Beberapa Tips Keselamatan Ketika Melayari Internet

Berapa banyak masa yang diperuntukkan sehari untuk anda melayari internet, tidak kiralah sama ada di PC ataupun di telefon pintar anda? Agak lama juga bukan?

Terdapat kemungkinan bahawa anda mungkin telah melakukan beberapa perkara tidak patut anda lakukan ketika berada dalam talian.

Sama ada anda perasan ataupun tidak, suka ataupun tidak suka, perkongsian anda di Facebook, Twitter, Instagram, dan lain-lain laman perkongsian data a.k.a laman sosial memungkinkan terjadinya pemberian data percuma secara sukarela dari anda.

Anda perlu tahu dan sedar bahawa terdapat pelbagai jenis penjenayah di luar sana yang hanya menunggu masa untuk bertindak sebaik dapat mengumpul data tentang anda secukupnya.

Iklan Google

Oleh itu di sini saya senaraikan, beberapa perkara yang patut/tidak patut anda lakukan ketika berada dalam talian dan melayari internet.

1. Jangan Hantar Informasi Peribadi/Sulit Melalui WiFi Awam

Kelemahan WiFi awam yang paling ketara sekali ialah ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Jika mereka yang mendapatkan akses tersebut adalah dari kalangan orang yang hanya sekadar mahu menggunakan internet, ianya tidak menjadi masalah.

Namun masalah bermula jika mereka yang tersebut adalah dari kalangan penggodam, mahupun script kiddies yang hanya mahu menguji ilmu newbie yang baru dipelajari. Cerita asal pendek, boleh jadi panjang apabila akaun-akaun peribadi anda diceroboh oleh mereka ini.

2. Gunakan Incognito Mode (Chrome) atau Private Browsing (Firefox)

Perkara ini penting, tambahan lagi sekiranya anda menggunakan komputer selain dari milik anda sendiri, ataupun jika anda ingin meminjamkan komputer anda kepada rakan, maka incognito mode/private browsing dapat membantu untuk tidak merekodkan sebarang data peribadi mereka.

Melainkan anda memang sengaja hendak log masuk ke akaun mereka. Itu bukan hal saya lagi. Tapi kalau ada profit jangan lupa PM tepi.

3. Jangan Sesekali Kongsikan Nombor Telefon Anda Secara Terbuka

Iklan Google

Saya biasa terlihat para pengguna internet yang ‘rajin’ berkongsi nombor telefon mereka di ruangan komen sama ada di Facebook ataupun di blog-blog. Cara yang lebih selamat untuk berkongsi ialah dengan menghantar mesej peribadi (PM) ke inbox individu yang ingin anda kongsikan nombor telefon anda.

Kita tidak tahu, ada mata-mata psiko yang sentiasa mencari jalan untuk merosakkan suasana hidup orang lain. Siapa tahu, nombor anda disalin oleh orang gila seks? Suka?

4. Jangan Berkongsi Lokasi Percutian Anda Serta Tempohnya

Sebaiknya jika anda ingin berkongsi tentang percutian anda, buatlah apabila anda sudahpun selesai bercuti dan pulang ke rumah. Kenapa?

Iklan Google
Iklan Google

Kerana dengan berkongsi maklumat lokasi percutian anda, anda mungkin mengundang (seperti yang disebutkan di atas) orang-orang gila seks, psiko, penculik, dan lain-lain jenis orang jahat yang anda tidak mahu mereka berada dalam hidup anda.

Apabila anda memberitahu juga tempoh percutian anda, ia bererti anda memberitahu seluruh dunia tempoh anda tidak berada di rumah, dan ini memungkinkan anda dirompak orang. Rumah kosong bro, perompak mana yang tak suka?

5. Jangan berkongsi Kata Laluan Akaun Meskipun Dengan Kekasih

Bukan saya hendak doakan anda yang ‘bukan-bukan’, tetapi manusia boleh berubah. Seseorang yang kelihatan seperti penyayang boleh berubah serta-merta menjadi orang gila apabila ‘triggered‘ oleh sesuatu.

Iklan Google

Bayangkan kekasih anda (contohnya lah) secara tiba-tiba menjadi ‘isim’ dan melakukan sesuatu di luar apa yang anda fikirkan. Kata laluan Facebook anda ditukar, dan setiap post-post di Facebook selepas itu adalah sesuatu yang tidak baik untuk imej anda serta keluarga.

Ini adalah satu contoh. Perkara pokoknya jangan sesekali berkongsi kata laluan apa jua akaun dengan sesiapapun.

Ini hanyalah tips-tips asas keselamatan ketika melayari internet. Di masa akan datang saya cuba tambahkan lagi maklumat ini supaya dapat menjadi panduan berguna buat anda. Jika anda suka artikel seperti ini, sila kongsikan dengan rakan melalui butang-butang di bawah dengan rakan-rakan anda.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img