Friday, 7 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 19

MYMK 2024 Diumumkan: Acara Papan Kekunci Mekanikal Terbesar Malaysia!

0

Malaysia – Ogos, 2024 – MYMK, (Malaysian Mechanical Keyboard) komuniti papan kekunci mekanikal Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan Malaysia Mechanical Keyboard Event (MYMK’24), yang akan diadakan pada 27 Oktober 2024, di Kampus Universiti Segi Kota Damansara. Acara yang bercita-cita tinggi ini berhasrat untuk menjadi perhimpunan terbesar peminat papan kekunci mekanikal, peniaga, dan jenama dari tempatan dan antarabangsa.

MYMK’24 akan mempamerkan inovasi terkini dalam papan kekunci mekanikal dan aksesori yang berkaitan. Para pengunjung boleh melihat pelbagai produk, daripada papan kekunci dan suis canggih hingga tombol kekunci unik dan kabel khusus. Dengan penyertaan peniaga dan jenama dari seluruh dunia, acara ini menawarkan peluang yang tiada tandingan untuk para peminat papan kekunci dan mereka yang baru ingin meneroka hobi ini untuk menemui dan merasai sendiri produk yang terbaik dalam industri ini.

“Kami teruja untuk menyatukan komuniti papan kekunci mekanikal Malaysia untuk acara yang luar biasa ini,” kata Tip, Ketua Penganjur MYMK. MYMK’24 adalah platform untuk peminat dan pendatang baru dari semua lapisan masyarakat untuk berhubung, berkongsi minat mereka, dan meneroka kemungkinan tanpa had papan kekunci mekanikal.”

Selain paparan produk dan demonstrasi, MYMK’24 juga akan menampilkan aktiviti menarik, cabutan bertuah, dan ruang komuniti untuk pengunjung dari semua peringkat untuk mempamerkan papan kekunci mereka dan berkongsi pengetahuan. Sama ada anda seorang peminat papan kekunci yang berpengalaman atau baru ingin tahu, pasti ada sesuatu untuk semua orang.

Jualan Tiket

Terdapat 3 jenis kemasukan untuk MYMK’24. KeyPass adalah tiket kemasukan umum berharga RM 70. Ini termasuk Beg Hadiah Eksklusif serta kemasukan untuk cabutan bertuah dan Grand Giveaway. Tiket ini juga memberikan akses eksklusif ke bahagian keebmunity. Oleh kerana acara ini diadakan di Kampus SEGI, semua pelajar SEGI layak mendapatkan Student Pass khas pada harga RM 30 sahaja. Jika anda ingin melawat secara santai atau bersama rakan-rakan, kemasukan adalah PERCUMA pada hari acara. Untuk tiket percuma, siapa cepat dia dapat selagi masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Mechanical Keyboard Event dan penyertaan peniaga, sila kunjungi Laman Web Tiket MYMK atau ikuti MYMK di media sosial.

Tentang MYMK

MYMK adalah platform khusus untuk peminat papan kekunci mekanikal Malaysia, menyediakan komuniti untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan minat terhadap hobi unik ini.

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Jangan Beli Nokia Lama (S40) Tanpa Tahu Cara ‘Jailbreak’ Ni!

0
an old nokia phone series 40

Kalau korang masih pakai Nokia lama yang guna aplikasi Java, mesti pernah bengang dengan amaran keselamatan yang asyik muncul, kan? Jangan risau, admin ada cara mudah untuk settle masalah ni—dengan pasang sijil khas. Jom kita tengok step-by-step macam mana nak buat benda ni dengan senang.

nokia display
nokia display showing allow application to read data in gallery

 

Antara cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah ni. Kita akan gunakan sijil buatan sendiri yang dikenali sebagai ‘Sijil Darkman’ untuk tandatangan aplikasi J2ME korang supaya amaran-amaran ini hilang.

Cara Install Sijil Darkman

Langkah 1: Sambungkan Telefon ke PC
Untuk install sijil ‘Darkman’, korang perlu ada sambungan antara telefon S40 dengan PC, untuk memindahkan sijil Darkman ke telefon. Ini boleh dilakukan menggunakan kabel USB. Jika korang dah ada sambungan ini, install perisian MobiMB (versi Rusia sahaja).

