda masih belum ‘unlock’ Developer options, anda boleh berbuat demikian melalui Settings, About phone – kemudian klik pada ‘Build number’ sebanyak 7 kali. Setelah itu Developer Options akan muncul pada Settings.

3. Pada Developer Options, tandakan (tick) pada USB debugging (atau mungkin ditulis sebagai Android debugging), dan buang tanda (untick) pada ‘Update CM recovery’.

4. Ekstrak fail Android SDK. Kemudian salin kesemua fail yang telah anda muat turun tadi iaitu TWRP Recovery dan juga fail SuperSU ke dalam folder Android SDK tersebut (android-sdk-windows -> platform-tools). Seterusnya hubungkan telefon bimbit pintar anda dengan kabel USB.

5. Tekan butang Shift pada keyboard, lalu klik kanan dan pilih ‘Open command window here’. Periksa terlebih dahulu sama ada peranti anda dapat dikesan oleh sistem operasi atau tidak melalui baris perintah ‘adb devices’. Pada telefon anda, sila tandakan pada kekotak ‘Always allow from this computer‘.

6. Teruskan dengan baris perintah ‘adb reboot bootloader’. Perintah ini akan membuatkan telefon anda masuk ke mode Fastboot. Untuk kepastian sama ada peranti anda dapat dikesan dengan baik oleh sistem operasi, gunakan perintah ‘fastboot devices’. Peranti anda akan disenaraikan jika ia dapat dikesan.

7. Seterusnya, masukkan baris perintah ‘fastboot oem unlock’. Peranti anda akan format semula dan akan reboot. Jadi siapkan dahulu semua tetapan seperti biasa, dan jangan lupa untuk hidupkan semula ‘USB Debugging’, serta jangan lupa untuk buang tanda (untick) pada ‘Update CM recovery’.

8. Kemudian, masukkan baris perintah pada cmd ‘adb reboot bootloader’. Ini seperti biasa akan membuatkan telefon anda masuk ke mode Fastboot. Teruskan dengan perintah ‘fastboot flash recovery op <— waktu ini anda cuma perlu tekan butang Tab, dan ia akan terus melengkapkan nama recovery tersebut untuk anda. Setelah itu, gunakan baris perintah ‘fastboot reboot’ untuk reboot.

9. Salin fail SuperSU ke dalam storan telefon bimbit anda. Tekan butang power, pilih ‘Power off’. Kemudian tekan serentak butang volume down + power, apabila keluar logo OnePlus, lepaskan kedua-duanya. Ini akan membuatkan telefon anda masuk ke recovery, dalam kes ini TWRP recovery.

10. Tekan butang ‘Install’ lalu cari fail SuperSU tadi dan klik padanya. Leretkan mengikut arahan iaitu ‘Swipe to Confirm Flash’, untuk flash (install/pasang) fail SuperSU tersebut. Akhir sekali klik pada ‘Reboot System’.

11. Alhamdulillah, kini telefon OnePlus One anda sudah pun siap root. Anda bolehlah teruskan langkah-langkah lain dengan memasang Busybox dan sebagainya mengikut kepada apa yang anda suka, cuma lakukanlah dengan penuh berhati-hati agar telefon anda tidak berakhir dengan ‘brick’.

Terima kasih kerana sudi membaca. Kita jumpa lagi pada tutorial akan datang.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Penanda Aras Kelajuan 4G

0

Setelah melakukan beberapa tinjauan intensif, saya mendapati kelajuan 4G di negara-negara luar secara puratanya adalah antara 7Mbps hingga ke 20Mbps. Negara-negara luar mengiklankan kelajuan tersebut sebagai ‘4G’ atau ‘LTE’.

Jadi berapa sebenarnya kelajuan 4G?

Mengikut kepada International Telecommunication Union (ITU), 4G diterjemahkan sebagai rangkaian yang mampu untuk mencapai kelajuan muat turun sebanyak 100Mbps (Megabits per second) dan kelajuan muat naik sebanyak 50Mbps.

Rujukan:

1. ITU.int

2. IMT-2000 compliant 4G standards

Jika mengikut kepada standard ini, jelaslah menunjukkan bahawa kelajuan 4G boleh dikatakan masih belum tercapai di negara kita. Benar, ada antara pengguna rangkaian Telco di Malaysia yang berjaya mendapatkan kelajuan muat turun sehingga 80Mbps melalui aplikasi Speed Test (Ookla), namun kelajuan muat turun yang sebenar adalah kurang daripada itu.

