Hubungi Meta sebentar tadi melalui panggilan. Berkenaan Content Monetization yang tidak adil.
Seperti yang kita semua maklum, pengguna Malaysia sudah mula menerima tawaran Content Monetization di Facebook. Pengguna individu dan pemilik Facebook Page kini boleh menjana pendapatan di Facebook dengan membenarkan Meta melakukan pengiklanan di Status, gambar ataupun video kita di Facebook.
OMG Hackers juga tidak terkecuali menerima jemputan ini. Malahan, jemputan telah diterima kami lebih awal lagi sebelum ramai menerimanya. Mungkin kerana admin ada melanggan Meta Verified.
Masalahnya apa?
OMG Hackers sehingga ke hari ini masih lagi belum menerima kelulusan Content Monetization. Jadi, walaupun artikel dan kandungan kami asli, kami tidak menerima sebarang bayaran dari Meta. Dalam tragedi arwah Zara, kami dapati banyak akaun individu berjaya menjana pendapatan dari Content Monetization dengan hasil AI, berita palsu dan juga maklumat tidak sahih. Walau reach traffic hanya berbelas ribu saja, pendapatan Content Monetization agak tinggi.
Berbanding kami, yang mana 1 muat naik secara purata mencecah 40,000 hingga ke 1,000,000 reach tidak menerima sebarang pendapatan atau peluang Content Monetization. Reach bulanan kami juga mencapai 4 juta atau lebih trafik setiap bulan.
Hal ini tidak hanya terjadi kepada kami, malah kepada rakan-rakan media dan pencipta kandungan juga. Kami tidak layak mendapat Content Monetization walaupun mencipta kandungan asli dan berkualiti.
Saya katakan terus kepada Meta tadi, Meta nampaknya tidak komited dengan kandungan asli. Sebaliknya lebih menggalakkan kandungan tidak berkualiti, malas, meniru dan tidak sahih. Manakala, pihak media dan pencipta kandungan asli dipinggirkan. Seolah-olah cuba memotong motivasi para penulis dan pencipta kandungan ilmiah.
Kesimpulan dari aduan di Meta? TUNGGU. Ya, sampai sudah dia suruh kami tunggu saja untuk dapat kelulusan Content Monetization. Sampai bila? Mungkin sampai Abang Jamil menopos.