Diperlukan : Perisian MobiMB

Langkah 2: Transfer Sijil Darkman
Langkah seterusnya ialah memindahkan sijil Darkman ke telefon korang. Untuk buat ni, korang mesti guna MobiMB.

Diperlukan : Sijil Darkman

Nota: Folder ‘User’ mengandungi dua fail: exp.cer dan ext_info.sys.

Langkah 3: Salin Fail ke Telefon
Pertama, navigasi ke C:\Hiddenfolder\certificates\user guna MobiMB . Kemudian, buat salinan fail ext_info.sys korang sebagai backup. Dalam MobiMB, tekan Ctrl-C untuk salin dan Ctrl-V di folder backup anda untuk tampal.

Selepas itu, salin fail exp.cer dan ext_info.sys dari folder ‘User’ ke C:\Hiddenfolder\certificates\user menggunakan MobiMB atau OxyCube.

Langkah 4: Reboot Telefon
Matikan dan hidupkan semula telefon. Untuk pastikan ia telah terpasang, pergi ke:

> Settings > Security settings > User certificate

Jika semuanya betul, korang sekarang mempunyai telefon S40 dengan sijil Darkman dipasang.

 

Cara Install Perisian Signer J2ME

Langkah 1: Pasang Perisian ‘BeHappy’
Perisian ‘signer’ aplikasi jar(J2ME) dikenali sebagai ‘BeHappy’. (Korang perlu install Java JVM dulu untuk jalankan BeHappy).

Aplikasi ini berfungsi untuk menjana fail .jad untuk fail .jar dipilih, dengan kunci yang ditandatangani menggunakan sijil Darkman.

Langkah 2: Sign Fail ‘Jar’
Jalankan BeHappy dan seret fail .jar korang ke aplikasi BeHappy. Popup akan keluar menunjukkan fail tersebut telah ditandatangani.

TIP: Selepas seret fail .jar korang ke BeHappy, satu fail .jad akan dicipta. Perhatikan dengan baik!

Langkah 3: Pindahkan Fail ke Telefon
Sekarang, copy kedua-dua fail .jar dan .jad ke dalam telefon S40 korang.

Tamat

Sekarang korang mempunyai aplikasi J2ME yang di’sign’ dan berfungsi dengan betul. Korang dah boleh tetapkan akses aplikasi korang kepada pilihan “Always allowed.”.

 

Admin takkan bagi korang link direct kat sini, pepandailah cari sendiri kat 4shared ke, Mediafire ke, tempat-tempat lain yang korang biasa tu. Harap maklum, okay? 😏

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

HUAWEI MATEPAD 11.5″S Kini Rasmi di Malaysia: Harga Bermula RM1,799

0

HUAWEI MATEPAD 11.5″S MENGUBAH SEMULA PENGALAMAN TABLET

REKA BENTUK NIPIS YANG MEMENUHI KEPERLUAN HIBURAN DAN PRODUKTIVITI

Huawei baru-baru ini melancarkan HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Edition yang dijangka akan menjadi kegemaran pelajar dan artis dengan mudah! Berikutan sambutan positif ini, Huawei dengan sukacitanya mengumumkan bahawa HUAWEI MatePad 11.5″S kini tersedia di Malaysia dan pra-tempahan dibuka sehingga 22 Ogos 2024 yang lalu.

Tablet ini akan tersedia di Malaysia bermula 23 Ogos 2024 dan boleh dibeli terus melalui laman web rasmi Huawei, dengan harga bermula dari RM1,799 serta hadiah percuma bernilai RM699 sehingga 31 Ogos 2024. HUAWEI MatePad 11.5″S ialah tablet serba boleh dengan perkakasan yang hebat dan ekosistem perisian yang kaya. Sama ada untuk pelajar, penggemar lukisan, atau artis profesional, ia adalah peranti yang berbaloi dimiliki.

Dapatkan harga dan hadiah percuma ekslusif untuk gedung atas talian di sini:  (tekan link)

Shopee Exclusive

Lazada Exclusive

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Abam Beli Axia: Ulasan Teknologi Pada Axia 2023 Setelah Hampir Setahun Menggunakannya!

