Adf.ly ialah servis pemendekan pautan secara percuma. Namun, biarpun ia percuma, ia membayar kepada para penggunanya yang memendekkan pautan serta menayangkan iklan mereka.
Akan tetapi, jika khidmat percuma yang membayar penggunanya ini digunakan secara berhemah, seperti memendekkan pautan-pautan yang berguna, ia tidak menjadi masalah. Bagaimana pula jika pautan itu membawa kepada sesuatu yang beunsur penipuan seperti laman palsu (phishing page) atau pautan-pautan lain yang tidak berguna kepada sesiapa?
Oleh itu kaedah bypass pautan adf.ly adalah sangat berguna tambahan pula kita tidak lagi perlu menunggu lama untuk membuka pada pautan yang sebenar. Ikuti tutorial ringkas kali ini..
RedirectionHelper userscripts
RedirectionHelper ialah skrip yang membantu untuk melepasi pautan adf.ly dan lain-lain jenis servis pemendekan pautan.
Para pengguna Google Chrome boleh terus memasang skrip ini pada pautan di bawah:
Klik -> RedirectionHelper userscripts
Para pengguna Firefox pula perlu memasang add-on Greasemonkey terlebih dahulu.
Klik -> Greasemonkey
Anda boleh menambah atau mencuba skrip yang lain di sini -> userscripts.org
Tak lupa juga anda boleh mencuba skrip Fly-Ads-Fly (thanks to citeje.com)
Klik -> Fly-Ads-Fly
Apa yang perlu anda lakukan selepas memasang add-on Greasemonkey (bagi pengguna Firefox) ialah dengan klik pada butang ‘Install’ seperti di bawah:
Bagi pengguna Google Chrome ia akan menjadi extension setelah selesai pemasangan.
Say good bye to adf.ly!
via: Eins.my