Anarchy Linux bukanlah sebuah distro penuh, berasaskan Arch Linux. Ia bukan derivatif seperti Linux Mint yang berasaskan Debian dan kemudiannya menjadi sebuah distro penuh yang berdiri di atas kakinya sendiri.
Anarchy adalah Arch Linux. Ya, ia adalah Arch Linux yang disertakan dengan skrip pemasang berbentuk paparan antaramuka baris perintah (command line interface/CLI).
Secara asasnya, sebaik anda memulakan skrip, satu paparan antaramuka baris perintah akan keluar. Ia bermula dari penentuan partisi, hinggalah berakhir kepada penamaan pengguna.
Pendek kata, jalan kerja pemasangannya adalah sama yang ada dalam ArchWiki, dan sama juga dengan artikel yang pernah saya tulis dahulu di sini: Cara Pasang Arch Linux Dan Deepin Desktop Environment Dual Boot Dengan Windows
CUMA, ianya dipermudahkan dengan paparan antaramuka (baris perintah) yang memberikan anda pilihan dari satu elemen ke satu elemen. Di akhirnya, anda akan selesai dan berjaya memasang Arch Linux. Ya, diulangi, Arch Linux.
Berikut saya paparkan, beberapa tangkap layar dari Anarchy Linux ini.
Baiklah, ini pula adalah paparan persekitaran meja MATE selepas siap pemasangan.
Sangat-sangat mudah. Hanya perlu fahamkan apa yang ditanya, jawab ya atau tidak, anda sudah boleh memasang Arch Linux sehingga siap. Cuma bab partitioning tu saya sarankan kaji baik-baik dahulu, takut nanti gagal untuk boot pula.
Anda boleh muat turun dan cuba Anarchy Linux hari ini melalui laman webnya: Anarchy Linux