0

Perodua Axia 2023 tampil sebagai model generasi terbaru yang telah direka semula secara menyeluruh. Sejak dilancarkan pada tahun 2014, Perodua Axia telah menjadi pilihan popular di kalangan rakyat Malaysia sebagai kereta mampu milik yang menepati keperluan pemanduan harian. Pada tahun 2023, Axia baharu hadir dengan reka bentuk lebih segar, platform lebih canggih, serta pelbagai teknologi moden yang menambah nilai kepada pengguna.

*************

Ceritanya – Pada tahun 2023, bulan puasa (7 April), abam terlibat dengan kemalangan. Dipendekkan cerita, akibat daripada kemalangan itu, abam sudah tidak boleh lagi menunggang motosikal seperti biasa.

Maka semua motosikal yang ada telah pun dijual, termasuklah motosikal yang terlibat dengan kemalangan tersebut. Kusut juga kepala memikirkan apa hendak ditunggangi ke pejabat memandangkan diri sudah tidak mampu.

Gambar di bawah adalah hantaran Facebook pada tahun 2023.

Maka ketika itu juga Perodua Axia 2023 hadir bersama teknologi baharu yang memikat. Sumpah, pada awalnya sasaran abam hanya ingin beli kereta terpakai sahaja, dan Axia lama menjadi pilihan hati kerana inginkan kereta kecil, kompak, serta jimat penggunaan bahan api.

Tetapi setelah meneliti ciri yang ada pada Axia 2023, diri terus menjadi tertarik dan.. apa lagi ditunggu, terus ke pusat jualan Perodua di Jalan Kuala Kangsar. Setelah permohonan diserah, tunggu juga kelulusan lebih kurang seminggu dua. Bila lulus sahaja, tidak bertangguh lagi, tanda tangan segala macam borang diperlukan, dan ambil kereta ketika ia sudah tiba di pusat jualan.

Permohonan dihantar bulan Ogos, dalam bulan November abam mula menggunakan kereta kecil ini.

Dari segi rekaan, secara jujur dari pemerhatian mata abam sendiri, Axia 2023 kini tampak lebih dinamik dan aerodinamik, dengan garisan badan agresif dan sporty (grrr). Lampu hadapan LED lebih tajam serta rekaan grill hadapan yang besar memberikan wajah dengan tampilan premium kepada model ini. Bahagian belakang pula menampilkan rekaan lampu yang kemas dengan integrasi spoiler bagi menyerlahkan lagi elemen ‘kesukanan’ a.k.a sporty itu.

Ada yang suka, ada yang tidak suka dengan rekaan bentuk belakangnya, tetapi pada abam benda ni mudah saja – beauty is in the eye of the beholder.

Dalam aspek dalaman, Axia 2023 hadir dengan ruang kabin lebih luas dan selesa.

Serius luas! Material digunakan pada tempat duduk serta panel dalamannya dirasai berkualiti, memberikan sentuhan premium berbanding generasi sebelumnya. Papan pemuka dan kawalan di dalam kereta kini direka lebih ergonomik dan mesra pengguna.

Oh ya, abam hanya beli varian SE sahaja ya. Maka tak dapatlah hendak diulas tentang sistem infotainment kereta dari varian AV. Tapi tak perlu bimbang, kerana abam dah pasangkan Eonon Android Player – Dashcam & Reverse Cam:

Dalam ulasan, sebenarnya abam nak kupas sedikit tentang teknologi apakah yang menyebabkan abam terus menjadi berminat untuk ‘menyambar’ Axia 2023 ini. Jom kita telusuri serba sedikit apa yang berjaya ‘triggered’ diri abam untuk membeli kereta kompak terbaru dari Perodua ini dan adakah ia signifikan untuk anda juga:

Teknologi Terkini dalam Perodua Axia 2023

Salah satu ciri utama Axia 2023 ialah penggunaan platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture), yang telah memberikan perubahan besar dalam prestasi dan pengendalian. Platform DNGA memberikan kestabilan lebih baik, terutama ketika mengambil selekoh (yup, yup!), serta pemanduan yang lebih lancar dan senyap.

