Ada satu komponen pada peranti digital yang boleh dikatakan ‘wajib’ digunakan namun hanya sesetengah orang saja yang ‘mengambil berat’ akan kewujudannya, iaitu papan kekunci (keyboard).
Disebabkan tidak ramai yang ambil peduli (kecuali dalam keadaan terpaksa), maka biasanya pengguna akhir yang tak ambil kisah akan kekal menggunakan stock keyboard. Terdapat panduan dari Lifehacker tentang bagaimana cara untuk memilih papan kekunci. Pelbagai jenis, pelbagai rupa yang boleh dipilih mengikut cara guna dan citarasa.
Walaubagaimanapun untuk entri ini, saya ingin menghalakan anda kepada sebuah papan kekunci yang pada diri saya sendiri, merupakan pilihan akhir setelah beberapa ujian intensif dijalankan pada peranti yang sedang digunakan. Lihat saja pada paparan skrin dibawah:
★Best all-in one keyboard optimized for both phone and tablets
★Accurate and smart keyboard predictions
★User defined text shortcuts
★Extra number key row
★Extra arrow key row
★Swiftkey like next word prediction
★Gesture keyboard control
★Swype like gesture input
★Thumb Keyboard like split keyboard layouts
★Support many keyboard layouts: PC, Compact qwerty, T9, Dvorak, Azerty, Colemak
★Support iOS6 emoji input
★8 build-in HD themes
★Support a variety of themes: Go Keyboard, Better Keyboard, Themeshop Keyboard, CM10 themes
★Font and color customization
★Use any pictures as keyboard background
★True Multi-touch keyboard
★Jelly Bean 4.2 keyboard
Selain itu, apa yang membuatkan ia menjadi yang terbaik antara pesaingnya, ialah ia menampilkan pelbagai ciri, dari para pesaingnya sendiri! Contohnya ciri papan kekunci pisah (split) seperti Thumb Keyboard, lajur tambahan untuk nombor (ciri premium), dan yang paling menonjol sekali ialah ciri luncur/gelongsor/seret (swipe) sepertimana yang terdapat pada papan kekunci Swype, Swiftkey, Touchpal, SlideIT dan juga Google Keyboard.
Namun, seperti yang saya katakan tadi, ciri papan kekunci ini yang paling menyerlah sekali ialah pengubahsuaian maksima yang mana ciri ini paling disukai oleh ramai power user. Bayangkan saja selain tema papan kekunci terbina dalam yang tersedia untuk ditukar pada bila-bila masa, anda juga boleh memuat turun tema dari Google Play Store, yang mana ia menyokong tema dari papan kekunci lain seperti Go Keyboard, Better Keyboard, Themeshop Keyboard, dan lain-lain.
Jika anda sukakan ciri-ciri premium pada papan kekunci ini (bagi saya ia amat berbaloi!), anda bolehlah membeli papan kekunci Kii versi premium melalui aplikasi ini sendiri, dengan perantaraan Google Play Store, pada harga USD4.31 (MYR13.66).
Kii vs Swype = Kii mengatasi dari segi ciri pengubahsuaian yang lebih hebat. Namun Swype boleh dikatakan mempunyai kelebihan dari segi ramalan perkataan yang lebih tepat dan semulajadi. Anda juga dapat rasakan seretan yang lebih ‘smooth’ pada Swype. Tak lupa juga Swype lebih murah! Haha! Saya ‘tersangkut’ pada dua papan kekunci ini dan sering bertukar-tukar input setiap kali hendak menaip!
Kii vs Swiftkey = Swiftkey masih lagi belum memasukkan fungsi untuk mematikan auto-spacing, satu ciri yang sekian lama diminta oleh para pengguna, sedangkan pesaing lain sudah memasukkan ciri ini sejak dari mula lagi! Maaf Swiftkey, selagi ciri ini masih belum ada, selagi itu kamu bukan papan kekunci pilihan.
Kii vs lain-lain papan kekunci = Silalah uji sendiri. Saya sudah puas membeli dan mencuba kesemua papan kekunci terbaik di Play Store, lalu akhirnya saya berhenti pada Kii dan juga Swype Keyboard. Saya ingin sekali mengulas mengenai Fleksy Keyboard, Touchpal dan juga Google Keyboard yang telah saya pandu uji bersama-sama dengan Kii serta Swype. Namun saya rasa ulasan itu akan menemui anda dalam entri yang lain. Sekian untuk waktu ini.
Gambar cuci mata sebelum sahur:
Bila Malaysia nak maju?!