Berikut saya quote sedikit dari laman Bandwidth Place:

First generation (1G) cellular devices were analog phones. Second generation (2G) introduced digital along with limited Internet connectivity. In the third generation (3G) and fourth generation (4G), however, things got interesting. Both 3G- and 4G-enabled devices offer broadband access to the Internet but have very different speed standards. To be qualified as 3G, a network’s peak transfer rates only need to reach 200 kilobits per second (Kbps). If this sounds slow, it is — the standard was established in 2003. Many 3G networks now offer speeds ten or twelve times that fast. 4G networks, meanwhile, must offer transfer rates 100 megabits per second (Mbps) when users are “mobile,” for example, in cars or buses, and 1 gigabit per second (Gbps) when users are stationary. It’s important to note that these are “peak” values, meaning distance from the connection’s source, number of users connected, and even weather can all impact transfer rates. In addition, there are multiple 4G networks in operation.

Apapun rakyat Malaysia, dalam bab kelajuan sepatutnya mereka harus bersyukur kerana kelajuan muat turun 4G di negara kita adalah jauh lebih laju dari negara-negara luar yang kebanyakannya secara purata kelajuan ‘4G’ mereka hanyalah sekitar 12Mbps sahaja. Setelah anda baca kesemua fakta ini, saya hanya ingin mengajukan satu soalan sahaja.

Apakah makna kesemua kelajuan ini, jika anda tersekat dengan KUOTA?

Sekian. Jumpa lagi di masa akan datang.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[Review] Aplikasi Google Camera

0

Assalamualaikum,

Reviu
kali ini adalah berkenaan sebuah aplikasi kamera android yang mungkin
telah ramai orang tahu dan saya percaya masih ramai yang tidak
mengetahui akan kewujudannya.

Melihat keadaaan semasa
rata-rata sebagai pengguna telefon pintar semakin kreatif dan hebat
menggunakan kamera telefon untuk mengambil gambar dan hasilnya seperti
menggunakan sebuah kamera dslr. Tidak dinafikan pelbagai aplikasi kamera
yang lain di luar sana yang mungkin jauh lebih baik dari aplikasi ini.

Apa
yang ingin saya tekankan aplikasi ini amat sesuai untuk seseorang yang
jenis mementingkan kesederhanaan tapi hasil yang terbaik kepada gambar
yang mereka ambil.

Ok mari saya ceritakan apa fungsi-fungsi yang ada pada Google Camera ini.

Kamera
ini mempunyai 5 Fungsi utama iaitu Photo Sphere, Panorama, Lens Blur,
Camera, dan Video. Setiap fungsi-fungsi ini mempunyai kelebihannya yang
tersendiri dan mengikut kreativiti user untuk memilih fungsi yang sesuai
untuk menghasilkan gambar yang hebat.

Photo Sphere

 
Fungsi
ini sesuai digunakan untuk mengambil gambar sesuatu sudut di tempat
yang lebih luas. Ianya boleh dikawal bermula dari kiri ke kanan atau
atas kebawah mengikut dot yang telah ditetapkan dan hasilnya sangat
hebat
Panorama
 
Apa
yang menarik tentang fungsi panorama ini adalah bukan seperti aplikasi
kamera lain yang biasa saya jumpa yang hanya memberi kita mengambil
panorama dari kiri ke kanan sahaja. Pada Google Camera menawarkan anda
mengambil panorama secara menegak, segi empat dan bulat (Fish Eye).
Ianya sangat menarik bagi saya.

Lens Blur

 
 

Lens
blur seperti yang semua sudah maklum ianya mengambil sesuatu objek yang
mempunyai dua bahagian iaitu sharp dan blur. Kita boleh adjust sama ada
untuk setting sharp di bahagian-bahagian tertentu mengikut cita rasa
seseorang itu.

Camera

Fungi
utama bagi sebuah aplikasi kamera iaitu mengambil gambar. Ini yang saya
katakan simple but nice pada mula artikel. Fungsi ini mempunyai timer,
grid, HDR (hanya pada telefon pintar Nexus 5), Flashlight dan Switch
Camera hadapan.

Video

Tidak
lengkaplah jika sesebuah aplikasi kamera tidak didatangkan sekali
dengan fungsi rakaman video. Ciri-ciri yang ada pada fungsi video adalah
Grid, Flashlight dan Switch Camera hadapan.

Apa yang membuatkan fungsi Camera dan Video menjadi lebih menarik?
 

