CEO Logitech Hanneke Faber Mahu Anda Bayar Langganan Untuk Tetikus

CEO Logitech Mahu Anda Bertahan Dengan Hanya Satu Tetikus Selama-lamanya

Hanneke Faber telah jadi buah mulut di kalangan peminat dan pemain industri semenjak pandemik Covid19 yang lalu. Dengan pengalamannya yang meluas, Hanneke Faber telah menjadi orang kepercayaan Logitech untuk mestrukturkan semula model perniagaan dan produk pengguna Logitech.

Hanneke Faber, CEO Logitech. Gambar: GettyImage

Maka Terhasillah Idea Tetikus Abadi

Hanneke Faber sedar dan akur dengan fakta bahawasanya seluruh perniagaan Logitech terbina dengan sebuah tetikus. Logitech telah dan sentiasa di hadapan dalam menghasilkan tetikus terbaik di pasaran baik dari segi teknologi, rekaan, dan kehendak peminat. Tidak keterlaluan untuk kita semua katakan, “Kalau anda inginkan tetikus, beli saja dari Logitech. Pasti tidak akan menyesal”

Dengan percubaan Logitech menggunakan AI dalam siri produknya, Hanneke juga berpendapat yang sama. Bagi Hanneke, anda hanya perlukan satu sahaja tetikus sepanjang hidup anda. Tetikus ini pula boleh dikemaskini dan dinaiktaraf dari semasa ke semasa. Apabila bercakap tentang kemaskini berterusan, pastinya ia akan melibatkan perisian. Sokongan perisian berterusan pula, pastinya melibatkan kos langganan.

Alamak, lupa bayar bil tetikus!

Asal-usul Idea Tetikus Abadi

Tetikus abadi bukanlah idea daripada Hanneke. Sebaliknya, ia adalah idea daripada pasukan inovasi Logitech di Pusat Inovasi Logitech, Ireland. Di sana, Hanneke telah dipersembahkan dengan idea tetikus dan jam tangan.

Iklan Google
Logitech G502 HERO, antara tetikus terbaik Logitech

“Bayangkan, anda mempunyai jam tangan yang anda betul-betul suka. Ia tidaklah begitu mahal, tapi anda tak bercadang pun untuk membuangnya pada bila-bila masa yang akan datang. Jadi, kenapa saya perlu buang tetikus atau papan kekunci saya yang berkualiti tinggi, direka dengan baik dan disokong dengan perisian? Tetikus abadi adalah sesuatu yang kami semua ingin realisasikan.”

– Hanneke faber, decoder

Tambah Hanneke lagi, komponen yang paling penting dalam menjayakan tetikus abadi adalah perisiannya. Hanneke turut menekankan kepetingan AI yang dianggapnya salah satu daripada 3 komponen penting dalam Logitech. Ia akan disokong oleh pasukan sokongan dan jurutera daripada Logitech.

Menjawab apabila ditanya adakah tetikus abadi ini akan melibatkan langganan, Hanneke menjawab:

“Ya. Dan anda tak perlu risau tentangnya”

Transkrip penuh temuramah Hanneke Faber boleh dibaca di The Verge.

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img