Menyingkap Rahsia Di Sebalik ‘Free Facebook Password Hacking Software’

Sekarang Facebook bukan lagi media untuk berkenalan sahaja. Ia merupakan satu FENOMENA, satu perasaan ‘kebanggaan’ kepada mereka yang mempunyai akaun dan kenalan dari seantero dunia.

Pelbagai peristiwa, sejarah, terakam melalui Facebook. Ada antaranya yang baik, cemerlang, tak kurang juga yang sedih dan tragis! Namun apabila kesemua ini bergabung berselirat, maka tidak hairanlah menggodam akaun Facebook menjadi KEGILAAN dan kemudian menjadi satu TREND kepada mereka yang mahukannya.<— Amacam? Best tak intro? Haha Harimah Rahman!

Melalui kajian yang Mr.Hac lakukan, hampir 98% pembaca mahupun yang ‘kebetulan’ singgah ke blog ini lalu menghubungi Mr.Hac melalui ruangan Hubungi Admin mahukan cara yang paling SENANG untuk menggodam Facebook dan kalau boleh mahukan sebuah tool untuk melakukannya. Kata kunci ‘how to hack facebook account’ yang dulu menjadi kegemaran kini bertukar menjadi ‘free facebook password hacking software’. Sudahlah mahukan yang PERCUMA, mahukan yang SENANG, tak mahu pula belajar dari asasnya! So now you’re ready to listen to me? Lets move on..

Iklan Google

Scam, Scam, Scam, s**t Totally Scam!

Iklan Google

Keylogger – Fakta: Jika anda KERAP memuat turun pelbagai tool untuk KONONNYA dapat menggodam kata laluan Facebook secara PERCUMA dan MUDAH lagi SENANG tanpa memeningkan kepala dan hati anda yang malas, maka persiapkan lah komputer anda dengan ANTIVIRUS yang kuat dan dikemaskini secara kerap dan berkala. Kerana kebiasaannya tool yang KONONNYA PERCUMA lagi MUDAH digunakan ini mengandungi keylogger atau trojan di dalamnya. Nak lagi best? RAT.. Kalau dah mula rasa prestasi komputer mula menurun, maka jangan hairan jika duit dalam bank ‘ghaib fi awalul basar’, atau akaun-akaun anda yang lain pula dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
So you think you can hack huh?

Phisher – Fakta: Pernah guna tool yang KONONNYA meminta anda untuk memasukkan maklumat diri (credentials) seperti alamat e-mel serta kata laluan untuk dapat menggunakan tool tersebut, maka anda secara langsungnya memberikan maklumat sulit anda itu kepada pembuat tool berkenaan! Bagaimana pula tu? Mudah, apabila phishing melalui e-mel menjadi semakin sukar, maka tool yang bertindak sebagai ‘phishing page’ a.k.a phisher menggantikannya dengan menempatkan diri kepada dekstop anda atas kerelaan anda sendiri. Yap.. Apabila anda klik pada butang ‘Hack’ (atau apa saja yang tertera) ia akan memaparkan GUI seolah-olah ‘hacking in progress’. Tapi akhir keputusannya ZERO, NADA, ZILCH. Nak yang percuma lagi kan?

Youtube – Fakta: Semuanya ‘auta’ belaka! Tiada satu pun tools yang datang dari Youtube diberikan secara PERCUMA tanpa ada Udang Di Sebalik Kejadian! Mahu apa lagi dari tool percuma?? Virus lah! Kalau tak percaya cuba muat turun salah satu tool yang mendakwa dapat menggodam Facebook dengan mudah.
Ada alert dari antivirus? Ada kan!
Err.. Habis tak kan takda langsung yang berkesan Mr.Hac? Tak ada lah cik adik!

Perkhidmatan Godam Dalam Talian – Fakta: Mereka yang mencipta laman web seperti ini tidak lain tidak bukan mahu menjana profit yang tinggi dari hasil KEMALASAN anda. Mungkin ada sesetengah dari anda yang sanggup membayar orang lain supaya godamkan akaun pasangan, kawan mahupun seteru (ada bukti dalam e-mel Mr.Hac). Orang seperti inilah target dalam kaedah pemasaran laman-laman web seperti itu. MUNGKIN, dan sekali lagi MUNGKIN ada yang benar, namun sanggupkah anda membayar dalam mata wang USD? Kalau sanggup dipersilakan. Tapi hasilnya tiada jaminan!

Sebelum anda terkena tolong beringat sikit dan tolong ‘peringat’ sama pada kawan-kawan yang ada niat seperti di atas. Jangan kerana tool kecil yang bersaiz tak sampai 1MB, seluruh hidup anda kucar kacir jadinya. Cuba rajin-rajinkan diri, pertingkatkan lagi ilmu anda, dan jadilah manusia yang dapat membezakan antara baik dan buruk realiti di dunia siber ini!
Petuanya, belajar Bahasa Inggeris pandai-pandai, ambil tahu ‘bahasa IT’ sampai cekap, InsyaAllah selamat.

Jadi lepas ni Mr.Hac tidak akan balas lagi e-mel yang meminta untuk godamkan akaun Facebook orang lain, no matter it is for good purpose or not! BELAJARLAH DARI MULA.
Kalau tak mahu pasangan anda menipu dalam perhubungan, ambil tahu sikit pasal IT. Kerana ‘buta’ dalam hal IT tu lah yang kena tipu tu! Marah dengan ayat kasar ni? Lantak kau lah! Heheh Helikopter!

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img