Ianya
pada setting aplikasi ini yang menawarkan fungsi menukar resolusi wide
screen (16:9) atau biasa (4:3). Kini ciri terbaru yang telah dikemaskini
oleh Google iaitu kawalan dari jauh dengan menggunakan Google Wear
Devices.

Requirements:

• Works on phones and tablets running Android 4.4+ KitKat
• Photo Sphere and Panorama require a gyro sensor (not available on Moto G)
• Photo Sphere, Panorama, and Lens Blur require at least 1 gigabyte of memory
• HDR mode only on Nexus 5

Akhir kata dari saya, lihatlah rakaman gambaran aplikasi Google Camera dari saya.

Dapatkan aplikasi ini secara percuma di Google Play

Repost from Angelezo Sharing
Kredit : Droid-Life and Android Police

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Pemecah Mitos : Headphone/Earphone Burn In

0

‘Headphone/Earphone Burn In’ bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia Audiophiles. Kebanyakan Audiophiles atau ‘Penggemar Audio’ akan bersetuju bahawa Burn In ialah proses yang wajib dilakukan untuk menjadikan driver di dalam headphone tersebut mencapai potensi optimal.

Namun, sejauh manakah kebenarannya?

Bagaimana cara Burn In Headphone?

Proses Burn In secara umumnya perlu memainkan audio selama 40 jam sebelum headphone boleh digunakan. Namun JLAB menyarankan anda cuma perlu memainkan lagu/audio pada volume sederhana selama 4-5 jam setiap hari selama 5 hari.

The audio burn in file contains a nonstop loop of: White noise, pink noise, radio white noise, 20-20000 Hz frequency sweeps, 10-30000 Hz frequency sweeps, 20-200 Hz frequency sweeps, as well as a minute of silence in between each for a rest period.



Rujukan:


JLab Audio

Wired.com

Tested.com

Lifehacker

Evidence of Headphone Break-In?

Testing the Audibility of Break-in Effects

On the Measurement and Audibility of Headphone Break-in

Kesimpulan Akhir:

Setelah diuji berkali-kali, terdapat dua kemungkinan untuk hasil yang diperolehi. Pertama, mungkin burn-in sememangnya dapat membantu dalam ‘menaikkan’ sedikit kualiti bunyi yang dihasilkan oleh driver headphone. Kedua, peranan minda kita sendiri yang berusaha ‘menyesuaikan diri’ dengan hasil bunyi ‘akhir’ setelah selesai proses burn in.

Jadi perbahasan ini sememangnya tidak akan berakhir, namun satu konklusi yang konkrit telah pun diperoleh. Ia telah dibuktikan oleh Inner Fidelity apabila hasil akhir menunjukkan perubahan yang tidak begitu ketara pada frekuensi bunyi setelah selesai proses burn in. Ia tidak signifikan, jadi berkemungkinan besar burn in hanyalah penyesuaian minda diri sendiri terhadap apa yang telah kita cuba usahakan.

Pun begitu tidaklah pula ia menjadi benda yang salah. Sesiapa yang masih ingin mencuba maka boleh ikut panduan-panduan yang telah diberikan. Saya? Mudah sahaja. Pasangkan Earphone/Headphone pada peranti, mainkan lagu dan terus nikmati bunyinya tanpa prejudis.

Lambat-laun ia akan ‘burn-in’ dengan sendirinya.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

EaseUS Todo Backup Free 7.0 Review

0

Atas permintaan dari pembangun perisian ini sendiri, saya berasa terpanggil untuk menulis sedikit reviu berkenaan dengan perisian yang dicipta khas bagi melakukan salinan sandaran (backup).

Sedikit intro, kebanyakan daripada kita terutamanya pengguna akhir (end user) dan juga pengguna purata (average comsumer) tidak pernah mengambil kisah atau peduli mengenai salinan sandaran pada fail-fail penting, terutamanya yang melibatkan hal-hal kerja.

Disinilah suka untuk saya mengingatkan, adalah lebih baik anda bermula dari sekarang, dengan melakukan salinan sandaran. Kebiasannya kita hanya akan teringat tentang semua ini apabila komputer mula dilanda virus/malware, dan pelbagai masalah mula timbul sedikit demi sedikit. Tatkala ini menangis pun tidak berguna lagi, kerana ketika anda malas hendak mengambil tahu akan kepentingan membuat salinan sandaran, anda sebenarnya mengorbankan jua kepentingan nilai sebenar fail-fail kerja anda.

EaseUS Todo Backup versi 7.0 (Percuma) ini hadir dengan beberapa ciri penting untuk anda.

