Utama Blog Laman 155

Google Bakal Menyekat Iklan Dalam Chrome, Tanpa Perlu Extension Lagi

0

Beberapa bulan lepas, Google dikatakan akan menambah ciri penyekat iklan atau ad-block pada pelayar web Chrome. Menurut Google, para penerbit diberikan tempoh sehingga awal 2018 untuk ‘memperbaiki’ iklan mereka atau ia tidak akan dipaparkan langsung dalam Chrome.

Dalam satu post di blog mereka, Google mengumumkan bahawa mereka telah menyertai Coalition for Better Ads, sebuah kumpulan industri yang mencuba untuk menambah baik iklan-iklan dalam talian.

Kumpulan tersebut telah membangunkan Better Ads Standards, dan menyenarai garis panduan bagi desktop dan iklan pada telefon pintar berdasarkan kepada kajian terperinci.

Iklan yang dikatakan sebagai ‘tidak boleh diterima’ ialah seperti pop-up, main video secara automatik berserta bunyi/suara, iklan bersaiz besar, iklan yang mempunyai kiraan masa, dan beberapa lagi format lain.

Bagi membantu para penerbit untuk memperbaiki laman mereka, Google telah menyediakan satu tool yang dinamakan sebagai Funding Choices yang memberikan peluang kepada penerbit laman untuk memapar mesej tersendiri meminta para pelawat menyahaktif penyekat iklan masing-masing atau bayar jika mahu membaca kandungan laman melalui program Google Contributor.

Sumber: The Keyword

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Professional ‘Cat Cuddler’: Pekerjaan Impian Para Pencinta Kucing!

0

Kadang-kadang, benda paling tak munasabah dan tak pernah terfikir dek akal muncul lalu kita berharap apakah akan ada peluang seperti itu untuk datang sekali dalam hidup kita.

Seperti orang lain, saya juga pernah berfikir seperti itu dan sangat berharap suatu hari nanti akan dapat berhenti kerja dan memulakan karier baru – bersama kucing (kerana saya penggemar kucing semestinya).

Namun nampaknya sebuah klinik veterinar di Ireland, telah memulakan pencarian untuk pekerja-pekerja baru, yang dikatakan wajib memiliki sifat yang kucing gemari.

Ya, bukan kita sahaja (selaku calon pekerja) harus pandai dalam hal ehwal kekucingan, namun kucing juga perlu suka kepada kita. Ewah ewah ewah.

Ia dipanggil sebagai ‘cattitude’ di kalangan para pencinta kucing khususnya.

Berikut adalah ciri-ciri yang melayakkan seseorang untuk diterima bekerja:

•   The ideal candidate must have gentle hands capable of petting and stroking cats for long periods of time.
•   They need to be softly spoke and capable of cat whispering to calm the nerves of some of our in patients.
•   An ability to understand different types of purring is a distinct added advantage in helping you secure this position with us. – Just Cats.

Kredit cover photo : Dr. Evan Antin

Sumber : Happy Cats via : Bored Panda

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Hantar Apa Jua Jenis Fail Menggunakan WhatsApp, Messenger, Dan Sebagainya

0

Seorang pembangun aplikasi dari XDA,  balamu96m, telah mencipta sebuah aplikasi yang mampu menghantar apa jua jenis fail yang anda mahu, menggunakan apa-apa medium yang muncul melalui pilihan yang sistem berikan.

Contoh paling mudah perkongsian fail apk melalui WhatsApp. Sudah lama kita menantikan ciri ini, namun entah kenapa Mark Zuckerberg sibuk hendak meniru Snapchat dalam semua aplikasi yang telah dibeli olehnya. Ceh.

Walaubagaimanapun, aplikasi yang dinamakan sebagai SendAnyFile ini nampaknya telah merealisasikan harapan dan impian para pengguna WhatsApp (khususnyalah) yang memang membuak-buak keinginan hendak berkongsi fail selain gambar, video, dan dokumen semata-mata.

