Ekoran tindakan kumpulan penggodam Malaysia DragonForce (DF) dalam OpsBadai, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan satu notis amaran FinTIP. DF telah menyerang sistem keselamatan dan kad kredit yisreel. Notis FinTIP beri amaran akan risiko serangan balas pro-yisreel ke atas Malaysia. Hanya gambar sahaja yang saya terima, tiada sumber rasmi. Susah untuk saya sahkan keratan ini kerana saya tidak ada akses untuk FinTIP BNM.
Pelbagai respon dalam media sosial. Ada yang bangga, ada yang meroyan, dan ada yang palatao. Untuk itu, saya cuba terjemahkan mesej dalam notis amaran ini. Kita anggap saja ini adalah notis asli dalam artikel ini.
Pertama sekali, status amaran ini Hijau. FinTIP sendiri mengesahkan masih TIADA TANDA JELAS mana-mana kumpulan ingin menyerang Malaysia. Notis amaran ini dikeluarkan hanya atas dasar berjaga-jaga kerana ADA DESAS-DESUS dalam kalangan pemberi maklumat FinTIP.
Kumpulan-kumpulan yang disenaraikan dalam senarai ini pula, bukanlah kumpulan yang akan membuat serangan balas OpsBadai. Sebaliknya, ini hanyalah senarai nama kumpulan yang pernah membuat serangan sebelum ini dan sudah berada dalam radar pemantau keselamatan siber Malaysia yang dilabel sebagai “pro-yisreel”.
Jadi, kepada yang terlebih bangga dan terlebih meroyan daripada notis ini saya tak tahulah kenapa. Mungkin tak pandai membaca, tak faham bahasa inggeris atau hanya pandai baca tajuk.
Tidak ada sebarang pengesahan sama ada serangan sudah berlaku ke atas Malaysia pun. Begitu juga sebaliknya, tidak ada juga pengakuan sistem yisreel sudah lumpuh diserang OpsBadai.
Bagus untuk kita tetapkan pendirian menentang yisreel, tapi jangan cepat bersorak sebelum menang. Biar mereka buat kerja mereka. Kita yang tak membantu dan menyumbang ni jangan sibuk nak ambil kredit. Ambil iktibar Perang Uhud.
Yang beli iphone guna kad kredit leak, letak alamat rumah, siap letak video di media sosial tu, saya tak tahulah. Bersedialah dapat pakej pelancongan percuma #VisitIsrael . Awak sangat pandai.