Friday, 7 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 15

Topson Umumkan Persaraan Dari Dota 2 Selepas TI-13

0

Topias “Topson” Taavitsainen, salah seorang pemain paling berpengaruh dalam sejarah Dota 2, telah secara rasmi mengumumkan persaraannya selepas The International 2024 (TI13). Topson, yang pernah menjuarai The International dua kali bersama OG pada tahun 2018 dan 2019, memutuskan untuk mengakhiri kerjayanya selepas gagal mencapai impian menjadi pemain pertama yang menjuarai tiga TI. Pada TI13, Topson dan pasukannya, Tundra Esports, berjaya menduduki tempat ketiga sebelum tersingkir oleh Gaimin Gladiators.

Dua Sebab Utama Persaraan

Terdapat dua sebab utama di sebalik keputusan persaraan Topson:

  1. Keluarga
    Topson ingin meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya, terutamanya setelah menjadi bapa pada tahun 2021. Isterinya yang berasal dari Malaysia juga memainkan peranan penting dalam keputusannya untuk mengutamakan keluarga. Selepas The International 10, Topson telah berehat sementara dari arena profesional untuk memberi fokus kepada keluarganya. Namun, dia kembali beraksi pada 2022 dan sekali lagi pada 2024 bersama Tundra Esports. Meskipun prestasinya masih baik, dia gagal memenangi sebarang trofi pada tahun ini.
  2. Perkhidmatan Tentera di Finland
    Selain itu, kemungkinan besar Topson juga perlu mematuhi undang-undang Finland yang mewajibkan semua warganegara menjalani latihan pertahanan negara. Ini pernah berlaku kepada rakan senegaranya, Lasse “MATUMBAMAN” Urpalainen, yang juga terpaksa bersara buat sementara waktu untuk menjalani perkhidmatan ini.

Pencapaian Luar Biasa Topson

Topson dikenang sebagai salah seorang pemain terbaik dalam sejarah Dota 2, terkenal dengan gaya permainan berani dan tidak konvensional di posisi mid lane. Dia mencipta sejarah sebagai pemain pertama yang menjuarai dua kali The International berturut-turut tanpa pengalaman profesional sebelumnya.

Kepulangan pada 2024 dan Percubaan Terakhir

Pada tahun 2024, Topson kembali ke kancah profesional bersama Tundra Esports untuk satu percubaan terakhir sebelum bersara. Walaupun berjaya mencapai tempat ketiga di The International 2024, impian untuk menambah satu lagi kemenangan TI tidak tercapai, mengakhiri kariernya dengan penghormatan yang tinggi dalam dunia Dota 2.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Lembaga Zakat Perlu Guna Teknologi Bagi Elak Fitnah Dunia Maya

0

Lembaga Zakat Boleh Usahakan Penggunaan Sistem Blockchain Bagi Menghentikan Segala Fitnah

Kutukan dan sindiran terhadap institusi zakat negara ini tak putus-putus saban hari. Tambah memburukkan keadaan, apabila ada pendedahan penyelewangan wang zakat di beberapa institusi zakat negeri seperti yang dilaporkan dalam berita arus perdana.

Penyelewangan ini pula bukanlah sikit, malahan mencecah jutaan ringgit!

Dalam isu ini, kita perlulah berlaku adil dan ambil pendekatan selidik dahulu. Benar, memang ada kes penyelewengan wang zakat. Benar, ada kes terlepas pandang wang zakat. Namun begitu, semua perlu faham yang bahagian kutipan dan pemberian zakat adalah dua jabatan dan isu berbeza. Apabila kita membayar zakat, itu kewajipan kita.

Apabila asnaf memohon zakat, itu bukan lagi tanggungjawab dan amanah kita sebaliknya amanah ke atas institusi zakat itu sendiri.

Sebagai seorang yang banyak terlibat dengan asnaf, saya dapat katakan agihan zakat di Malaysia ini baik walaupun tidaklah sempurna. Bantuan perubatan contohnya, mudah dipohon. Di Terengganu, sudah berapa ramai asnaf memohon bantuan zakat perubatan melalui MAIDAM. Bantuan dalam bentuk wang ringgit, alatan perubatan dan juga keperluan harian.

