Utama Blog Laman 179

Vladimir Putin Akan Mengharamkan Pokemon GO Kerana Kaitannya Dengan CIA

0

 

Hmmm.. mungkin sesetengah dari rakyat Malaysia terutamanya Gen Y beranggapan Mufti di negara ini dari negeri Wilayah Persekutuan (khususnya) adalah golongan paranoid yang perlu ‘diingatkan’ melalui suara-suara liberal yang semestinya menjadi sokongan anak muda kerana seiringan dengan keinginan, hasrat dan suara mereka.

Tapi kan, abam ada dengar-dengar cerita bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin bakal mengharamkan permainan Pokemon GO (aih, cerita Pokemon lagi) di negara tersebut.

Apakah relevannya pengharaman itu?

Siasatan dalaman Kremlin telah mendedahkan bahawa permainan yang sedang viral itu mempunyai hubungan secara terus dengan agensi CIA, komuniti perisikan yang besar, serta sedang digunakan secara rahsia untuk mengumpulkan data pada skala mega.

Menurut sumber-sumber dari siasatan tersebut, kebanyakan dari pemain yang terdiri daripada anak-anak muda telah pun menyerahkan secara sukarela data-data mereka yang sulit serta menjadi ‘ejen-ejen tidak rasmi’ bagi CIA.

Pencipta permainan tersebut iaitu Niantec, dikatakan mempunyai hubungan/kolaborasi bersama CIA. Ketua Pegawai Eksekutif Niantec, John Hanke telah mengasaskan Keyhole pada tahun 2001, yang kemudiannya dibeli oleh Google. Sebahagian besar daripada dana yang digunakan untuk mengasaskan Keyhole datang dari National Geospatial-Intelligence Agency (NGA) dan CIA sendiri.

Setelah beberapa tahun mengkaji, akhirnya ‘lahirlah’ Pokemon GO dan ia merupakan kemuncak dalam karier beliau sebagai ejen risikan New World Order (NWO), apabila telah mencipta kaedah unik untuk mengintip rakyat bukan sahaja di negara sendiri bahkan di seluruh dunia tanpa rasa curiga dari para pemain-pemainnya.

Agensi risikan yang mahu mengetahui ‘pelan’, kedudukan, dan ‘blue print’ sesebuah bangunan kini boleh melakukan demikian hanya dengan meletakkan watak makhluk Pokemon yang menarik di kawasan terbabit, dan pemain-pemainlah yang akan mengutip setiap data tersebut untuk mereka.

Putin yang telah berikrar untuk menghapuskan New World Order pada tahun 2016, mempercayai bahawa permainan realiti telefon pintar itu adalah suatu bentuk penyamaran yang bijak.

Walaupun Pokemon GO masih belum dirilis di Rusia, namun beberapa orang individu telah memperoleh akses kepadanya dan telah mula bermain di Moscow, menyebabkan Putin mengeluarkan amaran kepada mereka supaya menjauhi kawasan kejiranan beliau dan juga bangunan-bangunan kerajaan.

Penutup

Kuncinya – kalau paranoid jangan main Pokemon GO!

Ehh senang betul abam ulas. Bukan apa, benda ni abam tulis sekadar berita sahaja. Nak main, mainlah. Abam banyak lagi benda nak buat ni. Ok lah, chow seen chi aaa.. papai!

Hang nak pi mana? – Pokemon The President

Terjemahan sebahagian dari: Your News Wire

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Penggodam Jual 200 Juta Maklumat Pengguna Akaun Yahoo Di Pasaran Gelap

0

Penggodam jual 200 juta maklumat pengguna akaun yahoo di pasaran gelap, (Dark Web) dan yahoo tahu tentang perkara ini. – Rujuk

Ini bukan berita buruk kali pertama bagi pengguna Yahoo, sebelum ini pun sudah banyak pencerobohan pengkalan data Yahoo dan lebih menyedihkan Yahoo seperti mengambil mudah tentang soal keselamatan pengguna mereka.