Teknologi D-CVT (Dual-Mode Continuously Variable Transmission) yang terdapat dalam Axia 2023 juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan enjin. D-CVT ini menambah baik kelancaran penukaran gear dan memberikan pemanduan lebih responsif.

Gabungan teknologi ini dengan enjin EEV (Energy Efficient Vehicle) memastikan penggunaan bahan api yang sangat rendah, sekitar 27.4 km/liter, menjadikannya salah satu kenderaan paling jimat di pasaran.

Ok lah, ok lah.

Itu – kalau mengikut kepada hasil keputusan ujian yang telah dijalankan oleh pihak Perodua. Tetapi dalam hasil pemanduan abam sendiri, ya, memang boleh dikatakan tersangat jimat. Setakat 400-500km sudah menjadi ‘mainan’ sahaja buat kereta ini.

CUMA, jika diteliti penggunaan dalam bandar, sehabis ‘jimat’ kereta ini boleh memperoleh lebih daripada 400km juga (nafsu menekan pedal harus dijaga). Dengan jarak pemanduan dari rumah ke pejabat, dan pejabat ke rumah dalam lingkungan 32KM (dengan lampu isyarat yang banyak beserta keadaan trafik yang selalu berhenti – Ipoh ni banyak kereta!), abam boleh gunakan kereta tanpa mengisi minyak dalam jangka masa menghampiri 2 minggu juga.

Berikut ialah paparan penggunaan petrol dari aplikasi Drivvo. Penggunaan Drivvo adalah sejak dari mula dapat kereta hingga kini. Anda nilaikan sendiri – sama ada ok atau tidak.

Ulasan Teknologi Pada Perodua Axia 2023:

Mengapa DNGA Pilihan Terbaik Untuk Perodua Dan Toyota (Pendapat Abam)

Penggunaan platform DNGA adalah langkah strategik yang bijak oleh Perodua dan Toyota. DNGA menawarkan fleksibiliti yang tinggi dalam menghasilkan pelbagai model kenderaan dengan kos lebih rendah. Dengan menggunakan satu platform yang modular, mereka boleh mengadaptasi reka bentuk dan ciri teknologi yang berbeza tanpa perlu membangunkan platform baru untuk setiap model. Ini bukan sahaja menjimatkan kos pembangunan, tetapi juga mempercepatkan proses pembuatan dan pelancaran model-model baharu – serta penghasilan alat ganti kenderaan.

Selain itu, DNGA dioptimumkan untuk kecekapan bahan api dan pengurangan pelepasan karbon. Dengan semakin ketatnya peraturan emisi global dan keperluan pengguna yang semakin mengutamakan kereta ekonomi (terutamanya di Malaysia, semestinya), DNGA adalah jawapan terbaik kepada cabaran ini. Ia juga menawarkan pengalaman pemanduan lebih baik, dengan pengendalian mantap dan kestabilan yang setara dengan model yang lebih tinggi.

Power Mode (Antara Ciri Kegemaran Abam Pada Axia 2023 Ini)

Ini juga antara ciri-ciri yang ada pada Axia varian SE (dan AV, of course) yang membuatkan abam tidak berfikir panjang untuk mendapatkan model dari varian SE (semestinya kerana murah sedikit berbanding AV). Axia 2023 mempunyai ciri Power Mode, yang boleh diaktifkan oleh pemandu melalui butang khas di stereng. Apabila diaktifkan, ia mengubah karakter enjin dan transmisi untuk memberikan tindak balas lebih cepat dan prestasi bertenaga, terutamanya ketika mendaki bukit atau memotong kenderaan lain.

Bagaimana Power Mode Berfungsi? (Penerangan Seorang Nerd Teknologi)

Apabila Power Mode diaktifkan melalui butang khas, ia mengubah cara enjin dan transmisi D-CVT beroperasi. Secara amnya, Power Mode melakukan beberapa perubahan berikut:

Dalam keadaan biasa, transmisi D-CVT berfokus kepada penjimatan bahan api dengan mengekalkan nisbah gear rendah pada kelajuan rendah dan sederhana. Apabila Power Mode diaktifkan, sistem transmisi akan mengekalkan nisbah gear lebih tinggi untuk memberikan kuasa dan pecutan pantas. Ini bermaksud enjin akan beroperasi pada RPM lebih tinggi untuk menghasilkan tork yang kuat.