Jangan ungkit kutipan saja berjuta. Agihan tahunan pun berjuta juga.

Bantuan zakat pendidikan pun, ramai juga yang sudah menerima manfaat. Saya sendiri pun melalui MAIK pernah menerima bantuan zakat pengajian ke IPTA yang sangat membantu saya dalam urusan pendaftaran ke IPTA untuk yuran pengajian.

Zakat pendidikan MAIK antara yang tertinggi setahu saya. RM700 untuk sijil, RM1,800 untuk diploma dan RM2,100 untuk ijazah.

Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan juga wujudnya ruang untuk penambahbaikan. Sekiranya pusat zakat mampu membuat penyelenggaraan bangunan pusat kutipan zakat, pasti pusat zakat juga mampu untuk mewujudkan satu sistem untuk agihan zakat. Bukankah pembayaran sudah boleh dibuat online? Saya pasti, permohonan jika boleh dibuat online juga bagi memudahkan asnaf memohon.

Zakat pengajian contohnya, hanya memerlukan dokumen rasmi tawaran ke IPTA. Bagi saya, ini satu kategori zakat yang sebenarnya boleh sahaja diberi kelulusan melalui semakan online. Betulkan saya kalau salah. Untuk kategori lain pun, boleh juga diusahakan untuk dibuat permohonan online. Saya tidak pasti sama ada sistem permohonan online ini sudah ada atau tidak kerana sehingga ke hari ini, asnaf yang saya jumpa semuanya mengatakan mereka perlu menghantar borang secara manual. Mohon kongsikan maklumat jika ada.

Zaman sudah maju. Pembayaran zakat pun dah boleh buat secara atas talian saja.

Sekali lagi saya ulang, ini untuk permohonan saja. Untuk kelulusan, jika perlu semakan di lapangan, pusat zakat boleh menugaskan amil di kawasan untuk membuat lawatan asnaf. Jika dengan permohonan melalui sistem, bukankah proses penugasan amil dan penyusunan kawasan bertugas ini akan lebih mudah? Jika sesebuah kawasan itu ada terlalu banyak asnaf yang memohon, pusat zakat boleh mengalih jawatan amil di kawasan yang kurang bebanan tugas ke kawasan yang tinggi bebanan tugas.

Penggunaan teknologi blockchain juga bagus untuk dipertimbangkan. Penggunaan blockchain ini memastikan satu rekod yang awam, selamat dan berpusat. Maka, tiadalah lagi ruang untuk mana-mana pihak membuat tohmahan tidak berasas tentang ke mana wang zakat dibelanjakan. Dengan rekod umun ini, penyelewengan juga akan lebih mudah dikesan.

Apa pandangan pembaca?

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

PRISM+ Membuka Cawangan Pertama Di Melaka Dengan Promosi Pelancaran Eksklusif

0

● Promosi Pembukaan Istimewa untuk 50 Pelanggan Pertama dengan potongan harga besar bernilai lebih RM400.

● Dengan keluasan 1,225 kaki persegi, kedai pertama PRISM+ di Melaka menawarkan ruang pameran yang luas untuk rangkaian produk jenama ini.

● Destinasi teknologi baharu di Melaka, hab sehenti untuk paparan premium dan penyelesaian rumah pintar.

Melaka, 12 September 2024 — Jenama elektronik pengguna, PRISM+, dengan bangganya mengumumkan pembukaan besar kedai pertamanya di Melaka. Terletak di S-05, Tingkat 2, AEON Bandaraya Melaka, outlet baharu seluas 1,225 kaki persegi ini menjanjikan syurga bagi pencinta teknologi dan peminat rumah pintar. Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, jenama ini akan menawarkan tawaran eksklusif di kedai untuk 50 pelanggan pertamanya, dengan potongan harga besar bernilai lebih RM400 untuk TV dan monitor. Kedai baharu ini akan dibuka kepada orang ramai pada 14 September 2024 jam 10 pagi.