Dikenali dengan nama ‘Peace’, ini adalah kumpulan yang sama menceroboh pengkalan data laman web Myspace dan Linkedln, dan rasanya mereka ini cukup popular buat mereka yang selalu mengikuti perkembangan sisi gelap dunia siber.

Menurut apa yang dimaklumkan dari laman Motherboard, Yahoo sedar akan dakwaan tersebut tetapi tidak juga menafikan maklumat itu sahih.

Kami komited untuk melindungi keselamatan maklumat pengguna-pengguna kami dan kami ambil mana-mana tuntutan sedemikian dengan sangat serius. Pasukan keselamatan kami bekerja untuk menentukan fakta.

Yahoo bekerja keras untuk membuat pengguna-pengguna kami selamat, dan kami sentiasa menggalakkan pengguna-pengguna kami mewujudkan kata laluan kuat, atau melepaskan kata laluan sekali dengan menggunakan Yahoo Account Key, dan guna kata laluan berbeza untuk platform-platform berbeza.


Kami tak pasti apa yang dibuat dengan databased pengguna Yahoo, tapi yang pasti sudah tentunya mendatangkan keuntungan bagi pihak-pihak tertentu. Ialah, sekarang zaman teknologi, semuanya di hujung jari. Tinggal taip dan klik!

LOL!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Family Locator: Jejak Ahli Keluarga Anda Dengan GPS Tracker Ini

0
Dewasa ini, mungkin ia berbunyi agak klise, kes-kes penculikan semakin menjadi-jadi. Tidak terhad kepada kanak-kanak, orang dewasa juga boleh menjadi mangsa sekiranya profil individu tersebut adalah tinggi dan boleh memberi profit tinggi kepada penculik/penjenayah/penjahat/Penyamun Ali Baba Bujang Lapok.Selain itu, boleh juga dijadikan sebagai sandaran untuk mengesan pasangan yang sedang enak check-in bersama skandal di hotel-hotel bajet mahupun bersantai di Thailand sana bersama cikaro beliau.

Ehhh, nak jejak skandal yang sedang berulit bersama skandal beliau sendiri pun boleh.

Errr.. ok, jauh fikirnya tu. Awkward la pulak ayat di atas… Heheheh.
Tapi, siapalah yang tahu situasi seseorang itu kan? Boleh jadi keterpaksaan atas sesuatu situasi seperti ini menjadikan kita lebih terdidik tentang sesuatu, khususnya teknologi yang sedia ada dalam telefon pintar, selain kebolehan untuk bermain Pokemon GO, ia juga boleh digunakan untuk sesuatu yang lebih profesional.

Antara ciri aplikasi Family Locator dari Life360 ini ialah ia akan terus membolehkan anda mengetahui lokasi pasangan anda berada, dengan syarat pasangan tersebut perlu ditambah sebagai ahli terlebih dahulu.

Macam mana nak buat secara senyap-senyap? Itu pandai-pandai hangpa la. Heheh.

Paling penting sekali, GPS sudah tentulah perlu diaktifkan, sepertimana anda bermain Pokemon GO, maka seperti itu jugalah GPS dan bateri telefon anda akan digunakan (no pun intended).

Selain menjejak pasangan, ia boleh juga digunakan untuk anda menjejak diri sendiri. Maksud abam, anda boleh lihat trip perjalanan anda pada hari tersebut. Bateri memang macam air sikitlah, tapi seperti ayat abam di atas, kalau anda sanggup dan boleh guna untuk bermain… ahhh kau orang fikir sendirilah. Masing-masing dah besar.
Contohnya adalah seperti di bawah.
Mana nak dapat? Nah, muat turun aje melalui pautan Google Play Store ini:
 Family Locator - GPS Tracker
Klik dengan yakin

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Program Bacaan Al-Quran Serentak Seluruh Dunia Menerusi World #QuranHour

0

Pada 11 September ini, untuk julung kalinya akan diadakan satu program bacaan Al-Quran secara serentak di seluruh dunia melalui sebuah program yang digelar sebagai World #QuranHour, bertemakan Cinta dan Syukur, mulai jam 9 pagi dan akan berlangsung selama satu jam.