Sistem Power Mode juga akan mengubah peta pendikit (throttle) untuk memberikan respons pantas apabila pedal minyak ditekan. Dalam mod ini, walaupun dengan sedikit tekanan pada pedal minyak, enjin akan memberikan banyak kuasa berbanding mod pemanduan biasa. Ini memudahkan pemandu mendapatkan pecutan segera ketika diperlukan.

Selain perubahan pada transmisi dan pendikit, Power Mode turut melibatkan pengurusan enjin secara keseluruhan. Sistem elektronik kenderaan akan menyesuaikan masa pembakaran dan campuran bahan api untuk mengoptimumkan kuasa yang dihasilkan. Ini membolehkan enjin mencapai prestasi tinggi dengan cepat.

Bagaimanapun, ia hanya disyor untuk diaktifkan ketika benar-benar diperlukan, dan bukan untuk penggunaan harian biasa jika anda ingin mengekalkan kecekapan bahan api yang optimum. Kalau tidak, mungkin anda akan mengisi minyak seminggu sekali pula. Nafsu menekan harus dijaga ya!

Ada faham ke semuanya?

Abam memang suka membuat penerangan sebagai seorang geek atau nerd IT – bukan sebagai seorang pengulas kenderaan ya. Harap anda semua berpuas hatilah dengan penerangan di atas ini.

Baik, apa lagi yang tak cukup? Apa lagi penerangan yang anda ingin tahu?

Apa dia? D-CVT?

Baiklah.

D-CVT (Dual-Mode Continuously Variable Transmission) adalah teknologi transmisi terkini yang diperkenalkan oleh Perodua dalam beberapa model terkini, termasuk Perodua Axia 2023 – semestinya. Berbanding dengan CVT (Continuously Variable Transmission) biasa, D-CVT mempunyai ciri termaju dan mampu memberikan prestasi lebih baik serta pemanduan lancar.

Bagaimana D-CVT Berfungsi?

CVT konvensional menggunakan sistem pulley dan tali sawat (belt) yang boleh menukar nisbah gear secara berterusan untuk memberikan pemanduan lancar dan menjimatkan bahan api. Namun, D-CVT membawa konsep ini lebih jauh dengan menambah satu lagi mod transmisi untuk meningkatkan kecekapan dan prestasi.

D-CVT menggunakan dua mod operasi utama iaitu:

Mod Belt Drive (Low-Speed Mode):

Dalam mod ini, D-CVT beroperasi seperti CVT biasa, di mana ia menggunakan tali sawat dan sistem pulley untuk menukar nisbah gear. Mod ini digunakan untuk kelajuan rendah hingga sederhana, di mana kecekapan bahan api dan kelancaran pemanduan adalah keutamaan.

Mod Gear Drive (High-Speed Mode):

Apabila kelajuan meningkat, D-CVT secara automatik beralih kepada mod gear drive. Dalam mod ini, ia menggunakan gear fizikal untuk menyalurkan kuasa dari enjin ke roda. Mod ini meningkatkan kecekapan penghantaran kuasa, mengurangkan kehilangan tenaga, dan memberikan lebih banyak respons pemanduan pada kelajuan tinggi.

Kelebihan D-CVT Berbanding CVT Biasa

Salah satu kelemahan CVT biasa ialah ‘rubber band effect,’ di mana terdapat sedikit kelewatan atau rasa tarikan ketika pemandu menekan pedal minyak. D-CVT mengurangkan kesan ini dengan peralihan yang lebih responsif dan lancar di antara mod belt drive dan gear drive.

Dengan menggabungkan kelebihan CVT konvensional dan sistem gear, D-CVT mencapai keseimbangan antara penjimatan bahan api dan prestasi yang optimum. Nisbah gear yang lebih fleksibel pada kelajuan rendah dan sederhana membantu mengekalkan penggunaan bahan api yang rendah, manakala mod gear drive memberikan lebih banyak kuasa apabila diperlukan.

