Apa Itu Trafik Organik?

Mr.Hac masih belum menemui nama yang sesuai untuk kaedah yang Mr.Hac olah-cipta. Jika anda mempunyai idea yang bernas, tolong namakan boleh? Ada yang mengatakan formula sebegini hanya satu penipuan (scam) tetapi Mr.Hac sendiri telah marasai hasilnya. Dan ilmu yang bakal Mr.Hac berikan nanti semuanya PERCUMA saja. Jadi terpulang kepada penilaian anda.

Pengenalan Kepada Trafik Organik (Organic Traffic)

Quote dari Wikipedia:

Web traffic which comes from unpaid listing at search engines or directories is commonly known as “organic” traffic. Organic traffic can be generated or increased by including the web site in directories, search engines, guides (such as yellow pages and restaurant guides), and award sites.

Dapatlah difahami dengan mudah bahawa trafik organik ialah trafik web yang datang dari enjin carian hasil dari pencarian kata kunci yang berkait rapat dengan penggunaan menyeluruh hasil paparan muka depan enjin carian itu sendiri.

Iklan Google

Bagaimana mengoptimumkan penggunaan enjin carian untuk mendapatkan trafik organik yang maksimum? Merujuk kepada Ryan Deiss, terdapat 3 algoritma Google yang perlu diketahui dan difahami oleh semua iaitu:

1. Isi kandungan (kata kunci, nama domain, tag, dan lain-lain)

2. Pautan (inbound, outbound, dan lain-lain)

3. AKTIVITI (trafik, langganan RSS, komen, kemaskini, dan lain-lain)

Iklan Google

Matlamat kita adalah untuk mendapatkan ranking pertama (kalau boleh) hingga ke sepuluh pada paparan muka depan hasil enjin carian. Berikut adalah contoh dari Mr.Hac:

Dapat dilihat keputusan hasil carian bagi setiap kata kunci yang disasarkan adalah berjaya melalui google.com. Meskipun tersenarai pada nombor 7, mahupun 10, ia akan tetap memberi trafik organik yang jauh lebih banyak berbanding paid listing. Anda perlu tahu bahawa antara google.com dan google.com.my mempunyai hasil carian yang BERBEZA. Oleh itu dengan mengoptimumkan keputusan hasil carian untuk ‘memihak’ kepada blog anda tidak kira dari mana-mana enjin carian utama, terutamanya Google adalah prioriti nombor 1 supaya anda akan sentiasa MENANG di muka depan Google.

Kebanyakkan orang di luar sana mengakui mereka adalah PAKAR kepada kaedah ini, yang umumnya dikenali sebagai Search Engine Optimization (SEO). Namun mereka sebenarnya tidak lebih dari sekadar TAHU, berbanding perkataan PAKAR yang merujuk kepada kearifan dalam bidang tersebut.

Kerana SEO bukan hanya sekadar bermain dengan perkataan, kata kunci, pengubahsuaian templat blog untuk menjadikan ia ‘mesra’ enjin carian, dan contoh-contoh lain. Ia LEBIH dari itu. Kerana setiap kata kunci yang diinginkan untuk digunapakai mempunyai sasaran (target) tertentu, oleh itu anda sepatutnya sudah dapat menjangkakan berapa banyak jumlah pelawat unik yang akan diterima jika ia berjaya. Disebabkan ia perlu kepada satu golongan sasar, maka KAJIAN lanjut perlu dibuat agar kata kunci itu menepati kehendak carian semasa mahupun akan datang.

Iklan Google

Pada entri akan datang Mr.Hac akan mengupas dengan lebih lanjut bagaimana ia boleh dicapai
melalui 3 algoritma Google itu tadi.
Sampai berjumpa lagi, Wassalam.

UPDATED SCREENSHOT:

Serammm niiiiehhhhh.. ^^

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img