Facebook Page OMG Hackers Telah Dipadam oleh Meta

Facebook Page Rasmi OMG Hackers Kini Telah Dipadam di Facebook

Hari yang sedih pada hari ini kerana laman Facebook Page rasmi kami di Facebook telah diturunkan oleh pihak Meta. Keputusan ini diterima pada pagi ini setelah proses rayuan dibuat kepada pihak Meta untuk semakan manual. Oleh kerana ini kali ketiga laman Facebook Page kami menerima amaran, maka Meta telah menurunkan Facebook Page kami secara automatik.

Oleh itu, kami dengan berat hati dan sugul mengumumkan Facebook Page kami “OMG Hackers” tidak lagi dapat diakses di Facebook. Ia juga tidak akan keluar dalam hasil carian di Facebook.

 

Kami mengambil keputusan untuk menaikkan Facebook Page baru kami dengan nama sementara “OMG Hackers Community“. Harapan kami, satu pertemuan atau saluran komunikasi terus dapat diadakan bersama pihak Meta Malaysia dalam masa terdekat bagi mendapatkan semula Facebook Page utama kami.

Penurunan halaman Facebook Page dengan jumlah follower yang ramai kerap berlaku di dalam dan luar negara. Penggunaan A.I oleh Meta dalam mengesan dan membuat keputusan pelanggaran peraturan juga seringkali dibelenggu dengan pelbagai masalah dan false positive. Di Malaysia, trend ini dapat dilihat lebih jelas pada Facebook Page yang selalu membuat pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat supaya menjauhi pelaburan-pelaburan palsu.

Iklan Google

Langkah Facebook tiba-tiba memperketatkan peraturan dan polisi mereka di Facebook juga dilihat terburu-buru dan tidak difikirkan secara menyeluruh. Bayangkan, sebuah hantaran yang dibuat pada 8 tahun lalu yang mana ia tidak melanggar sebarang polisi dan sensitiviti pada masa hantaran dibuat boleh dikenakan tindakan pada hari ini.

Kelompongan ini juga kerap digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menyerang Facebook Page sesiapa sahaja yang mereka tidak bersetuju. Mereka mengajak sekelompok rakan-rakan atau ahli keluarga mereka untuk membuat laporan ke Facebook lalu sistem automasi Facebook terus menerima laporan tersebut sebagai sesuatu yang benar. Hanya kerana ia dilaporkan oleh ramai pengguna.

Dengan ini, kami dengan penuh rasa rendah diri memohon agar para pengikut, peminat dan pembaca kami untuk mengikuti kami di Facebook Page kami yang baru di OMG Hackers Community. Sokongan anda, semangat kami. Tanpa anda, siapalah kami. Doakan kejayaan dan agar kami dapat berkembang lebih maju untuk terus menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat dalam bahasa yang mudah difahami semua.

 

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img