Antaranya ialah kebolehan untuk melakukan salinan sandaran pada keseluruhan sistem operasi yang sedang anda gunakan. Sekurang-kurangnya jika ia dimasuki virus atau malware lainnya, anda hanya perlu klik pada butang ‘Recover’ untuk memulihkan keseluruhan data.

Berikut adalah beberapa paparan skrin yang sempat saya ambil ketika mencuba perisian ini. Saya cuba untuk buat fail salinan sandaran kepada satu fail zip yang berada di Desktop.

Paparan berikutnya menunjukkan anda bebas memilih mana-mana direktori dan juga mana-mana fail yang anda ingin buat salinan padanya.

Fail sedang berada dalam proses untuk salinan sandaran. Perlu diingatkan di sini berapa lama masa untuk ia disiapkan adalah bergantung kepada spesifikasi peranti yang sedang anda gunakan, saiz fail, dan juga saiz pemadatan yang telah anda pilih melalui tetapan perisian.

Paparan tetingkap kecil seperti ini akan muncul pada system tray sebaik sahaja salinan sandaran anda berjaya dibuat.

Di sini anda boleh telusuri pelbagai lagi tetapan-tetapan yang banyak untuk anda pilih, ‘tweak’, ubahsuai dan sebagainya lagi mengikut kesesuaian dan citarasa anda selaku pengguna.
Setelah anda selesai melakukan salinan, fail yang tercipta akan berada dalam folder yang telah anda tentukan sewaktu mula-mula anda menetapkannya melalui tetapan perisian.
Selesai! Kini anda sudah boleh menarik nafas lega, kerana fail-fail ini bukan sahaja boleh disimpan dalam cakera keras, malah boleh juga disimpan dalam cakera keras luaran (External HDD), dan juga boleh dimuat naik dalam mana-mana storan awan seperti Dropbox, Box.com, Mega, Shared.com, Mediafire dan sebagainya lagi.
Suka untuk saya ingatkan perisian ini mempunyai pelbagai lagi ciri lain yang sememangnya terlalu panjang untuk saya huraikan. Terserah pada anda untuk ‘menyelongkarnya’ sendiri dan yang pasti, jika anda tidak puas lagi dengan ciri versi percuma, anda juga boleh dapatkan perisian ini dalam versi berbayar yang sememangnya menawarkan lebih ciri.
Pautan Rujukan:

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Root Asus Zenfone 5/6

0

Mereka yang sudah lama menggunakan Asus Zenfone 5/6 pasti teringin untuk root telefon pintar masing-masing. Tak perlulah saya jelaskan lagi pro dan kontra root, cukuplah saya teruskan dengan tutorial.

Apa yang anda perlukan ialah apk berikut :

Muat turun —> Asus Zenfone Root 1.3r apk

Nota : Untuk root, sebelum melakukannya, sila pastikan punca-punca internet anda sudah pun dimatikan terlebih dahulu. WiFi, data mobil, padamkan kesemuanya.

1. Sila pasangkan apk tersebut, dan buka aplikasi Zenfone Root 1.3r. Paparan seperti di bawah akan muncul. Hanya klik pada kekotak ‘Don’t ask again’, dan teruskan dengan menekan butang ‘OK’.

2. Pilih salah satu dari aplikasi superuser. Saya sarankan aplikasi SuperSU. Klik pada butang ‘OK I know, please root !’

3. Paparan seperti berikut akan keluar. Jangan bimbang, hanya perlu tekan butang ‘back’ sehingga kembali ke desktop.

4. Buka kembali aplikasi Zenfone Root 1.3r, tetapi jangan buat apa-apa. Reboot peranti Zenfone anda.

5. Kini peranti anda sudah pun berjaya di-root. Buka aplikasi Google Play Store dan kemaskini aplikasi SuperSU. Kemudian buka pula aplikasi SuperSU. Sekiranya perlu kemaskini binary, kemaskini sahaja melalui cara ‘Normal’ dan reboot.

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Asus Zenfone 6 Review

0

Setelah beberapa lama ‘bergelumang’ dengan dunia MediaTek serta siri telefon pintar Lenovo, telah tiba masanya untuk saya beralih pula kepada ‘new beast in the jungle’, iaitu ASUS. ASUS Computer Inc. telah mengeluarkan beberapa siri telefon pintar Android iaitu Asus Zenfone 5, Zenfone 5, dan juga Zenfone 6. Dalam artikel review kali ini saya akan cuba mengupas mengenai Asus Zenfone 6.

