Views: 1
Hari ini saya uji sebuah HP EliteDesk tahun 2015. Boleh tahan selek juga desktop ini. Display port hanya menggunakan DP dan VGA saja, tiada HDMI. Satu standard yang boleh dikatakan agak “keras” untuk tahun 2015.
Setelah plug dipasangkan, lampu menyala dan kipas CPU berpusing. Tapi, makin lama makin kuat sampai macam bunyi turbo. Reset dilakukan berkali-kali tapi masalah tetap sama. PC tak mahu masuk ke Windows mahupun BIOS.
Cuba tukar hard disk ke SSD, sama. Cuba ketatkan wayar, sama. Cabut RAM, gosok, dan pasang semula pun sama. Sampai mati akal dibuatnya. Biasa kalau dah cabut dan pasang semula RAM, dah ok.
Nak tahu apa saya buat untuk buat dia boleh boot semula?
Saya buang cooler dan ekzos CPU, cabut CPU dan pasang semula. Sambil tu, tukar terus thermal paste guna thermal paste dari Noctua. Barulah boleh masuk ke Windows dengan jayanya.
Mungkin CPUnya ada “lari” sikit masa proses penghantaran. Inilah pengalaman pertama saya kena reseat semula CPU pada PC yang tak boleh boot. Biasa kita reseat RAM saja.
Orang lain ada pengalaman sama?