Cara menggunakannya juga mudah sahaja.
Melalui WhatsApp:
1. Anda dan kawan anda (pemberi dan penerima fail) perlu memasang terlebih dahulu aplikasi tersebut. Muat turun ia di sini: SendAnyFile
2. Kemudian, cari fail yang anda hendak hantar itu melalui pengurus fail, dan klik pada ‘SendAnyFile’.

Langkahnya – klik ‘Document’ – Browse other docs… – SendAnyFile – klik fail yang anda mahu.

3. Seterusnya ia akan disenaraikan sebagai fail .doc.
4. Pilih fail tersebut dan klik hantar.

Bagi penerima:

1. Anda perlu tetapkan SendAnyFile sebagai aplikasi untuk membuka fail .doc. Untuk buka fail .doc ‘yang sebenar’ anda boleh tetapkan kemudian menggunakan mana-mana aplikasi pejabat kegemaran.

2. Buka fail ( .saf ) yang anda terima tadi menggunakan SendAnyFile ini.

3. Selesai. Fail tersebut akan berada di direktori /sdcard/SendAnyFile/Received/

Cara kedua pula (untuk aplikasi selain WhatsApp):
1. Melalui pengurus fail anda, klik pada ikon ‘share’.
2. Cari ‘SendAnyFile’ melalui pilihan.
3. Fail anda akan diproses. Tak lama pun, tunggu sekejap.
4. Setelah ia siap, anda boleh hantar ia melalui apa juga medium yang anda mahu, contohnya Facebook Messenger.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Pengguna Kodi, Popcorn Time, Dan VLC Terdedah Kepada Sarikata Hasad

0
Imej kredit: Cult of Mac

Kita semua sedia maklum bahawa aplikasi penstriman sekarang ini semakin popular, ditambah lagi dengan kebosanan pengguna membayar siaran televisyen yang mahal.

Namun seiring peningkatan ini, maka meningkat jugalah ancaman-ancaman dari para pembangun perisian hasad yang kini nampaknya mula menyasarkan kepada pengguna aplikasi strim.

Mereka kini melangkah ke dalam melalui saluran sarikata.


Penyelidik dari Check Point, menerangkan bahawa kaedah serangan melalui sarikata ini adalah kaedah yang paling meluas serta mudah diakses. Cara serangan ini juga adalah disebabkan ia tidak mempunyai sebarang rekod laporan akan kerentanan yang melibatkan sarikata.

Dengan menjalankan kaedah serangan melalui sarikata, mana-mana penggodam akan dapat mengambil kawalan sepenuhnya ke atas mana-mana peranti yang menggunakan ia.

Berikut adalah cara serangan dilakukan, yang telah didemokan oleh Check Point Software Technologies, Ltd.

Via: TorrentFreak

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Tukarkan WhatsApp Anda Kepada mini WA+ [Custom Patch]

0

Adakah anda sudah bosan menggunakan aplikasi WhatsApp versi ‘official‘ yang mana pembangunannya diakui agak mengecewakan bagi peminat Android yang gemar kepada pelbagai ciri baru dan tetapan-tetapan menarik?

Kalau itu belum cukup, adakah sebab-sebab ini dapat membantu anda:

*Anda dah bosan dengan WhatsApp Mods.

*Pelbagai WhatsApp Mods dengan pelbagai nama sangat mengelirukan.

*Anda risau dikenakan tindakan dari WhatsApp apabila menggunakan versi ‘modded‘ (ban!).

*WhatsApp Mods selalu menggunakan base yang sudah lama.

*Anda hendak menggunakan versi rasmi tetapi hendak ciri yang hampir sama dengan versi modded.

Ok cukup setakat itu. Kalau anda berminat, bermakna tips ini untuk anda.

Apa yang diperlukan ialah:

1. WhatsApp versi terbaru.
2. Akses root.
3. Lucky Patcher.
4. Patches (ada dua versi, anda tentukan sendiri versi mana yang anda hendak guna).
5. Kesabaran.

Cara-cara menggunakan patch dan Lucky Patcher:


Sebelum memulakan apa-apa, anda lakukan dulu salinan sandaran, kemudian nyahpasang WhatsApp.