Outlet baharu ini menampilkan pelbagai produk wajib dimiliki, termasuk televisyen yang memukau, monitor yang mengasyikkan, soundbar yang berkuasa, pembersih udara, serta Luna Smart Air Conditioner yang sangat dinanti-nantikan. Pelanggan digalakkan untuk mengunjungi kedai dan menyaksikan demonstrasi langsung penyaman udara pintar ini, yang mempamerkan ciri-ciri canggihnya dan kawalan lancar melalui aplikasi pintar PRISM+.

“Ketika kami berkembang ke Melaka, kami sangat teruja untuk membawa produk PRISM+ lebih dekat kepada rakyat Malaysia, menawarkan nilai luar biasa dan aksesibiliti. Kedai baharu ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh hubungan kami dengan komuniti Melaka, membolehkan kami berinteraksi dengan pelanggan dengan cara yang lebih peribadi dan bermakna. Kami kekal komited untuk menyediakan produk berkualiti tinggi yang mendefinisikan jenama PRISM+. Saya yakin penduduk Melaka akan menghargai dan menikmati pengalaman runcit yang kami tawarkan, daripada teknologi peralatan pintar terkini kepada paparan premium,” kata Eric Kam, Pengarah Negara PRISM+ Malaysia.

Bagi meraikan acara ini, PRISM+ menawarkan tawaran eksklusif kepada 50 pelanggan pertama di outlet baharu Melaka pada hari pembukaan. Promosi yang tidak dapat dilepaskan ini menawarkan potongan harga yang signifikan pada produk kegemaran ramai, mencerminkan dedikasi jenama ini untuk memberikan elektronik premium pada nilai yang luar biasa.

S40 | 40″ Google TV (Pelancaran Baharu)
Harga Istimewa: RM769 (Harga Biasa RM1,199) apabila membeli dengan Atome
S43 | 43″ Google TV (Pelancaran Baharu)
Harga Istimewa: RM999 (Harga Biasa RM1,349) apabila membeli dengan Atome
Q55U | Best-Selling 55″ 4K QLED Google TV
Pakej Istimewa: Pembersih Udara Pintar Aura percuma bernilai RM429
W220v | Monitor 22″ 100Hz
Harga Istimewa: RM299 (Harga Biasa RM349)
F245i | Monitor Gaming IPS 24.5″ 180Hz (Pelancaran Baharu)
Harga Istimewa: RM589 (Harga Biasa RM669)
X270 | Monitor Gaming Lengkung 27″ 180Hz
Harga Istimewa: RM649 (Harga Biasa RM1,099)

AEON Mall Bandaraya Melaka: Destinasi Membeli-belah Terkemuka di Pusat Bandar Melaka

Terletak di tengah-tengah bandar Melaka, AEON Mall Bandaraya Melaka ialah destinasi membeli-belah terkemuka yang menawarkan pelbagai pilihan runcit. Pusat beli-belah ini menampilkan segalanya daripada butik fesyen mewah dan jenama antarabangsa terkenal kepada kedai khusus tempatan, semuanya dalam susun atur yang moden dan luas. Pengunjung dari semua peringkat umur boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang selesa dan menyeronokkan, menjadikannya lokasi yang sempurna untuk kedai pertama PRISM+ di Melaka.

Hanya 6 minit dari Jalan Hang Tuah, AEON Mall Bandaraya Melaka menyediakan akses mudah kepada pelbagai pengalaman membeli-belah. Pada pelancaran ini, pelanggan boleh meneroka rangkaian penuh produk popular PRISM+, termasuk penyaman udara pintar yang baru dilancarkan, yang menawarkan kemampuan dan inovasi. Kedai ini juga mempamerkan komitmen PRISM+ terhadap masa depan, dengan rancangan untuk terus berkembang dalam industri peralatan rumah pintar.