Dalam mod gear drive, pemandu akan merasai tindak balas yang lebih segera apabila memecut, terutama ketika mendaki atau memotong kenderaan lain. Ini adalah sesuatu yang sukar dicapai dengan CVT konvensional yang kadang-kadang kurang responsif dalam situasi sebegini.

D-CVT direka dengan komponen yang kurang kompleks berbanding transmisi automatik konvensional, menjadikannya lebih tahan lasak dan memerlukan penyelenggaraan yang mudah dan murah (sepatutnyalah!).

Pada pendapat abam, D-CVT adalah satu langkah evolusi yang signifikan dalam dunia transmisi, menggabungkan kelebihan CVT dan transmisi gear konvensional.

Konklusi

Sepanjang bertahun menulis di sini, abam belum pernah mengulas tentang kenderaan – dan ulasan ini tidak terkecuali. Sekali lagi abam tekankan, abam mengulas tentang teknologi yang ada pada Axia 2023 – sekaligus menjadi antara faktor-faktor utama mengapa technology nerd seperti abam terus berminat untuk menggunakannya.

Abam tidak dibayar oleh Perodua untuk artikel ini, apatah lagi mendapat sebarang tajaan. Tetapi artikel ini hanya ingin menceritakan mengenai beberapa kelebihan pada Axia baharu tahun 2023, yang menyebabkan ia menjadi lebih mahal – tetapi punyai asbab kukuh mengapa harganya terpaksa meningkat naik.

Ya, ia agak lebih mahal berbanding Axia lama. Namun dengan bawaan teknologi baharu beserta platform moden, Axia 2023 ini akan relevan untuk waktu yang lama. Kita jumpa lagi pada artikel akan datang, terima kasih semua!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Doktor di India Mogok Rawat Pesakit, Tuntut Keadilan Kes Rogol dan Bunuh Rakan Doktor

0
Mendiang

Perkhidmatan Kesihatan di India Lumpuh: Protes Besar-besaran Para Doktor Menuntut Keadilan Rakan Doktor Yang Dirogol dan Dibunuh dalam Kawasan Hospital

Mendiang merupakan seorang doktor pelatih berusia 31 tahun. Mayatnya telah ditemui pada 9 Ogos lalu dalam hospital di Bengal Barat, sebuah hospital yang diuruskan oleh kerajaan tempatan. Sebelum kejadian, mangsa telah menghabiskan syif selama 36 jam dan telah tidur sebentar di dalam kawasan hospital.

Mendiang

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan kedua-dua kaki terpulas ke belakang 90 darjah, tulang pelvis patah, kesan gigitan di seluruh tubuh, darah terpercik keluar dari mata kerana ditoreh, 120 kesan luka lain di seluruh tubuh dan kesan cekik di leher. Ketika ditemui, mayat mangsa sudah berada dalam keadaan separa kaku, menunjukkan mangsa telah meninggal dunia dalam satu tempoh yang agak lama.

Lebih menyedihkan, hospital telah menahan mayat mendiang selama 3 jam dan kemudiannya mengumumkan mangsa telah meninggal kerana membunuh diri!

Protes kali ini bukan sahaja disertai oleh doktor, malah daripada kumpulan kesihatan lain, dan orang awam. Para selebriti dan ahli politik India juga turut sama menyatakan sokongan mereka secara terbuka.

Laporan kematian mangsa menunjukkan terdapat 150mg air mani dalam tubuh mangsa. Seorang manusia hanya boleh menghasilkan 9-10mg air mani sehari. Hanya seorang sahaja suspek ditangkap dan didakwa untuk jenayah ini; seorang sukarelawan polis yang berkhidmat di hospital tersebut.

Jenayah ke atas kaum wanita di India seperti tidak berkesudahan. Lebih teruk lagi, pengalaman para keluarga mangsa yang ingin menuntut keadilan selalunya malah dipulaukan, tidak dilayan, dan dipandang jelik oleh masyarakat di sana. Kes di mahkamah pula hanya sekadar berpusing-pusing tanpa keadilan buat mangsa jenayah rogol dan bunuh.

Pasukan polis anti rusuhan yang dihantar ke hadapan hospital bagi menghalang sebarang perhimpunan tunjuk perasaan. Ketua polis bahagian telah mengeluarkan arahan bagi melarang sesiapa membuat perhimpunan tunjuk perasaan terhadap kes ini.