Menurut Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Malaysia, Hussamuddin Yaacub, program ini merupakan satu kronologi rentetan kejayaan program terdahulu iaitu #MalaysiaNgaji yang telah dianjurkan pada tahun 2013.

Menurut beliau lagi, World #QuranHour merupakan satu inisiatif dalam memupuk ummah yang berpegang teguh kepada ajaran al-Quran serta diharap menjadi satu platform solidariti umat Islam seiring meraikan kitab suci itu pada peringkat tertinggi.

Penyertaan Dari 117 Negara

“Setakat ini 117 buah negara dan ratusan persatuan serta gabungan Muslim
daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah memberi maklum balas positif untuk menyertai program ini selain turut menjangkakan penyertaan daripada kesemua 57 negara anggota OIC (Pertubuhan Muktamar Islam).

“Di India sahaja kita dimaklumkan seramai lapan juta rakyat negara itu akan
sama-sama membaca al-Quran dalam tempoh berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas sesi perbincangan bersama perwakilan agensi media lain berkaitan penganjuran World #QuranHour.

Sementara itu, Pengerusi agensi berita Bernama, Azman Ujang berkata Bernama akan membantu mempromosikan World #QuranHour bagi menarik seramai mungkin penyertaan umat Islam dari dalam dan luar negara.

Kerjasama Dari Agensi

Selain Bernama, pelbagai agensi media tempatan lain juga bersetuju dan menyatakan komitmen mereka untuk kempen program World #QuranHour termasuk Astro, Kumpulan Media Prima, Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV Al Hijrah, Kumpulan Utusan, NSTP Group dan Kumpulan Media Karangkraf.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang juga penganjur #MalaysiaNgaji, Marhaini Yusoff berkata edisi sulung World #QuranHour akan melibatkan beberapa lokasi “hotspot” untuk bacaan al-Quran berkumpulan.

Beliau berkata, di negara ini program itu akan diadakan di lokasi utama
iaitu Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, dengan kesemua 14 negeri lain turut menganjurkannya di lokasi tertentu melibatkan gabungan pelbagai pihak termasuk perseorangan dan berkumpulan.

“Tarikh 11 September merupakan musim menunaikan ibadat haji dan di dalam kalendar Islam ia jatuh pada 9 Zulhijjah jadi semestinya Padang Arafah di Makkah merupakan lokasi tumpuan bagi jemaah haji Malaysia dan negara lain bergabung menyertai kempen ini di peringkat antarabangsa.

“Beberapa selebriti termasuk penyanyi yang terkenal dengan lagu berkonsep ketuhanan iaitu Maher Zain juga akan terlibat dalam program ini nanti,” katanya.

Sumber Berita : Mediacorp

 

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Facebook Memadam Laman ExtraTorrent Dan Profail Admin

0
Facebook telah melakukan satu tindakan drastik apabila mereka memadam laman rasmi ExtraTorrent selepas menerima aduan berkenaan hakcipta daripada para pemegang-pemegangnya. Tidak lupa juga mereka memadam-mengtongsampahkan-mengkecebur profail para admin laman tersebut.

Selain itu, mana-mana pengguna Facebook lain yang hendak mengepos pautan URL ExtraTorrent akan dikehendaki melalui pemeriksaan sekuriti tambahan oleh Facebook.

Apa yang agak sadis ialah laman Facebook itu telah mencecah lebih dari 10000 pengikut/likers.

Ia tidak terhenti di situ sahaja. Facebook juga telah melakukan langkah pencegahan apabila bukan sahaja laman utama/rasmi telah dipadam, bahkan juga setiap laman ‘fan made’ yang dibuat selepas itu, ia juga dipadam sejurus siap dibuat. Profail admin untuk laman buatan peminat itu juga dinyahaktifkan serta-merta.

Selamat tinggal lanun semua, sekarang adalah era baru, era di mana semua orang beralih kepada media pembelian.

Errr.. ye ke?