Selain tawaran PRISM+, outlet ini akan menampilkan pelbagai pilihan peralatan permainan Logitech G terkini—daripada tetikus dan papan kekunci kepada set kepala—yang melengkapkan monitor permainan PRISM+ yang mampu milik. Ini menjadikan kedai tersebut sebagai destinasi sehenti sebenar untuk peminat hiburan dan permainan.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Facebook Page OMG Hackers Telah Dipadam oleh Meta

0

Facebook Page Rasmi OMG Hackers Kini Telah Dipadam di Facebook

Hari yang sedih pada hari ini kerana laman Facebook Page rasmi kami di Facebook telah diturunkan oleh pihak Meta. Keputusan ini diterima pada pagi ini setelah proses rayuan dibuat kepada pihak Meta untuk semakan manual. Oleh kerana ini kali ketiga laman Facebook Page kami menerima amaran, maka Meta telah menurunkan Facebook Page kami secara automatik.

Oleh itu, kami dengan berat hati dan sugul mengumumkan Facebook Page kami “OMG Hackers” tidak lagi dapat diakses di Facebook. Ia juga tidak akan keluar dalam hasil carian di Facebook.

 

Kami mengambil keputusan untuk menaikkan Facebook Page baru kami dengan nama sementara “OMG Hackers Community“. Harapan kami, satu pertemuan atau saluran komunikasi terus dapat diadakan bersama pihak Meta Malaysia dalam masa terdekat bagi mendapatkan semula Facebook Page utama kami.

Penurunan halaman Facebook Page dengan jumlah follower yang ramai kerap berlaku di dalam dan luar negara. Penggunaan A.I oleh Meta dalam mengesan dan membuat keputusan pelanggaran peraturan juga seringkali dibelenggu dengan pelbagai masalah dan false positive. Di Malaysia, trend ini dapat dilihat lebih jelas pada Facebook Page yang selalu membuat pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat supaya menjauhi pelaburan-pelaburan palsu.

Langkah Facebook tiba-tiba memperketatkan peraturan dan polisi mereka di Facebook juga dilihat terburu-buru dan tidak difikirkan secara menyeluruh. Bayangkan, sebuah hantaran yang dibuat pada 8 tahun lalu yang mana ia tidak melanggar sebarang polisi dan sensitiviti pada masa hantaran dibuat boleh dikenakan tindakan pada hari ini.

Kelompongan ini juga kerap digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menyerang Facebook Page sesiapa sahaja yang mereka tidak bersetuju. Mereka mengajak sekelompok rakan-rakan atau ahli keluarga mereka untuk membuat laporan ke Facebook lalu sistem automasi Facebook terus menerima laporan tersebut sebagai sesuatu yang benar. Hanya kerana ia dilaporkan oleh ramai pengguna.

Dengan ini, kami dengan penuh rasa rendah diri memohon agar para pengikut, peminat dan pembaca kami untuk mengikuti kami di Facebook Page kami yang baru di OMG Hackers Community. Sokongan anda, semangat kami. Tanpa anda, siapalah kami. Doakan kejayaan dan agar kami dapat berkembang lebih maju untuk terus menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat dalam bahasa yang mudah difahami semua.

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ubisoft Di Ambang Kejatuhan? Pelabur Mahu Ambil Alih Dan Pecat CEO

0
ubisoft and star wars outlaw
ubisoft and star wars outlaw

Harga saham penerbit Assassin’s Creed merosot hampir 10% semasa dagangan 10 hari yang lalu, sebelum ditutup dengan penurunan sebanyak 7.13% pada harga €13.67. Saham syarikat ini telah menyusut lebih daripada 50% dalam setahun kebelakangan ini dan kini berada hampir dengan paras terendah dalam sedekad.

Kejatuhan harga saham Ubisoft telah berlaku lebih awal bulan ini, dilaporkan berpunca daripada pelancaran Star Wars Outlaws yang kurang memberangsangkan serta penurunan mendadak minat terhadap permainan tembak-menembak percuma, XDefiant.

Pada hari Isnin, firma pelaburan AJ Investments mengeluarkan surat terbuka yang menyeru perubahan dalam strategi dan struktur Ubisoft.