India berhasrat ingin menjadi kuasa besar dunia menjelang tahun 2047 dengan inovasi teknologi yang berterusan. Perdana Menteri India, Nahendra Modi secara terbuka menyuarakan matlamatnya untuk menyaingi China sebagai kuasa besar teknologi dunia. Pembangunan bakat tempatan dan penerokaan sumber membolehkan India melonjak dengan cepat dalam bidang inovasi dan teknologi sehingga membawa kepada kejayaan ISRO, agensi angkasa milik penuh India.

Perdana Menteri India, Nahendra Modi
FILE PHOTO: Indian Space Research Organization logo is seen in this illustration taken May 1, 2023. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Siri POCO F6 Diumumkan Sebagai Rakan Telefon Gaming Rasmi untuk PUBG

0

Alami Permainan Bertaraf Tinggi dengan Harga Hebat melalui Tawaran Karnival POCO

Kuala Lumpur, MALAYSIA, 19 Ogos 2024 – POCO, jenama teknologi terkemuka dalam kalangan peminat teknologi muda, dengan sukacitanya mengumumkan kembalinya Karnival POCO, meraikan satu lagi ulang tahun dengan tawaran eksklusif untuk peminat dan pelanggan di Malaysia. Kempen eksklusif dalam talian ini menampilkan diskaun luar biasa pada pelbagai telefon pintar POCO, berlangsung dari 19 Ogos hingga 31 Ogos 2024.

POCO komited untuk memastikan produknya bukan sahaja memenuhi tetapi melebihi jangkaan pelanggan. Terus mengujakan peminatnya, POCO tahun ini telah bekerjasama dengan PUBG Mobile, dengan siri POCO F6 terbaharu menjadi rakan telefon gaming rasmi untuk PUBG Mobile Super League Southeast Asia (PMSL SEA) musim ini. Kerjasama ini menonjolkan prestasi hebat dan peningkatan ketara siri flagship ini, menawarkan pengalaman permainan yang lebih tinggi.

Karnival POCO

Sebagai jenama telefon pintar yang memahami sepenuhnya pengguna muda yang celik teknologi, POCO terus komited untuk menyediakan produk yang menawarkan “Semua yang Anda Perlukan, Tiada yang Tidak Anda Perlukan,” dengan prestasi luar biasa dalam fotografi, permainan, hiburan, dan banyak lagi. Bermula sekarang hingga 31 Ogos, Karnival POCO menampilkan tawaran hebat pada telefon pintar kegemaran peminat termasuk Siri POCO F6 yang merupakan flagship, siri pertengahan POCO X6 dan M6, serta telefon peringkat permulaan POCO C65. Pembeli boleh menikmati tawaran Karnival POCO yang terhad ini secara eksklusif di kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada, selagi stok masih ada.

Semak tawaran hebat sepanjang Karnival POCO. Klik harga untuk dapatkan diskaun hebat POCO Carnival:

ProductNormal PricePOCO Carnival Deal ShopeePOCO Carnival Deal Lazada
POCO F6 Pro (12GB+256GB)RM2,299RM2,059RM2,059
POCO F6 Pro (12GB+512GB)RM2,499RM2,159RM2,159
POCO F6 Pro (16GB+1TB)RM2,899RM2,599RM2,599
POCO F6 (8GB+256GB)RM1,799RM1,599RM1,599
POCO F6 (12GB+512GB)RM1,999RM1,699RM1,699
POCO X6 Pro 5G (8GB+256GB)RM1,499RM1,299RM1,299
POCO X6 Pro 5G (12GB+512GB)RM1,699RM1,459RM1,459
POCO X6 5G (8GB+256GB)RM1,199RM1,039RM1,039
POCO X6 5G (12GB+256GB)RM1,299RM1,109RM1,109
POCO X6 5G (12GB+512GB)RM1,499RM1,269RM1,269
POCO M6 Pro (8GB+256GB)RM999RM769RM769
POCO M6 Pro (12GB+512GB)RM1,199RM969RM969
POCO M6 (6GB+128GB)RM699RM539RM539
POCO M6 (8GB+256GB)RM799RM599RM599
POCO C65 (6GB+128GB)RM499RM429RM429
POCO C65 (8GB+256GB)RM599RM529RM529

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Syarikat di China Beri Cuti Pada Staf Untuk Main Game Wukong!

