Apakah Antivirus Terbaik? Adakah Windows Defender Sahaja Mencukupi?

Saya menggunakan Windows 10, di kedua-dua laptop dan PC saya. Selama menggunakannya saya hanya bergantung kepada Windows Defender (sebab waktu tu duit tak cukup lagi nak beli antivirus kegemaran saya).
Saya hanya menjalankan Windows Defender bersama-sama dengan Cybereason RansomFree dan selama itu mana-mana komputer saya tidak pernah dijangkiti virus.
Jadi bila datang rezeki, saya terus sambar lesen ESET Internet Security. Heheheh. Kenapa? Adakah Windows Defender tidak mencukupi?
Jangan salah faham ya. Menurut beberapa badan bebas yang menjalankan ujian terhadap antivirus terkemuka termasuklah Windows Defender (dalam Windows 10), sebagai contoh AV-TEST dan AV-Comparatives, mereka mendapati bahawa perlindungan yang diberikan telah meningkat secara signifikan.
Anda boleh rujuk carta (carta lama) di bawah.
Dalam erti kata lain Windows Defender tidaklah begitu teruk, dengan merujuk kepada beberapa laporan, menunjukkan perlindungan yang diberikan olehnya adalah hampir menyamai antivirus berbayar, asal saja dengan syarat anda jalankan sistem operasi yang sentiasa dikemaskini, aplikasi juga dikemaskini, dan menjauhi mana-mana laman web yang berpotensi memberikan anda jangkitan virus apatah lagi malmare dan ransomware (safe browsing practice).
Namun ini tidak bermakna ianya adalah pilihan yang ‘terbaik’, jika kita mempertimbangkan hasil dapatan kajian dan ujian dari badan-badan bebas tersebut yang menunjukkan bahawa masih lagi terdapat banyak ancaman yang melepasi imbasan oleh Windows Defender.
Jadi, apakah antivirus terbaik untuk sistem operasi anda?
Trend Micro, Kaspersky, Bitdefender, Avast, AVG, AVIRA, adalah antara nama-nama yang menduduki carta pengesanan virus dan malware terbaik (AV-Comparatives).
Namun ada beberapa antivirus di atas (dalam versi percuma) yang akan memberikan crapware dalam fail pemasangnya, juga memasang extension pelayar web yang tidak diingini, serta mempunyai iklan-iklan dalam bentuk popup yang menjengkelkan.
Jadi, jika anda jenis ‘broken‘, dan anda adalah ‘manusia baik’ yang tidak melayari laman-laman web ‘yang tidak selamat’, Windows Defender mungkin pilihan ‘sehabis baik’ untuk anda, walaupun ia tidak dapat menyamai perlindungan yang setara dengan Trend Micro, Bitdefender, ataupun Kaspersky.
Apa antivirus pilihan saya? Semestinya ESET Internet Security yang digabungkan bersama Cybereason RansomFree.
Prestasi ESET amat memuaskan hati, tidak ‘melembabkan’ PC, dan mempunyai tetapan mudah faham, termasuklah ‘Advanced setup’.
‘Detection rate’ yang baik
Selain itu ia juga mempunyai ‘Banking & Payment Protection’, suatu lapisan perlindungan kepada pelayar web ketika anda membuka mana-mana laman web perbankan.

Lihat sahaja pelayar web ini yang mempunyai lapisan luar berwarna hijau sambil mempunyai signature ‘Secured by ESET’ di atasnya.

Ini ialah paparan dalam ‘Advanced setup’. Anda boleh lihat sendiri ESET Internet Security mempunyai perlindungan terhadap ransomware.
Ini pula adalah Cybereason RansomFree. Anda boleh juga gabungkan bersama Malwarebytes (anti-malware) untuk menjadikan ia bergandingan dengan ESET Internet Security. Kalau ada modal, tak salah anda sambar terus ESET Smart Security Premium.
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x