Mereka menggesa lembaga pengarah untuk mempertimbangkan pengambilan syarikat secara persendirian, “melaksanakan program pengurangan kos menyeluruh dan menyelaraskan jumlah kakitangan agar lebih selari dengan peneraju industri,” memperkukuhkan fokus pada IP utama, serta menggantikan CEO sedia ada, Yves Guillemot.

AJ Investments, sebuah firma dari Slovakia, memegang kurang daripada 1% saham Ubisoft, menurut Wall Street Journal.

Pengarah kreatif Star Wars Outlaws menyatakan rasa “agak kecewa” dengan skor ulasan permainan itu, namun pembangun Ubisoft Massive bertekad untuk memperbaiki permainan tersebut melalui kemas kini selepas pelancaran.

Hari ini, Ubisoft juga mula menawarkan mata wang maya percuma kepada pemain XDefiant yang log masuk, dalam usaha meningkatkan penglibatan apabila musim pertama kandungan langsung permainan itu hampir tamat.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Dari Peniru Ke Peneraju: China Mendahului AS Dalam Persaingan Teknologi

0

Kajian terbaru dari Amerika Syarikat mendapati bahawa inovasi teknologi China adalah jauh lebih kuat daripada yang difahami sebelum ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Yayasan Teknologi dan Inovasi Maklumat (ITIF), inovasi China pada tahun 2020 adalah 139% daripada tahap inovasi di AS, meningkat daripada 78% pada tahun 2010.

Ini menunjukkan bahawa China telah melepasi AS dalam satu ukuran utama inovasi dan telah membuat kemajuan besar dalam beberapa bidang lain.

China kini memimpin dalam beberapa teknologi kritikal seperti superkomputer, kecerdasan buatan (AI), komputasi kuantum, dan kereta api berkelajuan tinggi.

Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa inovasi China dalam penerbitan artikel saintifik dan pendaftaran paten global semakin meningkat, mengatasi AS dalam beberapa bidang sains dan teknologi penting.

Walaupun begitu, penyelidikan China masih kurang berpengaruh berbanding AS dalam beberapa bidang, dan terdapat cabaran sosial seperti populasi yang menua yang mungkin memperlahankan momentum inovasi China.

Namun, dengan potensi untuk menjadi pemimpin dalam teknologi global, China dijangka akan terus mengubah landskap geopolitik dan rantaian bekalan global dalam dekad-dekad yang akan datang.

Laporan ini memberi amaran kepada negara-negara Barat, terutama AS, untuk memperkukuhkan pelaburan dalam sains dan teknologi demi memastikan mereka kekal bersaing dengan China dalam bidang teknologi maju.

Terus, kita pula bagaimana?

Di mana kedudukan kita sebagai pesaing, rakan kolaborasi, atau peneraju dalam bidang teknologi ini?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Infinix Akan Menjadi Jenama Telefon Pintar Pertama Menjalankan Black Myth: Wukong?

0

Infinix, pengeluar telefon pintar yang semakin meningkat populariti, nampaknya sedang bersiap sedia untuk mencipta sejarah tersendiri.

Berdasarkan spekulasi terbaru, syarikat itu mungkin menjadi yang pertama melancarkan telefon pintar yang mampu menjalankan permainan video yang sangat dinanti-nantikan iaitu Black Myth: Wukong.

Black Myth: Wukong – dibangunkan oleh Game Science Studio serta menggunakan Unreal Engine 5 adalah permainan aksi RPG yang mendapat perhatian global sejak trailer pertamanya dikeluarkan.

Dikenali kerana visual menakjubkan dan pertarungan yang sengit, permainan ini memerlukan kuasa pemprosesan yang sangat tinggi untuk berfungsi pada keupayaan penuh.

Jadi, bagaimana Infinix yang lebih dikenali untuk telefon pintar kelas pertengahan dan bajet, dapat mencapai prestasi sebegitu?

Menurut beberapa laporan, peranti terbaru dari Infinix dijangka mempunyai spesifikasi mantap bersama sebuah GPU khusus – dibangunkan dengan kolaborasi Black Myth: Wukong.

