Gagal Bekerjasama Dengan Tencent, Blackshark Menuju Bankrap?

Syarikat subsidiari Xiaomi, Blackshark sedang menerima tekanan dan protes daripada pekerja kerana membuang pekerja secara agresif. Media sosial rasmi Blackshark juga dipenuhi dengan cacian dan kutukan daripada bekas pekerja yang menuntut keadilan. Blackshark telah membuang pekerja sejak Ogos tahun lalu dengan pengecilan saiz operasi daripada 1000 pekerja kepada 100 pekerja. Blackshark menjadi topik hangat di media sosial China seperti Weibo dan WeChat.

Iklan Google

Blackshark setakat ini telah membuang hampir 90% daripada keselurahan pekerjanya. Syarikat itu juga telah dikatakan menjanjikan bayaran pampasan sebanyak 2000 Yuan (RM1290) kepada pekerja yang dibuang. Namun begitu, diberitakan juga bahawa pembayaran pampasan ini juga sedang dilanda masalah dengan ramai bekas pekerja membawa isu dan dakwaan tidak mendapat bayaran pampasan ini di media sosial. Tambah buruk lagi, pembuangan pekerja secara beramai-ramai ini juga dilakukan betul-betul sebelum sambutan tahun baru cina yang lepas.

Blackshark sebelum ini dikatakan bakal diambil alih oleh Tencent, gergasi dunia permainan video mudah alih. Tencent dikatakan merancang untuk menghasilkan set VR bagi metaverse. Pengambil alihan ini yang bernilai hanya 380 kita Euro bagaimanapun tidak dipersetujui oleh pengurusan. Pembatalan perolehan ini juga sekaligus menghentikan segala usaha dan perancangan produk VR pertama Blackshark. Walaupun dengan pelancaran peranti baru Blackshark 5, syarikat itu dilihat gagal untuk mengatasi krisis kewangan mereka.

Blackshark 5

Antara gosip lain bagi pembatalan ini adalah tekanan Beijing terhadap metaverse. Kerajaan China dikatakan tidak begitu menggemari teknologi metaverse atas beberapa faktor seperti faktor keselamatan dan dasar utama negara berkenaan. Metaverse atau lebih dikenali sebagai ‘yuan yuzhou’ di China tidak dapat didaftarkan sebagai hakcipta di China. Semua pendaftaran hak cipta yang berkaitan dengan metaverse telah ditolak oleh kerajaan. Redmi di bawah Xiaomi juga dilihat tidak berminat untuk meneruskan produk permainan mereka dengan pembatalan model Redmi K60 Gaming.

Iklan Google

Tencent Main Dua (Tiga) Kolam?

Dalam perkembangan yang lain, Logitech telah melancarkan konsol mudah alih mereka yang berasaskan Android pada Oktober 2022. Dikuasai Snapdragon 720G, Logitech G Cloud cuba memfokuskan keupayaan untuk bermain permainan video di awanan. Apa yang menarik? Ya, Logitech G Cloud adalah hasil kerjasama dengan Tencent. Adakah Tencent beralih fokus daripada VR kepada permainan awan dan konsol mudah alih akibat tekanan Beijing. Adakah peralihan fokus ini yang mendorong kejatuhan dan krisis kewangan Blackshark?

Logitech G Cloud
Lenovo Legion Play

Awal Januari tahun ini juga kita menyaksikan satu lagi pendedahan menarik. Berlegar-legar di internet dengan jualan lelong jalanan di China dengan sebuah model peranti prototaip daripada Lenovo. Peranti dengan kod nama “Zelda” itu diberi nama Lenovo Legion Play; sebuah konsol mudah alih dengan asas Android. Daripada hasil ujian prestasi, dirumuskan bahawa Lenovo Legion Play mungkin dikuasakan oleh Snapdragon 888. Jauh lebih berkuasa berbanding Logitech G Cloud. Sekali lagi, Tencent dikaitkan dengan perkembangan satu lagi produk dari Lenovo ini.

Kembar Tak Seiras?

Menguatkan lagi dakwaan pembabitan Tencent dengan Lenovo Legion Play adalah persamaan ketara paparan menu, pelancar, rumah dan antaramuka di antara Lenovo Legion Play dan Logitech G Cloud. Persamaan ketara dapat dilihat pada kedudukan ikon, skim warna dan rekabentuk antaramuka di antara keduanya. Plot twist? Rekaan antaramuka pada Logitech G Cloud adalah rekaan yang diambil daripada pelancar Tencent dan Logitech G Cloud adalah produk kerjasama di antara Logitech dan Tencent.

Tencent nampaknya semakin dominan dalam pasaran permainan mudah alih. Nampaknya potensi Tencent dalam pasaran hanya dihadkan oleh kerajaan China dengan sekatan terhadap teknologi metaverse dan VR. Mungkin Tencent akan mula bekerjasama dengan syarikat teknologi luar dari China selepas ini? Bayangkan jika salah satu daripada 3 pemain utama teknologi konsol bersetuju untuk bekerjasama dengan Tencent bagi peranti baru konsol mudah alih? Bayangkan Xbox Portable, atau Playstation Portable yang baru? Pasti menarik.

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img