Berikut adalah spesifikasi Asus Zenfone 6:

Skrin : 6 inci, 720 x 1280 pixel, kepadatan pixel 245 ppi
Kamera : 13MP belakang, 4128 x 3096 pixel, flash LED, dan 2MP untuk kamera depan
Bateri : 3300mAh
Pemproses : Intel Atom Z2580, Multicore 2.0GHz dengan teknologi Hyper-Threading
Storan : 8/16/32 GB, cuma yang masuk ke pasaran Malaysia setakat yang saya jumpa hanya 8 dan 16GB sahaja
RAM : 1/2 GB, beserta slot microSD, menyokong sehingga 64GB
Sistem Operasi : Android 4.3 Jelly Bean, dan berkemampuan untuk naik taraf ke KitKat 4.4.2. Dijangka akan menerima kemaskini KitKat pada
Slot Kad SIM : Micro-SIM, Dual SIM, Dual Stand-By

Baiklah. Cukup setakat itu untuk bahagian spesifikasinya. Mari kita teliti pula apa yang diberikan pada firmware.

Dalam firmware Asus Zenfone 6, terdapat pelbagai aplikasi rasmi dari ASUS yang disertakan sekali, iaitu ASUS Calendar, Enail, Miracast dongle Tool, PixelMaster Camera, Splendid, WebStorage, ZenUI Launcher, MyASUS – ASUS Support, Remote Link, dan juga What’s Next. Aplikasi lain adalah seperti ASUS Browser, File Manager, Do It Later, FlashLight, FM Radio, dan lain-lain aplikasi asas.

ZenUI

ZenUI adalah paparan antaramuka yang ringkas, mudah digunakan, dan hampir kepada stock Android namun diubahsuai sedikit rekabentuk letak duduk tetapan dan juga ikon-ikon supaya kelihatan lebih.. Errr.. Besar?

Anda boleh cuba lihat paparan skrin yang telah saya muat naik di bawah.

Bokeh dikatakan secara asasnya, ia tidak ‘lari jauh’ dari cara stock Android mengimplementasikan rekabentuk paparan antaramuka, namun jika anda teliti lebih dalam lagi tertanya memang terdapat perbezaan ketara. Sama ada tempat letak duduk Quick Settings, mahupun custom skin/ikon, bezanya anda boleh lihat pula pada paparan skrin di bawah ini.

PixelMaster Camera


Untuk berbicara mengenai PixelMaster Camera sebenarnya saya memerlukan sebuah artikel lain, kerana reviu untuknya adalah agak panjang.  Tetapi dalam artikel ini saya akan cuba ringkaskan sedikit agar para pembaca tahu serba-sedikit mengenai cirinya.

PixelMaster adalah teknologi dari ASUS yang menggabungkan ciri-ciri perisian dan juga perkakas untuk menghasilkan gambar-gambar yang lebih berkualiti. Sebagai contoh Asus Zenfone 6 menggunakan lensa Largan, iaitu lensa yang sama digunakan oleh Apple iPhone, digabungkan bersama ciri lensa 5-elemen, serta sensor BSI CMOS dari Panasonic.

Itu adalah dari segi perkakasnya, dari segi perisiannya pula, PixelMaster mempunyai pelbagai pilihan mod seperti Low Light, HDR, Selfie, Time Rewind, dan beberapa pilihan lain yang menonjol berbanding aplikasi kamera lain.

SonicMaster Audio

SonicMaster juga adalah teknologi yang telah lama dibangunkan oleh ASUS. Ia juga merupakan gabungan teknologi perisian dan perkakasan bagi mendapatkan kualiti bunyi bass, treble, dan suara yang lebih jelas, baik, dan kurang gangguan bingit.

Dalam Zenfone 6, pada saya yang lebih menonjol adalah bunyi ketika anda menggunakan headphone, manakala bunyi speaker pula adalah biasa-biasa sahaja.

Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan – Menawarkan ciri-ciri telefon pintar premium pada harga yang agak rendah. Pemproses berprestasi dengan bagus, dapat bermain permainan yang mempunyai kualiti grafik yang tinggi, dan juga kurang lag berbanding antaramuka yang lain.

Kekurangan – Telefon akan menjadi sedikit terasa panas ketika bermain permainan. Ia juga agak sedikit tebal, serta kualiti bunyi speaker yang agak perlahan.

Patut Beli Atau Tidak?

Buat mereka yang sukakan telefon pintar dengan harga bajet, tetapi memuatkan pelbagai ciri menarik yang hanya terdapat pada telefon pintar mahal (kebiasaannya – ‘trend dulu-kala’), Asus Zenfone 6 adalah jawapan kepada pencarian. Namun buat mereka yang tidak suka dengan telefon phablet yang agak besar, Asus Zenfone 5 mungkin lebih sesuai.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[ Tinjau ] Apa itu ViPER4Windows?