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Pokemon GO Melepasi Jumlah Muat Turun 100 Juta Di Google Play Store Dalam Tempoh Sebulan

0

Cuba bayangkan sekiranya permainan Pokemon GO ini adalah permainan BERBAYAR? Bagaimana jika ia perlu dibeli dengan harga sebanyak RM10-20 sebelum dapat dimainkan?

Saya rasa jumlah muat turun mungkin banyak, tetapi tidak akan sebanyak 100 juta kali dalam tempoh sebulan.

Fenomena yang dicipta oleh permainan dari Niantic ini telah mewujudkan suatu gelombang baru di mana seluruh dunia mula berlatih semahunya untuk menjadi pelatih Pokemon teragung.

Niantic mula mengembangkan gagasan jajahan takluk permainan ini bertitik tolak dari Amerika Syarikat, Eropah, Australia, New Zealand, Jepun, Hong Kong, dan apabila ia mula menjejak petanya di Malaysia, seisi rakyat tidak lagi mahu betah duduk berdiam diri di rumah apabila ramai dari individu yang kelihatan bertempiran berlanggaran sesama sendiri, berebutkan makhluk digital terhebat.

Meskipun akaun Twitter CEO Pokemon GO digodam, ia tidak menghalang permainan tersebut daripada terus-menerus menerima kemas kini yang memperlihatkan peningkatan prestasinya serta pelbagai lagi ciri yang akan ditambah baik seperti lokasi tajaan (sponsored locations).

 

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Pika, Pika! Akaun Twitter CEO Pokemon Go Digodam!

0

His password was too easey “nopass”, itulah di antara tweet yang dibuat oleh penggodam selepas berjaya merampas akaun twitter John Hanke, pemilik kepada permainan Pokemon Go.

Serangan kepada pemilik akaun berprofil tinggi seperti ini mengingatkan kami semula kepada Jack Sparrow yang dulu pernah merampas beberapa akaun stesen radio dan artis tempatan seperti Hot.Fm, Kru Studio, dan Diva AA. Rindu pula kami dengan penggodam tempatan, ke mana agaknya mereka sekarang ya!

Berbalik kepada kes pencerobohan akun twitter pemilik permainan Pokemon Go. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan ‘Pokemon Go!’ Hanke langsung tidak sedar bahawa akaun twitter miliknya sudah pun diceroboh. Tiada apa-apa tindakan dibuat walaupun selepas 12 jam tweet itu disiarkan.

Ini merupakan kes pencerobohan yang ke 5 akaun sosial berprofil tinggi digodam kumpulan yang sama dimana sebelum ini Ceo Facebook, Mark Zurkeberg, Ceo Google, malah Ceo Twitter sendiri digodam oleh kumpulan ini.

Angkuh dikenali dengan nama  Ourmine, kumpulan penggodam yang popular dikenali dengan moto ‘Keselamatan Akaun Sosial’ ini dikatakan kumpulan yang sama dengan Saudi Arabian Hackers.

Apa pula password facebook anda? Tinggalkan pada komen dibawah! :p

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

‘Code:Deck’ Kad Permainan Yang Akan Menyimpan Bahasa Pengaturcaraan Dalam Fikiran Anda

0

Kad Permainan atau bahasa mudah faham ia juga dipanggil sebagai ‘Daun Terup’. Bermain kad ini sebenarnya boleh mengasah minda selain itu ia juga sebenarnya baik untuk melatih otak anda berfikir. Masalah yang menggunakannya untuk permainan berbentuk taruhan itu bukan masalah kami. pftwwt! 

Apa menariknya tentang kad permainan Code:Deck ini? Bagi kami ini rekaan kad permainan yang super kreatif dan berguna untuk para peminat geek! Satu-satunya kad yang direka khas untuk programmer.

Design pada kad ini berbeza dari kad permainan yang lain. Ia disertakan dengan pelbagai bahasa pengaturcaraan yang berbeza-beza seperti Javascript, SQL, PHP, Objective-C, Bash atau C++ yang secara langsungnya membantu anda melekatkan bahasa kod ini terus ke dalam fikiran anda semasa bermain. Menarik bukan?

Kad kreatif ini direka oleh Varianto:25 .

