Android Akan Mengikuti Jejak Langkah Ciri iOS

Baru saja abam menulis mengenai Apple App Tracking Transparency, rupa-rupanya Google pun akan mengikut langkah Apple dalam melaksanakan ciri ketelusan penjejakan aplikasi. Rujuk artikel kami di sini tentang Apple App Tracking Transparency.

Google ikut jejak Apple? Macamlah tak biasa. Cuma kali ini mereka menyalin ciri yang bagus untuk diikuti.

Dalam satu hantaran di blog Google, mereka mengatakan bahawa para pembangun aplikasi mempunyai tempoh masa sehingga setahun untuk menyelesaikan informasi privasi aplikasi mereka.

Pembangun perlu menyatakan data-data yang dikumpul dan disimpan, contohnya lokasi, senarai kenalan, nama, alamat emel, jenis fail yang disimpan, dan bagaimana data tersebut digunakan.

Paling penting, aplikasi tersebut perlu menyatakan sama ada data yang diminta membantu ia berfungsi atau tidak, dan apakah pengguna mempunyai pilihan untuk mengongsikan data mereka.

Google mengatakan bahawa mereka juga memerlukan pembangun untuk memberitahu jika maklumat privasi yang dinyatakan telah disahkan oleh pihak ketiga yang bebas.

Semua aplikasi di Google Play, termasuk aplikasi Google sendiri – akan diminta untuk berkongsi maklumat ini dan memberikan polisi privasi.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x