0

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, terubat sedikit rindu untuk menaip dan kongsi perisian pada anda semua.
Sebelum tu saya nak memintak maaf kerana lama rasanya tak post.
Biasalah, apabila selesai satu pekara, datang satu pekara. Lumrah kehidupan 🙂
Insyaa Allah saya akan post apabila ada sedikit kelapangan masa 🙂

Tanpa melengah-lengahkan masa anda, saya nak kongsi satu perisian ini.
Namanya ViPER4Windows. Apa tu?
Nama perisian tu nak sama dengan aplikasi ViPER4Android FX ka?
Ya, kedua2nya dibawah ViPER’s Audio yang ditubuhkan oleh Euphy Wong atau lebih dikenali sebagai ViPER520. Pembantu beliau pula ialah Jasper Loo atau dikenali sebagai zhuhang.

Disini saya nak kongsi sedikit mengenai ViPER’s Audio ni.

Pada 4 September 2013, XDA-Developers Portal menjadi pilihan mereka untuk mengembangkan dan memperkenalkan hasil kerja mereka pada orang ramai. Pada 20 September tahun yang sama, ViPER4Android telah diperkenalkan dalam XDA Developer TV. ViPER4Android terpilih Android App Review oleh XDA TV crew.

Mereka juga buat page di laman sesawang Facebook > ViPER’s Audio
Pada 17 Oktober masih lagi tahun yang sama, mereka mendapat 1,200 like dan ahli kumpulan mereka hampir 1,200 ahli. Akhirnya, pada tahun 16 Oktober ya masih lagi tahun yang sama mereka melancarkan lawan sesawang mereka iaitu http://vipersaudio.com/blog serta melancarkan perisian baru mereka, ViPER4Windows.

Ini bermakna ViPER’s Audio menyokong dua platforms iaitu Android ( ViPER4Android FX ) dan Windows ( ViPER4Windows ).
Untuk Android, ViPER4Android FX menyokong versi Android dari  2.3 Gingerbread > 4.4 Kitkat.
Untuk Windows, ViPER4Windows menyokong Windows Vista > 8.1
Setakat ini sahaja pengenalan mengenai ViPER’s Audio, ViPER4Android FX ( yang ini jika ada kelapangan saya terangkan, cara pemasangan untuk Android, Insyaa Allah ). 

Kita balik pada topik kita, iaitu ViPER4Windows.
Sebelum nak pasang tu, pastikan anda mematuhi keperluan sistem a.k.a system requirements :

  • Untuk pengguna Windows Vista dan 8/8.1, pastikan anda sudah pun memasang Microsoft .NET Framework 2.0. Untuk pengguna Windows 7 jangan bimbang kerana sudahpun ada Microsoft .NET Framework 2.0 🙂
  • ViPER4Windows boleh dipasang pada 32-bit dan 64-bit.
  • Minda yang tenang ( lepas pasang boleh layan lagu :3 )
  • Muat turun perisian ini. Jangan risau, halal dan diambil sumber yang sah! 😛 >
    ViPER4Windows, v1.0.5 

Dah lengkap?
Ok boleh pasang seperti biasa, cuma kena klik kanan ” Run As Administrator “. Tapi saya pasang tanpa klik tu tiada masalah. ( Sebenarnya terlupa nak klik tu. Hahaha )
Lepas pasang akan keluar macam ni gambar bawah ni

klik untuk lebih jelas

Jika anda keliru, hanya perlu tanda ✔ dekat kotak macam gambar atas. Jika ada banyak, tanda ja kesemuanya :3. Macam notebook saya ni, ada 1 ja 🙁
Lepas sudah memasang perisian tu, buka perisian itu ( jika tidak automatik buka selepas pemasangan ) dan ia akan sama seperti gambar di bawah.

klik untuk lebih jelas

Saya nak cerita lebih teliti mengenai tetapan ini pun, saya tak berapa tahu sangat. Maklum la baru guna >.<
Macam saya ambik seperti gambar di atas tu rumit sikit sebab banyak tetapan sangat.
Jika tetapan mudah seperti gambar di bawah.

klik untuk lebih jelas

Kotak yang berwarna kelabu tu bermakna tutup dan warna biru itu ialah pasang.
Di bawah terdapat Equalizer di mana anda boleh mengubah ikut citarasa anda 😀
Ini contohnya

klik untuk lebih jelas

Anda boleh ubah ikut cita rasa anda. Yang Realtime adjusting tu jika anda enable dia, anda usik sikit ja equalizer tu akan berlaku dalam masa sebenar. Hati2 jangan sampai speaker anda pecah :3. Saya tidak tanggungjawab sekiranya berlaku kerosakkan pada speaker anda.