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Lights Out: Sebuah Premis Yang Menjanjikan Ketakutan

0

Saya adalah seorang anak 80an. Anak-anak 80an membesar dengan filem-filem seram dari Steven Spielberg, yang mana kebanyakannya biarpun ia tiada CGI yang hebat, namun ia tetap lebih menakutkan dari filem-filem kontemporari dek kerana garapan jalan ceritanya yang kemas dan tersusun rapi.

Tak lupa juga dari beberapa trilogi yang mantap seperti A Nightmare on Elm Street (filem ini lebih dari ‘trilogi’) dan Child’s Play (ini juga lebih dari trilogi). Dari kenangan francais filem-filem yang mantap inilah kami menjadi lebih ‘cerewet’ dalam ‘memilih’ untuk menonton filem-filem seram.

Begitulah yang saya lihat dalam filem Lights Out, sebuah filem yang berasal dari filem pendek oleh David F. Sandberg, dan kemudian dikembangkan menjadi sebuah filem penuh yang diterbitkan oleh James Wan.
Konsep Lights Out, boleh anda tonton terlebih dahulu dalam filem pendeknya melalui video ini.

 

Sedikit Sinopsis (Spoiler)

Dalam filem penuh tersebut, David cuba mengembangkan ia melalui penceritaan asal-usul Diana, yang telah menderita sejenis penyakit kulit yang pelik. Apabila terkena cahaya, kulitnya mengelupas dan mereput. Mungkin dek kerana penyakit itu Diana mengalami tekanan dan dimasukkan ke dalam ‘hospital sakit jiwa’, di mana dia bertemu dengan Sophie, ibu kepada Martin dan Rebecca. Diana terlampau obses dengan ‘persahabatan’ yang mereka jalinkan hingga selepas kematiannya yang tragis, dia masih lagi menghantui hidup Sophie serta membunuh sesiapa sahaja yang mengancam hubungan mereka.

Premis Yang Boleh Berkembang Menjadi Francais

Pada saya, saya optimis dengan mengatakan bahawa Lights Out boleh berkembang daripada satu filem kepada filem trilogi. Ini kerana kita semua sedia maklum, watak-watak seperti Chucky dalam Child’s Play, Freddy Krueger dalam A Nightmare On Elm Street, dan Jason Voorhees dalam Friday The 13th tidak mati dan tidak akan pernah sekali-kali mati.

Sama seperti Diana. Diana ‘wujud’ dek kerana hubungan rapatnya dengan Sophie. Ia ‘dibawa’ semula ke dunia kerana ia enggan meninggalkan Sophie. Namun apabila Sophie mati, Diana juga turut ‘mati’. Tetapi watak seperti ini boleh dibawa untuk hidup semula menggunakan pelbagai sebab, dari watak Rebecca yang hidup dalam dunia muziknya, atau watak Martin, yang begitu takut dengan kegelapan.

Plot dan jalan cerita filem ini terkadang sedikit perlahan dan mendatar. Di hujung cerita, ia juga terasa seakan kurang menakutkan, dan pengakhirannya kurang memberi impak kepada penonton. Akan tetapi sekiranya David ingin kembali dengan versi ‘Lights Out 2’, saya pasti ianya boleh jadi lebih menakutkan sekiranya plot-plot mencemaskan, dilebihkan berbanding jump scares yang boleh diagak dimana ia akan berlaku.

Durian Meter by Rotten Durians : 7/10

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kenapa Anda Perlukan VPN: Untuk Bypass Kuota? Untuk Melajukan Internet? Untuk Menjadi Kacak?

0

Dah berkali-kali abam tulis mengenai hal ini. Namun disebabkan gejala penyebaran maklumat yang salah masih lagi berleluasa, maka abam terpanggil untuk memberikan sedikit pencerahan kepada sebuah kegelapan.Antara Enkripsi dan ‘Bypass Kuota’

Majoriti pengguna-pengguna VPN di Malaysia ini kalau disebut tentang VPN, tiada lainlah dalam kepalanya melainkan ‘aku nak bypass kuota’ Cikcom, Diji, Mekcis, mahupun i Mobile.

