Monday, 22 September 2025
UtamaTips Dan TutorialCara Mengecilkan Bar/Dock Unity Dalam Ubuntu 11.10

Cara Mengecilkan Bar/Dock Unity Dalam Ubuntu 11.10

Views: 0

Salam.

Kita semua sedia maklum akan Ubuntu Oneiric Ocelot, yang telah pun menukar antaramuka atau persekitaran desktop dari Gnome 2.++ kepada Unity. Di awal kemunculannya, dalam versi 11.04, ramai yang mencemuh, tidak kurang yang mengatakan ini adalah satu kegagalan besar buat Ubuntu.

Namun, semakin lama ia berkembang, semakin baguslah ia. Mr.Hac mula ‘cuba-cuba’ dengan Ubuntu dari versi 10.10, dan apabila ia masuk versi 11.04, Mr.Hac tidak teragak-agak untuk format semula komputer dan memasangnya, kerana ia masih menawarkan ‘Classic Desktop’ iaitu Gnome 2.32. Tetapi apabila keluar sahaja versi 11.10, tiada lagi pilihan tersebut, kerana Gnome 3 sudah mengambil alih secara penuh terhadapnya.

Dengan masuknya Gnome 3, ini bermaksud bermulanya fasa baru dalam keserasian antara perkakasan dan juga perisian. Unity telah menjadi persekitaran desktop lalai pada Ubuntu 11.10.

Rata-rata ramai yang mahu bar Unity dikecilkan secara lalai. Mungkin ia akan dijadikan seperti itu pada versi akan datang, mungkin juga tidak. Untuk mengecilkannya dalam Ubuntu 11.10, apa yang anda perlu lakukan ialah:

1. Pasang CompizConfig Settings Manager (CCSM):

sudo apt-get install compizconfig-settings-manager

Atau pasangkannya melalui Ubuntu Software Center (USC).

2. Dalam CCSM, pergi kepada Ubuntu Unity Plugin > Experimental > Launcher icon size > Tukarkan mengikut saiz yang anda mahu

ATAU

Pasangkan tool yang dipanggil sebagai MyUnity:

sudo add-apt-repository ppa:myunity/ppa

sudo apt-get update && sudo apt-get install myunity

Saiz ’39’ tampak bagus pada desktop Mr.Hac:

Cara yang ketiga, cara yang paling mudah sekali ialah dengan menggunakan Ubuntu Tweak!

Muat Turun: Ubuntu Tweak

Buka Ubuntu Tweak > Tweaks > Unity Settings > Launcher > Icon Size > Ubah ikut saiz yang anda suka

Amacam? Cukup sudah dengan panduan ini. Harap anda akan mula menggunakan Unity dan melekat terus kepadanya kerana ia cukup mudah dan seronok untuk digunakan!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com
Artikel Berkaitan
- Advertisment -

Paling Popular