Jika ini benar, ia akan menjadi pencapaian besar bagi Infinix dengan meletakkan jenama tersebut sebagai pesaing serius dalam pasaran telefon pintar premium.
Hanya masa yang akan menentukan sama ada Infinix dapat memenuhi jangkaan yang semakin tinggi.

Tetapi satu perkara pasti, jika Infinix berjaya, mereka akan menetapkan satu penanda aras baru dalam industri telefon pintar, sekaligus menarik perhatian peminat permainan video dan penggemar teknologi di seluruh dunia.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Dimensity 9400 Mengatasi Apple A18 Pro Dalam Ujian Geekbench Multi-Teras

0

Terdapat perkembangan menarik dalam dunia cip pemprosesan mudah alih, di mana cip Dimensity 9400 dari MediaTek yang bakal dilancarkan telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan dalam ujian penanda aras Geekbench, mengalahkan cip Apple A18 Pro dalam ujian multi-teras.

(Konfigurasi teras Dimensity 9400 anda boleh buat carian sendiri ya. Kalau tulis juga makin panjang pula nanti).

Dalam perbandingan ini, Oppo Find X8 yang dikuasakan oleh Dimensity 9400 mencatatkan skor lebih tinggi berbanding iPhone yang menggunakan cip Apple A18 Pro.

Berdasarkan laporan NotebookCheck dan PhoneArena, perbandingan antara kedua-dua cip ini memaparkan bahawa Dimensity 9400 mencatat prestasi lebih baik dalam ujian multi-teras, yang biasanya mencerminkan kecekapan dan kuasa pemprosesan semasa menjalankan tugas-tugas intensif secara serentak.

Ini juga turut menunjukkan bahawa MediaTek semakin serius dalam memantapkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam pasaran cip mudah alih, mencabar dominasi Apple dan Qualcomm.

Dengan prestasi yang semakin memberangsangkan dari cip Dimensity 9400, ia menandakan kehadiran peranti Android yang lebih berdaya saing dalam aspek kelajuan dan prestasi berbanding peranti Apple pada masa akan datang.

Keputusan awal memberi petanda positif kepada MediaTek, dan Oppo Find X8 mungkin menjadi penanda aras kepada prestasi peranti mercu akan datang. Jangan dilupa bahawa cip ini belum diumumkan lagi, yang bererti masih dapat dilakukan penambahbaikan terhadapnya.

Penat tulis panjang ni, OPPO/realme/OnePlus ada manis-manis tak? Ehem.

– Abam Arya Al-Kipas-Susah-Hati.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

OpenAI Memperkenalkan ChatGPT Model Baru o1-Preview

0

OpenAI telah melancarkan siri model AI terbaru mereka, dinamakan OpenAI o1, yang direka untuk menyelesaikan masalah yang kompleks dengan lebih baik. Siri ini memberi fokus kepada keupayaan penaakulan yang lebih mendalam dan berupaya menyelesaikan masalah yang lebih sukar dalam bidang sains, pengaturcaraan, dan matematik.

Model o1-Preview dan o1-Mini

Dua model telah diperkenalkan:

  • o1-preview: Model utama yang lebih canggih dan sesuai untuk tugasan rumit.
  • o1-mini: Versi lebih ringan, lebih pantas, dan 80% lebih murah, sesuai untuk pengaturcaraan.

Model-model ini boleh diakses oleh pengguna ChatGPT Plus dan Team, dengan had mesej mingguan tertentu. Pembangun juga boleh mengakses model ini melalui API dengan had penggunaan yang lebih rendah, namun dengan penambahan ciri pada masa akan datang.

Kelebihan Siri Model o1

  • Keupayaan Penyelesaian Masalah yang Lebih Baik: o1 dioptimumkan untuk tugas yang memerlukan penaakulan mendalam seperti penghasilan formula saintifik yang kompleks atau mengatasi masalah matematik yang mencabar.
  • Keselamatan yang Ditingkatkan: Siri ini juga dilatih untuk lebih patuh kepada garis panduan keselamatan dengan ketat, menjadikannya lebih selamat berbanding model sebelum ini.

