Sekian lama saya menggunakan aplikasi YouTube versi iYTBP kerana selain ia bebas iklan, ia juga mempunyai tema gelap dan pelbagai lagi tetapan lain yang pada saya sangat diperlukan, contohnya tetapan resolusi pilihan untuk setiap kali video dimainkan.
Namun dalam versi terbaru aplikasi YouTube (13.0), nampaknya ia akan membawakan tema gelap atau hitam yang sekian lama dinantikan, juga mode incognito.
Sepertimana kita sedia maklum, pengguna boleh hentikan sejenak atau ‘pause’ sejarah tontonan dan sejarah carian. Secara tidak langsung apa-apa yang dicari dan ditonton tidak dimasukkan ke dalam senarai main dan Google juga tidak perlu memberi cadangan video berasaskan kepada sejarah tontonan tersebut.
Namun dengan adanya mode incognito ini, pengguna tidak perlu lagi log keluar untuk ‘membebaskan diri’ secara sepenuhnya dari rekod tontonan dan carian.
Menurut hasil ‘APK Teardown’ oleh 9to5Google, akan terdapat ikon incognito untuk menjadi penunjuk sama ada mode tersebut sedang digunakan ataupun tidak. Selain itu, bakal diimplementasi juga ciri mudah untuk melangkau iklan dengan hanya menyeret jari (swipe) berbanding menekan butang seperti sekarang.