Asus Zenfone 6 Review

Setelah beberapa lama ‘bergelumang’ dengan dunia MediaTek serta siri telefon pintar Lenovo, telah tiba masanya untuk saya beralih pula kepada ‘new beast in the jungle’, iaitu ASUS. ASUS Computer Inc. telah mengeluarkan beberapa siri telefon pintar Android iaitu Asus Zenfone 5, Zenfone 5, dan juga Zenfone 6. Dalam artikel review kali ini saya akan cuba mengupas mengenai Asus Zenfone 6.

Berikut adalah spesifikasi Asus Zenfone 6:

Skrin : 6 inci, 720 x 1280 pixel, kepadatan pixel 245 ppi
Kamera : 13MP belakang, 4128 x 3096 pixel, flash LED, dan 2MP untuk kamera depan
Bateri : 3300mAh
Pemproses : Intel Atom Z2580, Multicore 2.0GHz dengan teknologi Hyper-Threading
Storan : 8/16/32 GB, cuma yang masuk ke pasaran Malaysia setakat yang saya jumpa hanya 8 dan 16GB sahaja
RAM : 1/2 GB, beserta slot microSD, menyokong sehingga 64GB
Sistem Operasi : Android 4.3 Jelly Bean, dan berkemampuan untuk naik taraf ke KitKat 4.4.2. Dijangka akan menerima kemaskini KitKat pada
Slot Kad SIM : Micro-SIM, Dual SIM, Dual Stand-By

Baiklah. Cukup setakat itu untuk bahagian spesifikasinya. Mari kita teliti pula apa yang diberikan pada firmware.

Dalam firmware Asus Zenfone 6, terdapat pelbagai aplikasi rasmi dari ASUS yang disertakan sekali, iaitu ASUS Calendar, Enail, Miracast dongle Tool, PixelMaster Camera, Splendid, WebStorage, ZenUI Launcher, MyASUS – ASUS Support, Remote Link, dan juga What’s Next. Aplikasi lain adalah seperti ASUS Browser, File Manager, Do It Later, FlashLight, FM Radio, dan lain-lain aplikasi asas.

ZenUI

ZenUI adalah paparan antaramuka yang ringkas, mudah digunakan, dan hampir kepada stock Android namun diubahsuai sedikit rekabentuk letak duduk tetapan dan juga ikon-ikon supaya kelihatan lebih.. Errr.. Besar?

Anda boleh cuba lihat paparan skrin yang telah saya muat naik di bawah.

Bokeh dikatakan secara asasnya, ia tidak ‘lari jauh’ dari cara stock Android mengimplementasikan rekabentuk paparan antaramuka, namun jika anda teliti lebih dalam lagi tertanya memang terdapat perbezaan ketara. Sama ada tempat letak duduk Quick Settings, mahupun custom skin/ikon, bezanya anda boleh lihat pula pada paparan skrin di bawah ini.

PixelMaster Camera


Untuk berbicara mengenai PixelMaster Camera sebenarnya saya memerlukan sebuah artikel lain, kerana reviu untuknya adalah agak panjang.  Tetapi dalam artikel ini saya akan cuba ringkaskan sedikit agar para pembaca tahu serba-sedikit mengenai cirinya.

PixelMaster adalah teknologi dari ASUS yang menggabungkan ciri-ciri perisian dan juga perkakas untuk menghasilkan gambar-gambar yang lebih berkualiti. Sebagai contoh Asus Zenfone 6 menggunakan lensa Largan, iaitu lensa yang sama digunakan oleh Apple iPhone, digabungkan bersama ciri lensa 5-elemen, serta sensor BSI CMOS dari Panasonic.

Itu adalah dari segi perkakasnya, dari segi perisiannya pula, PixelMaster mempunyai pelbagai pilihan mod seperti Low Light, HDR, Selfie, Time Rewind, dan beberapa pilihan lain yang menonjol berbanding aplikasi kamera lain.

SonicMaster Audio

SonicMaster juga adalah teknologi yang telah lama dibangunkan oleh ASUS. Ia juga merupakan gabungan teknologi perisian dan perkakasan bagi mendapatkan kualiti bunyi bass, treble, dan suara yang lebih jelas, baik, dan kurang gangguan bingit.

Dalam Zenfone 6, pada saya yang lebih menonjol adalah bunyi ketika anda menggunakan headphone, manakala bunyi speaker pula adalah biasa-biasa sahaja.

Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan – Menawarkan ciri-ciri telefon pintar premium pada harga yang agak rendah. Pemproses berprestasi dengan bagus, dapat bermain permainan yang mempunyai kualiti grafik yang tinggi, dan juga kurang lag berbanding antaramuka yang lain.

Kekurangan – Telefon akan menjadi sedikit terasa panas ketika bermain permainan. Ia juga agak sedikit tebal, serta kualiti bunyi speaker yang agak perlahan.

Patut Beli Atau Tidak?

Buat mereka yang sukakan telefon pintar dengan harga bajet, tetapi memuatkan pelbagai ciri menarik yang hanya terdapat pada telefon pintar mahal (kebiasaannya – ‘trend dulu-kala’), Asus Zenfone 6 adalah jawapan kepada pencarian. Namun buat mereka yang tidak suka dengan telefon phablet yang agak besar, Asus Zenfone 5 mungkin lebih sesuai.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img