Terdapat pelbagai fon kepala yang mampu milik dipasaran sampai tak tahu nak pilih mana satu, kan?
Ada yang murah tapi kualiti produk dan bunyi tak memuaskan tapi fon kepala yang kami nak ulas ni, luaran nampak biasa ja tapi bunyi dia tidak mengecewakan.
Terima kasih kepada pihak Eclipse Marketing kerana sudi memberi peluang pada pihak kami (OMG Hackers) untuk berkolaborasi dengan mereka mengenai fon kepala mampu milik ini, iaitu Sades A2.
Sebelum kita teruskan artikel ni, mai tengok dulu video buka kotak ni.
Kemudian, kita lihat spesifikasi fon kepala Sades A2 ini;
Pembesar Suara | |
Ukuran pembesar suara | 40mm |
Kepekaan | 102 ± 3dB|1kHz |
Tindak balas Frekuensi | 20 〜 20 kHz |
Impedans | 32Ω|1kHz |
Kawalan Kapasiti Kuasa | 10mW |
Mikrofon | |
Kepekaan Mikrofon | -38dB ± 3dB|1kHz |
Tindak balas Frekuensi Mikrofon | 50〜10 kHz |
Impendans Mikrofon | ≤1.8KΩ/ 1kHz |
Arah Mikrofon | Semua arah |
Sambungan | |
Input | Bicu 3.5mm 4-tiang |
Panjang Kabel | Anggaran 1.2m|3.94ft |
Panjang Kabel-Y | Anggaran 1.2m|3.94ft |
Ketersambungan |
PS4|PS5, Xbox ONE & Series X |
Mobil, Nintendo Switch, VR |
PC|Laptop (*Guna Kabel-Y jika mempunyai dwi-bicu audio 3.5mm PC|Laptop) |
Berat | |
Berat (Fon Kepala Sahaja) | 260g|0.57lb |
Berat (Fon Kepala dan Pakej) | 480g|1.058lb |
Apa yang ada dalam kotak? |
Fon Kepala SADES A2 |
Kabel-Y |
Buku Panduan |
Pelekat SADES |
Kad Jaminan |
Model yang kami dapat warna Oren. Hat ni takda lampu jadi ‘low-profile’ punya fon kepala. heh.
Kami cuba uji Sades A2, antaranya;
- Dengar lagu (Spotify, YouTube) dan tengok video (Netflix, N****to)
- Main permainan PC dan mobil (PUBG PC dan Mobil)
- Menyunting video
Bunyi bass dia agak mengagumkan dan kami terkejut kerana tak sangka fon kepala lagu ni dapat menyajikan bunyi bass yang kedum-dum pow hedoban.
Kalau dalam permainan seperti PUBG (PC), tiada masalah bagi bunyi letupan, tembakan dan orang lalu tepi. Semuanya dengar dengan jelas.
Bagi mikrofon, ada sedikit masalah yang mana bukan masalah suara tak jelas. Suara jelas dan fungsi ‘senyap’ dengan tolak mikrofon ke atas sememangya satu fungsi yang menarik. Mikrofon dia sangat padu sampaikan bunyi dari fon kepala juga tangkap sekali.
Masalah mikrofon boleh tengok video merapu kat bawah ni;
Segan nak rakam main lawan dengan orang, kita rakam lagu ni, aci la noh.
Untuk atasi masalah ini, ampa ada 3 pilihan sama ada;
- Padatkan fon kepala untuk mengurangkan bunyi tertiris.
- Jangan buka bunyi terlalu kuat, kerana mikrofon dapat tangkap bunyi tu (rujuk video kat atas)
- Cakap kuat sikit, tapi pastikan kawalan kelantangan terjaga. Naya kawan atau penonton strim pekak. (Naya Pak Abu kalau suara nyaring hahaha)
Sebut pasal mikrofon, ia mempunyai fungsi yang menarik, iaitu ‘pusing-untuk-senyap’.
Ya, kalau ampa tak guna mikrofon, agak janggal biarkan ia begitu. Jadi, fungsi tersebut secara automatik akan senyapkan mikrofon, tanpa menekan apa-apa butang pada perisian dan perkakasan.
Dibekalkan sekali dengan span untuk membantu kepekaan mikrofon lebih peka.
Tiga ketul span dekat bahagian atas tu seakan-akan ‘memory foam’ yang mana akan meninggalkan kesan sementara, tapi bagi Sades A2 ni kena tekan kuat sikit la. (kepala kami kecik huhuhu)
Untuk bahagian ‘earmuff|earcup’ pulak, ia bergantung pada saiz telinga jugak. Macam telinga kami capang dan kecik, tiada masalah sangat.
Masalah yang kami alami masa guna Edifier G2 II, iaitu sakit telinga dan telinga panas tiada dekat Sades A2. Mungkin kerana kulit tiruan earmuff|earcup beza dengan model tersebut.
Telinga kami yang capang ni dapat bernafas dengan baik.
Memandangkan ia menggunakan bicu audio 3.5mm, ampa boleh sambungan Sades A2 ke mana-mana peranti yang ada bicu audio 3.5mm.
Untuk telefon ‘baru’ yang bicu audio 3.5mm dibuang, jangan risau, boleh guna penyesuai audio.
Bagi PC|Laptop yang mempunya dwi-bicu audio 3.5mm (speaker|mic), boleh guna kabel penyambung yang mai sekali dalam kotak.
Nak kawal kelantangan sangat mudah diakses kerana terletak dekat kiri belakang. Mujur kawalan tersebut berada sekali dengan kawasan mikrofon, takda la nak meraba cari kat mana.
Bagi kami, Sades A2 ni memang berbaloi untuk fon kepala mampu milik. Walaupun binaan dia tak terasa gah, tapi ia menyediakan bunyi seakan-akan fon kepala yang mahal. Kalau ampa guna ‘Equalizer’, barang biasa menjadi padu! heh.
Dengan harga dia yang berpatutan, kredit kepada Sades kerana menyediakan fon kepala yang menyajikan audio yang secukup rasa bersama mikrofon yang berkualiti.
Berkenan? Jangan lepaskan peluang untuk memiliki Sades A2 dekat pautan bawah ni, sementara stok masih ada dengan harga RM69.00!
https://shopee.com.my/Sades-A2-multi-platform-headset-i.188397058.5273151597
Berakhirlah sudah ulasan kami disini,
Terima kasih Eclipse Marketing kerana sudi berkolaborasi,
Jika jodoh kita dipanjangkan lagi,
Mungkin masa hadapan kita berkolaborasi lagi.
Nantikan artikel kembar dia, iaitu Sades A6 pada pautan di bawah.
Sades A6, Fon Kepala ‘Premium’ Mampu Milik Yang Berbaloi