Setakat ini sahaja saya menaip, jika ada sebarang masalah, atau pendapat serta pengalaman menggunakan perisian ini boleh komen di bawah 🙂
Perisian ini amat sesuai untuk anda yang laptop pakai driver windows ( takda Realtek, Dolby ataupun Beats ).
Bagi yang ada dah, nak pakai pun tiada masalah rasanya. Notebook saya memang takda semua tu. >.<. Oh ya, jika anda rasa tiada perubahan selepas restart, anda buka balik perisian tu yer 🙂

* Terima kasih kerana baca habis artikel ini. Maaf jika terdapat sebarang kekurangan ataupun kesilapan maklumat. Sebarang kesulitan amat dikesali 🙁

Bersiap sedialah dengan kemunculan dua sistem operasi yang baru. iOS 8 dan Android L ( ada yang mengatakan bahawa L itu ialah Lollipop >.< )

Kredit > ViPER’s Audio

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Menyelami Ciri Android : Apa Itu Root?

0

Saya mendengar pelbagai bebelan di internet berkaitan ciri Android yang tersembunyi ini. Pelbagai ‘tohmahan’ dilemparkan oleh mereka yang bergelar ‘IT Nerd a.k.a IT Geek’. Kadang-kala saya terdengar pelbagai ‘cerita ‘tak sedap’ yang datang dari mulut mereka yang bekerja di unit ICT itu sendiri. Aneh sekali..

Kembali kepada akar cerita. Jadi sebenarnya, apa itu Root? Benarkah Root itu sejenis aplikasi? Benarkah Root itu sejenis akaun tertinggi dalam sistem Android? Apakah sebenarnya faedah Root itu sendiri? Adakah ia dapat menambah baik sistem? Mengapakah ia ‘disorokkan’?

Dan juga 1001 persoalan bermain di minda! Mari saya singkapi, satu demi satu agar jelas, saya ulangi agar JELAS pada mata semua bahawa Root itu adalah sangat MENARIK! Saya ingin anda tahu bahawa:

Manusia kebiasaannya akan takut pada sesuatu yang mereka TIDAK FAHAM! Dan hakikatnya kebanyakan pengguna baru sistem operasi Android tidak faham bagaimana cara kerjanya, apatah lagi mahu memahami apa itu Root. Sudah tentu dalam minda terbayang ianya sesuatu yang tidak bagus kerana selalu mendengar perkataan BRICK, BRICK, dan juga BRICK!

Apapun sebelum kita terus mendalami dan saya pula terus memanjangkan artikel kali ini, adalah lebih baik saya ingatkan anda di luar sana supaya KAJILAH dahulu sebelum bercakap apa-apa. Dahulu waktu kali pertama saya menggunakan sistem operasi Linux, perkara pertama yang saya lakukan sebelum menulis artikel ialah saya mengkaji bagaimana ia berfungsi, cara kerjanya, dan mengapa pengguna Linux mengatakan ia bebas dari virus. Kajilah dan selamilah, nescaya anda akan peroleh lebih pengalaman berbanding orang lain.

Root : Apa Itu Root?

Terlebih dahulu, lebih baik anda fahami, bahawa:

‘Android is based on Linux’

Pautan untuk rujukan:

1. Android and Linux re-merge into one operating system

2. Linus Torvalds on Android, the Linux fork

3. Android is Based on Linux, But What Does That Mean?

Sedikit quote untuk anda fahami:

In Linux, the term root refers to the superuser of a system. In reference to the directory structure of a Linux system, however, the term root directory refers to the starting point of every single directory and file. The root directory, sometimes referred to as /, is the base of the directory structure. Just as Windows has C:, Linux has /.

root is the user name or account that by default has access to all commands and files on a Linux or other Unix-like operating system. It is also referred to as the root account, root user and the superuser.
The word root also has several additional, related meanings when used as part of other terms, and thus it can be a source of confusion to people new to Unix-like systems.
One of these is the root directory, which is the top level directory on a system. That is, it is the directory in which all other directories, including their subdirectories, and files reside. The root directory is designated by a forward slash ( / ).