Akses dan Ketersediaan

Pengguna ChatGPT Enterprise dan Edu akan mendapat akses minggu hadapan, manakala pengguna ChatGPT percuma dijangka akan mendapat akses kepada model o1-mini tidak lama lagi.

Apa Yang Akan Datang

Selain kemas kini model yang berterusan, OpenAI merancang untuk menambah ciri seperti pelayaran web, muat naik fail, dan fungsi lain untuk menjadikan model ini lebih berguna kepada pelbagai jenis pengguna.

– Funtikar (AtotheP)

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Mencuba ChatGPT o1 Preview Model Terbaru dari OpenAI

0
Testing o1 preview new from Chatgpt
Testing o1 preview new from Chatgpt

Hei semua! baru-baru ni, min tengah santai-santai baca pengumuman terbaru dari OpenAI tentang model AI mereka yang terkini o1 preview. Biasalah, min suka update dengan teknologi baru. Tapi kali ni, ada sesuatu yang buat min TERPANA!

OpenAI kata model ni bukan sekadar untuk pengguna biasa, tapi khas untuk saintis, penyelidik, dan mereka yang hadapi masalah kompleks. Terus min terfikir, “Kalau macam tu, mesti model ni dah ‘tune’ untuk pemahaman yang lebih mendalam!”

Sebagai seseorang yang suka bereksperimen dalam dunia pengaturcaraan (walaupun bukan programmer tegar ), min memang gemar cuba benda-benda baru. Salah satu impian min ialah nak buat transpiler sendiri.

Eh, apa benda transpiler tu? 🤔

Bayangkan macam ni: Transpiler adalah alat yang boleh tukarkan kod daripada satu bahasa pengaturcaraan ke bahasa yang lain. Macam sihir, kan?  Contohnya, tukar kod dari JavaScript ke Python atau sebaliknya. Ia macam penterjemah, tapi untuk bahasa komputer! Sebelum ni, nak buat transpiler sendiri memang leceh dan perlukan kemahiran dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan.

Jadi, min pun terfikir, “Boleh ke ChatGPT o1 preview ni buat transpiler?”

Dengan semangat ingin tahu yang membara, min pun terus cuba!  Untuk eksperimen ni, min minta ChatGPT tukarkan kod dari JavaScript ke batch file (bahasa skrip untuk Windows). Memang boleh je kalau nak suruh ChatGPT translate direct, tapi min nak uji sejauh mana kebolehan model baru ni. Plus, min buat ni just for fun! 😁

Dan hasilnya? JENG JENG JENG!

ChatGPT o1 preview BETUL-BETUL boleh buat transpiler!

Serius, min terkejut gila! AI ni bukan sahaja faham kod yang min bagi, tapi dia boleh hasilkan kod batch file yang berfungsi dengan sempurna. Mind blown!

Transpiler ni hasil sepatutnya dia buat jadi macam ni :

Min sebenarnya pernah cuba kat ChatGPT model biasa dengan Claude sebelum ni tapi tak memuaskan hati min sebab memang tak jadi. Yang ni sekali atau dua kali prompt boleh dapat apa yang min nak.

Apa maksud semua ni?

Ini bermakna AI ni bukan sekadar ikut arahan, tapi dia faham konteks, berfikir secara mendalam, dan selesaikan masalah dengan bijak. Bayangkan potensi yang ada!

Akhir kata

Teknologi akan terus berkembang, sama ada kita suka atau tidak. Mungkin lebih baik kita sedar dan faham daripada ketinggalan. Namun, sentiasa kritikal dan bijak dalam menilai setiap perkembangan yang muncul.

Klik sini untuk berita dan maklumat lanjut mengenai o1-Preview
https://omghackers.com/openai-memperkenalkan-chatgpt-model-baru-o1-preview/

-Funtikar(AtotheP)

Views: 0

Iklan Newspaper Inline