‘Fenomena’ atau suasana ini terjadi dek kerana MVNO masing-masing masih menetapkan kuota yang sedikit pada pelan-pelan mereka, dan ini menghasilkan ‘demand’ atau permintaan yang lebih terhadap ‘laluan internet tanpa kuota’.

Oleh itu wujudlah pelbagai jenis ‘servis’ VPN yang dikatakan mampu melepasi atau ‘bypass’ kuota yang telah ditetapkan. Sememangnya bukan salah pengguna terhadap kefahaman yang tidak benar ini, namun mereka juga harus mendidik diri supaya tidak terus menjadi alat yang dipergunakan sesungguhnya oleh para ‘penjual servis’ ini.

Kejahilan bukan alasan untuk berkecuali dalam hal kebenaran.

Sebab Utama VPN Diperlukan

Kita tahu ada pelbagai kaedah serangan sekiranya kita menggunakan rangkaian-rangkaian awam seperti Man In The Middle yang mampu untuk terus memanipulasi akaun-akaun yang berjaya dicerobohi.

Jadi salah satu kaedah untuk melindungi rangkaian kita daripada ditembusi oleh para penggodam ialah dengan menggunakan VPN.

Selain itu, VPN juga berperanan penting untuk melepasi sekatan dari firewall/perisian sekatan oleh ISP terhadap laman-laman sosial atau lain-lain laman tertentu. Disebabkan alamat IP berubah, maka ia juga mampu melepasi sekatan geo-lokasi yang ditentukan kepada negara khas sahaja, contohnya sesetengah kandungan yang hanya boleh diakses dari negara Amerika Syarikat.

Bagi yang pentingkan privasi, VPN boleh menghentikan kemampuan ISP untuk memantau setiap kegiatan anda, khususnya untuk VPN yang mempunyai ciri Anti Deep Packet Inspection (Anti-DPI).

Bolehkah VPN Bersambung Kepada Rangkaian Tanpa Melanggan Data/Pelan, Bolehkah VPN ‘Bypass’ Kuota?

Secara teknikalnya, adakalanya VPN boleh bersambung kepada rangkaian tanpa memerlukan sebarang langganan data, dan boleh juga ia melakukan pelangkauan atau bypass kepada sebarang jumlah kuota yang telah ditetapkan, hanya disebabkan terdapat kerentanan (loophole) atau rangkaian tersebut sedang melakukan penyelenggaraan yang membolehkan peranti untuk menggunakan data internet tanpa langganan, baki kuota, ataupun kredit.

Sebagai contoh seandainya ISP anda secara tidak sengaja telah membuka satu port yang tidak dipantau untuk sesuatu tujuan, katakan ia port 53 yang mana ia biasa digunakan untuk pelayan DNS. Kebiasaannya ISP tidak akan memantau port ini dan membenarkan pengguna untuk menghantar paket UDP melalui port tersebut tanpa mengenakan sebarang caj atau kuota kepada pengguna kerana port tersebut pada waktu-waktu yang ‘normal’ hanya digunakan untuk ‘urusan’ DNS.

Hanya apabila ISP mula memantau port tersebut, maka pengguna tidak lagi akan dapat menggunakan data internet secara ‘percuma’ atau tanpa kuota.

Maka, R.I.P trik, R.I.P unlimited.

Konklusi

Jadi, adalah diharapkan dengan pencerahan kali ini dapat menyelesaikan kabut dalam kebuk kepala anda, yang seringkali terfikir tentang situasi ini, iaitu apabila selalunya anda sedang seronok menggunakan data internet masing-masing dengan gembira tanpa memikirkan apa-apa, ketika itulah mesej ‘Anda telah menggunakan kuota sebanyak 80%” sampai ke telefon pintar.

Jangan terperanjat. Ia bukan situasi ajaib atau luar biasa. Ia hanyalah keadaan di mana ISP anda sudah mula ingin meningkatkan hasil jualan mereka melalui jumlah topup dan langganan pelan data yang berganda pada bulan tersebut.

Selesai.

 

Views: 12

Iklan Newspaper Inline