1. Muat turun dan pasang WhatsApp serta Lucky Patcher.

2. Anda perlu buat penetapan WhatsApp terlebih dahulu, tetapi pastikan anda tidak buka ia selepas nombor anda disahkan.

3. Muat turun fail patch dari sini >>> Privacy Patch

4. Pindahkan fail tersebut ke dalam direktori yang telah ditetapkan oleh Lucky Patcher. Anda boleh rujuk direktori tersebut melalui Lucky Patcher > Settings > Change Directory. Anda boleh ubah direktori ini sekiranya anda mahu, dan sila ingati direktori tersebut.

Direktori tersebut akan kelihatan seperti ini
5. Buka Lucky Patcher, kemudian klik pada WhatsApp dari senarai aplikasi. Seterusnya klik pada Open Menu of Patches > Custom Patch. Pilih mana-mana patch yang anda mahu, sama ada hideprivacy atau showprivacy. Beza antara keduanya anda boleh rujuk di sini: Features of Patch
Kalau saya, saya pilih hideprivacy_com.whatsapp
6. Sila tunggu hingga proses pengubahsuaian selesai.

7. Sekiranya tiada apa-apa masalah dan anda telah lakukan semuanya dengan betul, kesemua tulisan sepatutnya akan menjadi hijau seperti gambar ini.

Baiklah. Selesai. Mudah bukan? Apa kata anda cuba dahulu. Jika berjaya, kongsikan dengan rakan-rakan atau show off pada mereka. Heheheh.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

10 Pelayar Web Android Dengan Sokongan Proksi Dan VPN Terbina Dalaman

0

Waktu saya mula berjinak dengan dunia siber suatu waktu dahulu, saya hanya mengenali pelayar web Internet Explorer sahaja. Tidak pernah pun saya mengetahui akan wujudnya Firefox (pada waktu itulah).

Tetapi segalanya bermula ketika saya sedang cuba menyiapkan tugasan yang memaksa saya untuk ke cyber cafe. Tidak sangka pula mereka ‘menyorokkan’ Internet Explorer dan hanya meletakkan pintasan Firefox di desktop. Jenuh ‘membelek’ desktop mencari IE, dan akhirnya dengan muka menahan malu saya bertanya kepada pengguna di sebelah akan manakah perginya IE.

“Saya tak guna IE tu bang. Saya guna ni”, kata beliau sambil menunjuk kepada pintasan Firefox di desktop saya. Saya pun klik padanya dan meskipun saya tidak beberapa menyukai paparan antaramuka Firefox yang ketika itu agak ‘hodoh’, saya cuba membiasakan diri dengannya.

Dek kerana itu, saya kini terpanggil untuk berkongsi dengan anda 10 pelayar web Android, yang mempunyai sokongan proksi atau VPN yang terbina secara dalaman, tidak perlu kepada aplikasi/addon luaran.

Kenapa? Kerana dengan mengenali adanya pelayar web lain selain Chrome, Firefox, dan Opera, sekurang-kurangnya pengguna dapat mencari alternatif yang lebih disukai olehnya. Semoga bermanfaat.

1. Opera Mini

Tidak syak lagi, kalau disebut mengenai pelayar web Android beserta proksi, inilah dia pelayarnya. Boleh dikatakan Opera (Mini) adalah antara perintis kepada ciri pemadatan data menggunakan saluran proksinya. Sangat disyorkan kepada mereka yang berminat menggunakan pelayar web seperti ini.

2. VPN Browser

Pelayar web ini merupakan antara kegemaran saya. Segala perubahan IP dilakukan secara automatik, yang bererti VPN diaktifkan terus tanpa perlu melibatkan perantaraan dengan penggunanya.

3. Puffin Browser Pro

Puffin Browser Pro ialah satu-satunya pelayar web dengan sokongan proksi yang saya beli. Hati terus terdetik untuk menyambarnya selepas menggunakan versi percuma. Ia sangat-sangat laju. Ternyata apa jua ‘booster‘ yang telah ditoyolkan ke dalam pelayar web ini memberikan impak signifikan. Sangat disyorkan kepada anda.

4. Orfox + Orbot

Seperti namanya, ia adalah pelayar web Firefox namun telah dibuat modifikasi bagi memastikan ia menyokong pautan laman TOR (deep/dark web). Sangat sesuai buat yang teringin hendak memasuki laman deep web tanpa menggunakan PC.

