Anda Kini Boleh Memiliki Hartanah Tanpa Membeli Tanah

NFT, metaverse, blockchain dan kripto. Empat perkataan dan perkara yang paling hangat di dunia moden masa kini. Banyak kontroversi dan banyak juga ulasan kiri dan kanan yang mengatakan perkara ini akan terkubur dalam masa terdekat. Tapi lihatlah, ia terus berkembang dan hampir tidak dapat dihentikan.

NFT, sebuah aset yang digital yang boleh dibeli dengan matawang kripto dan menggunakan teknologi blockchain. Walau keras dikritik, tetap menarik semakin ramai pelabur.

Berbalik kepada hartanah digital. Anda kini boleh membeli hartanah anda sendiri di dunia digital. Jika hartanah di dunia realiti dimiliki dengan sekeping dokumen, hartanah di dunia digital dimiliki melalui NFT.

Anda akan menyimpan NFT dengan kod anda sendiri di dalam blockchain yang membuktikan anda sebagai “pemilik” sesebuah hartanah digital. Ia seperti geran tanah, tapi ia digital. Sesuai dengan taraf hartanah anda yang juga digital.

Iklan Google

Ada banyak projek hartanah digital dan antara yang popular adalah Decentraland, Cryptovoxels, Somnium Space dan The Sandbox di mana harga-harga hartanah digital ini semakin melonjak naik. Decentraland contohnya, telah mengaut sehingga 50juta USD dalam penjualan hartanah digital, aset dan juga avatar.

Jadi, apa pendapat anda? Hartanah digital, ya atau tidak? Adakah anda akan turut serta?

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img