Ubuntu 12.10 Beta 1 Dilepaskan!

Setelah agak beberapa lama menunggu dari tarikh yang dijadualkan, akhirnya (lega) Ubuntu 12.10 Beta 1 dilepaskan untuk dimuat turun.

Apa yang menarik dalam versi terbaru Quantal Quetzal ini? Cuba kita telusuri bersama-sama beberapa ciri yang boleh dikatakan ‘out of the box’.

1. Unity Previews

Bagi Mr.Hac, ini adalah ciri yang paling ‘awesome’ sekali. Masakan tidak, Unity Dash yang dahulu kegunaannya sangat minimum, kini diperluaskan lagi skop kegunaannya sehingga anda dapat memainkan muzik sekalipun, terus melalui Unity Dash jika anda mahu. Memang sangat ‘cool’ dan sesiapa yang melihatnya juga bakal teruja untuk mencuba. Cara menggunakannya sangat mudah, anda cuma perlu klik kanan pada mana-mana gambar, lagu, atau aplikasi yang anda cari melalui Unity Dash, kemudian fungsi Unity Previews akan terpapar.

Iklan Google

Setakat yang saya sudah cuba, kedua-dua versi iaitu muzik dalam talian dan juga dalam simpanan cakera keras boleh dimainkan terus melalui Unity Dash tanpa perlu menggunakan pemain muzik berasingan! Memang cool habis! Anda boleh lihat pada paparan skrin di bawah:

2. Unity 2D Digugurkan

Unity 2D tiada lagi dalam sokongan, ia digugurkan terus dari sistem operasi, bertujuan memudahkan para pembangun untuk menumpukan kepada satu desktop shell sahaja. Selain dari itu, faedah yang pengguna dapat ialah semua orang akan dapat prestasi dan ciri yang sama, tiada beza antara satu pengguna dengan yang lain. Buat para pengguna yang mempunyai PC berspesifikasi rendah, Unity mungkin terasa sedikit perlahan.

3. Wallpaper baru

Untuk para penggemar ‘dekorasi’, elok benarlah kiranya anda lihat wallpaper baru yang telah dimasukkan dalam Ubuntu 12.10. Memang sangat cantik, sangat menarik. Ini ialah wallpaper kegemaran saya:



4. Magic Lamp dihidupkan secara lalai (default)

Jika anda biasa menggunakan Mac OS X, maka anda pasti biasa dengan Genie Effect. Magic Lamp ini adalah seperti Genie Effect tersebut, cuma dalam Ubuntu 12.10 Beta 1, ia bukan dihidupkan ketika anda minimize tetingkap yang terbuka, tetapi sebaliknya, iaitu ketika anda klik ikon tetingkap tersebut untuk memunculkan ia semula. Jadi anda tidak perlu lagi menggunakan CCSM untuk menghidupkan ia, kecuali anda mahu ia beraksi untuk minimize pula.

Iklan Google

5. Ubuntu Online Accounts

Iklan Google

Saya sebenarnya masih ‘mamai’ lagi dengan ciri baru ini, tetapi ideanya agak mudah, iaitu anda log masuk pada Online Accounts, dan kesemua aplikasi seperti klien e-mel, IM, Picasa dan sebagainya lagi, akan mendapatkan data anda melalui ia.

6. Ubuntu One Client Yang Dipertingkatkan

Klien bagi Ubuntu One nampaknya telah diperbaiki lagi fungsinya apabila ciri seperti bar carian untuk fail yang berada dalam storan dan juga ciri perkongsian pautan telahpun dimasukkan.

7. Sebenarnya ada beberapa lagi ciri yang saya sendiri belum sempat untuk ‘explore’. Tetapi anda boleh baca keseluruhan reviu dari blog OMG! Ubuntu! atau Web Upd8. Mr.Hac harap anda boleh enjoy dengan entri ini dan jangan lupa mencuba rilisan Ubuntu Beta 1. Ia sememangnya masih belum stabil, tetapi buat mereka yang sukakan cabaran, maka inilah masa yang paling sesuai.

Iklan Google

Muat Turun : Ubuntu 12.10 Beta 1

Mr.Hac: Should I blame it on the heart or blame it on skin, blame it on her or blame it on him, blame it on man or blame it on jin, when the only one to blame is the enemy within..

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img