Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
Bukan nak cerita pasal peranti baru dia, tapi ROM OxygenOS.
Tahukah anda, versi tiris OxygenOS telah terlepas dan ia Android Oreo!
Saya rasa ini mungkin Closed Beta punya binaan (Open Beta merupakan binaan umum seperti OxygenOS Open Beta OnePlus 3/3T) yang tertiris sebab ada tangan gatal yang tiriskan dia. ehh berapa banyak kali tiris daa hahaha. ?
Terima kasih juga kepada mereka kerana tiriskan binaan ni, ini menunjukkan bahawa OnePlus tidak cakap kosong. (Sila tunaikan janji ampa pada pengguna OnePlus 2, mana Nougat depa ?)
Seperti biasa, ini binaan Beta tau, Beta. So kebarangkalian ralat yang ada tu tinggi dan bagi kaki layan binaan Beta ni, makanan depa la ni. ? Saya nak tekankan kat sini, saya tak tanggungjawab sekiranya peranti ampa tu meletup ke, atau kena pengsan seperti Beerus pukul leher Goku semasa dia bertukar menjadi Super Saiyan 3 (ala yang rambut panjang tu).
Apa yang baru dalam ROM OxygenOS Beta Oreo ni?
- Semestinya Android Oreo.
- Kamera baru, versi aplikasi 2.0.25.
- Gallery baru, versi aplikasi 2.4.17.
- OnePlus Launcher baru, versi aplikasi 2.1.6.
- PIP (Picture-in-Picture).
- Parallel Apps.
- Ambient Display menarik.
- Terokailah sendiri hahaha ?
Benda yang ampa perlukan :
- ROM OxygenOS 4.5.14.
- ROM OxygenOS Beta Oreo.
- Platfrom-tools
- Magisk v14.3
- TWRP 3.1.1-0
- Driver OnePlus
- Bateri peranti ampa pastikan 60% ke atas.
- Backup dahulu data, lagi² WhatsApp kerana data ampa akan hilang selepas lakukan aktiviti ini hahaha.
- Jangan pi celup peranti ampa dalam susu pula bila dah pasang Oreo. ?
- Pasang dahulu ROM OxygenOS 4.5.14 pada peranti ampa. Pastikan ampa backup dulu semua data (WhatsApp sila backup dekat Google Drive, jika tidak jadi macam saya chat hilang hahaha)
- Pindahkan fail OxygenOS Beta Oreo tu dekat root folder. (Root folder tu yang luar folder, jangan letak dalam folder)
- Tekan logo skru tu, kemudian ambik Local Upgrade dan tekan fail OxygenOS Beta Oreo tu.
- Selesai sahaja proses dia tu, dia akan reboot dan keluar tulisan kuning satgi tekan butang volume dan masuk Recovery.
- Dekat Recovery satgi, ambil Wipe data and Cache>Erase everything>Continue. (Lepas proses ni, segala data yang ada dalam phone akan hilang. Tu la dah pesan backup awal2 ?)
- Lepas tu reboot lah (tekan butang back sebelah butang home, back belah kanan tau), dan selesaikan Setup Wizard tu dan TAHNIAH, ampa dah pakai ROM OxygenOS Beta Oreo versi tiris.
- Sama macam cara di atas tu, cuma buat sampai No.4, cuma kena masuk Fastboot Mode, bukan Recovery Mode.
- Jika anda guna Windows 7, boleh abaikan langkah ini. Untuk yang guna Windows 8-10, sila ikut langkah² di sini untuk masuk mod Disable Driver Signature Enforcement. (Ini untuk kita gantikan driver yang dah ada dalam komputer kita. Windows 7 ke bawah ia termasuk dalam mod lalai, tapi bila keluarnya Windows 8 dan ke atas, mod ini dipindah ke tempat lain. Sebab tu kena buat macam tu.)
- Sila extract fail platform-tools dan Driver tu dekat desktop dan letak TWRP dalam folder platform-tools.
- Sila pasang Driver, kalau keluar overwrite (warna merah warning tu, dengan poyo tekan Install this driver software anyway)
- Sila buka Command Prompt (cmd), buka folder platform-tools tu, copy lokasi dia dan dekat cmd letak cd dan klik kanan dalam cmd tu dan Enter (contoh cd C:UsersAmirAppDataLocalAndroidsdkplatform-tools)bagi pengguna Windows 8-10 manakala Windows 7 hanya tekan Shift+Klik Kanan dekat folder platform-tools tu dan ambil Open command window here.
- Sila sambungkan peranti ampa pada komputer dan taip perintah fastboot devices dan Enter. Kalau keluar kod tu kira sambungan tersebut cemerlang, tapi kalau takda, periksa semula driver ye.
- Bila dah keluar code tu, boleh teruskan dengan taip fastboot flash recovery xxx.img dan Enter. Ini contoh perintah dia fastboot flash recovery twrp-3.1.1-0-cheeseburger.img (ampa boleh menamakan semula TWRP tu, copy nama dia lalu lepas perintah recovery tu klik kanan saja serta jangan lupa letak .img belakang dia. Satgi dia tak kenai lak hahaha)
- Cabut kabel tu dan dekat peranti tu tekan butang Volume sampai jumpa Recovery Mode lalu tekan butang Power untuk masuk.
- Sudah masuk TWRP tu (leret ke tepi untuk membenarkan modifikasi) dan terus pi Wipe>Format Data dan taip yes dan tekan tanda ✔.
- Sila periksa partition data pada lokasi Wipe>Advance Wipe>tick partition data dan tekan change file system. Kalau EXT4 abaikan langkah ini, tapi kalau F2FS, jangan getaq, hanya tukar semula dengan tekan EXT4 dan leret ke tepi untuk tukar.
- Dekat sini, jangan sesekali reboot tau. Sebab kalau silap kat sini, kena ulang semula langkah No. 9. Sambung semula peranti pada komputer lalu pindahkan fail Magisk tu dan tulisan. (kalau nak tukar tulisan, boleh balaih kat sini)
- Cabut kabel tu dan pasang fail zip tadi tu kemudian Wipe Cache/Dalvik (kalau pasang tulisan la) lalu Reboot System.
- Tahniah, ampa dah guna OxygenOS Beta Oreo yang dah root. (dan tukar tulisan jika tukar tulisan)
- Rakaman video terhenti, dan rakaman video untuk WhatsApp juga sama (untuk penyelesaian, sila pasang aplikasi ini Footej Camera).
- Tiada watermark pada Gambar.
- Tiada pemain muzik.
- Masalah mic tak berfungsi (Masuk Tetapan Panggilan, dan tutup Noise Cancellation).
- Masalah tidak boleh menerima panggilan selepas panggilan pertama (ini pun beberapa orang sahaja yang alami).
- Bila anda tekan lama² untuk guna app shortcut tu, ada Bahasa Melayu (padahal bahasa peranti, English hihihi).
- TWRP kosong, jika tekan pemilihan stor penyimpanan, 0MB (mungkin TWRP tak serasi lagi dengan OxygenOS Beta Oreo ni).
- OnePlus Launcher mereng sikit, tiap kali kita pasang aplikasi dia akan letak shorcut sendiri dia dekat homescreen. haih.