Pengarah ‘The Batman’, Matt Reeves mengeluarkan babak yang dipadam (deleted scene) pada hari Khamis lalu, memaparkan Robert Pattinson sebagai The Batman berhadapan dengan musuh klasiknya, Joker, yang dilakonkan oleh Barry Keoghan.
Adegan itu tersedia selepas melawati laman web: <?>, dan menjawab semua teka-teki di laman web tersebut.
Babak menunjukkan penemuan siasatan Batman bahawa Riddler telah membunuh pesuruhjaya polis bandar Gotham, dan meninggalkan satu lagi nota yang ditujukan kepadanya.
Tidak senang dan terkejut dengan minat Riddler terhadap dirinya, Batman memutuskan untuk mencari sebarang petunjuk tentang perkara yang membuatkan Riddler membunuh. Disebabkan itulah, dia bertemu dengan Joker dalam Arkham bagi mendapatkan ‘buah fikirannya.’
Babak memuncak dengan Joker menyindir Batman bahawa sebahagian dari dirinya bersetuju dengan keputusan Riddler untuk menamatkan riwayat pemimpin Gotham yang terperangkap dalam rasuah.
Berikut ialah video yang dipaparkan selepas menjawab teka-teki: The Batman | Deleted Arkham Scene
Barry Keoghan digambarkan sebagai versi Joker yang lebih menakutkan dengan wajah yang ‘rosak’, sama seperti versi The CW lakonan Cameron Monaghan.