0

Sebuah syarikat di China tular di Weibo kerana memberi cuti kepada staf mereka untuk bermain permainan video baru “Black Myth: Wukong”.

Black Myth: Wukong mendapat reaksi sangat positif di kalangan peminat dan gamers sejati di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, beberapa media arus perdana di US memberi markah rendah dalam review mereka kerana permainan video ini tidak memiliki “diversity” dan “inclusion”.

Black Myth: Wukong adalah permainan RPG yang dilancarkan pada 20 Ogos 2024 untuk konsol PS5 dan Windows PC. Ia menampilkan mekanik permainan yang mantap dan grafik yang sangat memukau pemain.

Notis Cuti untuk staf yang telah diterjemah menggunakan Google Lens Translate
Notis asal dalam bahasa China

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kemaskini Terbaru Aplikasi CIMB OCTO Perkenal Banyak Ciri Keselamatan Baru

0

Kemaskini terbaru CIMB OCTO hadir dengan kemampuan pengesanan malware pada telefon.

Sama seperti aplikasi perbankan lain, inisiatif ini dilihat senada dengan perbankan lain di Malaysia. Masing-masing telah mengemaskini aplikasi perbankan dengan kemampuan mengesan malware pada peranti yang dipasang.

Kemampuan mengesan malwarenya mungkin belum terbukti. Apa yang pasti, kemaskini Octo baru ini telah berjaya menewaskan Magisk secara “total”. Magisk Stable, Beta dan Canary semuanya tidak lagi boleh menyorok root daripada aplikasi perbankan.

Dengan ini, tidak keterlaluan juga untuk saya katakan ROOTING IS DEAD.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Spesifikasi Penuh SoC Baru Qualcomm Snapdragon 7S Gen 3

0

Qualcomm hadir dengan SoC kelas pertengahan baru, Snapdragon 7S Gen 3. Peranti mid-range akan lebih berkuasa selepas ini. Hampir menyamai prestasi Snapdragon 888, SoC kelas flagship lama Qualcomm.

Berikut adalah bahan rasmi yang diberikan oleh Qualcomm kepada media:

Kali ini, Qualcomm masih lagi meneruskan usahasama bersama pemain industri utama mereka yang terdiri daripada para pengeluar telefon pintar. Ini memastikan produk mereka seiring dengan kehendak industri dan juga pelanggan utama mereka.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Microsoft Dalam Perancangan Sertai Pasaran Handheld PC, Saingi SteamDeck

0

Sejak beberapa bulan yang lalu, banyak khabar angin dan klu diberikan berhubung satu peranti baru dari Microsoft untuk permainan desktop mudah alih. Peranti yang dijuluk dengan nama “XBOX Mobile” itu disimpan kemas sebagai rahsia oleh Microsoft. Tiada langsung gambar tiris setakat ini.

Khabar angin ini bertiup kencang semula setelah Microsoft dilihat semakin giat memperbaiki sistem perisiannya untuk menyokong cipset dengan binaan ARM. Memberi gambaran bahawa Microsoft benar-benar serius ingin menggunakan dan menyertai perlumbaan peranti mudah alih.

ARM adalah binaan yang digunakan oleh cipset mudah alih seperti Snapdragon dan MediaTek pada telefon pintar. Cipset konvensional pada desktop seperti Intel i9 dan AMD Ryzen 5 pula menggunakan binaan X86. Binaan ARM kini sedang giat dihasilkan di Intel dan juga AMD sebagai cipset generasi baru yang lebih jimat tenaga dan berkuasa.

Dengan pengumuman Valve yang akan menyokong SteamOS pada peranti PC mudah alih lain seperti ROG Ally minggu lalu, ramai pemerhati teknologi mengatakan ini akan ‘memaksa’ Microsoft untuk mempercepatkan pelancaran “XBOX Mobile” mereka.

Macam mana? Adakah anda berminat dengan peranti seperti SteamDeck tapi dengan sistem operasi Windows?

Views: 0

Iklan Newspaper Inline