Root privileges are the powers that the root account has on the system. The root account is the most privileged on the system and has absolute power over it (i.e., complete access to all files and commands). Among root’s powers are the ability to modify the system in any way desired and to grant and revoke access permissions (i.e., the ability to read, modify and execute specific files and directories) for other users, including any of those that are by default reserved for root.

Rujukan : linfo.org

Jadi ‘term’ Root ini secara RINGKASNYA lebih mudah difahami bagi Android, jika ia bukan berkaitan dengan sistem fail, ianya adalah akaun superuser, diulangi AKAUN SUPERUSER atau dalam Windows dipanggil sebagai Administrator. Berfungsi sebagai akaun ‘tertinggi’ hirarkinya dan mempunyai akses ke semua direktori, serta boleh menukar, mengubah. memadam, memasang, dan ‘me-me’ yang lain lagi dalam sistem Android. Errr.. Ok kan ayat tu?

Akaun ini biasanya diimplementasi dalam sistem Android dengan menggunakan aplikasi Superuser, yang mana ia mempunyai bermacam-macam nama, contohnya SuperSU, Superuser, Superuser (by Koushik Dutta), Kinguser, dan pelbagai nama lagi. Namun, semuanya mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk mendapatkan akses root pada peranti Android.

Ke Mana Hala Tuju Selepas Root? Apa Faedahnya? Boleh Jadi Laju ke Henfon?

Seperti ‘manusia’ biasa, situasinya adalah sama. Jika anda memperoleh kenaikan pangkat, apakah yang akan anda lakukan? Bersihkan rumah sendiri? Ohhh.. Mungkin tidak.. Mungkin anda lebih selesa dengan orang gaji bukan? Ya.. Samalah halnya.. Selepas Root anda boleh ‘bersihkan’ Android anda dengan bantuan aplikasi seperti SD Maid. Kan anda sudah ada orang gaji tu?

Apabila sudah mempunyai kuasa, bukankah anda lebih selesa memecat sahaja lambakan pekerja yang banyak menghabiskan duit anda, sedang anda tidak pernah pula ‘menggunakan’ khidmat mereka. Begitu jualah halnya dengan lambakan bloatwares – iaitu aplikasi sedia ada dari kilang yang didatangkan bersama firmware telefon bimbit anda. Kebanyakan darinya tidak pernah anda gunakan, tetapi tanpa Root tidak pula boleh anda buangkan ia.

Kenapa Ia Disorokkan? Kenapa Peranti Tidak Didatangkan Bersama Root?

Ohhh.. Untuk pengetahuan anda, ada sesetengah peranti yang mendatangkan ciri Root ini bersama dengan firmware dari kilang. Jangan tak tahu ya! Contohnya peranti dari Lenovo, yang kebiasaannya datang dalam keadaan pre-rooted. Cuma bukanlah semua peranti begitu, hanya sesetengah sahaja. Tetapi kenapa pihak pengilang memilih untuk ‘menyorokkan’ ciri ini secara lalai (default)?

Anda kena faham, untuk jadi bos, ada liku-liku susah yang perlu dihadapi. Bukan senang nak senang, bukan juga susah nak susah. Apa yang pasti, Root, perlu difahami dan dikaji. Bukan sewenang-wenangnya diberi kepada sesiapa sahaja yang mendambakannya. Tanpa kajian dan pemahaman (yang mana ia memakan masa dan usia), peranti boleh brick dalam sekelip mata sahaja.

Perlukah saya terangkan dengan lebih mendalam lagi?

“With a great power comes a great responsibility!”

Sesiapa sahaja yang secara tiba-tiba mencari bos tanpa ilmu yang mencukupi, bukan saja dia akan merosakkan syarikat, bahkan saja akan mendatangkan kerugian kepada semua yang terlibat.

Kuasa tanpa ilmu, adalah sesuatu yang sia-sia. Tiada hasil, tiada nilai.

Penutup Yang Bukan Penutup

Saya sebenarnya masih belum puas menulis. Saya ulangi sekali lagi, saya masih belum puas menulis. Masih panjang lagi ‘bebelan’ yang ingin saya luahkan namun tak terluah dek kekangan masa. Namun cukuplah anda tahu dan faham, bahawa saya ingin menyampaikan mesej:

Cukuplah, jangan lemparkan tohmahan kepada Encik Root. Beliau tidak bersalah atas apa jua alasan anda. Jika telefon anda rosak, brick, andalah yang bersalah kerana tidak mengkaji. Sekian.

Rujukan Lain :

1. Faedah Rooting/Root Telefon Pintar Android

2. Encik Google yang kacak.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline