Reviu bahagian pertama: Siri 1
Reviu bahagian kedua: Siri 2
Macam mana dengan reviu saya yang sudah-sudah? Masih belum cukup lagi bukan? (Macam ayat orang tua). Saya akan cuba selongkar lagi telefon ini dengan harapan dapat buat siri ketiga dengan koleksi aplikasi-aplikasi terbaik untuk rujukan kita bersama.
Aplikasi-Aplikasi Android (Tak Boleh Hidup Tanpanya!) Siri 3:
1. Fast for Facebook (Percuma dan juga versi Pro)
Saya bukanlah kipas-susah-mati Facebook. Saya buka FB hanya sekadar untuk kemaskini perkembangan blog ini sahaja, dan kadang-kadang bergurau-senda dengan skandal. Ehhh.. kawan!
Saya sudah mencuba aplikasi rasmi FB, namun tampaknya ia cenderung untuk menghabiskan bateri, dan juga saiznya yang agak besar selain perlu menggunakan aplikasi Pages Manager yang berasingan. Kemudian saya cuba pula Atrium, dan Friendcaster. Namun terdapat beberapa kelemahan pada keduanya yang tidak dapat saya terima. Akhirnya saya beralih kepada Fast for Facebook. Hmm.. nampaknya pilihan kali ini tepat.
Fast for Facebook, sesuai dengan namanya, sememangnya pantas. Ia juga boleh dikatakan ‘battery friendly’, dan anda boleh lakukan pengubahsuaian (customization) pada paparan antaramukanya, serta beberapa lagi tetapan lain yang amat sesuai untuk Android Power User!
2. Android Tuner (Percuma dan versi Pro)
Ada sesetengah orang suka gunakan System Tuner, ada sesetengah yang lain sukakan Android System PRO, Trickster MOD, ataupun SetCPU. Biar apapun pilihan anda, anda wajib mencuba Android Tuner. Di dalamnya terdapat pelbagai tetapan yang membolehkan anda jadikan Android anda sebagai Super Android! Paparannya mungkin agak ‘menakutkan’ untuk para pengguna baru, tetapi jika dibiasakan, kesemua tetapan itu sebenarnya mudah dipelajari, seperti CPU Control, Network Manager, Application Manager dan sebagainya lagi.
3. Drippler dan Fetch (Percuma)
150 aplikasi dalam satu telefon bimbit mungkin agak banyak bagi sesetengah orang. Tetapi siapa yang tak suka dengan berita-berita, serta tawaran terbaru untuk Android? Disinilah kepentingan aplikasi Drippler, serta Fetch kepada pengguna. Drippler membawakan berita-berita serta tawaran-tawaran terbaru, sama ada promosi aplikasi mahupun aplikasi baru. Manakala Fetch pula adalah gudang kepada aplikasi-aplikasi terbaik, yang mana ia adalah dibangunkan oleh para pembangun Best Apps Market.
4. Unshorten (Percuma)
Jika anda kerap menggunakan pelayar web pada telefon bimbit, satu daripada perkara yang merunsingkan ialah servis pemendek URL. Jika ia bertindak seperti goo.gl atau bit.ly yang tidak memaparkan sebarang iklan beserta tempoh 5 saat, maka tiada masalah. Saya juga tiada masalah untuk klik pada mana-mana ‘iklan 5 saat’, namun jika terlalu banyak, kadang-kadang teruji juga kesabaran.
Unshorten ialah aplikasi bersaiz kecil, namun jasanya besar. Setiap servis pemendek URL boleh dipilih untuk ‘melaluinya’ terlebih dahulu. Kemudian Unshorten akan menjalankan tugasnya dengan memberikan kepada anda URL sebenar yang ‘bersembunyi’ disebalik servis pemendek URL tersebut.
5. URLy (Percuma)
Baru sebentar tadi anda diperkenalkan dengan Unshorten yang mampu menampilkan URL sebenar disebalik servis pemendek URL, URLy pula ialah utiliti kecil yang membantu pengguna untuk berkongsi URL yang panjang dengan memendekkannya. Terdapat lebih 40 servis yang disokong, contohnya goo.gl, bit.ly / j.mp, CloudApp, kcy.me, is.gd, to.ly, tinyurl.com dan lain-lain.
Amacam? Apa? Mahu lagi? Tak mengapa. Tak perlu minta, kerana senarai aplikasi penting saya sebenarnya belum habis lagi! Masih banyak lagi yang belum dimasukkan ke dalam entri! Hahaha! Chow sin chiiiii aaaaaaa~