Kemahiran Asas Penggodam (Basic Hacker’s Skills) BAHAGIAN PERTAMA ini ditulis oleh Mr.Hac setelah agak lama Hac tak menulis entry mengenai hacking..maklum la..duk terkejar entry HOT untuk tingkatkan trafik..sekarang dah ada widget apesal, boleh duduk tenang sikit la..heheh..
Untuk entry Bahagian Pertama ini, biarlah Hac mulakan dengan Jenis Password Hacking..Jenis/Cara Password Hacking boleh dibahagikan kepada 4 iaitu:
- Passive Online Attack
- Active Online Attack
- Offline Attack
- Non-Technical Attack
1. Passive Online Attack
Dalam kaedah ini penyerang iaitu penggodam tidak berhubung secara terus dengan sasaran untuk mendapatkan kata laluan dari mereka..dengan kata pendek penggodam cuba untuk menggodam kata laluan para pengguna akan tetapi tanpa berhubung dengan akaun pengguna.
2. Active Online Attack
Ianya boleh diterjemahkan secara mudah iaitu kaedah meneka kata laluan pengguna..penyerang akan mencuba satu demi satu kata laluan sehingga dapat memecah masuk ke akaun pengguna.
3. Offline Attack
Kaedah ini dilakukan di lokasi berbeza dari komputer tempat kata laluan digunakan (faham ke ayat ni?)..Offline Attack termasuklah penggunaan kaedah Dictionary Attack, Brute Force Attack, Hybrid Attack dan sebagainya..(akan dijelaskan kemudian)
4. Non-Technical Attack
Kaedah ini tidak memerlukan sebarang ilmu teknikal (dah nama pun Non-Technical kan?)..kaedah ini termasuklah social engineering, shoulder surfing, keyboard sniffing dan juga dumpster diving..
Untuk entry ini, Hac berikan kepada anda semua ASAS, atau pengenalan terhadap kemahiran asas/pengetahuan asas yang perlu ada pada seorang hacker..selepas ini Hac akan berikan penerangan yang lebih terperinci berkenaan dengan entry ini..oleh itu, jangan lupa datang lagi ke mari esok!