5. Tenta

Anda boleh baca reviu Tenta pada artikel yang telah dipos sebelum ini di sini: Tenta Browser: Pelayar Web Android Dengan OpenVPN Terbina Dalaman

6. Webzilla

Pelayar web bernama Webzilla ini unik dek kerana ia juga seperti Tenta, mempunyai sokongan VPN terbina dalaman. Namun ia hanya mempunyai dua pilihan lokasi pelayan iaitu USA dan Europe. Untuk memperoleh sokongan penuh, anda perlu memuat turun dan gunakan klien VPN mereka iaitu Webzilla Unlimited Free VPN.

7. InBrowser + Orbot

Sepertimana Orfox, InBrowser juga menyokong sambungan kepada rangkaian proksi TOR melalui Orbot. Secara tepatnya, ia dan Orfox tidaklah mempunyai proksi terbina dalaman, namun tanpa Orbot, ia tidak akan lengkap. Oleh itu bolehlah dikatakan gabungan antara keduanya menjadikan ia sebagai ‘satu’.

8. Unblock Website VPN Browser

Kalau diperhatikan, paparan antaramukanya tidak ubah seperti VPN Browser yang telah dijelaskan di atas. Tidak pasti siapa tiru siapa, tetapi selagi ia memberikan kita alternatif lebih baik, apa salahnya.

9. Private Browser-Proxy Browser

Untuk pengetahuan anda, pelayar web ini satu-satunya pelayar yang mempunyai langganan bulanan bagi perkhidmatan proksi mereka. Tetapi pada saya ia amat berbaloi memandangkan jumlah lokasi yang boleh dipilih agak banyak serta kelajuan yang diperolehi agak bagus.

Anda boleh lihat harga bayaran langganan bulanan seperti gambar di atas.

10. Fire.onion


Info mengenai pelayar web ini anda boleh baca pada artikel Cara Memasuki Laman Deep/Dark Web Menggunakan Telefon Pintar.

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan dan adik-beradik anda jika anda rasa ia menarik dan berguna.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Polis Robot Memulakan Rondaan Di Dubai

0

Polis dalam ‘jelmaan’ robotik kini memulakan tugasnya di jalan-jalan Dubai dengan rondaan rasmi, tidak ubah seperti Robocop.

Robot tersebut bergerak menggunakan roda, serta boleh bercakap dalam 6 jenis bahasa. Juga terdapat tablet pada bahagian ‘dadanya’ yang boleh digunakan oleh orang awam untuk membayar denda serta melaporkan jenayah.

Ianya telah direkabentuk oleh para polis Dubai, dengan bantuan IBM Watson dan Google.

Menurut Brigadier-General Khalid Nasser Al Razzouqi – Ketua Pengarah Smart Services, robot polis ini dicipta bukan bertujuan untuk menangangi jenayah serius, sebaliknya bertujuan untuk mengambil alih kerja-kerja ringan.

“With an aim to assist and help people in the malls or on the streets, the Robocop is the latest smart addition to the force and has been designed to help us fight crime, keep the city safe and improve happiness levels”.

Menurut beliau lagi, robot tersebut boleh bertutur dan berbual, menjawab soalan-soalan dari orang awam, berjabat tangan, dan memberikan tabik hormat.

Sumber > RT Viral

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara Memasuki Laman Deep/Dark Web Menggunakan Telefon Pintar

0

Adakah boleh memasuki deep atau dark web dengan menggunakan telefon pintar?

Jawapannya ya, boleh. Kerana keperluan untuk memasuki laman tersebut ada satu sahaja iaitu ‘Tor Browser’ (Windows), dan untuk versi Android ianya adalah gabungan antara Orfox dan Orbot.

Orfox merupakan pelayar web Firefox yang telah dibuat modifikasi manakala Orbot pula ialah alat bagi mengaktifkan sambungan proksi yang menyokong laman berserta URL deep/dark web (.onion).

Tetapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah. Hanya perlukan satu pelayar web sahaja, yang mana ia mempunyai sokongan proksi seperti Orbot namun ia terbina dalaman.

Ia dinamakan sebagai Fire.onion.

Fire.onion adalah alat yang paling efisien bagi para ‘peminat’ yang kepingin untuk memasuki laman deep/dark web namun dalam masa yang sama inginkan pelayar web dengan prestasi yang boleh diharap serta kurang menggunakan tenaga bateri.

Segalanya dilakukan secara automatik tanpa memerlukan interaksi langsung dari pengguna. Sebaik sahaja pengguna berjaya disambungkan ke rangkaian proksi, ia akan terus membawa pengguna kepada laman enjin carian DuckDuckGo, versi alamat pautan deep web, .onion.

Gambar di atas adalah contoh laman dalam deep web yang boleh diakses setelah menggunakan Fire.onion ini.

Cuma sedikit pesanan dari saya, apa pun yang anda lakukan, sila berhati-hati. Mungkin laman deep web adalah laman yang tidak diindeks oleh Google, jadi sebenarnya tiada apa yang terlampau istimewa melainkan ia perlu kepada sambungan proksi khusus untuk ‘memberi’ akses atau kebenaran kepada pengguna sebelum dapat melayarinya.

Namun kuncinya di situ. Disebabkan ia tidak diindeks menjadikan ia laman yang selesa untuk ditempati oleh para penjenayah dan orang-orang sakit jiwa yang sentiasa bersedia dan tidak akan pernah teragak-agak untuk menyusahkan hidup anda.

Jadi, sila berhati-hati, dan buka mata serta akal semasa membuat klik di mana-mana.

Muat turun: Fire.onion

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda jika anda rasa ia berguna.

Views: 29

Iklan Newspaper Inline

WikiLeaks Melepaskan Spyware CIA Dikenali Sebagai Athena

0

WikiLeaks kali ini telah membuat post baru berkenaan dengan sebuah spyware yang dicipta oleh pihak CIA.

Dinamakan sebagai Athena, spyware ini berkebolehan untuk menyerang kesemua versi Windows bermula dari XP, hinggalah kepada Windows 10.

Spyware ini membolehkan penyerang untuk mencuri data dan menghantar ia ke lokasi lain, contohnya pelayan-pelayan CIA, dan boleh memadam data serta melakukan jangkitan tambahan dengan memasang pelbagai lagi malware ke dalam PC yang telah berjaya dijangkiti.

Di dalam spyware ini mengandungi 2 modul. Modul utamanya ialah Athena, yang mampu menyerang Windows XP hingga Windows 10. Modul kedua pula ialah Hera, yang boleh menyerang Windows 8 hingga Windows 10.

Spyware tersebut telah dibangunkan hasil kerjasama antara CIA dan Siege Technologies, sebuah syarikat keselamatan siber yang berpangkalan di New Hampshire.

Via: On MSFT

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

WannaCry Ransomware Decryption Tool Dilepaskan: Muat Turun Untuk Menyahaktif

0

Jangan Reboot Sistem Anda Jika Terkena Ransomware WannaCry

Benjamin Delpy, Penyiasat keselamatan daripada Perancis telah menjumpai satu penyelesaian masalah kepada ancaman Ransomware WannaCry ini.

Beliau telah mengeluarkan satu program tools yang dinamakan sebagai WanaKiwi. Satu penyelesaian masalah yang berguna pada Windows XP dan Windows 7 yang telah dijangkiti oleh Virus RansomWare ini.

Teori beliau adalah Ransomware ini akan menjana sendiri kata kunci apabila menyerang komputer mangsa dan kunci tersebut akan berada dalam keadaan tersembunyi dalam memori komputer jika mangsa tidak reboot sistem apabila kena virus tersebut.

Apabila mangsa menggunakan program tools WanaKiwi, program tersebut akan mencari kata kunci tersebut didalam memori. Dan jika mangsa bernasib baik menjumpai kata kunci tersebut, mereka boleh mendapatkan fail mereka semula.

Jika anda ingin tahu tentang perkembangan WanaKiwi dan WannaKeyTools, boleh layari laman GitHub mereka.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline